logo ms

logo ms

offcanvas

Teras Piagam

Teras Piagam

Teras piagam ini ditujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan Hospital Sungai Buloh.

Kemudahan Untuk Pelanggan

  • Setiap pelanggan boleh mendapat perkhidmatan yang sewajarnya daripada hospital ini tanpa mengira umur , jantina , keturunan , agama atau taraf sosial ekonomi.
  • Setiap pelanggan yang ditakrifkan sebagai dalam keadaan kecemasan akan diberi perkhidmatan dengan segera.

Taraf Perkhidmatan

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan-santun, jujur dan ikhlas tanpa sebarang diskriminasi
  • Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara professional.
  • Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih, selamat, sempurna dan mengikut keperluan klinikal

Maklumat Perkhidmatan

  • Setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan yang diberikan kepadanya.
  • Setiap pelanggan boleh mendapat laporan mengenai perkhidmatan yang diterimanya secepat mungkin setelah membuat permohonan mengikut peraturan yang ditetapkan
  • Setiap pesakit berhak menolak sesuatu perawatan atas tanggungan sendiri.
  • Kerahsiaan maklumat pemeriksaan, siasatan dan perawatan bagi setiap pesakit adalah dijamin.

Pendidikan Kesihatan

  • Setiap pelanggan akan diberikan maklumat mengenai aspek-aspek penting dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit.

Hak Kebenaran

  • Semua pesakit akan diminta kebenaran sebelum sebarang prosidur dilakukan keatasnya ( Dalam hal kecemasan untuk menyelamatkan nyawa, pihak hospital akan menjalankan prosidur-prosidur tertentu dengan pengesahan dua orang pakar dan makluman Pengarah Hospital )
  • Prosidur-prosidur yang bertujuan penyelidikan memerlukan kebenaran bertulis dengan penjelasan terperinci.

Kewajipan Pelanggan

Untuk membolehkan Hospital Sungai Buloh melaksanakan Piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk:

  • Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan
  • Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup yang sihat
  • Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab
  • Memahami dan menghormati hak pemberi perkhidmatan dan pelanggan lain
  • Memberi maklumat yang lengkap dan tepat yang diperlukan dalam mendapatkan perkhidmatan.

Cetak Emel