logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Pengurusan
  • Jabatan Pengurusan
  • Bahagian Perolehan & Pengurusan Aset

Bahagian Perolehan & Pengurusan Aset

bahagian_perolehan_aset

Pengenalan

Unit Perolehan adalah sebuah unit di Jabatan Pengurusan Hospital Sungai Buloh. Unit ini diterajui oleh Pengarah Hospital dan diketuai oleh seorang Penolong Pengarah (Pengurusan) dan Penolong Pegawai Tadbir. Unit ini juga dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir Kanan dan 3 orang Pembantu Tadbir. Lokasi unit ini terletak di Aras 2, Hospital Sungai Buloh, 47000 Sungai Buloh, Selangor. 

Unit Perolehan menguruskan pendaftaran pembekal untuk Hospital Sungai Buloh. Disamping itu, unit ini memproses pembelian terus dan sebutharga serta mengeluarkan pesanan tempatan. Selain itu, unit ini menguruskan sewaan ruang premis, penyewaan mesin pejabat dan penghantaran gas LPG di hospital ini.

Misi

Memberi mutu perkhidmatan yang berkualiti, efisyen dan cekap kepada pelanggan mengikut dasar, prinsip dan objektif perolehan kerajaan yang ditetapkan serta membantu mencapai misi Hospital Sungai Buloh.

Visi

Menjadikan Unit Perolehan Hospital Sungai Buloh sebagai pusat pembelian bekalan dan perkhidmatan bagi aktiviti yang dijalankan dengan memelihara Integriti dan Akauntabiliti dalam perkhidmatan.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Merekodkan pendaftaran pembekal
  • Menguruskan pembelian terus dan sebutharga bagi perolehan bekalan, perkhidmatan dan kerja.
  • Menguruskan pengeluaran pesanan tempatan bagi sistem e-spkb dan e-perolehan
  • Menguruskan sewaan premis hospital
  • Menguruskan sewaan mesin pejabat

 

Unit Pengurusan Aset

Pengenalan

Unit Pengurusan Aset adalah sebuah unit di Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset di Jabatan Pengurusan Hospital Sungai Buloh. Unit Pengurusan Aset melaksanakan pengurusan aset alih kerajaan secara menyeluruh di peringkat hospital yang merangkumi aktiviti pendaftaran, pemeriksaan, penyelenggaraan, peminjaman, pemindahan, pelupusan, kehilangan dan hapus kira aset.

Misi

Menyedia perkhidmatan pengurusan aset yang berkualiti, ekonomi, efisien dan cekap bagi membentuk struktur pengurusan yang teratur serta kemaskini ke arah merealisasikan misi hospital.

Visi

Menjadikan Unit Pengurusan Aset sebagai pusat pengurusan aset yang sistematik, menyeluruh, cekap dan penuh integriti dalam memenuhi keperluan dasar pengurusan aset kerajaan.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Menguruskan pendaftaran aset yang diterima dengan merekod penerimaan aset dan membuat pelabelan.
  • Mengendalikan pemeriksaan aset sekurang-kurangnya satu kali setahun bagi setiap aset yang didaftarkan.
  • Merekod, menyelia dan memantau penyelenggaraan aset yang dibuat oleh pihak konsesi.
  • Menguruskan aktiviti pemindahan dan peminjaman aset di dalam hospital ataupun ke hospital lain.
  • Menerima permohonan pelupusan dan menjalankan proses pelupusan aset.
  • Melaporkan kehilangan aset dan melakukan tindakan hapus kira aset.
  • Menguruskan permohonan kelulusan bagi penerimaan hadiah.
Bil Nama Jawatan Telefon Emel
1. Encik Nur Zailan Ketua Bahagian Perolehan Dan Aset 4227 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Cetak Emel