Perubatan

Print

Jabatan Kesihatan Awam

jabatan_kesihatan_awam

Pengenalan

Jabatan Kesihatan Awam adalah perkhidmatan yang di perkenalkan di Hospital Sungai Buloh pada Ogos 2006. Jabatan Kesihatan Awam terdiri daripada 2 unit iaitu, Unit Kesihatan Pekerjaan (Occupational Health-OH) dan Unit Kesihatan Persekitaran (Environmental Health-EH). Jabatan ini terdiri daripada pegawai perubatan, jururawat terlatih, jururawat masyarakat, penolong pegawai perubatan, penolong pegawai kesihatan persekitaran, penolong pembantu kesihatan, pembantu perawatan kesihatan dan pembantu tadbir. Setakat ini terdapat 13 pegawai di Jabatan ini. Apabila pengisian telah dilengkapkan, jabatan ini akan dianggotai oleh 16 kakitangan.

Misi

  • Menyediakan perkhidmatan perubatan yang cekap, mesra dan berkualiti berdasarkan nilai-nilai etika dan profesional untuk warga kerja dan pesakit. 
  • Memastikan tempat kerja dan persekitaran bersih, selamat dan sihat.

Visi

Ke arah warga kerja yang sihat dari segi fizikal, mental dan sosial serta mempromosi tempat kerja dan persekitaraan yang bersih, selamat dan sihat.

Objektif

Objektif dibahagikan kepada dua fungsi jabatan iaitu fungsi Unit Kesihatan Pekerjaan dan Unit Kesihatan Persekitaran.

Objektif Unit Kesihatan Pekerjaan adalah seperti di bawah:

  • Memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kakitangan serta pelanggan hospital sentiasa berada di tahap optima.
  • Mencegah masalah kesihatan di kalangan kakitangan hospital dan pelanggan akibat daripada pendedahan kepada persekitaran kerja, proses kerja dan amalan pekerjaan yang berisiko. 
  • Mencegah dan mengawal kejadian jangkitan penyakit-penyakit berjangkit termasuk penyakit nosokomial di hospital.
  • Memastikan aktiviti survelan, penyelidikan epidemiologi dan latihan dilaksanakan dengan berkesan dan secara berterusan.
  • Meningkatkan pengetahuan kakitangan dan pelanggan berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta menerapkan budaya kerja yang sihat lagi selamat.
  • Meningkatkan serta mengawal pangkalan data epidemiologi yang lengkap terutama berkaitan penyakit pekerjaan/keracunan dan kemalangan/kecederaan.

Objektif Unit Kesihatan Persekitaran adalah seperti di bawah:

  • Merancang dan melaksanakan langkah pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit supaya tidak berjangkit dan menular daripada pesakit ke pesakit, dari pesakit ke anggota dan dari pesakit kepada orang awam semasa berada di dalam hospital.
  • Merancang, mengatur dan menyelaras kerja-kerja pencegahan dan kawalan penyakit bawaan vektor di kawasan hospital.
  • Merancang, mengatur dan menyelaras aktiviti-aktiviti Keselamatan dan Kualiti Makanan di kawasan hospital. 
  • Merancang, mengurus, menyelaras dan menilai aktiviti yang berkaitan dengan penguatkuasaaan   Akta-Akta Kesihatan di kawasan hospital.
  • Merancang melaksana dan memantau program Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan di hospital.
  • Menyimpan dan mengemaskinikan segala data-data dan menyediakan laporan berkala berkaitan dengan aktiviti yang telah dijalankan.

Perkhidmatan Yang Disediakan

Fungsi unit Kesihatan Pekerjaan adalah seperti yang disenaraikan.

  • Pemeriksaan kesihatan anggota berumur ≥ 40 tahun
  • Pemeriksaan anggota terdedah kepada Sinaran X -ray
  • Program Imunisasi Hepatitis B Kebangsaan
  • Program Imunisasi Seasonal flu (Influenza)
  • Program Imunisasi H1N1
  • Klinik anggota/kakitangan dan klinik kesihatan pekerjaan
  • Program survelan kecederaan tersusuk jarum/benda tajam
  • QA kecederaan tertusuk jarum
  • JKKP
  • Audit keselamatan di tempat kerja

Fungsi unit Kesihatan Persekitaran adalah seperti di bawah:

  • Kawalan Penyakit Berjangkit
  • Kebersihan dan Kualiti Makanan
  • Penguatkuasaan Peraturan Kawalan Hasil Tembakau
  • Pemantauan Vektor
  • Pembuangan Sisa/Disposal of Waste
  • Promosi kesihatan
  • Laporan dan pangkalan data

Direktori

Talian Utama : 03-61454333

Faks : 03-61454222

NoNamaJawatanSambEmail
1 Dr. Christine Yeow Siew Lin Ketua Jabatan Kesihatan Awam 4854 This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Print

Prosedur Permohonan Laporan Perubatan

jabatan_rekod_perubatan

Prosedur Permohonan Laporan Perubatan

Aliran Proses Permohonan Laporan Perubatan (klik di sini)

Tempoh Penyediaan Laporan Perubatan

  • Laporan akan disediakan dalam tempoh 4-8 minggu daripada tarikh permohonan lengkap.
  • Notis laporan siap akan dikeluarkan kepada pemohon melalui telefon atau pos
  • Pemohon yang ingin mengambil laporan siap sila bawa notis pemberitahuan laporan siap / Surat keizinan ASAL pesakit atau waris yang menyatakan memberi kuasa kepada nama Agen/wakil untuk mendapatkan laporan
Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-61454333 No. samb : 4360

Caj Bagi Permohonan Laporan Perubatan

Pamplet Permohonan Laporan Perubatan

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan Laporan Perubatan

Prosedur Memohon Laporan Perubatan Melalui Pos

  • Membuat permohonan bertulis kepada Pengarah, Hospital Sungai Buloh (u/p: Jabatan Rekod Perubatan) dengan menyertakan dokumen seperti di bawah :
    • Surat keizinan mengeluarkan laporan perubatan yang ditandatangani oleh pesakit atau waris jika pesakit dibawah umur 18 tahun
    • Sesalinan kad pengenalan pesakit / waris
    • Sesalinan kad rawatan/ ringkasan discaj/ sijil cuti sakit/ sijil kematian.
  • Melampirkan borang jika sekiranya permohonan bertujuan untuk mendapatkan tuntutan insuran, pengeluaran KWSP, PERKESO dan sebagainya.(jika berkaitan)
  • Membuat bayaran (rujuk jadual caj bayaran) dengan melampirkan wang pos atau cek dan dibayar atas nama Pengarah Hospital Sungai Buloh.

Prosedur Memohon Laporan Perubatan Melalui Kaunter

  • Pesakit hadir sendiri dengan membuat permohonan melengkapkan borang permohonan (HSB-MR-FORM-006)
  • Menyediakan dokumen seperti dibawah:
    • Sesalinan kad pengenalan pesakit / waris
    • Sesalinan kad rawatan/ ringkasan discaj/ sijil cuti sakit/ sijil kematian.
  • Melampirkan borang jika sekiranya permohonan bertujuan untuk mendapatkan tuntutan insuran, pengeluaran KWSP, PERKESO dan sebagainya.(jika berkaitan)
  • Membuat bayaran bagi permohonan laporan perubatan (rujuk jadual caj bayaran)

Surat keizinan bagi Permohonan Laporan Perubatan oleh pihak ketiga, perlu mematuhi syarat berikut iaitu :-

  • Surat keizinan ASAL yang ditandatangani oleh pesakit ataupun waris. Salinan Sijil Nikah / Sijil Kelahiran pemohon menunjukkan pertalian pesakit.
  • Jika pesakit meninggal dunia, pengesahan waris yang sah disegi undang-undang perlu menyertakan dokumen yang berkaitan sebagai bukti.
  • Permohonan Laporan Perubatan bagi pesakit warganegara asing yang tidak dapat dikesan / meninggal dunia, atau warisnya juga tidak dapat dihubungi, perlu disertakan dengan surat keizinan dari pihak Kedutaaan Negara berkenaan.
  • Bagi pesakit berumur bawah 18 tahun atau pesakit yang tidak sedarkan diri atau kurang upaya mental ataupun telah meninggal dunia surat keizinan dari waris terdekat diperlukan.
Print

Jabatan Pembedahan Am

Pengenalan

Jabatan Pembedahan Am memulakan perkhidmatannya pada 11 hb September 2006 merangkumi perkhidmatan Pesakit Dalam, Perkhidmatan Pesakit Luar, Pembedahan Elektif, Pembedahan Kecemasan, Rawatan Endoscopi dan Rawatan Harian.

