logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Penyelidik
  • Pusat Penyelidikan Klinikal
  • Apa itu CRC?

Apa itu CRC?

apa_crc

Apa Itu CRC?

Rangkaian Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) merupakan satu daripada enam institut penyelidikan di bawah Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang ditubuhkan pada tahun 2000. Sehingga kini, rangkaian CRC yang beribu pejabat di Hospital Kuala Lumpur, telah berkembang kepada 27 cawangan yang terletak di hospital-hospital utama di Malaysia.

Pusat Penyelidikan Klinikal Hospital Sungai Buloh (HCRC) telah ditubuhkan pada tahun 2010 dalam usaha KKM untuk mewujudkan budaya penyelidikan disamping menyediakan kemudahan bagi menyokong aktivit penyelidikan di fasiliti Kementerian Kesihatan.

Misi

  1. Mengawal aktiviti-aktiviti penyelidikan di Hospital Sungai Buloh
  2. Memberi bantuan untuk pendaftaran penyelidikan dalam Pendaftaran Negara Penyelidikan Perubatan Laman Web (NMRR).
  3. Memberi bantuan dan sokongan untuk kakitangan Hospital Sungai Buloh yang berminat dalam penyelidikan
  4. Memudahkan dan menaja latihan untuk kakitangan Hospital Sungai Buloh yang berminat dalam penyelidikan

Fungsi Hospital CRC (HCRC)

  1. Menyokong dan memudah cara aktiviti-aktiviti penyelidikan di hospital dengan menyediakan a) Pangkalan data bagi para pakar perubatan yang berminat dengan penyelidikan, – menurut bidang yang di minati,
  1. Membangunkan sumber-sumber data klinikal Hospital Sungai Buloh.
  1. Menyediakan kemudahan–kemudahan untuk menyokong aktiviti–aktiviti penyelidikan di hospital, contohnya;
    • Simpanan rekod-rekod mengenai Penyelidikan Tajaan Industri (ISR) atau Penyelidikan Inisiatif Penyelidik (IIR) dan hasil-hasil penerbitan
    • Sponsorship untuk mencetak hasil kajian bagi tujuan persembahan poster di mana-mana konferens ( lokal atau antarabangsa)
  1. Mempromosi penyelidikan dengan membina kapasiti-kapasiti tersebut:
    • Mengadakan kursus-kursus seperti Good Clinical Practice (GCP), Good Research Practice (GRP), research methodology and biostatistics;
    • Mengadakan Continuous Professional Development (CPD) secara berterusan;
    • Menjalankan klinik penyelidikan - mengadakan konsultansi mengenai metodologi penyelidikan, rekabentuk penyelidikan, protocol dan analisa statistic;
    • Mengadakan program mentor kepada para pakar perubatan dan pengamal perubatan yang berminat dengan penyelidikan.
  1. Mengkoordinasi serta memudahkan pelaksanaan Penyelidikan Tajaan Industri (ISR) di Hospital Sungai Buloh.
  1. Mengambil bahagian dalam penyelidikan klinikal dan lain–lain penyelidikan yang diterajui atau dikoordinasi oleh CRC Kebangsaan (NCRC).

Perkhidmatan Kami

HCRC memiliki kemudahan dan peralatan teknologi yang terkini dan yang paling penting mempunyai sumber manusia yang terlatih termasuk pengurus projek, dan lain-lain kakitangan teknikal yang mahir bagi menyokong operasi pangkalan data klinikal dan registri. Kakitangan yang terlatih ini disatukan dalam pelbagai pasukan kerja di rangkaian CRC seperti pasukan Penjagaan Kesihatan, pasukan Biostatistik, dan pasukan ICT.

Perkhidmatan yang disediakan:

  1. Sumber teknikal untuk registri; khususnya kepakaran yang diperlukan dalam registri sains (epidemiologi klinikal,ekonomi klinikal, biostatistik, informatik perubatan dll).
  2. Pemantauan yang berterusan untuk memastikan bahawa semua registri menghasilkan keputusan yang dijanjikan dan beroperasi dengan mematuhi garis panduan etika dan amalan terbaik (ketelusan operasi, keselamatan maklumat, akses kepada data untuk penyelidikan dll).

Dalam erti kata lain, kita membantu professional perubatan untuk menubuhkan registri pesakit di dalam bidang terapeutik mereka. Tetapi kita tidak sampai menjalankan operasi registri. Setiap kumpulan klinikal mesti komited untuk menjadi pemilik dan mengendalikan registri mereka. CRC tidak akan mengendalikan ini untuk anda dan sudah tentu tidak mempunyai apa-apa hak ke atas data milik anda.

 

KAMI ADA BAGI MENYOKONG ANDA.

Waktu Operasi:

Isnin hingga Jumaat (8.00 a.m to 5.00 p.m)

Direktori

Talian Utama: 03-61454333(sam: 5231)
Fax: 03-61454222

Anggota CRC Sungai Buloh:

NoNamaJawatanE-mail
1 Dr. Mohamad Shukri Bin Jahit  Head Of CRC Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2 Dr. Kalaiarasu M. Paeriasamy Deputy Of CRC Department

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

3 Dr. Norizan Bt Rosli Manager

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cetak Emel