logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Pengurusan
  • Jabatan Pengurusan
  • Bahagian Perpustakaan & Alat Tulis

Bahagian Perpustakaan & Alat Tulis

bahagian_pentadbiran

Pengenalan

Unit Perpustakaan Hospital Sungai Buloh mula dibuka pada 1 Ogos 2006. Kapasiti Unit Perpustakaan boleh memuatkan sebanyak 60 orang pengguna pada satu-satu masa dengan keluasan kira-kira 2,000 kaki persegi. Pada masa ini, Unit Perpustakaan telah berjaya membangunkan koleksi buku-buku perubatan dan bukan perubatan, majalah dan jurnal perubatan kepada semua kakitangan. Kini, koleksi buku adalah sebanyak 1158 buah buku termasuklah buku perubatan, buku kumpulan sokongan, pekeliling-pekeliling perkhidmatan dan juga buku koleksi sasterawan negara. Terdapat juga 300 buah buku Fiksyen Melayu dan Fiksyen Inggeris melalui Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok , Perpustakaan Negara Malaysia di Perpustakaan. Kesemua buku ini boleh dipinjam oleh pengguna perpustakaan. Manakala koleksi Audio Visual sebanyak 117 CD-ROM keseluruhannya. Koleksi Majalah pula adalah sebanyak 32 buah majalah yang disediakan sebagai bacaan ringan kepada kakitangan.

Kesemua pengguna berdaftar telah layak mendapat semua perkhidmatan yang disediakan. Jumlah pengguna berdaftar adalah semakin meningkat dari hari ke hari menjadikan perpustakaan sebagai tempat perujukan yang sangat selesa kepada semua pengguna.

Visi

Menjadi sebuah pusat rujukan maklumat dalam bidang kesihatan dan perubatan klinikal yang cemerlang,terkini dan unggul bagi mewujudkan kakitangan Hospital Sungai Buloh yang berbudaya ilmu dan kaya maklumat serta gemar membaca.

Misi

Membantu organisasi dalam mewujudkan budaya ilmu dan kaya maklumat kepada pengguna melalui pembacaan,pendedahan,kemahiran kepada penggunaan bahan dan pencarian maklumat dengan mengadakan persekitaran yang selesa dan mesra.

Objektif

  • Menjadikan pusat sumber maklumat yang cemerlang kepada pengguna pelbagai kategori bagi tujuan perancangan kesihatan, perawatan, perubatan, penyelidikan, latihan pendidikan dan pembelajaran berterusan. 
  • Membina koleksi bahan bacaan dan maklumat yang berkualiti , lengkap, sistematik dan terkini. 
  • Menyokong semua program pembelajaran,pengajaran,pendidikan,penyelidikan dan pembangunan ilmu dengan menyedia dan memaksimumkan pelbagai jenis bahan perpustakaan dan kemudahan teknologi maklumat

