logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Klinikal Diagnostik
  • Jabatan Patologi

Jabatan Patologi

jabatan_patologi

Pengenalan

Jabatan Patologi, Hospital Sungai Buloh diterajui oleh Pakar Perunding Kanan Patologi (Mikrobiologi Perubatan). Terdiri daripada 3 unit iaitu Unit Patologi Kimia, Unit Hematologi/Transfusi, dan Unit Mikrobiologi Perubatan. Jabatan ini mula beroperasi pada 15hb September 2006 dan pada 19 Januari 2008 jabatan ini telah beroperasi sepenuhnya menggunakan Total Hospital Information System (THIS) dan Laboratory Information System (LIS).

Misi

  • Memberi perkhidmatan ujian makmal perubatan mengikut Good Laboratory Practices dengan menggunakan teknologi terkini untuk kepuasan pelanggan. 
  • Memberikan latihan klinikal, teknologi dan kemahiran perkhidmatan bagi semua anggota jabatan serta anggota hospital lain dan siswazah Institut pengajian Tinggi. 
  • Berfungsi sebagai Pusat Rujukan Makmal Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit 
  • Menyediakan sistem pengurusan kualiti berlandaskan keperluan piawaian Akreditasi Hospital dan ISO/IEC15189.

Visi

Memberi perkhidmatan diagnostik dan rundingcara yang berkualiti dalam pengurusan pesakit termasuk penyelidikan dan program pendidikan berlandaskan teknologi maklumat.

Objektif Jabatan

  • Memberikan perkhidmatan diagnosa klinikal dan kepakaran dalam bidang Patologi Kimia, Hematologi / Transfusi dan Mikrobiologi Perubatan kepada jabatan-jabatan klinikal di Hospital Sungai buloh. 
  • Memberi latihan kepada kakitangan jabatan dan pegawai / pelatih dari hospital-hospital kerajaan, pusat pengjian tinggi serta agensi-agensi kerajaan dari dalam dan luar negeri. 
  • Memberi perkhidmatan perundingan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai hal-hal berkaitan dengan perkhidmatan Patologi.

Perkhidmatan Yang Disediakan

Menjalankan ujian makmal diagnostik bagi Patologi Kimia, Hematologi, Mikrobiologi Perubatan dan Transfusi. Bagi perkhidmatan Histologi/Sitologi sampel dihantar sama ada ke Hospital UITM Sungai Buloh atau ke Hospital Selayang.

Masa Perkhidmatan

1. Jabatan Patologi memberi perkhidmatan 24 jam di Unit Patologi Kimia, Transfusi, Mikrobiologi Perubatan dan Hematologi untuk ujian-ujian tertentu.

Waktu Kerja Biasa: Isnin-Jumaat:7:30 pagi – 5:30 petang

2. Seorang Pegawai Perubatan dan juga seorang Pakar Patologi sedia memberi khidmat runding selepas waktu pejabat

 

Direktori

Talian Utama: 03-61454333
Fax: 03-61454222


NoNamaJawatanSambE-mail
1 Dr Zubaidah Abd Wahab  Ketua Jabatan Patologi 2104  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2 Dr Salmah Idris                         Pakar Patologi 2140  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
3 Dr Tuan Suhaila Tuan Soh  Pakar Patologi 2149  -
4 Dr Adilah Bushro Zaini  Pakar Patologi 2149  -
5 Dr Mohammad Faisol Hamdi Omar  Pakar Patologi 2162  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 6 Dr Hannan Mahmood  Pakar Patologi Hematologi  2150  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 7 Dr Syarifah Khairul Atikah  Pakar Patologi Kimia  2118  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 8 Dr Sarojini Maniam  Pakar Transfusi Perubatan  2150  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 9 Dr Firdaus Mahsuri  Pakar Patologi Hematologi  2118  -
 10 Kaunter Penerimaan Spesimen -  2121 -
 11 Makmal Patologi Kimia -  2120  -
 12 Makmal Transfusi  -  2154  -
 13 Makmal Mirobiologi -  2128  -
14 Makmal Serologi - 2139 -

Cetak Emel