Jabatan Pembedahan Am menjalankan fungsi-fungsinya melalui 3 unit utamanya iaitu Wad Pembedahan (Wad 5B dan 5C), Daycare Endoscopy/Surgery dan Klinik Pakar Pembedahan. Jabatan ini juga menawarkan perkhidmatan sub-kepakaran Upper GI Surgery, perkhidmatan Interventional Endoscopy dan ERCP. Jabatan Pembedahan Am juga mengambil bahagian secara aktif serta menitik beratkan aktiviti-aktiviti kualiti seperti CME (Continuing Medical Education) untuk pegawai perubatan, paramedik dan pelajar-pelajar perubatan dari universiti tempatan dan luar negeri.

Visi

Menjadi sebuah jabatan yang menyediakan perkhidmatan yang perubatan yang professional, mengutamakan pelanggan dan efisien selaras dengan perkembangan keperluan .

Misi

Komited untuk menyediakan perkhidmatan pembedahan yang berkualiti bagi memastikan penyembuhan kesihatan para pelanggan melalui carakerja yang professional dan beretika serta bekerjasama dengan lain-lain perkhidmatan kesihatan yang .

Motto Jabatan

SELAMAT DAN TEPAT ( SAFE AND SOUND )

Objektif Jabatan

  • Menyediakan perkhidmatan diagnostik dan kuratif yang cepat dan optima serta rawatan penyembuhan yang optima melalui kerjasama dengan lain-lain perkhidmatan klinikal dan sokongan di dalam dan luar hospital
  • Melatih semua kategori kakitangan bagi memantapkan tahap pengetahuan, kecekapan bekerja dalam menyediakan perkhidmatan pembedahan yang berkualiti
  • Mempromosi kesedaran awam tentang pentingnya pencegahan penyakit dan rawatan awal
  • Menyemai dan menggalakkan budaya kerja cemerlang di kalangan kakitangan

Objektif Unit

Klinik Pembedahan Am

  • Menyediakan rawatan diagnostik dan kuratif yang cepat dan tepat dengan semangat ‘teamwork’ 
  • Melatih semua kategori kakitangan untuk meningkatkan ilmu, kecekapan dan efisiensi bekerja dalam memberi perawatan yang berkualiti 
  • Mempromosikan pencegahan penyakit dan rawatan awal kepada masyarakat umum

Unit Endoskopi

  • Menyediakan perkhidmatan endoscopy yang berkualiti dan efisien 
  • Menyediakan perkhidmatan endoskopi kecemasan 24 jam 
  • Memberikan latihan kepada kakitangan; pegawai perubatan dan paramedic di dalam bidang endoskopi

Wad-Wad Pembedahan Am

  • Menyediakan rawatan diagnostik dan kuratif yang cepat dan tepat dengan semangat ‘teamwork’ 
  • Melatih semua kategori kakitangan untuk meningkatkan ilmu, kecekapan dan efisiensi bekerja dalam memberi perawatan yang berkualiti 
  • Mempromosikan pencegahan penyakit dan rawatan awal kepada masyarakat umum

Piagam Pelanggan

Klinik Pembedahan Am

  • Berusaha memberi perkhidmatan yang bersopan, cepat dan tepat 
  • Kes-kes tenat akan dirawat dengan kadar yang segera 
  • Kes-kes stabil akan dirawat dalam masa 60 minit

Unit Endoskopi

  • Berusaha memberi perkhidmatan yang bersopan, cepat dan selamat 
  • Kes-kes kecemasan diutamakan dan dirawat dengan kadar yang segera 
  • Kes-kes temujanji akan menjalani prosedur dalam masa 60 minit

Wad-Wad Pembedahan Am

  • Memberikan perawatan perioperatif yang cekap, efisien dan selamat 
  • Memastikan kes kecemasan dirawat dengan kadar yang segera mengikut ketenatan 
  • Memastikan penjagaan stoma dan luka pembedahan yang sentiasa optima dan bebas dari infeksi

Perkhidmatan yang disediakan

Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Pembedahan Am

  • Perkhidmatan Kepakaran Pesakit Luar
  • Perkhidmatan Pesakit Dalam
    • Wad Pembedahan Lelaki (5C)
    • Wad Pembedahan Perempuan (5B)
  • Perkhidmatan Pembedahan
    • Kepakaran Pembedahan Am
    • Kepakaran Pembedahan Upper GI
  • Perkhidmatan Endoscopi
    • Therapeutic & ERCP
    • Manometry & pH Monitoring
  • Klinik Obesity & Weight Management
  • Pusat Rujukan Kebangsaan Upper GI Surgery
  • Latihan Sub-Kepakaran Upper GI Surgery
  • Breast Counseling

Jadual klinik pakar obstetrik & ginekologi

HariSesi klinik
8AM - 1PM2PM - 5PM
Isnin

                     

Rawatan Kepakaran Pesakit Luar 

(Kes Baru & Ulangan)

Mortaliti & Morbiliti Meeting

Selasa

Rawatan Kepakaran Pesakit Luar 

(Kes Ulangan)

Klinik FNAC

Breast Kaunseling

Klinik Obesity (Minggu ke 3 & 4)

Pembedahan Elektif (GA)

breast Kaunseling

Pembedahan Elektif (GA)

Rabu

Rawatan Kepakaran Pesakit Luar 

(Kes Baru & Ulangan)

Pembedahan Elektif (GA)

Pembedahan Elektif (GA)

Khamis

Rawatan Kepakaran Pesakit Luar 

(Kes Ulangan)

Klinik FNAC

Pembedahan Elektif (GA)

Pembedahan Elektif (GA)

Rawatan Kepakaran Pesakit Luar 

(Kes Baru & Ulangan)

Interventional Endoscopy & ERCP

Pembedahan Elektif (LA)

Interventional Endoscopy & ERCP

Direktori

Talian Utama : 03-61454333

Faks : 03-61454222

Klinik  : Ext. 1230/1238

Wad 5C : Ext. 4530

Wad 5B : Ext. 4509

Endoscopi : Ext. 1320


NoNamaJawatanSambEmail
1 Dr. Mohammad Shukri Bin Jahit Ketua Jabatan Bedah Am 1233
Print

Jabatan Perubatan Am

jabatan_perubatan_am

Pengenalan

Jabatan Perubatan adalah salah satu daripada jabatan yang terbesar sekali diadakan di Hospital Sungai Buloh. Perkhidmatan jabatan ini termasuk Perubatan Am dan Penyakit Berjangkit.Penubuhan Jabatan Perubatan ini adalah untuk memberi rawatan perubatan terbaik kepada pesakit-pesakit, bukan sahaja oleh pegawai-pegawai perubatan tetapi juga oleh pakar-pakar perubatan.

Misi

  • Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang mengutamakan pelanggan yang berfokus kesejahteraan berkesan, cekap and tanpa sempadan. 
  • Memberi perkhidmatan berkualiti berlantarkan ilmu, dan teknologi bersesuian. 
  • Mempromosikan aktiviti penyelidikan dan pengauditan.

Visi

Jabatan Perubatan HSB akan menjadi pusat kecemerlangan dalam:

  • Penyediaan perkhidmatan. 
  • Penjagaan kesihatan. 
  • Pengurusan berkualiti yang mengutamakan pelanggan.

