logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Sokongan Klinikal
  • Unit Pemulihan Carakerja

Unit Pemulihan Carakerja

Pengenalan

Unit Pemulihan Carakerja terletak di dalam Jabatan Rehabilitasi di Blok E Aras 1 berhampiran dengan Klinik Pakar dan Kafeteria serta Balai Pelawat, Hospital Sungai Buloh.Unit ini mula beroperasi pada tahun 2006.

Unit  ini mempunyai staf terdiri daripada 3 orang Pegawai Pemulihan Carakerja,11 orang Jurupulih Carakerja dan 4 orang Pembantu Perawatan Kesihatan ( PPK ).

Objektif Utama

Pemulihan Carakerja adalah untuk mempromosi dan menggalakkan proses pemulihan individu dari aspek fizikal dan psikologikal agar pesakit dapat menjalani kehidupan seharian di tahap optima dengan mengadaptasi persekitarannya.

Misi 

Memberikan Rawatan Pemulihan Carakerja yang berkualiti dan berterusan kepada pesakit dalam dan luar. Pesakit akan dirawat dalam pesekitaran yang selamat menggunakan teknik-teknik rawatan dan teknologi sediada. Keperluan dan kerahsiaan pesakit sentiasa diutamakan oleh Anggota Pemulihan Carakerja yang profesional, penyayang dan bekerjasama dalam satu kumpulan.

Visi

Perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang berkualiti dan berterusan akan dijalankan oleh anggota yang profesional dan bekerja dalam satu pasukan.

 

Objektif

  • Untuk mengalakkan/meningkatkan kebolehan dan kefungsian individu dengan kecacatan/masalah fizikal dan psikologikal agar dapat berdikari dalam kehidupan seharian secara optima.
  • Mengekalkan dan meningkatkan kefungsian individu dengan masalah fizikal atau psikologikal mengunakan aktiviti rawatan terpilih dan bersesuaian yang akan di nilai secara berterusan
  • Memberikan rawatan Pemulihan Carakerja yang tepat, cekap, berkesan dan penyayang kepada pesakit.
  • Memastikan peralatan yang digunakan selamat dalam persekitaran yang bersih dan selesa sepanjang masa
  • Mengalakkan semua anggota kerja meningkatkan kecekapan dan kemajuan kerjaya melalui program CME dan CPD

 

Perkhidmatan Yang Disediakan

Perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang kami sediakan merangkumi pesakit dalam (pesakit didalam wad) dan pesakit luar.

Perkhidmatan yang disediakan adalah:-

  • Pemulihan fizikal

    • Orthopedik
    • Medikal
    • Surgikal dan luka terbakar
    • kecederaan saraf spinal
    • Traumatic Brain Injury
    • Program intervensi awal bagi kanak-kanak contohnya down syndrome, cerebral palsi, autisma, ADHD, slow learner dan sebagainya
  • Pemulihan Pediatrik:
    • Program intervensi awal bagi kanak-kanak contohnya down syndrome, cerebral palsi, autisma, ADHD, slow learner dan sebagainya

  • Pemulihan Psikiatrik

Selain daripada itu kami juga memberikan perkhidmatan di dalam ( specialize area) iaitu:

  • Return To Work

-     iaitu fokus kepada pesakit dewasa yang kehilangan kerja akibat dari kemalangan, disini Jurupulih Carakerja membantu dalam melatih/‘retraining’ kembali dari aspek kehidupan seharian, kekuatan fizikal, kefungsian kognitif dan psikologikal.

-     Ia adalah persediaan kepada pesakit untuk memulakan pekerjaan kembali

 

Antara aktiviti yang dijalankan bersama pesakit bagi tahun 2015

1) Art And Creative Therapy With Pediatric Patient

2) Group Therapy With TBI Patient

3) Domestics Activity With Stroke Patient

4) Group Therapy With Amputee Patient

5) Group Therapy For Foot Care


Direktori

Talian Utama: 03-61454333
Fax: 03-61454222


NoNamaJawatanSambungan
1 Pn. Juliana Bt Ibrahim Ketua Unit 5121
2 Pn. Norkhayatee Bt A. Wahab Pegawai Pemulihan Carakerja 5123

Cetak Emel