logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Pembedahan
  • Jabatan Pembedahan Plastik & Rekonstruktif

Jabatan Pembedahan Plastik & Rekonstruktif

jabatan_bedahplastik_rekonstruktif

Pengenalan

Jabatan Pembedahan Plastik & Rekonstruktif, Hospital Sungai Buloh menyediakan perkhidmatan rawatan pakar dalam semua aspek mengikut keperluan dan masalah yang dihadapi pesakit. Kami mengutamakan perawatan yang terbaik kepada pesakit untuk menjamin keselamatan dan keselesaan mereka. Pakar dan pegawai perubatan yang berpengalaman seiring dengan teknologi dan peralatan terkini akan memberikan perawatan pesakit di semua peringkat usia. Skop rawatan pembedahan plastik & Rekonstruktif adalah luas. Ini merangkumi pembedahan yang ringkas seperti tumbuhan pada kulit sehingga pembedahan kompleks seperti pembedahan kranio fasial.

Perkhidmatan Dan Pembedahan Yang Disediakan

  • Pembedahan kulit dan tisu yang berkaitan
  • Pembedahan ‘cleft’
  • Pembedahan rekonstruktif payudara
  • Menerima kes-kes selepas pembedahan mastektomi dari Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang dan Hospital Putrajaya
  • ‘Breast reduction
  • Implan
  • Pembedahan tangan/ kaki
  • ‘Congenital’ deformities
  • kes-kes trauma dari Jabatan kecemasan dan Ortopedik
  • Pembedahan Kraniofasial
  • Bekerjasama dengan Pusat Kraniofasial cemerlang Hospital Pulau Pinang dalam perawatan kes-kes kranio fasial yang kompleks.
  • Bekerjasama degan Jabatan Neurosurgeri dalam pembedahan Kraniofasial trauma dan tumor.
  • Pembedahan ‘Flap’ dan mikrosurgeri
  • Perawatan Laser

Pasukan perubatan dan paramedik di jabatan ini juga menyediakan perawatan untuk semua jenis luka kebakaran dan kelecuran.

Objektif kami adalah menyediakan perawatan luka yang komprehensif dan memastikan pesakit sembuh dalam jangkamasa yang singkat supaya mereka dapat menjalani rehabilitasi secepat mungkin. Perkhidmatan dan rawatan yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Rawatan kebakaran/kelecuran akut
  • Resusitasi
  • Sokongan ventilasi dan pernafasan
  • Perawatan luka
  • Rawatan lanjutan - Rehabilitasi (fisioterapi and jurupulih anggota)
  • Prosthesis
  • Pembedahan rekonstruktif

Klinik Pakar

Klinik Pakar Pembedahan Plastik terletak di aras 2. Klinik ini menyediakan kemudahan untuk konsultasi kes-kes baru dan susulan, perawatan luka serta prosedur minor/Laser.

Perkhidmatan Pesakit Dalam

  • Pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan pesakit dalam ditempatkan di wad-wad integrasi pembedahan seperti wad 8C, 4B, 5B dan lain-lain wad yang berkaitan.
  • Pesakit-pesakit yang sedia ada yang dirujuk ke jabatan ini akan dirawat di wad yang asal.
  • Pesakit-pesakit yang dimasukkan ke wad adalah mereka yang akan menjalani pembedahan, memerlukan pemeriksaan khas sebelum rawatan selanjutnya atau memerlukan rawatan antibiotik intravena serta mereka yang telah menjalani pembedahan dan memerlukan perawatan selepas pembedahan seperti perawatan luka, ‘skin graft care’ dan ‘flap monitoring’.

Misi

  • Menyediakan perawatan pembedahan plastik dan rekonstruktif yang berkualiti dengan kemudahan yang disediakan serta interaksi dengan kepakaran yang berkaitan. 
  • Menjadikan Jabatan Pembedahan plastik dan Rekonstruktif sebagai sebuah pusat kecemerlangan di Hospital Sungai Buloh. 
  • Mengamalkan budaya kerja yang menghargai dan menghormati setiap individu.  
  • Menyediakan sekitaran yang kondusif untuk pembelajaran professional berterusan serta kajian pada semua peringkat. 
  • Menggunakan teknologi maklumat terkini dalam meningkatkan mutu perkhidmatan yang mesra pelanggan.

Visi

Kami akan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terdiri dari kumpulan professional yang berdedikasi, yang mempunyai visi yang inovatif dalam perawatan pesakit, kajian serta program pendidikan, berpandukan teknologi maklumat yang bersesuaian.

Objektif Jabatan

  • Menyediakan perkhidmatan kepakaran yang memberi keutamaan rawatan kepada pesakit-pesakit yang mengalami kelainan ‘congenital’ atau kecacatan akibat trauma dan tumor. 
  • Memastikan semua anggota mempunyai pengetahuan serta kemahiran dalam perkhidmatan yang disediakan. 
  • Memastikan semua anggota bersikap professional dalam menyampaikan perkhidmatan yang mesra pelanggan dengan semangat bekerja berpasukan. 
  • Memastikan perkhidmatan yang disampaikan adalah cepat, cekap dan selamat. 
  • Menggalakkan kajiselidik serta audit untuk membantu meningkatkan mutu perkhidmatan.

Perkhidmatan Yang Disediakan

Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Klinik Pakar 
  • Rawatan pesakit dalam 
  • Pembedahan minor 
  • Pembedahan major 
  • Rawatan kes-kes kecemasan 
  • Latihan dan pembelajaran professional yang berterusan

Lokasi Dan Pejabat/Unit

  • Klinik Pakar Bedah Plastik : Aras 2
  • Wad Kebakaran (3A) : Aras 3

Waktu Operasi

HariMasa
Isnin sehingga Khamis
  • 8.00 a.m hingga 1.00 p.m
  • 2.00 p.m hingga 5.00 p.m
Jumaat
  • 8.00 a.m hingga 12.15 p.m
  • 2.45 p.m hingga 5.00 p.m

 

Direktori

Talian Utama: 03-61454333
Fax: 03-61454222

 

NoNamaJawatanSambE-mail
1 Dr. Salina Ibrahim Ketua Jabatan 1212/4225  -
2 Mr Shah Jumaat B. Mohd. Yusof Pakar Pembedahan Plastik 1212  -
3 Dr. Tan Teck Leong Pegawai Perubatan 1212  -
4 Dr. Sarahanna a/p Selvarajah Pegawai Perubatan 1213  -
5 MA Hafez B Mohd Poad PPP U32 1220  -
6 MA Mezehar B. Rasem PPP U29 1210  -
7 SN Zalilah Bt. Jusoh JT U29 1210  -
8 SN Siti Azalina Bt Md Saad JT U29 1210  -
9 JM Sarasvaty Devi a/p Sukumar JM U19 1210  -
10 JM Aminah Bt Alias JM U19 1210  -
11 PPK Latifah Anom Bt Nordan PPK U3 1210  -

Cetak Emel