Objektif Jabatan

  • Memberi perkhidmatan perubatan yang berkualiti, kepakaran untuk pesakit atau pelanggan melalui kerja berpasukan dan menggunakan teknologi yang sesuai 
  • Memastikan dan melengkapkan semua anggota Jabatan Perubatan dengan pengetahuan dan kemahiran supaya perkhidmatan yang diberi adalah cekap, tepat dan selamat 
  • Menggalakkan penyelidikan dan audit untuk memelihara dan meningkatkan mutu perkhidmatan 
  • Mewujudkan suasana berpasukan antara anggota Jabatan Perubatan dan pelanggan dengan mengamalkan sikap penyayang dan profesional

Objektif Bahagian / Unit

  • Untuk memberikan rawatan kepakaran perubatan yang merangkumi penyakit jantung, respiratori, endokrin, neorology, nephrology dan sebagainya 
  • Untuk meningkatkan kesedaran orang ramai akan pentingnya mendapatkan rawatan perubatan secepat mungkin serta lebih bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan masing-masing. 
  • Memberi perkhidmatan perubatan dalam bidang penyakit berjangkit yang berkualiti, kepakaran untuk pesakit atau pelanggan melalui kerja berpasukan dan dengan mengamalkan sikap penyayang dan professional 
  • Menyediakan perkhidmatan kaunseling yang canggih dan perkhidmatan 24 jam bagi kes-kes kecemasan 
  • Memastikan dan melengkapkan semua anggota dalam unit penyakit berjangkit dengan pengetahuan dan kemahiran supaya dapat memberi perkhidmatan yang cekap, tepat dan selamat 
  • Memberi perkhidmatan kawalan infeksi di dalam hospital dan mengawal penggunaan antibiotik yang berpatutuan 
  • Mengadakan polisi dan langkah-langkah pencegahan yang berpatutan daripada merebaknya penyakit berjangkit sekiranya terdapat “outbreak” infeksi yang merbahaya 
  • Menyediakan latihan dalam bidang penyakit berjangkit 
  • Menyediakan latihan untuk kaunseling bagi kes-kes HIV.
  • Menggalakkan penyelidikan dan audit untuk memelihara dan meningkatkan mutu perkhidmatan penyakit berjangkit

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Perkhidmatan kaunseling untuk pesakit-pesakit HIV yang baru serta kepentingan rawatan susulan kepada pesakit-pesakit ulangan. 
  • Perkhidmatan “Post-exposure prophylaxis” untuk “Needle stick injury” di kalangan warga Hospital Sungai Buloh. 
  • Perkhidmatan pencegahan jangkitan sekiranya berlaku wabak penyakit berjangkit. Perkhidmatan “ward isolasi” untuk “outbreak of infection. 
  • Memberi khidmat nasihat untuk pengendalian kes-kes penyakit berjangkit sama ada dalam wad atau klinik. 
  • Memberi perkhidmatan “Infection Control” dan penggunaan antibiotic yang berpatutan. 
  • Memberikan rawatan untuk pesakit yang dirujuk untuk penyelesaian masalah serta memberi rawatan yang bersesuaian. 
  • Memberi khidmat nasihat bagi pesakit penyakit kronik. 
  • Memberi khidmat nasihat mengenai pencegahan penyakit.

Direktori

Talian Utama : 03-61454333

Fax : 03-61454222

NoNamaJawatanSambEmail
1 Dr. Christopher Lee Kwok Chong Ketua Jabatan Perubatan Am 2204 This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Print

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi

jabatan_obstetrik_ginekologi

Latarbelakang

Jabatan obstetrik dan ginekologi hospital sungai buloh telah memulakan pengoperasian dengan pembukaan klinik antenatal pada 22 jun 2006. Ianya menyusul kemudian dengan perkhidmatan dewan bersalin serta wad integrasi obstetrik & ginekologi pada 20 september 2006. Pada peringkat awal, dewan bersalin memberi perkhidmatan untuk kes kes berisiko rendah sahaja. Kes kes berisiko tinggi hanya dapat dikendalikan sepenuhnya pada pertengahan bulan november 2006 apabila makmal darah serta perkhidmatan bius memantapkan operasi.

Sejak hari pembukaan hingga kini, perkhidmatan jabatan ini terutama di bidang obstetrik telah berkembang dengan pesat sekali. Unit ini menerima kes-kes rujukan dan datang sendiri dari kawasan sekitar terutama dari daerah gombak, petaling, hulu selangor, tanjung karang dan kuala selangor. Kebanyakan kes-kes yang dirujuk adalah kes-kes antenatal berisiko tinggi serta yang berkomplikasi. 

Keseluruhan perkhidmatan jabatan ini adalah ditumpukan pada perkhidmatan primier dan sekunder. Perkhidmatan tertier dan perkhidmatan sokongan kepada hospital kuala lumpur dalam bidang `minimal access surgery’ dan `reproductive medicine’ juga diberikan. Jabatan ini juga telah berinteraksi dengan fakulti perubatan uitm dan mendapat khidmat sub-kepakaran dalam bidang mfm (maternal-fetal medicine).

Visi 

Untuk menjadi peneraju utama dalam bidang rawatan wanita

Misi

Kami komited terhadap pemberian perkhidmatan yang berkualiti yang berlandaskan keprihatinan untuk memenuhi kesihatan pelanggan. Sokongan dan sumbangan wargakerja kami serta jabatan lain yang memberi sokongan padu terhadap pencapaian kejayaan aspirasi kami adalah tidak ternilai. Kami komited terhadap pemberian perkhidmatan kesihatan yang bertanggungjawab dari segi etika, sosial serta perbelanjaan berhemah.

Our core values 

Valuing clients and colleagues,

Learning and improving,

Empowering midwifery professionals

Serving the community

Objektif

  • Memastikan semua pesakit yang mendapat perkhidmatan di jabatan ini menerima rawatan yang optima serta selamat.
  • Mengambil langkah-langkah yang cepat, tepat dan proaktif dalam menangani serta mengurangkan tahap morbiditi pada ibu dan bayi semasa proses kelahiran merangkumi jagaan pranatal intrapartum dan posnatal.
  • Meneruskan serta menggalakkan promosi dan pendidikan dalam penyusuan ibu.
  • Memberikan rawatan secara holistik dan berkesan terhadap pesakit ginekologi melalui perubatan, pembedahan serta kaunseling.
  • Memastikan wargakerja di jabatan ini memperolehi pengetahuan serta kemahiran yang mencukupi melalui program pembelajaran berterusan.
  • Program peningkatan kualiti adalah aspek penting yang perlu diterapkan di kalangan wargakerja untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.
  • Menerapkan budaya korporat serta nilai-nilai murni di kalangan kakitangan semasa menjalankan tugas.
  • Menjalinkan kerjasama dengan pihak-pihak serta agensi lain bagi mengukuhkan perkhidmatan.
  • Meningkatkan kesedaran serta kewajipan pelanggan terhadap penjagaan kesihatan diri masing-masing melalui pendidikan/nasihat yang berkesan.
  • Melaksanakan aktiviti penerangan berkaitan kesihatan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti.

Perkhidmatan yang Disediakan

  • Klinik pakar termasuk rawatan harian obstetrik (day care obstetrik)
  • Perkhidmatan dewan bersalin termasuk pac dan epau
  • Rawatan pesakit dalam
  • Pembedahan obstetrik dan ginekologi
  • Rawatan kes kes kecemasan termasuk oscc (one stop crisis centre) dan scan (suspected child abused & neglect)
  • Pendidikan kesihatan

Antara kemudahan yang terdapat yang terdapat di Jabatan O&G adalah seperti berikut:

Klinik pakar (8 pagi hingga 5 petang)
  • Bilik rundingan (8)
  • Bilik prosedur (1)
  • Makmal infertiliti
  • Rawatan harian obstetrik
  • Bilik pendidikan kesihatan
  • 5 bilik dilengkapi mesin ultrasound
  • Rawatan kolposkopi dan histeroskopi
  • Rawatan primer dan sekunder
  • Untuk pembelajaran lanjutan serta pendidikan kesihatan.
Wad- wad (beroperasi 24 jam)
  • Wad 6a (28 katil)
  • Wad 6b (28 katil)
  • Wad 6c (28 katil)
  • Wad 6d (14 katil)
  • Ginekologi
  • Integrasi obstetrik
  • Mengandungi 6 katil hdw
  • Obstetrik posnatal-risiko rendah
Komplek dewan bersalin (beropersai 24 jam)
  • Pac
  • Epau
  • Bilik bersalin (suites)
  • Dewan bedah
  • 12 katil
  • 1 bilik rundingan/pemeriksaan
  • 18 bilik individu
  • 2 dewan pembedahan (belum beroperasi)

Jadual klinik pakar obstetrik & ginekologi

HariSesi klinik
Pagi (0800-1400)Petang (1400-1700)
Isnin
  • Klinik ginekologi am
  • Rawatan infertility
  • Ginekologi pre-op
  • Rawatab harian oastetrik
Selasa Antenatal (ibu hamil) Rawatan harian obstetrik
Rabu Antenatal diabetik (gdm) bersama dengan pakar dietetik dan pegawai farmasi Rawatan harian obstetrik
Khamis
  • Klinik kombinasi antenatal-perubatan
  • Kaunseling post natal/reviews
  • Klinik staf untuk obstetrik & ginekologi prosedur kolposkopi dan histeroskopi
  • Rawatan harian obstetrik
  • Lppkn (minggu ke 2 dan ke 4 setiap bulan)
HariSesi klinik
Pagi (0800-1400)Petang (1400-1700)
Jumaat
  • Klinik ultrasound—rujukan luar
  • Perkhidmatan pap smear
  • Kelas antenatal (minggu ke 2 setiap bulan)
Rawatan harian obstetrik

*Kandungan artikel ini memerlukan Adobe Reader

Direktori

Talian Utama : 03-61454333

Faks : 03-61454222

NoNamaJawatanSambEmail
1 Dr. Aza Miranda Bt Abd Rahman Ketua Jabatan 2202
Print

Jabatan Farmasi

Pengenalan

Jabatan Farmasi menyediakan penjagaan farmaseutikal (pharmaceutical care) secara individu kepada pelanggan/pesakit di hospital dengan memfokuskan kepada praktis farmasi klinikal. Jabatan ini mengawal penggunaan ubat secara rasional di dalam hospital dan membantu dalam proses perolehan, penyimpanan dan pembekalan ubat-ubatan serta persediaan farmaseutikal kepada wad-wad dan unit-unit di hospital.

