logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Klinikal Diagnostik
  • Jabatan Forensik

Jabatan Forensik

jabatan_forensik

Pengenalan

Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sungai Buloh mula beroperasi pada 14 September 2006 dengan menyediakan perkhidmatan patologi forensik dan tempat latihan pendidikan serta penyelidikan pelajar-pelajar perubatan, pelajar siswazah dan badan-badan tertentu. Jabatan ini mempunyai 3 bilik bedah siasat, sebuah makmal perubatan forensik, peti simpanan mayat bagi menyimpan jenazah Islam, bukan Islam, mayat reput dan bayi. Ia juga mempunyai bilik runding cara yang merupakan tempat pertemuan doktor dan pegawai jabatan ini dengan pihak polis, waris, Jabatan Agama Isam, majistret, koroner, pegawai kesihatan persekitaran dan lain-lain.

Fasiliti ini juga dilengkapi sebuah kaunter pendaftaran yang merupakan tempat pendaftaran kematian, tempat pertanyaan dan penyerahan dokumen kematian. Dengan wujudnya jabatan ini, perkhidmatan pengurusan jenazah PKKN yang dahulunya beroperasi berasingan telah menjadi sebahagian dari jabatan ini.

Visi

Memberikan perkhidmatan forensik dan perundingan yang cepat, tepat dan cekap berlandaskan sistem pengurusan yang berkualiti dan memenuhi kepuasan pelanggan.

Perkhidmatan

  • Menguruskan penerimaan, pendaftaran dan penyimpanan mayat dari dalam (wad) dan luar (polis) 
  • Menjalankan prosedur bedahsiasat. 
  • Menyerahkan mayat kepada waris berserta dokumen berkaitan. 
  • Membantu waris dalam penyelenggaraan dan bantuan pengangkutan mayat. 
  • Menguruskan perlupusan mayat yang yang tidak dituntut. 
  • Menyediakan perkhidmatan makmal perubatan forensik.

Waktu Operasi

Waktu Bekerja

Isnin - Khamis 8.00 am – 1.00 pm Rehat 2.00 pm – 5.00 pm
Jumaat 8.00 am – 12.15 pm Rehat 2.45 pm – 5.00 pm

Selepas waktu bekerja (termasuk hari kelepasan dan cuti umum)

Seorang pakar perubatan forensik, seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan dan seorang pembantu perawatan kesihatan akan bertugas atas panggilan. Jika ada kematian atau keperluan bedahsiasat, mereka yang berkenaan akan dipanggil bertugas melalui telefonis hospital.

 

Direktori

Talian Utama: 03-61454333
Fax: 03-61454222


BilNamaJawatanE-mail
1 Dr. Shahidan bin Md Noor Ketua Jabatan & Pakar Perubatan Forensik Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2 Dr. Razuin Bt Rahimi Pakar Perubatan Forensik  
3 Dr. V. Shamala a/p Vadivelu Pegawai Perubatan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
4 Dr Tan Ran Zhi

Pegawai Perubatan

     
6 Khairul Adli bin Nikman Peg. Sains Forensik Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
7 Ismazarni bt Ismail Peg. Sains Forensik  
8 Nurhusni Bt Mohammad Room Peg. Sains Forensik  
9 Grace Jinang

Peg. Sains Forensik

 
10 Noor Asyikin bt Suaidi Peg. Sains Forensik  
11      
12 Mohd Hassan Ashaari bin Mat Jusoh Pen. Pegawai Perubatan  
13  Kamaluddin bin Kamis Pen. Pegawai Perubatan  
11 Mohd Farhan Bin Ali

Pen. Pegawai Perubatan

 
11 Fairish Reza Bin Basri

Pen. Pegawai Perubatan

 

Cetak Emel