logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Sokongan
  • Jabatan Rekod Perubatan

Jabatan Rekod Perubatan

jabatan_rekod_perubatan

Pengenalan

Jabatan Rekod Perubatan adalah salah satu perkhidmatan sokongan yang dipertanggungjawabkan dalam pengurusan rekod perubatan fizikal dan elektronik, pengurusan laporan perubatan, pengurusan perangkaan Health Management Information System (HMIS) dan semua aspek yang berkaitan dengan fungsi Jabatan Rekod Perubatan sebagai pengurus maklumat kesihatan hospital. Ditubuhkan sejajar dengan penubuhan Hospital Sungai Buloh, Jabatan Rekod Perubatan memainkan peranan penting dalam memberikan maklumat dan data-data yang komprehensif untuk menunjukkan perkembangan taraf perubatan, perkhidmatan hospital dan memastikan data-data Sistem HIS tepat dan boleh dipercayai dengan pelaksanaan aktiviti pengauditan secara berterusan.

Lokasi

Jabatan ini terletak di aras 3 bersebelahan Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU) dan Jabatan Teknologi Maklumat. Ia mula beroperasi sepenuhnya mulai 15 September 2006.

Visi

Berfungsi sebagai pusat sumber maklumat perawatan kesihatan pesakit untuk memenuhi keperluan perancangan, pelaksanaan, pengawasan dan penilaian rancangan, perkhidmatan dan program hospital, Kementerian Kesihatan Malaysia serta memenuhi keperluan pelanggan.

Misi

Untuk menyediakan perkhidmatan maklumat kesihatan yang berkualiti, cekap dan efisyen kepada pelanggan mengunakan teknologi terkini.

Objektif

  • Mewujudkan satu sistem penyimpanan rekod perubatan fizikal dan elektronik yang selamat dalam meningkatkan taraf pengawalan kerahsiaan maklumat pesakit.
  • Menguruskan proses penerimaan, penjilidan, penyimpanan dan pengeluaran rekod perubatan fizikal pesakit mengikut prosidur ditetapkan bagi kegunaan perkhidmatan rawatan pesakit, penyelidikan, pendidikan, kes perundangan dan pengurusan.
  • Memastikan pengurusan data maklumat kesihatan dan statistik perubatan diuruskan dengan cekap dan berkualiti.
  • Mengurus permohonan laporan perubatan dengan cekap dan efisyen serta memastikan laporan perubatan disediakan dalam masa yang telah ditetapkan
  • Menyedia dan memberi perkhidmatan kepada pesakit dan orang ramai, organisasi dan institusi awam/swasta yang menggunakan maklumat dari rekod perubatan untuk tujuan perkhidmatan dan medico legal.

Piagam Pelanggan

Kami beriltizam untuk:

  • Menyiapkan Laporan Perubatan dalam tempoh 4 hingga 8 minggu dari tarikh permohonan lengkap.
  • Menyiapkan Laporan Bedah Siasat dalam tempoh 8 minggu dari tarikh permohonan lengkap
  • Menyediakan Rekod Perubatan Fizikal dalam tempoh 10 minit (atas permintaan) sebelum pesakit hadir ke klinik.
  • Menyediakan Laporan Statistik HMIS sebelum 15 hb bulan berikutnya.

Perkhidmatan Yang Disediakan

Terbahagi kepada 4 skop perkhidmatan utama :

  • Pengurusan Rekod Perubatan
    • Penerimaan Rekod
    • Pinjaman Rekod
    • Pemulangan Rekod
    • Penyimpanan Rekod
    • Audit Kandungan Rekod
    • Pelupusan Rekod Apabila Tamat Tempoh
  • Pengurusan Statistik Maklumat Pesakit (HMIS) & Klasifikasi Penyakit dan Prosedur Klinikal (ICD)
  • Pengurusan Laporan Perubatan dan Perundangan Perubatan
    • Permohonan Laporan Perubatan & Laporan Bedah Siasat
    • Persidangan Lembaga Perubatan
    • Persidangan Jemaah Doktor PERKESO
    • Penubuhan Lembaga Penyiasatan Bebas
  • Pentadbiran Am Jabatan

Waktu Operasi

Kaunter Permohonan Laporan Perubatan

HariMasa
Isnin – Khamis
  • 8.00 pagi – 1.00 tengahari
  • 2.00 petang - 5.00 petang
Jumaat
  • 8.00 pagi - 12.15 tengahari
  • 2.45 petang - 5.00 petang
Sabtu / Ahad / Cuti Umum Tutup

Direktori

Talian Utama: 03-61454333
Fax: 03-61454222

Sebarang pertanyaan sila hubungi :03-61454360 / 4362 /4363

 

NoNamaJawatanEmail / Samb.
1 Puan Hamidah Karim Ketua Jabatan Rekod Perubatan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
no. samb : 4371
2 Puan Hartini Abul Hadi Pen. Pegawai Tadbir N27 (Rekod Perubatan) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
no. samb : 4369
3 Puan Norazura Binti Md Nor Pen. Pegawai Tadbir N27 (Rekod Perubatan) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
no. samb : 4369
4 Puan Halimah Binti Mohammad Pen. Pegawai Tadbir N27 (Rekod Perubatan) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
no. samb : 4364
5 Puan Noor Zahha Binti Mohamad Noh Pembantu Tadbir Kanan Tertinggi N26 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
no. samb : 436
3
6 Puan Rohani Binti Isahak Pembantu Tadbir Kanan N22 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
no. samb : 4365
/4366
7 Cik Mastura Binti Mohd Yunus Pembantu Tadbir Kanan N22 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
no. samb : 4362
  Unit Pengurusan Statistik Maklumat Pesakit (HMIS), Klasifikasi Penyakit dan Prosedur Klinikal (ICD)
8 Puan Masnah Marhawi Pembantu Tadbir P/O KUP22 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
no. samb : 436
5
9 Puan Rohasmarida Jusoh Pembantu Tadbir P/O N17 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
no. samb : 436
5
10 Puan Norhashimah Binti Kamaruzaman Pembantu Tadbir P/O N17 no. samb : 4367
  Unit Pengurusan Rekod Perubatan
11 Puan Roselizai Binti Daud Pembantu Tadbir P/O N17 no. samb : 4364
12 Puan Nur Haizaa Binti Mahadi Pembantu Tadbir P/O N17 no. samb : 4370
13 Puan Jurayah Binti Adenan Pembantu Tadbir P/O N17 no. samb : 4367
14 Encik Mohd Asyraf Al Akharee Bin Haji Israr Pembantu Operasi N11 no. samb : 4377
  Unit Pengurusan Laporan Perubatan dan Perundangan Perubatan
15 Encik Mohamad Hafis Bin Ahmad Sabri Pembantu Tadbir P/O N17 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
no. samb : 436
3
16 Puan Norhasliza Binti Kamarumeyujam Pembantu Tadbir P/O N17 no. samb : 4363

 

Cetak Emel