Jabatan Farmasi juga menyediakan perkhidmatan di dalam hospital dan klinik-klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran dalam semua perkara yang berkaitan dengan ubat-ubatan atau rawatan dan menyediakan Formulari Ubat – Ubatan Hospital yang dikemaskini serta diluluskan oleh Jawatankuasa Ubat - Ubatan Hospital.

Lokasi Jabatan Farmasi merangkumi Tingkat 1 yang menempatkan Unit Farmasi Klinik Pakar, Unit Farmasi Pesakit Dalam dan Unit Perolehan dan Pembekalan. Farmasi Jabatan Kecemasan pula ditempatkan di Tingkat 2 dan Unit Farmasi Satelit ditempatkan di Tingkat 3 dan Tingkat 7 dan merangkumi Unit Farmasi di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN)

Pengurusan keseluruhan jabatan ini adalah dibawah tanggungjawab Ketua Pegawai Farmasi (Pegawai Farmasi U54).

Misi

Menyediakan perkhidmatan farmasi yang bermutu lagi dinamik sejajar dengan kehendak pelanggan agar lebih profesionalisma, penyayang serta berdisplin tinggi.

Visi

Memberikan perkhidmatan farmasi yang terbaik, berkualiti dan cekap demi meningkatkan taraf kesihatan dan kesejahteraan pesakit.

Objektif Jabatan

  • Membantu pesakit mencapai dan mengekalkan taraf kesihatan yang optima bagi membolehkannya menjalankan kegiatan ekonomi dan sosial yang produktif melalui perkhidmatan yang berkualiti.
  • Untuk menggalakkan perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif dalam penjagaan pesakit. 
  • Menyediakan perkhidmatan farmasi secara professional dan terkini mengikut keperluan pesakit.
  • Meningkatkan perkhidmatan perolehan dan bekalan ubat-ubatan secara berterusan demi keperluan pesakit Hospital Sungai Buloh.

Objektif Bahagian/Unit

Farmasi Klinik Pakar :

  • Untuk memberikan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang optima dengan membekalkan ubat-ubatan secara tepat dan cepat

Farmasi Pesakit Dalam :

  • Untuk mewujudkan sistem pendispensan ubat yang berkesan kepada setiap wad dan unit secara cepat dan tepat, mengurangkan kos perbelanjaan ubat dan mengurangkan pembaziran ubat melalui sistem pemantaun penggunaan ubat.

Farmasi Pengeluaran - Aseptik dan Bukan Aseptik :

  • Untuk menghasilkan produk ubat-ubatan (aseptik dan bukan aseptik) yang selamat, efektif and berkualiti.

Farmasi Stor Ubat :

  • Untuk memastikan pembekalan ubat-ubatan adalah kos efektif, mencukupi dan berterusan dalam kuantiti yang betul dan pada masa yang berpatutan.

Perkhidmatan

  • Stor Perubatan
  • Farmasi Klinik Pakar
    • Value-added service (VAS)
      • After-Office-Hour (AOH)
      • Emel dan Ambil
      • Letak dan Ambil
      • Sistem Pembekalan Ubat Bersepadu (SPUB)
      • Telefon dan Ambil
      • Ubat Malaysia Post (UMP 1 Malaysia)
  • Farmasi Unit Kecemasan (ED)
  • Farmasi Bekalan Wad
  • Farmasi Satelit ( Satelit 3 dan 7)
  • Farmasi Klinikal (Farmasi Wad,TDM , TPN, IV Admiksture, Sediaan Titis Mata dan “Acute Pain Service’ )
  • Farmasi Pengeluaran dan Pra-bungkus
  • Perkhidmatan Maklumat Ubat & Racun
  • MTAC(Medical Therapy Adherence Clinic) – HIV, Diabetes, Warfarin
  • Farmasi Pusat Kawalan Kusta Negara (Klinik Pakar Perubatan & Rehabilitasi dan Farmasi Bekalan Wad)
  • Farmasi Methadone (Terapi gantian methadone)

Waktu Perkhidmatan

FarmasiWaktu PerkhidmatanPerkhidmatan Farmasi Tambahan

Farmasi Klinik Pakar

(Hospital Sungai Buloh)

  • Isnin – Jumaat : 7.30 pg – 5.30 ptg
  • Sabtu, Ahad, cuti umum : tutup
  • Sistem Pembekalan Ubat Bersepadu (SPUB)
  • Ubat Melalui Pos (UMP)
  • After Office Hour (AOH)
  • SMS & Go
Farmasi Unit Kecemasan:
  • Buka 24 jam

    Farmasi Klinik Pakar

    (Pusat Kawalan Kusta Negara)

    • Isnin - Jumaat : 8.00 pg – 5.00 ptg
    • Sabtu, Ahad, Cuti Umum : Tutup
    • Sistem Pembekalan Ubat Bersepadu (SPUB)
    • Ubat Melalui Pos (UMP)

    Farmasi Pesakit Dalam

    • 8.00 pg - 10.00 malam

    Farmasi terapi Gantian Methadone (Pusat Kawalan Kusta Negara)
    • Isnin – Khamis :8.00 pg - 1.00 ptg
    • Jumaat : 8.00 pg - 12.15 tgh
    • Sabtu, Ahad, Cuti Umum : 8.00 pg - 11.00 pg

      Direktori

      Talian Utama : 03-61454333

      Faks : 03-61454222

      NoNamaJawatanSambEmail
      1 Dr.Roshayati Mohamad Sani Ketua Jabatan 4112 This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      2 Siti Suhaila Bt. Mohamed Pegawai Farmasi Pesakit Luar 4108
      3 Syahidah Bt. Noor Azman Pegawai Farmasi Pesakit Luar 4102
      4 Salehhudin Muhamad Ali Pegawai Farmasi Stor 4161
      5 Shafinaz Bt. Mohd Yusof Pegawai Farmasi Pesakit Dalam 4116
      6 Suganthi A/P Jeyabalan Pegawai Farmasi Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) 61561321 (ext 2230)
      7 Nik Zaheran Binti Mat Yasin Pegawai Farmasi Informasi Ubat (DIS) 4126

      Soalan Lazim

      Print

      Jabatan Rekod Perubatan

      jabatan_rekod_perubatan

      Pengenalan

      Jabatan Rekod Perubatan adalah salah satu perkhidmatan sokongan yang dipertanggungjawabkan dalam pengurusan rekod perubatan fizikal dan elektronik, pengurusan laporan perubatan, pengurusan perangkaan Health Management Information System (HMIS) dan semua aspek yang berkaitan dengan fungsi Jabatan Rekod Perubatan sebagai pengurus maklumat kesihatan hospital. Ditubuhkan sejajar dengan penubuhan Hospital Sungai Buloh, Jabatan Rekod Perubatan memainkan peranan penting dalam memberikan maklumat dan data-data yang komprehensif untuk menunjukkan perkembangan taraf perubatan, perkhidmatan hospital dan memastikan data-data Sistem HIS tepat dan boleh dipercayai dengan pelaksanaan aktiviti pengauditan secara berterusan.

      Lokasi

      Jabatan ini terletak di aras 3 bersebelahan Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU) dan Jabatan Teknologi Maklumat. Ia mula beroperasi sepenuhnya mulai 15 September 2006.

      Visi

      Berfungsi sebagai pusat sumber maklumat perawatan kesihatan pesakit untuk memenuhi keperluan perancangan, pelaksanaan, pengawasan dan penilaian rancangan, perkhidmatan dan program hospital, Kementerian Kesihatan Malaysia serta memenuhi keperluan pelanggan.

      Misi

      Untuk menyediakan perkhidmatan maklumat kesihatan yang berkualiti, cekap dan efisyen kepada pelanggan mengunakan teknologi terkini.

