logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Pembedahan
  • Jabatan Otorinolaringologi

Jabatan Otorinolaringologi

ORL

Pengenalan

Jabatan  Otorinolaringologi  (ORL), Hospital Sungai Buloh telah memulakan perkhidmatan pada 15 Ogos 2006,  kepada pesakit yang mempunyai masalah telinga, hidung, tekak, kepala dan leher. Jabatan ini mempunyai 2 sub-unit iaitu Unit Audiologi dan Unit Terapi Pertuturan. Jabatan Otorinolaringologi UiTM juga dibawah seliaan Jabatan ini.

Pada akhir tahun 2008 Jabatan ini telah dipilih sebagai  pusat  implan koklea kebangsaan (National Cochlear Implantation) untuk zon Tengah. Pesakit-pesakit dari wilayah persekutuan dan selangor yang mempunyai masalah pendengaran dan sesuai untuk implan koklea akan dirujuk ke jabatan ini untuk rawatan selanjutnya.

Dari segi pembelajaran, Jabatan ORL  Hospital Sungai Buloh merupakan salah satu pusat latihan bagi

  • Sub Kepakaran

  • Pasca Siswazah Otorinolaringologi

  • Pelajar perubatan

    • Universiti Teknologi Mara (UITM)

    • Management Science University (MSU)

    • Taylor's University

  • Pelatih Kejururawatan Kerajaan dan Swasta dan paramedik yang menjalani pengkhususan perawatan     Otorinolaringologi

  • Pelajar Sarjana Muda bagi bidang Audiologi dan bidang Terapi Pertuturan dari Universiti Kebangsaan Malaysia untuk melakukan 'attachment'

Jabatan ini  memperluaskan perkhidmatan dengan mengadakan lawatan klinik pakar di Hospital Tanjung Karang dengan kekerapan sebulan sekali.

Semenjak ianya dibuka, Jabatan ini telah berjaya dalam meningkatkan dan memperluaskan skop perkhidmatan ORL.

Misi

  • Memberi perkhidmatan kepada masyarakat dengan kos yang efektif, efisyen dan berkualiti dengan menggunakan teknologi terkini. 

  • memberi perkhidmatan penyelidikan dan kemudahan berkursus (pembelajaran) kepada Pegawai Perubatan Pelatih dan Paramedik  yang mengikuti bidang ini.

Visi

Jabatan Otorinolaringologi , Hospital Sungai Buloh memberikan perkhidmatan rawatan yang efektif dan berkualiti kepada pesakit yang yang mengalami masalah /penyakit yang berkaitan dengan telinga, hidung dan tekak dengan kakitangan yang terlatih untuk memberikan kepuasan kepada pelanggan.

Objektif

Jabatan Otorinolaringologi memberikan perkhidmatan kepada pelanggan luaran dan dalaman sebagai :-

  • Perkhidmatan Rawatan Pesakit secara klinikal 

  • Kursus dan Pembelajaran

Perkhidmatan yang diberikan dipanggil Perkhidmatan Rawatan klinikal , dimana kakitangan yang memberikan rawatan dipanggil “ Clinical Care Providers” dan pelanggan dipanggil Pesakit.

Perkhidmatan Yang Disediakan

 

  • Klinik Pakar ORL bagi pesakit luar yang dirujuk yang mengalami masalah ORL.

  • Melakukan pembedahan kepada pesakit yang mempunyai masalah ORL samada secara bius setempat (LA) atau bius umum (GA). 

  • Klinik Ujian Alergi (Allergic Skin Prick test) –  Di mana ujian dilakukan pada bahagian lengan untuk mengenalpasti jenis alergi yang dihadapi oleh pesakit yang mempunyai Allergic Rhinitis.

