logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Sokongan Klinikal
  • Jabatan Fisioterapi

Jabatan Fisioterapi

Pengenalan

Unit Fisioterapi terletak di Aras 1 merupakan sebahagian dari Jabatan Rehabilitasi  dan mula beroperasi pada September 2006. Unit  ini mempunyai staf seramai 12 orang pegawai Fisioterapi,  4 orang Pembantu Perawatan Kesihatan ( PPK )  dan diketuai oleh Pegawai Pemulihan ( Anggota ) U41.

Unit Fisioterapi terdapat 7 bahagian utama untuk rawatan pesakit luar iaitu gymnasium, elekteroterapi , hideroterapi , bilik rawatan pediatrik, penjagaan kesihatan lelaki dan wanita , terapi tangan dan terapi ‘balance’.

Unit ini juga dilengkapi dengan peralatan terkini dan moden.

Visi

Menyediakan  perkhidmatan Fisioterapi yang tepat, efektif dan berkualiti yang mudah diperolehi oleh setiap lapisan masyarakat serta ianya menepati keperluan dan ekspektasi pelanggan yang secara langsung akan menjana kearah kesejahteraan dan peningkatan kualiti hidup rakyat.

Misi

Menyediakan perkhidmatan Fisioterapi yang cekap dan penyayang, selamat dan cemerlang berdasarkan nilai-nilai etika dan professionalisma.

Objektif

Objektif utama Unit Fisioterapi adalah untuk menyediakan perkhidmatan pemulihan yang berkualiti bertepatan dengan ekspektasi pelanggan selaras dengan dasar KKM mengenai promosi dan penjagaan kesihatan rakyat. 

Waktu Operasi

Isnin – Khamis 8.00 pagi –1 .00 petang
2.00 petang – 5.00 petang
Jumaat 8.00 pagi – 12.15 tgh
2.45 petang – 5.00 petang
Ahad & Cuti Umum Tutup

CARTA ORGANISASI

carta_fisioterapi

Direktori

KETUA UNIT FISIOTERAPI

Mdm. Foo Kok Wee
E-mail – Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cetak Emel