logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Sokongan Klinikal
  • Unit Pemulihan Anggota

Unit Pemulihan Anggota

Pengenalan

Unit Fisioterapi terletak di Aras 1 merupakan sebahagian dari Jabatan Rehabilitasi  dan mula beroperasi pada September 2006. Unit  ini mempunyai staf seramai 14 orang pegawai Fisioterapi,  4 orang Pembantu Perawatan Kesihatan ( PPK )  dan diketuai oleh Pegawai Pemulihan ( Anggota ) U41. Unit Fisioterapi terdapat 7 bahagian utama untuk rawatan pesakit luar iaitu gymnasium, elekteroterapi , hidroterapi , bilik rawatan neuro, bilik rawatan pediatrik,penjagaan kesihatan lelaki dan wanita dan terapi tangan.

Visi

Menyediakan  perkhidmatan Fisioterapi yang tepat, efektif dan berkualiti yang mudah diperolehi oleh setiap lapisan masyarakat serta ianya menepati keperluan dan ekspektasi pelanggan yang secara langsung akan menjana kearah kesejahteraan dan peningkatan kualiti hidup rakyat.

Misi

Menyediakan perkhidmatan Fisioterapi yang cekap dan penyayang, selamat dan cemerlang berdasarkan nilai-nilai etika dan professionalisma.

Objektif

Objektif utama Unit Fisioterapi adalah untuk menyediakan perkhidmatan pemulihan yang berkualiti bertepatan dengan ekspektasi pelanggan selaras dengan dasar KKM mengenai promosi dan penjagaan kesihatan rakyat. 

Skop Perkhidmatan Yang Disediakan

1.   Elektroterapi
2.   Fototerapi
3.   Physiotherapy for Women and Men Health
4.   Hydrotherapy
5.   Physiotherapy For Geriatric
6.   Intensive Care Services
7.   Chronics Pain Managament
8.   Vestibular rehabilitation
9.   Lymphoedema management
10. Ante and Post natal care
11. Spinal Rehabilitation
12. Amputee Rehabilitation
13. Stroke and neurological Rehabilitation
14. Paediatric Rehabilitation
15. Cardiopulmonary Rehabilitation
16. Orthopaedic and Musculoskeletal Rehabilitation

Aktiviti

Aktiviti  Tarikh  Tempat 
Kursus Soft Tissue Manipulation and Myofascia Release
14 - 15 Mei 2015 Hospital Sungai Buloh
Kursus Komunikasi Berkesan dan Kerja Berpasukan
29 - 30 Oktober 2015 Hospital Sungai Buloh

“KURSUS SOFT TISSUE MANIPULATION AND MYOFASCIA RELEASE”

14 – 15 MEI 2015

 Meningkatkan kesedaran dan pendedahan pelbagai teknik muskuloskeletal kepada ahli fisioterapi dan aplikasi dalam perawatan pesakit muskuloskeletal supaya dapat memberi tahap pemulihan yang lebih efektif.

 

“KURSUS KOMUNIKASI BERKESAN DAN KERJA BERPASUKAN”

 29 – 30 OKTOBER 2015

 Kursus ini dilaksanakan untuk meningkatkan skill komunikasi dan kerjasama dikalangan ahli di unit fisioterapi. Ia juga mampu merapatkan hubungan sesama ahli dan ini akan membantu kearah kualiti kerja yang lebih baik.

Waktu Operasi

HariMasa
Isnin - Khamis
  • 8.00am - 1.00pm
  • 2.00pm - 5.00pm
Jumaat
  • 8.00am - 12.15pm
  • 2.45pm - 5.00pm

Direktori

Talian Utama: 03-61454333/Samb 5130
Fax: 03-61454222

 

NoNamaJawatanSambEmail
1 Cik Nur Hazrina Bt Iderus Pegawai Pemulihan Fisioterapi (U41) 5140 -

-

Cetak Emel