      Objektif

      • Mewujudkan satu sistem penyimpanan rekod perubatan fizikal dan elektronik yang selamat dalam meningkatkan taraf pengawalan kerahsiaan maklumat pesakit.
      • Menguruskan proses penerimaan, penjilidan, penyimpanan dan pengeluaran rekod perubatan fizikal pesakit mengikut prosidur ditetapkan bagi kegunaan perkhidmatan rawatan pesakit, penyelidikan, pendidikan, kes perundangan dan pengurusan.
      • Memastikan pengurusan data maklumat kesihatan dan statistik perubatan diuruskan dengan cekap dan berkualiti.
      • Mengurus permohonan laporan perubatan dengan cekap dan efisyen serta memastikan laporan perubatan disediakan dalam masa yang telah ditetapkan
      • Menyedia dan memberi perkhidmatan kepada pesakit dan orang ramai, organisasi dan institusi awam/swasta yang menggunakan maklumat dari rekod perubatan untuk tujuan perkhidmatan dan medico legal.

      Piagam Pelanggan

      Kami beriltizam untuk:

      • Menyiapkan Laporan Perubatan dalam tempoh 4 hingga 8 minggu dari tarikh permohonan lengkap.
      • Menyiapkan Laporan Bedah Siasat dalam tempoh 8 minggu dari tarikh permohonan lengkap
      • Menyediakan Rekod Perubatan Fizikal dalam tempoh 10 minit (atas permintaan) sebelum pesakit hadir ke klinik.
      • Menyediakan Laporan Statistik HMIS sebelum 15 hb bulan berikutnya.

      Perkhidmatan Yang Disediakan

      Terbahagi kepada 4 skop perkhidmatan utama :

      • Pengurusan Rekod Perubatan
        • Penerimaan Rekod
        • Pinjaman Rekod
        • Pemulangan Rekod
        • Penyimpanan Rekod
        • Audit Kandungan Rekod
        • Pelupusan Rekod Apabila Tamat Tempoh
      • Pengurusan Statistik Maklumat Pesakit (HMIS) & Klasifikasi Penyakit dan Prosedur Klinikal (ICD)
      • Pengurusan Laporan Perubatan dan Perundangan Perubatan
        • Permohonan Laporan Perubatan & Laporan Bedah Siasat
        • Persidangan Lembaga Perubatan
        • Persidangan Jemaah Doktor PERKESO
        • Penubuhan Lembaga Penyiasatan Bebas
      • Pentadbiran Am Jabatan

      Waktu Operasi

      Kaunter Permohonan Laporan Perubatan

      HariMasa
      Isnin – Khamis
      • 8.00 pagi – 1.00 tengahari
      • 2.00 petang - 5.00 petang
      Jumaat
      • 8.00 pagi - 12.15 tengahari
      • 2.45 petang - 5.00 petang
      Sabtu / Ahad / Cuti Umum Tutup

      Direktori

      Talian Utama : 03-61454333

      Faks : 03-61454222

      Sebarang pertanyaan sila hubungi : 03-61454360 / 4362 / 4363

      NoNamaJawatanEmail / Samb.
      1 Puan Hamidah Karim Ketua Jabatan Rekod Perubatan This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      no. samb : 4371
      2 Puan Siti Zamnah Mohammed Zaki Pen. Pegawai Tadbir N27 (Rekod Perubatan) This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      no. samb : 4320
      3 Cik Hartini Abul Hadi Pen. Pegawai Tadbir N27 (Rekod Perubatan) This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      no. samb : 4369
      4 Puan Che Habesah Wan Pembantu Tadbir Kanan P/O N22 This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      no. samb : 4362
      4 Puan Rohani Ishak Pembantu Tadbir Kanan P/O N22 no samb : 4362
        Unit Pengurusan Statistik Maklumat Pesakit (HMIS), Klasifikasi Penyakit dan Prosedur Klinikal (ICD)
      5 Puan Masnah Marhawi Pembantu Tadbir P/O N17 no samb : 4365
      6 Puan Rohasmarida Jusoh Pembantu Tadbir P/O N17 no samb : 4367
        Unit Pengurusan Rekod Perubatan
      7 Puan Mariah Jiman Pembantu Tadbir P/O N17 no samb : 4365
      8 Puan Siti Fauziah M. Musmuin Pembantu Tadbir P/O N17 no samb : 4364
      9 Puan Normardiana Othman Pembantu Tadbir P/O N17 no samb : 4370
      10 Puan Khairun Muna Hussin Pembantu Tadbir P/O N17 no samb : 4367
        Unit Pengurusan Laporan Perubatan dan Perundangan Perubatan
      11 Puan Junaidah Ali Pembantu Tadbir P/O N17 no samb : 4363
      12 Puan Nor Rasidah Said Pembantu Tadbir P/O N17 no samb : 4366
      Print

      Jabatan Radiologi

      jabatan_radiologi

      Pengenalan

      Jabatan Pengimejan Diagnostik menyediakan perkhidmatan pengimejan diagnostik termasuk prosedur-prosedur terapeutik invasif tertentu untuk pesakit dalam, pesakit luar, pesakit rawatan harian dan pesakit dari Jabatan Kecemasan Hospital Sungai Buloh. Perkhidmatan ini juga merangkumi pesakit-pesakit dari klinik dan hospital lain.

      Misi

      Bermatlamat untuk menyediakan perkhidmatan radiologi yang berkualiti dan bermutu melalui personel yang bersikap penyayang, professional dan berdedikasi melalui penggunaan teknologi sediada secara optimum dan bersesuaian.

      Visi

      Untuk menyediakan perkhidmatan radiologi diagnostik dan intervensi yang bermutu dan berkualiti.

      Objektif

      Menyediakan khidmat sokongan klinikal dengan melakukan pemeriksaan pengimejan diagnostik keatas pesakit yang dirujuk dengan objektif membantu doktor dalam pengurusan pesakit dengan membuat diagnosa yang cepat dan tepat. Program ini juga membantu doktor menilai tahap perkembangan penyakit atau rawatan yang dijalankan. Program ini juga terlibat dalam prosedur “interventional” sebagai salah satu langkah terapeutik. Jabatan ini merupakan pusat rujukan bagi perkhidmatan pengimejan dari hospital dan klinik kesihatan dalam negeri Selangor.

      Perkhidmatan yang disediakan

      • Radiografi Am. Dijalankan di:
        • Jabatan Utama.
        • Jabatan Kecemasan - perkhidmatan 24 jam.
        • Unit X-ray, PKKN.
      • Fluoroskopi
        • Perkhidmatan radiografi khas menggunakan media kontras pelbagai bahagian badan di Jabatan Utama.
        • Prosedur pemeriksaan Endoskopi/ERCP di Unit Rawatan Harian.
      • Computerised Tomographic Scan
        • Pemeriksaan dilakukan berdasar sistem temujanji untuk kes-kes elektif.
        • Perkhidmatan 24 jam bagi pemeriksaan kes-kes “urgent” kecemasan seperti kes trauma dan kes tenat seperti stroke.
        • Sebagai panduan untuk prosedur intervensi Radiologi (CT guided) Perkhidmatan ini dijalankan di Jabatan Utama dan Unit Radiologi Jabatan Kecemasan.
      • Pemeriksaan Ultrasound/Doppler
        • Dijalankan di Jabatan Utama.
        • Dijalankan di Jabatan Kecemasan.
        • Dijalankan di Jabatan Utama sebagai Guidance For Therapeutic / Interventional Procedures bila diperlukan.
      • Mammografi
        • Dilakukan bagi kes-kes yang dirujuk dari Klinik Payudara Hospital Sungai Buloh, Klinik Obstetrik dan Ginekologi Hospital Sungai Buloh, Klinik Kesihatan Sungai Buloh, Hospital Tanjong Karang, Klinik Kesihatan Kelana Jaya, Klinik Kesihatan Bestari Jaya dan Klinik Kesihatan Kuala Selangor.
        • Melakukan pemeriksaan intervensi seperti ductogram hookwire localization dan stereotactic biopsy examination.
      • Magnetic Resonance Imaging (MRI)
        • Dijalankan di Unit MRI, Jabatan Utama.
        • Pemeriksaan ini dijalankan mengikut temujanji.
        • Kes-kes boleh dilakukan dengan bantuan bius umum.
      • Angiografi dan Radiologi Intervensi
        • Dijalankan di Unit Radiologi Intervensi, Jabatan Utama
        • Pemeriksaan dijalankan mengikut temujanji untuk kes elektif.
        • Kes-kes kecemasan dilakukan atas panggilan.
        • Kes-kes boleh dilakukan dengan bantuan bius umum.
      • Perkhidmatan Radiologi Kecemasan
        • Radiografi Am dilakukan di Jabatan Kecemasan 24 jam sehari.
        • CT Scan dilakukan di Jabatan Kecemasan 24 jam sehari.
        • Ultrasound dilakukan di Jabatan Kecemasan 24 jam sehari atas panggilan.
      • Perkhidmatan Radiologi Mobile
        • Perkhidmatan Radiografi Mudah Gerak untuk pesakit tenat di wad-wad, ICU, NICU, CCU, HDW, Burn Unit, Forensik, dan Jabatan Kecemasan.
        • Perkhidmatan Ultrasound Mudah Gerak untuk pesakit tenat di wad-wad, ICU, NICU, CCU, HDW, Burn Unit, Dewan Bedah dan Jabatan Kecemasan.
        • Perkhidmatan Fluoroskopi Mudah Gerak (Mobile C-Arm) di Dewan Bedah Utama, Dewan Rawatan Harian, Dewan Bedah Kecemasan, dan CCU.
      • Perkhidmatan Radiologi Klinik
        • Breast Assessment Clinic - untuk kes-kes yang dirujuk oleh HSB dan lain-lain hospital untuk penilaian seterusnya.
        • Musculoskeletal Combined Clinic - untuk kes-kes yang dirujuk oleh Pakar Ortopedik bagi para-spinal injection, vertebro-plasty.
        • Neuro Vascular Clinic - dijalankan bersama dengan Pakar Bedah Otak untuk kes-kes yang memerlukan Neuro-intervensi.
        • General Radiology Clinic untuk sebelum dan selepas menjalani prosedur Interventional Radiology.

