logo ms

logo ms

offcanvas

Sistem Temujanji

sistem_temujanji

Temujanji ditetapkan di klinik-klinik pakar yang terdapat di Hospital Sungai Buloh. Pesakit yang telah diberikan temujanji hendaklah hadir pada hari dan waktu yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Temujanji biasanya diperlukan untuk rawatan susulan.

Temujanji Berperingkat Klinik Pakar

Klinik Pakar Hospital Sungai Buloh mengamalkan pemberian 'Temujanji Berperingkat'. 'temujanji Berperingkat' adalah temujanji yang diberi mengikut tarikh dan masa. Pesakit diminta mematuhi dan datang mengikut tarikh dan masa temujanji yang ditetapkan. Pesakit juga di galakkan untuk datang 30 minit lebih awal untuk urusan pendaftaran dan lain-lain perkara.

Kebaikan Temujanji Berperingkat

  • Giliran pesakit dapat disusun secara sistematik
  • Keadaan klinik menjadi lebih selesa kerana tidak sesak
  • Pesakit tidak perlu menunggu lama apabila datang mengkut masa yang ditetapkan
  • Rawatan lebih berkualiti dapat diberikan kepada pesakit
  • Masalah kekurangan tempat duduk dan tempat meletak kenderaan dapat dikurangkan
Sebarang masalah, sila hubungi petugas di klinik-klinik pakar berkaitan untuk mendapatkan bantuan

Cetak Emel