logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Sokongan Klinikal
  • Unit Psikologi Kaunseling

Unit Psikologi Kaunseling

unit_psikologi_kaunseling

Pengenalan

Unit Psikologi Kaunseling ditubuhkan di Hospital Sungai Buloh ini berada di bawah Pengurusan. Ini bermakna unit ini adalah di bawah naungan Pengarah Hospital dan dipantau oleh Timbalan Pengarah Pengurusan. Pada Disember 2002, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melantik beberapa pegawai kaunselor S41 dan seorang pegawai kaunselor S41 di tempatkan di Hospital Sungai Buloh, Selangor (ditempatkan di Pusat Kawalan Kusta Negara, Sg. Buloh) untuk memberi perkhimatan kaunseling kepada pesakit. Pada tahun 2005, melalui ABM 2004 jawatan pegawai kaunselor S44 diwujudkan untuk Hospital Sungai Buloh. Kedua-dua pegawai kaunselor S44 dan S41(2008) diletakkan dalam satu unit bagi melancarkan perancangan dan perlaksanaan perkhidmatan kaunseling. Sekarang dikenali sebagai Pegawai Psikologi.

Unit ini dinamakan Unit Psikologi Kaunseling kerana dalam melaksanakan perkhidmatan kaunseling, kaunselor menggunakan ilmu-ilmu dan prinsip-prinsip psikologi bagi membantu klien menangani masalah dan isu-isu berkaitan. Gabungan dua disiplin ini iaitu psikologi dan kaunseling perlu bagi menghasilkan perkhidmatan kaunseling yang efektif dan profesional.

Misi

  • Melengkapkan sistem perkhidmatan kesihatan dengan memberi penekanan terhadap kesihatan emosi dan perkembangan psikologi yang baik kepada pelbagai lapisan masyarakat.
  • Melaksanakan program penyelidikan dan perkembangan ilmu bagi tujuan memantapkan perkhidmatan dan profesion Pegawai Kaunselor di Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Meletakkan perkhidmatan Pegawai Kaunselor sebagai salah satu disiplin penting dalam penjagaan kesihatan di negara-negara maju.
  • Meningkatkan dan memperkembangkan tahap pengetahuan dan kemahiran serta keterampilan profesion Pegawai Kaunselor sejajar dengan perkembangan perubatan terkini.

Visi

Mewujudkan perkhidmatan kaunseling yang profesional, efektif, berkualiti, cekap dan client focused dalam perawatan pesakit di samping membantu meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan emosi dan perkembangan psikologi setiap individu.

Objektif

  • Melengkapkan sistem perkhidmatan kesihatan dengan memberi penekanan terhadap kesihatan emosi dan perkembangan psikologi yang baik untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.
  • Memberi kesedaran kepada warga HSB akan kepentingan perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling dalam menguruskan kehidupan seharian.
  • Meningkatkan dan kembangkan tahap pengetahuan dan keterampilan profesion Pegawai Psikologi sejajar dengan perkembangan perubatan terkini.
  • Melaksanakan program penyelidikan dan perkembangan ilmu bagi tujuan memantapkan perkhidmatan dan profesion Pegawai Psikologi di Kementerian Kesihatan Malaysia

Piagam Pelanggan

  • Memberi maklumbalas awal terhadap kes rujukan baru dalam masa 5 hari bekerja.
  • Sesi kaunseling intervensi psikologi dan individu dijalankan sekurang-kurangnya 30 minit (1 sesi)
  • Merahsiakan maklumat yang diberikan oleh klien selagi maklumat tersebut tidak membahayakan diri klien dan individu lain.

Perkhidmatan Yang Disediakan

Jenis Perkhidmatan Kaunseling yang disediakan :

  • Kaunseling Kanak-kanak
  • Kaunseling Remaja
  • Kaunseling Individu
  • Kaunseling Keluarga
  • Kaunseling Kelompok
  • Kaunseling HIV/AIDS
  • Intervensi Krisis
  • Kaunseling Perkahwinan
  • Kaunseling Motivasi
  • Ujian Psikologi / Psikometrik

Jadual Waktu Perkhidmatan Klinik

Anggaran MasaTugasan
8.00 a.m - 9.00 a.m Briefing dan pengurusan pejabat
9.00 a.m - 10.00 a.m Sesi kaunseling pesakit dalam/luar
10.15 a.m - 11.15 a.m Sesi kaunseling pesakit dalam/luar
11.30 a.m - 12.30 p.m Sesi kaunseling pesakit dalam/luar
12.30 a.m - 1.00 p.m Pengurusan pejabat
2.00 p.m - 3.00 p.m Sesi kaunseling pesakit dalam/luar
3.15 p.m - 4.15 p.m Sesi kaunseling pesakit dalam/luar
4.30 p.m - 5.00 p.m Sesi kaunseling pesakit dalam/pengurusan pejabat sahaja
 

Direktori

Talian Utama: 03-61454333
Fax: 03-61454222


NoNamaJawatanSambE-mail
1 Puan Nurhayati Binti Jasni Pegawai Psikologi S44 4290 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2 Puan Nazihah BT Mohamad Nawi

Pegawai Psikologi S41

4290 -
3 Puan Amalina BT Zulkefly Pegawai Psikologi S41 4290 -
4 Puan Raja Nurul Qamariah BT Raja Ibrahim Pem. Perubatan Kesihatan U11 4290 -

Cetak Emel