      Lokasi Jabatan / Unit

      Jabatan Utama Aras 1
      Unit Radiologi, Jabatan Kecemasan Aras 2
      Unit X-ray, PKKN Aras 1, Pusat Kawalan Kusta Negara

      Waktu Operasi

      Jabatan Utama 7.30 pagi – 5.30 petang
      Unit Radiologi, Jabatan Kecemasan 24 jam
      Unit X-ray, PKKN 8.00 pagi – 5.00 petang

      Direktori

      Talian Utama : 03-61454333

      NoNamaJawatanSamb.Email
      1 Dr Yun Sii Ing Ketua Jabatan & Pakar Perunding Radiologi (Jusa B) 2009 (PA) This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      2 Puan Khairun Nisa'a Binti Khairul Zaman Ketua Juru X-ray (Gred U41) 2011 -
      3 Kosong Pegawai Sains (Fizik) (Gred C44 ) 2003 -
      4 Bilik Temujanji - 2002 -
      Print

      Jabatan Patologi

      jabatan_patologi

      Pengenalan

      Jabatan Patologi, Hospital Sungai Buloh diterajui oleh Pakar Perunding Kanan Patologi (Mikrobiologi Perubatan). Terdiri daripada 3 unit iaitu Unit Patologi Kimia, Unit Hematologi/Transfusi dan Unit Mikrobiologi Perubatan . Jabatan ini mula beroperasi pada 15hb September 2006 dan pada 19 Januari 2008 jabatan ini telah beroperasi sepenuhnya menggunakan Total Hospital Information System (THIS) dan Laboratory Information System (LIS).

      Misi

      • Memberi perkhidmatan ujian makmal perubatan mengikut Good Laboratory Practices dengan menggunakan teknologi terkini untuk kepuasan pelanggan. 
      • Memberikan latihan klinikal, teknologi dan kemahiran perkhidmatan bagi semua anggota jabatan serta anggota hospital lain dan siswazah Institut pengajian Tinggi. 
      • Berfungsi sebagai Pusat Rujukan Makmal Kebangsaan bagi Penyakit Berjangkit 
      • Menyediakan sistem pengurusan kualiti berlandaskan keperluan piawaian Akreditasi Hospital dan ISO/IEC15189.

      Visi

      Memberi perkhidmatan diagnostik dan rundingcara yang berkualiti dalam pengurusan pesakit termasuk penyelidikan dan program pendidikan berlandaskan teknologi maklumat.

      Objektif

      • Memberikan perkhidmatan diagnosa klinikal dan kepakaran dalam bidang Patologi Kimia, Hematologi / Transfusi dan Mikrobiologi Perubatan kepada jabatan-jabatan klinikal di Hospital Sungai buloh. 
      • Memberi latihan kepada kakitangan jabatan dan pegawai / pelatih dari hospital-hospital kerajaan, pusat pengjian tinggi serta agensi-agensi kerajaan dari dalam dan luar negeri. 
      • Memberi perkhidmatan perundingan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai hal-hal berkaitan dengan perkhidmatan Patologi.

      Perkhidmatan Yang Disediakan

      Menjalankan ujian makmal diagnostik bagi Patologi Kimia, Hematologi, Mikrobiologi Perubatan dan Transfusi. Bagi perkhidmatan Histologi/Sitologi sampel dihantar sama ada ke Hospital UITM Sungai Buloh atau Hospital Selayang.

      Direktori

      Talian Utama : 03-61454333

      Faks : 03-61454222

      NoNamaJawatanSambEmail
      1 DR ZUBAIDAH BINTI A.WAHAB Ketua Jabatan 4236
      2 P.A 2104
      Print

      Jabatan Anaestesiologi & Rawatan Rapi

      jabatan_anaestesiologi_rawatanrapi

      Latar Belakang

      Semenjak ditubuhkan pada tahun 2006 Jabatan Anaesthesia dan Rawatan Rapi telah berkembang sejajar dengan keperluan semasa dan memenuhi kehendak pelanggan-pelanggan Hospital Sungai Buloh.

      Misi

      • Kami komited untuk mengamalkan perubatan anestesia (bius) dan rawatan rapi yang berkualiti lagi efektif dengan bergabung bersama perkhidmatan-perkhidmatan relevan yang lain bagi memuaskan hati pesakit-pesakit kami.
      • Memastikan staf yang efisyen, berkemahiran dan berkeyakinan dalam melaksanakan tugas.
      • Melaksanakan pemantauan berkala ke atas peralatan bagi memastikan ianya selamat dan berfungsi untuk digunakan.

      Visi

      Memberikan perkhidmatan anesthesia (bius) dan perawatan rapi yang bertahap kelas dunia yang professional, berkualiti dan prihatin.

      Objektif

      • Memberikan perkhidmatan mengikut piawaian tatacara perawatan rapi.
      • Melengkapkan staf dengan pengetahuan dan kemahiran melalui kursus dan seminar.
      • Bekerjasama antara jabatan bagi mencapai matlamat perkhidmatan yang berkualiti.
      • Untuk menyediakan perkhidmatan bius dan pengurangan sakit yang selamat.
      • Untuk memberikan rawatan yang lengkap bagi pesakit-pesakit yang kritikal.
      • Untuk menyediakan perkhidmatan klinikal menyeluruh dalam suasana mesra-pesakit dan memberikan perkhidmatan rawatan rapi yang bermutu tinggi.

      Perkhidmatan Yang Disediakan

      Perkhidmatan yang diberikan adalah seperti berikut:-

      • Pekhidmatan anesthesia dan perawatan rapi untuk pesakit di Unit Rawatan Rapi dan High Defendency Ward.
      • Memberikan perkhidmatan bagi kes-kes rujukan dari wad yang memerlukan bantuan pernafasan.
      • Memberikan perkhidmatan Resusitasi dan pengendalian saluran pernafasan di Unit Kecemasan.
      • Perkhidmatan pembedahan elektif dan kecemasan
      • Perkhidmatan "Acute Pain Services" dan juga "Chronic Pain Services".
      • Anaestetik Klinik bagi rujukan kes-kes pembedahan elektif.
      • Memberi perkhidmatan "Obstetrik Analgesia" bagi ibu-ibu yang akan melahirkan anak.
      • Mengendalikan Organ Harvesting dengan kerjasama National Organ Transplant Unit.

