logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Pengurusan
  • Jabatan Pengurusan
  • Bahagian Kewangan & Hasil

Bahagian Kewangan & Hasil

bahagian_kewangan_hasil

Pengenalan

Unit Kewangan berperanan dalam memproses semua tuntutan pembayaran daripada pembekal dan kakitangan. Ia juga bertanggungjawab dalam pengurusan gaji kakitangan.

Unit Hasil berperanan dalam mengutip segala hasil kerajaan dari pelbagai sumber seperti kutipan bayaran pesakit dalam, pesakit luar, bayaran sewa bangunan, bayaran laporan perubatan dan pelbagai bayaran yang dibenarkan dikutip di peringkat hospital.

Kauter-kaunter yang berada di bawah seliaan Unit Hasil ialah :

  • Kaunter Pendaftaran dan Pembayaran Pejabat Hasil.
  • Kaunter Pendaftaran dan Pembayaran Unit Kecemasan
  • Kaunter Klinik Pakar Aras 1 dan Daycare
  • Kaunter Klinik Pakar Aras 2
  • Kaunter Rehabilitasi
  • Kaunter Dialisis
  • Kaunter PAC
  • Kaunter Pendaftaran dan Pembayaran PKKN

Visi

Menjadi pengurusan hasil bersistem informasi yang terbaik dalam hospital.

Misi

Unit Hasil akan melaksanakan kutipan hasil dengan bersistem informasi, menyediakan perkhidmatan kaunter yang cekap dan berkesan, menguatkuasakan semua peraturan kewangan dan prihatin terhadap layanan pada pelanggan.

Objektif

  • Mengutip hasil hospital melebihi 80% dan mengurangkan tunggakan hasil melebihi 20% selaras dengan peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa.
  • Memberi perkhidmatan yang cekap, tepat dan betul serta penuh tanggungjawab demi meningkatkan mutu perkhidmatan.
  • Memberi perkhidmatan yang berkualiti dan mesra pada pelanggan demi meningkatkan imej hospital.

Piagam Pelanggan

Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan yang cekap dan tepat di dalam suasana yang selesa, mesra dan bersopan santun serta diberi maklumat sewajarnya. Pembayaran bil/tuntutan akan diproses dalam masa 14 hari dari tarikh terima dokumen lengkap. Bayaran balik deposit rawatan juga akan dibayar dalam tempoh 1 hari bekerja.

Fungsi

Unit Kewangan

  • Memproses semua tuntutan pembayaran daripada pembekal dan kakitangan
  • Memproses pembayaran gaji bagi kakitangan baru/kontrak/sambilan serta memastikan semua dokumen dihantar ke Pejabat Perakaunan mengikut tarikh yang ditetapkan
  • Memberi perkhidmatan yang berkualiti dan mesra pada pelanggan demi meningkatkan imej hospital.Memproses permohonan pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer bagi kakitangan yang layak.

Unit Hasil

  • Mengutip hasil hospital melebihi 80%
  • mengurangkan tunggakan hasil melebihi 20% selaras dengan peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa.
Perkhidmatan Yang Disediakan
  • Pendaftaran pesakit yang dirujukkan untuk masuk ke wad.
  • Menerima segala kutipan hasil seperti :
    • Deposit kemasukan ke wad
    • Bayaran bil Hospital Sungai Buloh
    • Bayaran Laporan Perubatan
    • Bayaran Sewa Premis
    • Bayaran Balik Gaji Kakitangan
    • Bayaran Balik Asrama
    • Bayaran Balik Bil Air dan Elektrik
    • Bayaran Deposit External Fixator
  • Menyediakan perkhidmatan pembayaran secara tunai/bank draft/wang pos/kiriman wang/ kad kredit dan secara online melalui akaun bank RHB.
  • Mengembalikan baki wang cagaran kepada pesakit/waris.
  • Menerima dan mengendalikan Surat Jaminan Pesakit yang diterima melalui fax atau pun pos.

Carta Organisasi

Klik Di Sini

Waktu Operasi :

KaunterMasa
Kaunter Utama Hasil 8.00 pagi hingga 9.00 malam
Kaunter Klinik Pakar 1 & 2 7.30 pagi hingga 5.00 petang
Kaunter Pendaftaran Rehabilitasi 7.30 pagi hingga 4.00 petang
Kaunter Pendaftaran Dialisis 7.30 pagi hingga 4.00 petang
Kaunter Pendaftaran ED dan PAC 24 jam

Direktori

Talian Utama: 03-61454333
Fax: 03-61563976

 

NoNamaJawatanSambE-mail
1 Puan Noorhafza Binti Abu Bakar Akauntan (Ketua Unit Kewangan & Hasil) 2947  
2 Encik Hafizi B. Mohamad Penolong Akauntan 2923  
3 Encik Kamaruzzaman b. Mohamed Ketua Pembantu Tadbir 2921 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
4 Noraizah Bt Ahmad Ketua Pembantu Tadbir 2267 -

Cetak Emel