logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Sokongan Klinikal
  • Jabatan Kerja Sosial Perubatan

Jabatan Kerja Sosial Perubatan

jabatan_kerja_social_perubatan

Pengenalan

Jabatan Kerja Sosial Perubatan merupakan jabatan yang merealisasikan perkhidmatan sokongan kepada perkhidmatan perubatan utama di Hospital Sungai Buloh. Lokasi jabatan adalah di Aras 2, Blok B bersebelahan dengan Bahagian Pengurusan Hospital Sungai Buloh. 

Jabatan Kerja Sosial Perubatan beroperasi sepenuhmya dengan diketuai oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan (S48), 1 orang Pegawai Kerja Sosial Perubatan (S44) bersama 3 orang Pegawai Kerja Sosial Perubatan (S41), 1 orang Pembantu Pembangunan Masyarakat, 1 orang Pembantu Tadbir serta 1 orang Pembantu Perawatan Kesihatan.

Jabatan Kerja Sosial Perubatan berfungsi untuk memberikan perkhidmatan sosial seperti berikut :

  • Terapi Sokongan / Sokongan Emosi
  • Bantuan Praktik / Material

Sasaran jabatan adalah pesakit-pesakit yang mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh dan dikategorikan sebagai pesakit yang tidak berkemampuan atau yang memerlukan sokongan emosi.

Pencapaian Piagam Pelanggan

  • Kes yang dirujuk diambil tindakbalas dalam tempoh dua hari bekerja (90%)
  • Laporan permohonan sosioekonomi lengkap dihantar ke agensi pemberi bantuan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima (80%)

Misi

Memberi perkhidmatan sosial yang berkualiti dan profesional kepada pesakit-pesakit yang mempunyai masalah psikososial pada setiap kes yang dirujuk.

Visi

Ke arah peningkatan kesejahteraan sosial masyarakat.

Objektif

  • Untuk memberi perkhidmatan biopsikososial yang berasaskan prinsip kerahsiaan, prihatin dan berkesan bagi mengatasi masalah sosial pesakit-pesakit seiring dengan konsep rawatan komprehensif.
  • Untuk membantu memulihkan semula pesakit dengan meningkatkan kefungsian sosial mereka agar menjadi anggota masyarakat yang produktif serta berdikari sesuai dengan batas keupayaan yang akibat penyakit yang dihidapi.

Perkhidmatan Yang Disediakan

Terdapat dua jenis perkhidmatan yang disediakan di Jabatan Kerja Sosial Perubatan iaitu :

  • Terapi Sokongan
    • Sokongan emosi / motivasi/ khidmat nasihat dan rundingan.
    • Kaunseling individu, kelompok dan keluarga
    • Masalah Rumahtangga
    • Kes Keganasan rumahtangga
    • Kes Ibu Tanpa Nikah
    • Kes Perkosaan
    • Kes Penderaan
    • Penerangan pendaftaran orang kurang upaya
    • Memberi penerangan tentang tatacara mendaftar kelahiran anak
  • Bantuan Praktik dan Material
    • Membuat siasatan dan menyediakan laporan penilaian sosio-ekonomi pesakit.
    • Perancangan keluar dari wad.
    • Mengesan waris pesakit.
    • Menjadi perantara (Lioson Officer) untuk permohonan penempatan pesakit terdampar di Jabatan Kebajikan Masyarakat.
    • Membantu pesakit membuat permohonan bantuan peralatan perubatan / implan dan prostesis.
    • Membantu pesakit merujuk permohonan bantuan am ke agensi luar.
    • Menguruskan permohonan mendiami Balai Pelawat.
    • Mengurus pendaftaran sebagai Sukarelawan Hospital Sungai Buloh.

 

Carta Organisasi

Klik Di sini 

Waktu Operasi

HariMasa
Isnin sehingga Jumaat

8.00 pagi hingga 5.00 petang

 

Direktori

Talian Utama: 03-61454333
Fax: 03-61454222


NoNamaJawatanSambEmail
1 Puan Rosalina Binti Sabirin  Ketua Jabatan 4286 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cetak Emel