logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Pembedahan
  • Jabatan Oftalmologi

Jabatan Oftalmologi

jabatan_oftamologi

Pengenalan

Semenjak di buka pada 16 Ogos, Jabatan Oftalmologi telah berkembang dengan pesatnya pada tahun 2007. Di samping penambahbaikan dan peningkatan perkhidmatan yang di wujudkan semenjak pembukaan klinik mata, perkhidmatan baru iaitu perkhidmatan `Cornea` telah di mulakan pada tahun 2007. Ini kerana Hospital Sungai Buloh telah dikenalpasti oleh Kementerian Kesihatan Malaysai sebagai `Centre of excellence` untuk `Cornea`.

Pakar` Cornea` yang dahulunya bertugas di Hospital Kuala Lumpur telah di pindahkan ke Hospital ini. Jabatan ini telah mencipta sejarah tersendirinya pada 14 Febuari 2007 apabila `Cornea Transplant` yang pertama telah dijalankan di Hospital ini. Tahun 2009, juga telah menyaksikan peningkatan jumlah kedatangan pesakit yang begitu ketara sekali.Prosedur yang dijalankan pun bertambah.

Visi

Mewujudkan sebuah pusat kecermalangan dalam perawatan mata untuk menjamin kualiti pemeliharaan mata yang optima kepada seluruh lapisan masyarakat.

Misi

Menyediakan perkhidmatan perawatan,pembedahan dan pemulihan yang professional dengan mengamalkan teknologi terkini dan selamat serta kakitangan yang terlatih dan mesra pelanggan.

Objektif Jabatan

  • Memberi perkhidmatan pencegahan, pengesanan, Perawatan awal, pembedahan dan pemulihan yang cekap serta berkesan agar kes-kes kacacatan penglihatan dapat dikurangkan.
  • Mempertingkatkan kualiti hidup pesakit dengan memberi Perkhidmatan penjagaan mata yang optima.
  • Mengekalkan serta mempertingkatkan tahap keberkesanan perkhidmatan oftalmologi agar menjadi pusat rujukan terunggul dan utama.
  • Memberi kesedaran di kalangan masyarakat tentang Penyakit –penyakit mata dan komplikasinya serta cara Pencegahannya.
  • Menjadi pusat latihan dan penyelidikan bagi petugas Dan kakitangan perkhidmatan mata.
  • Menjalinkan sikap mesra pelanggan dan memupuk Perasaan muhibbah di antara akum serta berkhidmat demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Fungsi-Fungsi Utama

  • Menyediakan perkhidmatan dan perawatan mata untuk pesakit luar dan dalaman. 
  • Memeriksa dan merawat kes-kes rujukan yang Mempunyai masalah berkaitan dengan mata. 
  • Menyediakan perkhidmatan pembedahan mata keatas Kes-kes yang memerlukan. 
  • Menyediakan perkhidmatan klinik – klinik khas iaitu Rop, glaucoma dan diabetic retinopatyh. 
  • Menyediakan perkhidmatan ujian penglihatan, refraksi Penglihatan terhad, ortoptik dan kanta sentuh. 
  • Menyediakan perkhidmatan keunseling, konsultasi dan Pebdidikan kesihatan amata. 
  • Menyediakan pendidikan dan pembelajaran berterusan Melaluai cme, dan cne untuk kakaitangan klinik.

Perkhidmatan Jabatan

Antara perkhidmatan yang disediakan jabatan Oftalmologi.

  • Perkhidmatan Pesakit Luar 
  • Perkhidmatan Pesakit dalam 
  • Perkhidmatan Pembedahan. 
  • Perkhidmatan `Cornea`. 
  • Perkhidmatan Optometri. 
  • Perkhidmatan Laser.

1.Perkhidmatan Pesakit Luar

Jabatan ini berfungsi sebagai klinik pakar yang hanya menerima pesakit yang dirujuk oleh Doktor dari jabatan lain.Setiap kes baru perlu terlebih dahulu mendapatkan surat rujukan dari mana-mana Pakar atau Pegawai Perubatan samaada dari Hospital Kerajaan, Swasta, klinik Kerajaan mahupun klinik Swasta.

