logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Wanita Dan Kanak-Kanak
  • Jabatan Obstetrik & Ginekologi

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi

jabatan_obstetrik_ginekologi

Latarbelakang

Jabatan obstetrik dan ginekologi hospital sungai buloh telah memulakan pengoperasian dengan pembukaan klinik antenatal pada 22 jun 2006. Ianya menyusul kemudian dengan perkhidmatan dewan bersalin serta wad integrasi obstetrik & ginekologi pada 20 september 2006. Pada peringkat awal, dewan bersalin memberi perkhidmatan untuk kes kes berisiko rendah sahaja. Kes kes berisiko tinggi hanya dapat dikendalikan sepenuhnya pada pertengahan bulan november 2006 apabila makmal darah serta perkhidmatan bius memantapkan operasi.

Sejak hari pembukaan hingga kini, perkhidmatan jabatan ini terutama di bidang obstetrik telah berkembang dengan pesat sekali. Unit ini menerima kes-kes rujukan dan datang sendiri dari kawasan sekitar terutama dari daerah gombak, petaling, hulu selangor, tanjung karang dan kuala selangor. Kebanyakan kes-kes yang dirujuk adalah kes-kes antenatal berisiko tinggi serta yang berkomplikasi. 

Keseluruhan perkhidmatan jabatan ini adalah ditumpukan pada perkhidmatan primier dan sekunder. Perkhidmatan tertier dan perkhidmatan sokongan kepada hospital kuala lumpur dalam bidang `minimal access surgery’ dan `reproductive medicine’ juga diberikan. Jabatan ini juga telah berinteraksi dengan fakulti perubatan uitm dan mendapat khidmat sub-kepakaran dalam bidang mfm (maternal-fetal medicine).

Visi 

Untuk menjadi peneraju utama dalam bidang rawatan wanita

Misi

Kami komited terhadap pemberian perkhidmatan yang berkualiti yang berlandaskan keprihatinan untuk memenuhi kesihatan pelanggan. Sokongan dan sumbangan wargakerja kami serta jabatan lain yang memberi sokongan padu terhadap pencapaian kejayaan aspirasi kami adalah tidak ternilai. Kami komited terhadap pemberian perkhidmatan kesihatan yang bertanggungjawab dari segi etika, sosial serta perbelanjaan berhemah.

Our Core Values 

Valuing clients and colleagues,

Learning and improving,

Empowering midwifery professionals

Serving the community

Objektif

  • Memastikan semua pesakit yang mendapat perkhidmatan di jabatan ini menerima rawatan yang optima serta selamat.
  • Mengambil langkah-langkah yang cepat, tepat dan proaktif dalam menangani serta mengurangkan tahap morbiditi pada ibu dan bayi semasa proses kelahiran merangkumi jagaan pranatal intrapartum dan posnatal.
  • Meneruskan serta menggalakkan promosi dan pendidikan dalam penyusuan ibu.
  • Memberikan rawatan secara holistik dan berkesan terhadap pesakit ginekologi melalui perubatan, pembedahan serta kaunseling.
  • Memastikan wargakerja di jabatan ini memperolehi pengetahuan serta kemahiran yang mencukupi melalui program pembelajaran berterusan.
  • Program peningkatan kualiti adalah aspek penting yang perlu diterapkan di kalangan wargakerja untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.
  • Menerapkan budaya korporat serta nilai-nilai murni di kalangan kakitangan semasa menjalankan tugas.
  • Menjalinkan kerjasama dengan pihak-pihak serta agensi lain bagi mengukuhkan perkhidmatan.
  • Meningkatkan kesedaran serta kewajipan pelanggan terhadap penjagaan kesihatan diri masing-masing melalui pendidikan/nasihat yang berkesan.
  • Melaksanakan aktiviti penerangan berkaitan kesihatan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti.

Perkhidmatan yang Disediakan

  • Klinik pakar termasuk rawatan harian obstetrik (day care obstetrik)
  • Perkhidmatan dewan bersalin termasuk pac dan epau
  • Rawatan pesakit dalam
  • Pembedahan obstetrik dan ginekologi
  • Rawatan kes kes kecemasan termasuk oscc (one stop crisis centre) dan scan (suspected child abused & neglect)
  • Pendidikan kesihatan

Antara kemudahan yang terdapat yang terdapat di Jabatan O&G adalah seperti berikut:

Klinik pakar (8 pagi hingga 5 petang)
  • Bilik rundingan (8)
  • Bilik prosedur (1)
  • Makmal infertiliti
  • Rawatan harian obstetrik
  • Bilik pendidikan kesihatan
  • 5 bilik dilengkapi mesin ultrasound
  • Rawatan kolposkopi dan histeroskopi
  • Rawatan primer dan sekunder
  • Untuk pembelajaran lanjutan serta pendidikan kesihatan.
Wad- wad (beroperasi 24 jam)
  • Wad 6a (28 katil)
  • Wad 6b (28 katil)
  • Wad 6c (28 katil)
  • Wad 6d (14 katil)
  • Ginekologi
  • Integrasi obstetrik
  • Mengandungi 6 katil hdw
  • Obstetrik posnatal-risiko rendah
Komplek dewan bersalin (beropersai 24 jam)
  • Pac
  • Epau
  • Bilik bersalin (suites)
  • Dewan bedah
  • 12 katil
  • 1 bilik rundingan/pemeriksaan
  • 18 bilik individu
  • 2 dewan pembedahan (belum beroperasi)

Jadual klinik pakar obstetrik & ginekologi

HariSesi klinik
Pagi (0800-1400)Petang (1400-1700)
Isnin
  • Klinik ginekologi am
  • Rawatan infertility
  • Ginekologi pre-op
  • Rawatab harian oastetrik
Selasa
  • Antenatal (ibu hamil)
  • Rawatan harian obstetrik
Rabu
  • Antenatal diabetik (gdm) bersama dengan pakar dietetik dan pegawai farmasi
  • Rawatan harian obstetrik
Khamis
  • Klinik kombinasi antenatal-perubatan
  • Kaunseling post natal/reviews
  • Klinik staf untuk obstetrik & ginekologi prosedur kolposkopi dan histeroskopi
  • Rawatan harian obstetrik
  • Lppkn (minggu ke 2 dan ke 4 setiap bulan)
HariSesi klinik
Pagi (0800-1400)Petang (1400-1700)
Jumaat
  • Klinik ultrasound—rujukan luar
  • Perkhidmatan pap smear
  • Kelas antenatal (minggu ke 2 setiap bulan)
  • Rawatan harian obstetrik

*Kandungan artikel ini memerlukan Adobe Reader

Direktori

Talian Utama: 03-61454333
Fax: 03-61454222

 

NoNamaJawatanSambE-mail
1 Dr. Norashikin Binti Abdul Fuad Ketua Jabatan 2202 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cetak Emel