logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Sokongan Klinikal
  • Jabatan Dietetik & Sajian

Jabatan Dietetik & Sajian

jabatan dietetik sajian

Pengenalan

Jabatan Dietetik dan Sajian adalah merupakan salah satu perkhidmatan sokongan klinikal yang terdapat di Hospital Sungai Buloh. Perkhidmatan jabatan ini juga meliputi Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN).

Lokasinya di Blok F behampiran dengan Pejabat Radicare dan satu lagi unit terletak di Pusat Kawalan Kusta Negara.

Jabatan ini menyediakan perkhidmatan dietetik sebagai sokongan klinikal dalam pemberian Medical Nutrition Therapy (MNT) kepada pesakit dan perkhidmatan sajian yang disediakan dalam 2 kaedah, iaitu Penswastaan (out-sourcing) kepada syarikat luar untuk pesakit di blok utama Hospital Sungai Buloh dan In-house untuk pesakit di Pusat Kawalan Kusta Negara.

Misi

Perkhidmatan Dietetik

  • Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan berdasarkan amalan evidence-based di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.
  • Menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik.

Perkhidmatan Sajian

  • Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.
  • Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-polisi, pekeliling-pekeliling dan arahan yang ditetapkan.

Visi

Ke arah perkembangan perkhidmatan makanan, dietetik klinikal dan juga promosi kesihatan untuk membantu rawatan pesakit di samping sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.

Objektif

Objektif Umum :

Untuk memberikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal secara profesional, berkualiti dan mengutamakan pelanggan.

Objektif Khusus :

  • Untuk memastikan diet normal dan diet teraputik dibekalkan mengikut pesanan di wad, termasuk pesakit di pusat rawatan harian dan hemodialisis.
  • Untuk memastikan diet kelas satu dibekalkan untuk doktor bertugas atas panggilan, mengikut kelayakan.
  • Memastikan diet kelas satu dibekalkan kepada kakitangan paramedik yang bertugas berterusan di dewan bedah.
  • Untuk memastikan khidmat medical nutriton therapy bagi oral diet serta nutrition support diberi kepada pesakit yang dirujuk oleh doktor.
  • Untuk menggalakkan penglibatan di dalam kajian serta penyelidikan katering dan dietetik klinikal/ komuniti mengikut keperluan demi peningkatan mutu perkhidmatan.

Perkhidmatan Yang Disediakan

Perkhidmatan Dietetik Klinikal

Perkhidmatan Dietetik Klinikal terbahagi kepada perkhidmatan dietetik pesakit dalam dan pesakit luar. Pegawai Dietetik memberi khidmat medical nutrition therapy dengan menggunakan nutrition care process yang merangkumi nutrition assessment, nutrition diagnosis, nutrition intervention dan nutrition monitoring dan evaluation termasuk dokumentasi untuk pesakit dalam & pesakit luar.

Perkhidmatan Dietetik Klinikal pesakit dalam merangkumi semua disiplin klinikal berdasarkan rujukan daripada Pegawai Perubatan. Terdapat juga klinik & kelas pendidikan pemakanan yang dijalankan bagi pesakit dalam dan luar. Berikut adalah jadual waktu operasi Perkhidmatan Dietetik Klinikal:

PerkhidmatanHariWaktu OperasiTempat
Pesakit Dalam Isnin - Jumaat 8am – 5pm Wad
Klinik Pesakit Luar Isnin - Khamis 9am – 12.30pm Klinik Kaunseling Pemakanan
Klinik Obesiti (Combine Clinic) Selasa 8am – 5pm Klinik Kaunseling Pemakanan
Kelas Pendidikan Pemakanan GDM Jumaat (2 kali sebulan) 9am - 10am Bilik Seminar, Klinik O&G
Kelas Pendidikan Pemakanan Diabetes Khamis 9am – 10am Klinik Perubatan 2 PKKN

Perkhidmatan lain yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Memberi ceramah, latihan, pendidikan berterusan dan khidmat pakar rujuk akan dikendalikan mengikut keperluan.
  • Melibatkan dalam kajian serta pendidikan sejajar dengan keperluan klinikal atau perkhidmatan.

Perkhidmatan Sajian

  • Membekalkan diet berdasarkan pesanan yang diterima dari wad mengikut kelas satu, dua, tiga atau kanak-kanak. Pegawai Dietetik atau Doktor akan menentukan jenis diet sama ada diet normal atau diet terapeutik.
  • Membekalkan diet kelas tiga kepada ibu yang menemani anak di wad kanak-kanak, iaitu MAC (mother accompanying child). Rujukan: Bil (55)dlm. KKM 203/18 Jld.3, bertarikh 12hb Disember 2001, Pengecualian caj bagi kes-kes ibu/penjaga menemani anak di wad atau mother accompanying child (MAC).
  • Membekalkan susu formula bayi kepada bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai HIV positif bagi tempoh dari lahir hingga umur 2 tahun untuk mereka yang kurang mampu. Rujukan: Bil (45)dlm. KKM-87(P20/205/1) Bhg. 7, bertarikh 23hb Ogos 2001, Bekalan susu formula untuk bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu HIV positif dan rujukan: Bil (13)KKM-171/BKO/04/16/0232, bertarikh : 18 Oktober 2012, Pemberian susu secara percuma dari 6 bulan kepada 2 tahun untuk bayi yan dilahirkan oleh ibu HIV positif.
  • Membekalkan diet kelas satu kepada Doktor yang bertugas atas panggilan di hospital. Rujukan: Bil (39)dlm.KKM-58/054/4, bertarikh 12hb Januari 1983, Minuman dan makanan bagi pegawai-pegawai perubatan dan doktor siswazah.
  • Membekalkan diet kelas satu kepada kakitangan paramedik yang bertugas berterusan di dewan bedah. Rujukan : Bil (478) dlm. JKNS/401/20, bertarikh 16 September 2009, Surat Pekeliling Bahagian Kewangan Bil 1 Tahun 2009 Garis Panduan Mengenai Penyediaan Makanan kepada kakitangan paramedik yang bertugas berterusan di dewan bedah hospital-hospital kerajaan.
  • Melibatkan dalam kajian serta penyelidikan demi perkembangan teknologi katering dan peningkatan mutu perkhidmatan makanan.
  • Melaksanakan pemantauan ke atas Syarikat yang ditawarkan kontrak, bagi hospital yang perkhidmatan sajiannya diswastakan oleh pegawai-pegawai Jabatan Sajian & Dietetik hospital bagi pihak Pengarah Hospital. Rujukan: Perjanjian kontrak penswastaan perkhidmatan makanan hospital, Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Menjalankan program ‘food tasting’ yang melibatkan wakil syarikat, wakil JDS & wakil hospital untuk memantau mutu & kualiti makanan dari masa ke semasa.

Direktori

Talian Utama: 03-61454333
Fax: 03-61454222


NoNamaJawatanSambE-mail
1 EN SYAMHAIRIL BIN MOHAMED Ketua Jabatan 7105 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2 MASTURA BINTI MOHTARAM Pen. Pegawai Penyediaan Makanan, C32 7101 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cetak Emel