  • Klinik Fine Needle Aspiration Cytology (FNAC) – Ini adalah non invasive procedure di mana tisu diambil dengan menggunakan cara teknik aspirasi sel.  Diagnosis bagi kebengkakan atau ketumbuhan pada kepala dan leher dapat dikenalpasti dengan menggunakan kaedah ini. Prosedur ini dijalankan dengan  kerjasama daripada Jabatan Patologi.

  • Klinik Obstructive Sleep Apnea (OSA). – Pesakit yang mempunyai masalah Sleep Apnea akan disaring, diikuti dengan sleep study test dan seterusnya memberi rawatan samada perubatan atau pembedahan.

  • Klinik Head & Neck Cancer - Pesakit yang disahkan menghidap barah di bahagian hidung, tekak, telinga atau leher akan diberi rawatan di klinik khas ini. Klinik khas ini meluangkan lebih masa untuk kaunseling kepada pesakit dan keluarganya.

  • Pekhidmatan Swallowing Assessment / FESS – Prosedur ini adalah pemeriksaan yang dijalankan oelh kedua-dua Pakar ORL dan Pegawai Pemulihan Perubatan (Terapi Pertuturan) dalam memberi rawatan kepada pesakit yang mempunyai masalah penelanan.

  • Perkhidmatan Audiologi. - Dikendalikan oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) atau pun dikenali sebagai Audiologist.

Antara perkhidmatan yang diberikan adalah:

        • Ujian pendengaran kanak-kanak dan dewasa

        • Perkhidmatan alat bantu pendengaran

        • Program Rehabilatasi Implan Koklea

        • Ujian saringan pendengaran bayi di NICU

  • Perkhidmatan Terapi Pertuturan – Ianya dikendali oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Terapi Pertuturan) ataupun dikenali sebagai Speech Therapist

Perkhidmatan yang diberi adalah

        • Membuat diagnosa dan memberi rawatan bagi masalah pertuturan dan bahasa seperti Speech language delay, Hearing impairment, Articulation, Feeding, Voice disorder, resonance problem, Fluency disorder dan Alternative Augmentative Communication

        • Menjalani Klinik Swallowing

        • Rehabilitasi Implan Koklear

  • Perkhidmatan Program Implan Koklear.

Mengenalpasti dan saringan pesakit  yang sesuai, melakukan pembedahan dan rehabilatasi selepas pembedahan. Ini melibatkan Pakar ORL (Otologist),  Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) dan  Pegawai Pemulihan Perubatan (Terapi Pertuturan)

  • Lawatan Pakar ke Klinik Pakar ORL, Hospital Tanjung Karang hari Isnin minggu keempat setiap bulan. Lawatan ini akan dilakukan oleh Pakar ORL secara giliran.  

 

JADUAL AKTIVITI JABATAN ORL

       HARI

 8am - 9am   

     9am - 1pm

      2pm - 5pm

     

        ISNIN

 

    Rondaan              wad

 Hari Pembedahan (Setempat)

Hari Pembedahan (GA)

Kes kecemasan

Klinik Alergi

Kes Kecemasan

 

      SELASA

     Rondaan

       wad

Klinik ORL

(Baru dan Ulangan)

Klink FNAC

Clerking for admission

Kes Kecemasan

 

      RABU

       Rondaan

        wad

 Klinik ORL

(Baru dan Ulangan)

Klinik Obstructive Sleep Apnea

Klinik Head & Neck Cancer

Kes Kecemasan

 

     KHAMIS

      Rondaan

        wad

 Hari Pembedahan (GA)

 Kes Kecemasan

 Post operative round

 Kes Kecemasan

HARI

  8am - 9am

   9am - 12.15pm

       2.45pm - 5pm

 JUMAAT

    Rondaan

        wad

  Klinik ORL

  (Baru dan Ulangan)

   Kes kecemasan

 

Direktori

Talian Utama: 03-61454333
Fax: 03-61454222

 

No

Nama

Jawatan

Samb

E-mail

1

Dr. Sobani Bin Din

Ketua Jabatan ORL

1150

 -

Cetak Emel