logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Pengurusan
  • Jabatan Pengurusan
  • Bahagian Teknologi Maklumat

Bahagian Teknologi Maklumat

Pengenalan

Bahagian Teknologi Maklumat, Hospital Sungai Buloh telah diwujudkan di bawah Jabatan Pengurusan Hospital pada tahun 2005 khusus untuk membantu pihak pengurusan Hospital Sungai Buloh dalam merancang, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem dan program ICT dari masa ke semasa. Memandangkan Hospital Sungai Buloh dirancang untuk menggunakan sistem ICT sepenuhnya, Bahagian Teknologi Maklumat telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan memantau perlaksanaan projek Total Hospital Information System (THIS).

Projek ini dilaksanakan oleh kontraktor IT yang telah dilantik. THIS telah mula digunapakai sejak Disember tahun 2007, yang mana ia merangkumi sistem Patient Management System (PMS), Clinical Acess (CA), Billing, Laboratory Information System (LIS), Mortuary, Operation Theatre Management System (OTMS), Pharmacy Information System (PHIS) dan Radiology Information System (RIS). Sistem ini diperkenalkan untuk memberikan satu sistem pangkalan data dan penyampaian yang lebih berkesan dengan kos yang efektif.

Objektif

  • Memastikan perlaksanaan THIS berjalan lancar demi mengoptimakan mutu perkhidmatan kakitangan Hospital Sungai Buloh kepada masyarakat.
  • Memastikan integriti maklumat pesakit khususnya dan maklumat pihak pengurusan Hospital Sungai Buloh amnya terjamin
  • Memastikan setiap kakitangan Hospital Sungai Buloh celik IT dan berkeupayaan mengoptimakan kemudahan ICT yang dibekalkan dalam mengendalikan tugas seharian.
  • Memastikan kecanggihan teknologi tidak mengambil alih sepenuhnya komunikasi dua hala dan keutuhan hubungan antara dua pihak pengurusan dan kakitangan Hospital Sungai Buloh.

Misi Jabatan

Merancang , membangun , menyedia , menambah nilai dan menyelenggara prasarana dan aplikasi ICT serta membudayakan ICT dengan mewujudkan persekitaran maklumat kesihatan yang berkualiti, berintergriti dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dengan cekap dan efisyen mengunakan teknologi terkini.

Visi Jabatan

Berazam dan Beriltizam menjadikan ICT sebagai pemangkin dalam menyalurkan maklumat perawatan kesihatan pesakit yang berintergriti dan boleh dipercayai untuk memenuhi keperluan perancangan, pelaksanaan, pengawasan, perkhidmatan dan program hospital, Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Perkhidmatan

  • Pemantauan perlaksanaan kontrak Total Hospital Information System (THIS)
  • Penyelenggaraan aset ICT.
  • Pembangunan dan pengemaskinian laman web rasmi Hospital Sungai Buloh
  • Pembangunan dan penyelenggaraan Aplikasi Dalaman Hospital.
  • Pengemaskinian kandungan kiosk informasi
  • Penyediaan Stok ”Consumables” IT
  • Pengurusan latihan HIS dan ICT bagi peringkat hospital dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS)
  • Perkhidmatan paparan pengumuman di desktop(wallpaper) komputer

Carta Organisasi

Waktu Operasi

HariWaktu
Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 5:00 petang
Sabtu - Ahad Tutup
Cuti Umum Tutup

Direktori

Perkhidmatan Helpdesk : 24 jam
No. Telefon Helpdesk : 03-61454333   samb : 4351 / 4352
No. Untuk Dihubungi  : 03-61454342/4343/4347/4355

 

NoNamaJawatanEmail
1 Puan Kavitha A/P Somanaidu Ketua Bahagian Teknologi Maklumat (F44) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2 Puan Norizan Binti Amran PTM F44 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
3 Puan Izzal Athirah Binti Abdul Aziz PTM F41 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
4 Puan Nurul Azilah Bini Jalil PTM F41 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
5 Puan Zurasita Binti Zainal Abidin PPTM FA38 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
6 En. Hasni Bin Ahmad Mansor PPTM FA32 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
7 Puan Hazura Binti Abdul Karim PPTM FA32 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
8 Puan Siti Hajar Binti Sahit PPTM FA29 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
9 Puan Norhaslindawati Binti Karim PPTM FA29 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
10 En. Muhamad Faizal Ab Kadir PPTM FA29 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
11 Cik Noor Diyana Jamaludin PT N17 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
12 Puan Nur Fatin Aqilah Zainuddin PT N17 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cetak Emel