logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Perubatan
  • Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental

Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental

jabatan_psikiatri_kesihatanmental_

Pengenalan

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Sungai Buloh (HSB) telah mula beroperasi sejak 15 Mac 2007 sebagai salah satu kompenan perkhidmatan kesihatan Hospital Sungai Buloh. Pada mulanya jabatan ini hanya dianggotai oleh seorang Pakar Psikiatri,seorang Pegawai Perubatan dan 2 orang Jururawat Masyarakat.

Rasional penubuhannya ialah untuk menekankan bahawa Psikiatri ialah suatu penyakit biologikal dan sewajarnya diterima sebagai salah satu displin perubatan. Dengan demikian, semua pesakit didalam “Catchment Area” boleh menerima rawatan dengan mudah dan cepat. Stigma penyakit dapat dikurangkan dan “Quality Of Life”mereka dapat ditingkatkan ini adalah sejajar dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mendefinisikan kesihatan sebagai “ Physical, Mental and Social well Being”.

Misi

Membekalkan perkhidmatan kesihatan mental dan psikiatri serta pemulihan yang berkualiti untuk mereka yang mengalami masalah kesihatan mental akut dan kronik agar dapat menikmati kehidupan yang bermutu dan menyediakan keperluan yang mencukupi serta bagi penjagaan pelanggan yang memerlukan.

Visi

Melahirkan satu masyarakat warga kota yang seimbang dan sihat dari segi psikologi, dan memberi penekanan terhadap promosi kesihatan mental dan pencegahan masalah-masalah psikososial.

Objektif Jabatan

  • Memberi khidmat Psikiatri kepada rakyat Malaysia dari segi rawatan dan terapi sokongan
  • Memberi sokongan kepada jabatan lain dan organisasi – organisasi tertentu untuk memberi rawatan dan rehabilitasi psikososial dengan lebih berkesan
  • Memberi psychoeducation kepada pesakit dan keluarga pesakit tentang jenis penyakit dan rawatan yang diberi kepada pesakit
  • Mengajar pelajar perubatan UiTM yang ditempatkan di Jabatan Psikiatri, Hospital Sungai Buloh
  • Menjadikan Jabatan Psikaitri sebagai pusat penyelidikan

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar
  • Perkhidmatan Pesakit Dalam
  • Perkhidmatan Community Psychiatry
  • Perkhidmatan Liason Psychiatry
  • Perkhidmatan Drug Substitution Therapy
  • Perkhidmatan Psikiatri Kanak – Kanak & Remaja
  • Perkhidmatan Psikiatri Warga Emas

Waktu Operasi

Isnin hingga KhamisJumaatSabtu dan Ahad
  • 8.00 a.m - 1.00 p.m
  • 1.00 p.m - 2.00 p.m (rehat)
  • 2.00 p.m - 5.00 p.m
  • 8.00 a.m - 12.15 p.m
  • 12.15 p.m - 2.45 p.m (rehat)
  • 2.45 p.m - 5.00 p.m
  • Cuti

Aktiviti Terkini Jabatan

  • Membuka Klinik Methadone yang baru di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN)
  • Merancang perkhidmatan Terapi Elektrokonvulsive
  • Perkhidmatan Community Psychiatry
  • Mengajar pelajar perubatan Kolej Mahsa yang ditempatkan di Jabatan Psikiatri, Hospital Sungai Buloh

Direktori

Talian Utama : 03-61454333
Fax : 03-61454222


NoNamaJawatanSambE-mail
1 Dr. Ahmad  Zabidin Bin Zakaria Ketua Jabatan 2271/1218 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2 En. Ramli Bin Roslan Ketua Penyelia 1219  -

Cetak Emel