logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Perubatan
  • Jabatan Perubatan Rehabilitasi

Jabatan Perubatan Rehabilitasi

jabatan perubatan rehab

Pengenalan

Perubatan Rehabilitasi adalah suatu bidang kepakaran perubatan yang menguruskan keadaan ketidakupayaan pesakit akibat komplikasi kesihatan dimana pengurusan pesakit adalah secara menyeluruh serta menggunakan pendekatan secara kepelbagaian kepakaran atau “interdisciplinary model of care”. Klinik Pakar Rehabilitasi telah berpindah ke Pusat Kawalan Kusta Negara bermula Januari 2009 manakala rawatan pesakit dalam yang memerlukan program rehabilitasi khusus di lakukan di Wad Cempaka 30/31, Pusat Kawalan Kusta Negara dengan kapasiti sebanyak 12 katil, sejak April 2009.

Misi

Menyediakan perkhidmatan rehabilitasi berdasarkan kaedah interdisiplinari yang menyeluruh dan bersasaran bagi pesakit kelainan upaya kearah pencapaian tahap berdikari yang optimum.

Visi

Kearah meningkatkan kualiti kehidupan pesakit kelainan upaya melalui pencapaian potensi fizikal, kefungsian,  psikologikal, vokasional dan avokasional yang optimum.

Objektif Jabatan

Untuk menyediakan perkhidmatan perubatan rehabilitasi bagi pesakit kelainan upaya melalui perkhidmatanpesakit dalam dan pesakit luar yang berkualiti dan cekap bagi membolehkan mereka mencapai tahap kualiti kehidupan dan kefungsian yang optimum.

Ahli dan Peranan Utama Pasukan Interdisplinari Jabatan Perubatan Rehabilitasi

  • Pakar & Pegawai Perubatan: Menyediakan kepakaran klinikal bagi rawatan khusus seperti spasticity, impending contractures, neuropathic pain, neurogenic bladder, neurogenic bowel, wound care. Ini termasuk rawatan Botulinum Toxin injection, alcohol neurolysis, cystometry studies dan sebagainya.
  • Jururawat Rehabilitasi: Menyelia program interdisiplinari serta terlibat dalam pengendalian dan pengajaran continence care program, skin care dan sebagainya
  • Jurupulih Perubatan Anggota(Physiotherapist):Mengendalikan komplikasi pernafasan, meningkatkan fungsi fizikal dan mobiliti termasuk fungsi kekuatan otot,aplikasi senaman, latihan berjalan, perpindahan serta teknik penggunaan kerusi roda.
  • Jurupulih Perubatan Cara Kerja (Occupational Therapist): Mengintegrasi latihan kognitif dan fizikal bagi mencapai kebolehan maksimum pesakit dalam melakukan aktiviti asas harian termasuk aplikasi alat bantuan seperti adaptive devices, orthosis dan sebagainya.
  • Pegawai Pemulihan Pertuturan(Speech Therapist): Mengendalikan pesakit kelainan upaya dengan komplikasi penelanan, pertuturan serta komunikasi.
  • Juruteknik Prostetik & Ortotik: Memberikan input kepakaran teknikal bagi preskripsi, pembuatan, pemasangan serta proses check out peralatan prosthesis dan orthosis.

Kriteria Kemasukan Ke Wad Rehabilitasi

  • Pesakit dengan keadaan “complex disabilities” yang memerlukan kepakaran pelbagai pasukan interdisiplinari.
  • Mempunyai “cognitive ability to learn”.
  • Bermotivasi tinggi.
  • Mempunyai sokongan keluarga yang baik.

Aktiviti Jabatan

gambar1 gambar2
Graduan Program Rehabilitasi
Interdiciplanary Active 2014
 
gambar3 gambar4
 
Hasihin Sanawi memenangi
Sukan Paralimpik London 2012

 

Direktori

Talian Utama: 03-61454333
Fax: 03-61454222

 

NoNamaJawatanSambE-mail
1 Dr. Akmal Hafizah Binti Zamli Ketua Jabatan Perubatan Rehabilitasi ( U54 )  2234 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cetak Emel