      Aktiviti-Aktiviti Yang Dirancang Tahun 2014

      • Seminar APS
      • Seminar Ventilator (alat bantuan pernafasan)
      • Kursus BLS
      • Kursus Post-Basic Kejururawatan ICU
      • Kursus Insentif Sarjana Anaestesia
      • Hari Keluarga Anaestesia
      • Jamuan Malam Anaestesia

      Aktiviti-Aktiviti Yang Telah Dijalankan

      anest1
      Hari Anaestesia 2012 Jamuan Perpisahan Staff 2013

      Direktori

      Talian Utama : 03-61454333 ext 2350

      Faks : 03-61454222

      ICU : ext 3206/3207

      HDW : ext 4300/4301

      Klinik Anaestesia : ext 1306

      APS :2303

      NoNamaJawatanSambEmail
      1 Dr. Lim Wee Leong Ketua Jabatan This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      Print

      Jabatan Pediatrik

      jabatan_padiatrik

      Pengenalan

      Jabatan Pediatrik & Neonatologi telah memulakan perkhidmatan dalam bulan Ogos 2006 di mana perkhidmatan dimulakan dengan perkhidmatan pesakit luar di Klinik Pediatrik. Pada 11 September 2006 perkhidmatan pesakit dalam telah dimulakan dengan memindahkan pesakit-pesakit dari Pusat Kawalan Kusta Negara ke Hospital Sungai Buloh yang baru. Perawatan pesakit-pesakit pediatrik dilengkapi dengan kemudahan klinik dan wad. Hospital ini mempunyai satu Wad Pediatrik Umum yang terletak di tingkat lapan (Wad 8C) dan Wad NICU yang terletak di tingkat dua untuk menyediakan perkhidmatan pesakit dalam, manakala Klinik Pediatrik pula terletak di tingkat satu bagi menyediakan perawatan pesakit luar

      Misi

      • Kami akan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang bermutu tinggi dan seterusnya memantau sasaran setanding dengan baik.
      • Kami juga menyedari bahawa setiap individu adalah berbeza dan kami akan menghormati dan melindungi hak-hak individu.
      • Kami akan menjadi sebagai ’advocate’ bagi kanak-kanak yang istimewa dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.
      • Kami akan bekerjasama dengan ahli-ahli profesional yang lain untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan di jabatan ini.
      • Kami akan menerima tanggung jawab ke atas pesakit, ahli keluarga dan juga komuniti yang terlibat.
      • Kami akan memastikan persekitaran yang baik untuk meningkatkan peluang pembelajaran yang berterusan di setiap kategori anggota.
      • Kami akan memastikan bahawa persekitaran di jabatan ini adalah dinamik dan sihat untuk semua anggota berkerjasama.
      • Kami akan memastikan semua perkhidmatan yang diberi adalah yang terkini dan ’cost-effective’.

      Visi

      Jabatan ini menyediakan perkhidmatan kesihatan secara menyeluruh kepada kanak-kanak dan ibubapa / penjaga di hospital dan juga dalam komuniti berlandaskan teknologi yang terkini dan berorientasikan mesra pelanggan.

      Objektif

      • Menyediakan perkhidmatan perubatan secara ’Evidenced- Base”
      • Memberikan perawatan kesihatan berlandaskan individu kepada pesakit dan ahli keluarga
      • Menyemaikan perasaan bangga dikalangan anggota yang bertugas di jabatan
      • Menjalankan audit terhadap perkhidmatan yang diberikan dari masa ke semasa untuk penambahbaikan
      • Menggalakkan aktiviti-aktiviti pembelajaran berterusan di kalangan anggota untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan

      Perkhidmatan Yang Disediakan

      A. Pesakit Dalam 

      • Pesakit Pediatrik yang dimasukkan ke Wad 8C dan NICU
      • Merawat Pesakit yang dirujuk oleh doktor di Jabatan Kecemasan
      • Merawat bayi-bayi di wad postnatal
      • Merawat bayi-bayi yang baru dilahirkan di bilik bersalin
      • Memeriksa dan merawat bayi-bayi yang baru lahir melalui kaedah pembedahan
      • Memberi perkhidmatan kaunseling kepada ibu-ibu yang berisiko tinggi  

      B. Pesakit Luar

      • Merawat pesakit pediatrik baru
      • Merawat pesakit pediatrik ulangan
      • Menjalankan rawatan ulangan bayi-bayi pramatang secara ’multi-disciplinary’ bersama-sama dengan Jabatan Rehabilitasi. 

      C. Pemberian ’sedation’ untuk pesakit pediatrik yang menjalani ujian radiologi

      Direktori

      Talian Utama : 03-61454333

      Faks : 03-61454222

      NoNamaJawatanSambEmail
      1 Dr. Soo Min Hong Ketua Jabatan Pediatrik 4288
      Print

      Jabatan Dietetik & Sajian

      jabatan_dietetik_sajian

      Pengenalan

      Jabatan Dietetik dan Sajian adalah merupakan salah satu daripada perkhidmatan sokongan klinikal yang terdapat di Hospital Sungai Buloh. Perkhidmatan jabatan ini juga meliputi Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN).

      Lokasinya di Blok F behampiran dengan Pejabat Radicare dan satu lagi unit terletak di Pusat Kawalan Kusta Negara.

      Jabatan ini menyediakan perkhidmatan dietetik sebagai sokongan klinikal dalam pemberian terapi pemakanan perubatan (Medical Nutrition Therapy) kepada pesakit dan perkhidmatan sajian yang disediakan dalam 2 kaedah, iaitu Penswastaan (out-sourcing) kepada syarikat luar untuk pesakit di blok utama Hospital Sungai Buloh dan In-house untuk pesakit di Pusat Kawalan Kusta Negara.

      Misi

      Perkhidmatan Dietetik

      • Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan berdasarkan amalan evidence-based di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.
      • Menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik.

      Perkhidmatan Sajian

      • Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.
      • Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-polisi, pekeliling-pekeliling dan arahan yang ditetapkan.

      Visi

      Ke arah perkembangan perkhidmatan makanan, dietetik klinikal dan juga promosi kesihatan untuk membantu rawatan pesakit di samping sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.

      Objektif

      Objektif Umum :

      Untuk memberikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal secara profesional, berkualiti dan mengutamakan pelanggan.

      Objektif Khusus :

      • Untuk memastikan diet normal dan diet teraputik dibekalkan mengikut pesanan di wad, termasuk pesakit di pusat rawatan harian dan hemodialisis.
      • Untuk memastikan diet kelas satu dibekalkan untuk doktor bertugas atas panggilan, mengikut kelayakan.
      • Untuk memastikan catuan makan malam dibekalkan untuk anggota bertugas malam, mengikut kelayakan.
      • Untuk memastikan khidmat medical nutriton therapy bagi oral diet serta nutrition support diberi kepada pesakit yang dirujuk oleh doktor.
      • Untuk memberikan latihan praktikal katering dan dietetik kepada pelatih dari Institusi Pendidikan Tinggi.
      • Untuk menggalakkan penglibatan di dalam kajian serta penyelidikan katering dan dietetik klinikal/ komuniti mengikut keperluan demi peningkatan mutu perkhidmatan.

      Perkhidmatan Yang Disediakan

      Perkhidmatan Dietetik Klinikal

      Perkhidmatan Dietetik Klinikal terbahagi kepada perkhidmatan dietetik pesakit dalam dan pesakit luar. Pegawai Dietetik memberi khidmat medical nutrition therapy dengan menggunakan nutrition care process yang merangkumi nutrition assessment, nutrition diagnosis, nutrition intervention dan nutrition monitoring dan evaluation termasuk dokumentasi untuk pesakit dalam & pesakit luar.

      Perkhidmatan Dietetik Klinikal pesakit dalam merangkumi semua disiplin klinikal berdasarkan rujukan daripada Pegawai Perubatan.. Terdapat juga klinik & kelas pendidikan pemakanan yang dijalankan bagi pesakit dalam dan luar. Berikut adalah jadual waktu operasi Perkhidmatan Dietetik Klinikal:

      PerkhidmatanHariWaktu OperasiTempat
      Pesakit Dalam Isnin - Jumaat 8am – 5pm Wad
      Klinik Pesakit Luar Isnin - Khamis 9am – 12.30pm Klinik Kaunseling Pemakanan
      Klinik Obesiti (Combine Clinic) Selasa 8am – 5pm Klinik Kaunseling Pemakanan
      Klinik ‘Slimmer Me’ Khamis 2pm – 5pm Klinik Pembedahan
      Kelas Pendiddikan Pemakanan GDM Jumaat (2 kali sebulan) 9am – 10am Bilik Seminar, Klinik O&G

      Perkhidmatan lain yang disediakan adalah seperti berikut:

      • Memberi ceramah, latihan, pendidikan berterusan dan khidmat pakar rujuk akan dikendalikan mengikut keperluan.
      • Memberi latihan internship dietetik kepada pelatih-pelatih dietetik dari Institusi Pendidikan Tinggi mengikut keperluan.
      • Melibatkan dalam kajian serta pendidikan sejajar dengan keperluan klinikal atau perkhidmatan.

