logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Pembedahan
  • Jabatan Pembedahan

Jabatan Pembedahan Am

Pengenalan

Jabatan Pembedahan Am memulakan perkhidmatannya pada 11 hb September 2006 merangkumi perkhidmatan Pesakit Dalam, Perkhidmatan Pesakit Luar, Pembedahan Elektif, Pembedahan Kecemasan, Rawatan Endoscopi dan Rawatan Harian.

Jabatan Pembedahan Am menjalankan fungsi-fungsinya melalui 3 unit utamanya iaitu Wad Pembedahan (Wad 5B dan 5C), Daycare Endoscopy/Surgery dan Klinik Pakar Pembedahan. Jabatan ini juga menawarkan perkhidmatan sub-kepakaran Upper GI Surgery, perkhidmatan Interventional Endoscopy dan ERCP. Jabatan Pembedahan Am juga mengambil bahagian secara aktif serta menitik beratkan aktiviti-aktiviti kualiti seperti CME (Continuing Medical Education) untuk pegawai perubatan, paramedik dan pelajar-pelajar perubatan dari universiti tempatan dan luar negeri.

Visi

Menjadi sebuah jabatan yang menyediakan perkhidmatan yang perubatan yang professional, mengutamakan pelanggan dan efisien selaras dengan perkembangan keperluan .

Misi

Komited untuk menyediakan perkhidmatan pembedahan yang berkualiti bagi memastikan penyembuhan kesihatan para pelanggan melalui carakerja yang professional dan beretika serta bekerjasama dengan lain-lain perkhidmatan kesihatan yang .

 

Motto Jabatan

SELAMAT DAN TEPAT (SAFE AND SOUND)

Objektif Jabatan

  • Menyediakan perkhidmatan diagnostik dan kuratif yang cepat dan optima serta rawatan penyembuhan yang optima melalui kerjasama dengan lain-lain perkhidmatan klinikal dan sokongan di dalam dan luar hospital
  • Melatih semua kategori kakitangan bagi memantapkan tahap pengetahuan, kecekapan bekerja dalam menyediakan perkhidmatan pembedahan yang berkualiti
  • Mempromosi kesedaran awam tentang pentingnya pencegahan penyakit dan rawatan awal
  • Menyemai dan menggalakkan budaya kerja cemerlang di kalangan kakitangan

Objektif Unit

Klinik Pembedahan Am

  • Menyediakan rawatan diagnostik dan kuratif yang cepat dan tepat dengan semangat ‘teamwork’ 
  • Melatih semua kategori kakitangan untuk meningkatkan ilmu, kecekapan dan efisiensi bekerja dalam memberi perawatan yang berkualiti 
  • Mempromosikan pencegahan penyakit dan rawatan awal kepada masyarakat umum

Unit Endoskopi

  • Menyediakan perkhidmatan endoscopy yang berkualiti dan efisien 
  • Menyediakan perkhidmatan endoskopi kecemasan 24 jam 
  • Memberikan latihan kepada kakitangan; pegawai perubatan dan paramedic di dalam bidang endoskopi

Wad-Wad Pembedahan Am

  • Menyediakan rawatan diagnostik dan kuratif yang cepat dan tepat dengan semangat ‘teamwork’ 
  • Melatih semua kategori kakitangan untuk meningkatkan ilmu, kecekapan dan efisiensi bekerja dalam memberi perawatan yang berkualiti 
  • Mempromosikan pencegahan penyakit dan rawatan awal kepada masyarakat umum

Piagam Pelanggan

Klinik Pembedahan Am

  • Berusaha memberi perkhidmatan yang bersopan, cepat dan tepat 
  • Kes-kes tenat akan dirawat dengan kadar yang segera 
  • Kes-kes stabil akan dirawat dalam masa 60 minit

Unit Endoskopi

  • Berusaha memberi perkhidmatan yang bersopan, cepat dan selamat 
  • Kes-kes kecemasan diutamakan dan dirawat dengan kadar yang segera 
  • Kes-kes temujanji akan menjalani prosedur dalam masa 60 minit

Wad-Wad Pembedahan Am

  • Memberikan perawatan perioperatif yang cekap, efisien dan selamat 
  • Memastikan kes kecemasan dirawat dengan kadar yang segera mengikut ketenatan 
  • Memastikan penjagaan stoma dan luka pembedahan yang sentiasa optima dan bebas dari infeksi

Perkhidmatan Yang Disediakan

Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Pembedahan Am

  • Perkhidmatan Kepakaran Pesakit Luar
  • Perkhidmatan Pesakit Dalam
    • Wad Pembedahan Lelaki (5C)
    • Wad Pembedahan Perempuan (5B)
  • Perkhidmatan Pembedahan
    • Kepakaran Pembedahan Am
    • Kepakaran Pembedahan Upper GI
  • Perkhidmatan Endoscopi
    • Therapeutic & ERCP
    • Manometry & pH Monitoring
  • Klinik Obesity & Weight Management
  • Pusat Rujukan Kebangsaan Upper GI Surgery
  • Latihan Sub-Kepakaran Upper GI Surgery
  • Breast Counseling

Jadual Klinik Pakar Obstetrik & Ginekologi

HariSesi klinik
8AM - 1PM2PM - 5PM
Isnin

                     

Rawatan Kepakaran Pesakit Luar 

(Kes Baru & Ulangan)

Mortaliti & Morbiliti Meeting

Selasa

Rawatan Kepakaran Pesakit Luar 

(Kes Ulangan)

Klinik FNAC

Breast Kaunseling

Klinik Obesity (Minggu ke 3 & 4)

Pembedahan Elektif (GA)

breast Kaunseling

Pembedahan Elektif (GA)

Rabu

Rawatan Kepakaran Pesakit Luar 

(Kes Baru & Ulangan)

Pembedahan Elektif (GA)

Pembedahan Elektif (GA)

Khamis

Rawatan Kepakaran Pesakit Luar 

(Kes Ulangan)

Klinik FNAC

Pembedahan Elektif (GA)

Pembedahan Elektif (GA)

 

Jumaat

Rawatan Kepakaran Pesakit Luar 

(Kes Baru & Ulangan)

Interventional Endoscopy & ERCP

Pembedahan Elektif (LA)

Interventional Endoscopy & ERCP

 

Direktori

Talian Utama: 03-61454333
Fax: 03-61454222


Klinik  : Ext. 1230/1238

Wad 5C : Ext. 4530

Wad 5B : Ext. 4509

Endoscopi : Ext. 1320

 

NoNamaJawatanSambE-mail
1 Dr. Mohammad Shukri Bin Jahit Ketua Jabatan Bedah Am 1233  -

Cetak Emel