Pesakit yang mempunyai surat rujukan akan diberi tarikh temujanji samaada dengan dating sendiri atau mendapatkannya melalaui tetefon. Kes-kes Kecemasan akan di beri keutamaan dimana kes-kes sebegini dirawat pada hari yang sama. Jumlah pesakit luar pada setiap sesi klinik dihadkan bilangannya bergantung pada tenaga Doktor yang sedia ada. Ini adalah bertujuan supaya setiap pesakit menerima rawatan yang optima dan sebaik mungkin.

Walaubagaimanapun, jabatan ini juga bersikap perihatin terhadap warga emas dan kanak-kanak dengan memberi keutamaan giliran mendapat rawatan dari Pegawai Perubatan. Dengan ini masa menunggu untuk mendapatkan rawatan mereka dapat dipercepatkan. Kebanyakan kes yang dirawat di Klinik Pesakit luar adalah terdiri daripada kes-kes susulan, kes pembedahan,

2.Perkhidmatan Pesakit Dalaman

Kes-kes yang memerlukan rawatan lanjut atau memerlukan pembedahan mata akan dimasukkan kedalam wad. Antara wad yang disediakan iaitu wad 4B ( lelaki ), 5B ( wanita ) dan 8C ( kanak-kanak ).

3.Perkhidmatan Pembedahan

Pembedahan mata dijalankan di Dewan Bedah Harian dan Dewan Bedah Mata Minor. Hari pembedahan di jalankan pada setiap hari untuk kes-kes Elektif. Kes-kes kecemasan boleh dilakukan pada bila-bila masa samaada waktu pejabat atau lepas waktu pejabat dan hari-hari kelepasan am.

Kes-kes yang menjalani pembedahan bius setempat ( L.A ) dijalankan di Dewan Bedah Harian, pada hari isnin, selasa rabu dan khamis manakala kes –kes yang menjalani pembedahan bius an ( G.A ), Dijalankan pada hari rabu dan jumaat.

Pembedahan yang dijalankan secara `Day Care Surgery`( hanya untuk pembedahan bius setempat ) dimana pesakit menjalani pembedahan mata tanpa perlu masuk wad.

4.Perkhidmatan `Cornea`

Perkhidmatan `Cornea` merupakan matlamat utama jabatan ini, dimana jabatan ini menerima kes-kes `cornea` dari seluruh negeri termasuk Sabah dan Serawak, antara perkhidmatan yang diberi 1. `Cornea Topography` 2,. `Eyesis Cornea Analysis System` 3. Specular Microscope`.

5.Perkhidmatan Optometri

Perkhidmatan yang terdapat diunit ini ialah frfraksi, ujian `Visual Field` dan `Keratometry`. Alat –alat yang terdapat di sini seperti `A-Scan,AB Scan,, Hess Chart, Nidek Autorefractometer, Nidek Lensmeter,Nidek Auto Chart Projector, Humphrey Visual Field Anaiyzer dan Bjerrum Cahrt`. Pesakit diperlukan mendapatkan terikh temujanji sebelum menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut.

6.Perkhidmatan Laser

Jabatan Oftalmologi Hospital Sungai Buloh memberi perkhidmatan rawatan `Leser1 jenis `Diode`/ Argon dan `laser` jenis `YAG`

7.Perkhidmatan ROP

Jabatan Oftalmologi juga menjalani kerjasama erat bersama Jabatan `Paedeatrik` dan NICU dalam pengesanan dan pencegahan awal `Retinopathy of Premature` (ROP) dengan melakukan `Lesar` sekiranya perlu.

Direktori

Talian Utama: 03-61454333
Fax: 03-61454222

 

NoNamaJawatanSambE-mail
1 Dr. Shamala R Pegawai Perubatan (Pakar) Oftlamologi 4223  -

Cetak Emel