logo ms

logo ms

offcanvas

Kemasukan Ke Hospital

kemasukan_hospital

Pesakit yang terdapat di Hospital Sungai Buloh adalah para pesakit yang dirujuk dari Jabatan Perubatan Kecemasan dan pesakit daripada klinik-klinik pakar. Semasa pesakit tiba di Jabatan Perubatan Kecemasan, pesakit akan dibawa berjumpa dengan Pembantu Perubatan (MA) yang terdapat di kaunter hadapan Jabatan Perubatan Kecemasan.

Di kaunter ini pesakit akan ditanya mengapa pesakit datang ke hospital dan pemeriksaan kecil (pengambilan tekanan darah, suhu, kadar pernafasan dan sebagainya) akan dilakukan di kaunter ini.

Anda perlu membawa kad pengenalan untuk memudahkan proses pendaftaran. Maklumat diperlukan semasa pendaftaran ini termasuklah nama, alamat, nombor telefon, nama sadara-mara dan sebagainya. Selepas ini anda haruslah pergi ke kaunter pembayaran untuk sebarang pembayaran yang diperlukan (sekiranya perlu). Selepas itu, pesakit haruslah menunggu di tempat menunggu yang telah disediakan.

Sila tunggu giliran anda dengan sabar. Anda akan dirawat mengikut kadar seriusnya penyakit yang anda hadapi.

Dokumen Yang Diperlukan

Sila bawa bersama dokumen-dokumen berikut semasa datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan:

  • Kad Pengenalan / Surat Beranak / Pasport
  • Kad Pesara
  • Surat Sekolah (jika berkenaan)
  • Surat Rujukan Daripada Doktor
  • Surat Jaminan / Wang Untuk Bayaran Deposit atau Perkhidmatan

Cetak Emel