Perkhidmatan Yang Disediakan

    • Perkhidmatan Sirkulasi • Pinjaman/Borrowing • Pemulangan/Returning • Pembaharuan/Renewing 
    • Perkhidmatan Internet 
      • Perkhidmatan pencarian maklumat menggunkan internet dan perkongsian maklumat dengan menggunakan komputer di bilik komputer yang disediakan. 
    • Perkhidmatan Bilik Perbincangan 
      • Perkhidmatan ini disediakan untuk semua pengguna perpustakaan mengadakan perbincangan secara berkumpulan di perpustakaan. 
    • Perkhidmatan Audio Visual 
      • Perkhidmatan mengakses maklumat multimedia melalui video, video digital, CD-ROM dan audio di bilik yang disediakan. 
    • Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan 
      • Perkhidmatan ini disediakan bagi memenuhi keperluan pengguna dengan mendapatkan bahan buku dan artikel dari organisasi-organisasi lain. 
    • Perkhidmatan Rujukan dan Perujukan 
      • Perkhidmatan ini meliputi pertanyaan rujukan, penyelidikan dan pencarian maklumat dari sumber perpustakaan organisasi atau dari pangkalan data yang disediakan. 
    • Perkhidmatan Kesedaran Semasa 
      • • Jurnal Atas Talian (e-journal) Perkhidmatan mengakses Jurnal Atas Talian (e-journal) boleh dibuat melalui Portal Virtual Library Kementerian Kesihatan Malaysia. Semua kakitangan hospital boleh mengakses kepada pangkalan data yang telah disediakan. 
      • • Maklumat Kesedaran Semasa Maklumat terkini mengenai perubatan dan kesihatan boleh diperolehi melalui laman web KKM, keratan akhbar, abstraks dan indeks, senarai perolehan, pangkalan data, bibliografi sumber perpustakaan dan pameran buku baru. 
      • • Pempakejan Maklumat Perkhidmatan ini disediakan untuk kemudahan mendapatkan maklumat yang tepat dan berkesan mengikut tajuk-tajuk yang terpilih. 
      • • Program Pendidikan Pengguna Perkhidmatan menyediakan program pendidikan tentang aktiviti dan perkhidmatan perpustakaan disamping memahirkan penggunaan perpustakaan dan pencarian maklumat. 
      • • OPAC (Online Public Access Catalogue) Ahli perpustakaan boleh mendapatkan maklumat mengenai bahan-bahan yang ada di perpustakaan melalui perkhidmatan Web OPAC. Perkhidmatan ini hanya boleh digunapakai melalui perkhidmatan bersama Perpustakaan Perubatan UiTM Shah Alam yang ditempatkan di sini. 
    • Perkhidmatan Lain 
      • • Perkhidmatan Fotokopi • Perkhidmatan Salinan Komputer/ Cetakan • Perkhidmatan Imbasan/Scan

Direktori

Talian Utama: 03-61454333
Fax: 03-61454222

 

NoNamaJawatanSambE-mail
1 ZURAIDA ASHA’ARI PEN.PEGAWAI PERPUSTAKAAN 4133 / 5205 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Unit Stor Alat Tulis

Pengenalan

Unit Stor Alat Tulis merupakan sebuah unit di Jabatan Pengurusan Hospital Sungai Buloh yang memberikan bekalan alat tulis serta pakaian seragam kepada kakitangan hospital. Unit ini juga menyediakan perkhidmatan percetakan. Stor Alat Tulis Hospital Sungai Buloh ini dikategorikan sebagai Stor Utama dan sistem pengurusannya adalah mengikut Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2009.

Misi

Menyediakan perkhidmatan pengurusan stor yang berkualiti, ekonomi, efisien dan cekap bagi membentuk struktur pengurusan yang teratur serta kemaskini kearah merealisasikan matlamat / objektif aktiviti Hospital Sungai Buloh.

Visi

Menjadikan Unit Pengurusan Stor Alat Tulis sebagai unit pengurusan Stor Utama yang bersistematik, menyeluruh, cekap dan penuh integriti dalam memenuhi keperluan Dasar Pengurusan Stor Kerajaan.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Membeli, menyimpan dan membekalkan peralatan alat tulis kepada semua kakitangan hospital sungai buloh.
  • Membuat pembelian dan pengagihan pakaian seragam kepada anggota hospital sungai buloh yang layak menerima pakaian seragam.
  • Menyediakan perkhidmatan percetakan kepada kakitangan hospital untuk urusan rasmi hospital sungai buloh

Direktori

Talian Utama: 03-61454333
Fax: 03-61454222

 

NoNamaJawatanSambEmail
1 Pn Aizatul Shakira Ahmad Sukeri  Penolong Pengarah  4227 -
2 Pn Siti Nor Aishah Binti Mohd Salleh Penolong Pegawai Tadbir 4224 -
3 Pn Hawasiah Binti Abd Aziz Pembantu Tadbir Kanan 4224 -

Cetak Emel