      Perkhidmatan Sajian

      • Membekalkan diet berdasarkan pesanan yang diterima dari wad mengikut kelas satu, dua, tiga atau kanak-kanak. Pegawai Dietetik atau Doktor akan menentukan jenis diet sama ada diet normal atau diet terapeutik.
      • Membekalkan diet kelas tiga kepada ibu yang menemani anak di wad kanak-kanak, iaitu MAC (mother accompanying child). Rujukan: Bil (55)dlm. KKM 203/18 Jld.3, bertarikh 12hb Disember 2001, Pengecualian caj bagi kes-kes ibu/penjaga menemani anak di wad atau mother accompanying child (MAC).
      • Membekalkan susu formula bayi kepada bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai HIV positif bagi tempoh dari lahir hingga umur 6 bulan untuk mereka yang kurang mampu. Rujukan: Bil (45)dlm. KKM-87(P20/205/1) Bhg. 7, bertarikh 23hb Ogos 2001, Bekalan susu formula untuk bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu HIV positif.
      • Membekalkan diet kelas satu kepada Doktor yang bertugas atas panggilan di hospital. Rujukan: Bil (39)dlm.KKM-58/054/4, bertarikh 12hb Januari 1983, Minuman dan makanan bagi pegawai-pegawai perubatan dan doktor siswazah.
      • Membekalkan catuan makan malam mengikut kadar yang telah ditetapkan kepada anggota bertugas malam yang layak. Rujukan: Bil.JPA(S)1/7/16-1Sk(75),bertarikh 21hb Disember 1993, Kadar bekalan catuan makan malam kakitangan hospital yang bertugas malam.
      • Memberi latihan praktikal katering kepada pelatih katering dan pelatih dietetik dari Institusi Pendidikan Tinggi mengikut keperluan dan kelulusan.
      • Melibatkan dalam kajian serta penyelidikan demi perkembangan teknologi katering dan peningkatan mutu perkhidmatan makanan.
      • Melaksanakan pemantauan ke atas Syarikat yang ditawarkan kontrak, bagi hospital yang perkhidmatan sajiannya diswastakan oleh pegawai-pegawai Jabatan Sajian & Dietetik hospital bagi pihak Pengarah Hospital. Rujukan: Perjanjian kontrak penswastaan perkhidmatan makanan hospital, Kementerian Kesihatan Malaysia.
      • Menjalankan program ‘food tasting’ yang melibatkan wakil syarikat, wakil JDS & wakil hospital untuk memantau mutu & kualiti makanan dari masa ke semasa.

      Direktori

      Talian Utama : 03-61454333

      Faks : 03-61454222

      8MASTURA BINTI MOHTARAMPen. Pegawai Penyediaan Makanan, This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      NoNamaJawatanSambEmail
      1 EN SYAMHAIRIL BIN MOHAMED Ketua Jabatan 7105 -
      2 PUAN SITI LIANA BINTI ISMAIL Pegawai Dietetik, U44 7104 -
      3 PUAN AKMAWATI BINTI ABD. RAZAK @ DAUD  Pegawai Penyediaan Makanan C41 7102 -
      Print

      Unit Pengurusan Kualiti

      unit_pengurusan_kualiti

      Pengenalan

      Unit pengurusan kualiti dibuka pada 24hb. Januari, 2007 dan mula beroperasi pada 3hb. Mac, 2007. Moto unit pengurusan kualiti adalah  :

      "KUALITI MENJANA KECEMERLANGAN"

      Bermula awal tahun 2009 , Unit Pengurusan Kualiti mula berfungsi sepenuhnya iaitu menyelaras 21 aktiviti peningkatan kualiti dan seterusnya hingga kini merupakan pusat rujukan dalam memberi maklumat kepada kepada semua warga hospital sungai buloh.

      Visi

      Unit Pengurusan Kualiti ialah mewujudkan penglibatan dan penyertaan semua anggota hsb dalam mengambil langkah-langkah positif bagi meningkatkan dan mengekalkan kualiti dalam memberi perkhidmatan.

      Misi

      Misi Unit Pengurusan ialah mewujudkan penglibatan dan penyertaan semua anggota HSB dalam mengambil langkah-langkah positif bagi meningkatkan dan mengekalkan kualiti dalam memberi perkhidmatan.

      Perkhidmatan 

      • Menyelaras perlaksanaan semua aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti hospital serta mengambil bahagian dalam program-program yang dianjurkan oleh hospital yang berasaskan kepada kualiti, safety, pendidikan dan penyelidikan.
      • Menyelaras dan mengendalikan program Akreditasi peringkat hospital.
      • Menyimpan, mengumpul salinan minit dan statistik berkaitan dengan Initiatif Kualiti Kementerian Kesihatan yang mesti dilaksanakan seperti ‘Incident  Reporting’, ‘National Indicator Approach (NIA)’ dan lain-lain.
      • Menyelaraskan sistem dokumentasi bagi semua aktiviti peningkatan kualiti.
      • Mengurus dan mentadbir Auditorium dan Bilik Seminar 1 Dan 2.
      • Mengendalikan tempahan kegunaan Auditorium dan Bilik Seminar.

      Waktu operasi :

      8.00 pagi - 5 petang

      Direktori

      Talian Utama : 03-61454333

      Faks : 03-61454222

      NoNamaJawatanSambEmail
      1 Dr Nur Aimimastura Bt Berahim @ Abd Wahab Ketua Unit Kualiti 5223 aimimastura This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      Print

      Jabatan Forensik

      jabatan_forensik

      Pengenalan

      Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sungai Buloh mula beroperasi pada 14 September 2006 dengan menyediakan perkhidmatan patologi forensik dan tempat latihan pendidikan serta penyelidikan pelajar-pelajar perubatan, pelajar siswazah dan badan-badan tertentu. Jabatan ini mempunyai 3 bilik bedah siasat, sebuah makmal perubatan forensik, peti simpanan mayat bagi menyimpan jenazah Islam, bukan Islam, mayat reput dan bayi. Ia juga mempunyai bilik runding cara yang merupakan tempat pertemuan doktor dan pegawai jabatan ini dengan pihak polis, waris, Jabatan Agama Isam, majistret, koroner, pegawai kesihatan persekitaran dan lain-lain.

      Fasiliti ini juga dilengkapi sebuah kaunter pendaftaran yang merupakan tempat pendaftaran kematian, tempat pertanyaan dan penyerahan dokumen kematian. Dengan wujudnya jabatan ini, perkhidmatan pengurusan jenazah PKKN yang dahulunya beroperasi berasingan telah menjadi sebahagian dari jabatan ini.

      Visi

      Memberikan perkhidmatan forensik dan perundingan yang cepat, tepat dan cekap berlandaskan sistem pengurusan yang berkualiti dan memenuhi kepuasan pelanggan.

      Perkhidmatan

      • Menguruskan penerimaan, pendaftaran dan penyimpanan mayat dari dalam (wad) dan luar (polis) 
      • Menjalankan prosedur bedahsiasat. 
      • Menyerahkan mayat kepada waris berserta dokumen berkaitan. 
      • Membantu waris dalam penyelenggaraan dan bantuan pengangkutan mayat. 
      • Menguruskan perlupusan mayat yang yang tidak dituntut. 
      • Menyediakan perkhidmatan makmal perubatan forensik.

      Waktu Operasi

      Waktu Bekerja

      Isnin - Khamis 8.00 am – 1.00 pm Rehat 2.00 pm – 5.00 pm
      Jumaat 8.00 am – 12.15 pm Rehat 2.45 pm – 5.00 pm

      Selepas waktu bekerja ( termasuk hari kelepasan dan cuti umum )

      Seorang pakar perubatan forensik, seorang pegawai perubatan, seorang penolong pegawai perubatan dan seorang pembantu perawatan kesihatan akan bertugas atas panggilan. Jika ada kematian atau keperluan bedahsiasat, mereka yang berkenaan akan dipanggil bertugas melalui telefonis hospital.

      Direktori

      Talian Utama : 03-61454333

      Faks : 03-6140 1632

      BilNamaJawatanE-mail
      1 Dr. Shahidan bin Md Noor Ketua Jabatan & Pakar Perubatan Forensik This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      2 Dr. Razuin Bt Rahimi Pakar Perubatan Forensik
      3 Dr. V. Shamala a/p Vadivelu Pegawai Perubatan This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      4 Dr Tan Ran Zhi

      Pegawai Perubatan


      Saravanakumar a/l Maniam

      Peg. Sains Forensik

      6 Khairul Adli bin Nikman Peg. Sains Forensik This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      7 Ismazarni bt Ismail Peg. Sains Forensik
      8 Nurhusni Bt Mohammad Room Peg. Sains Forensik
      9 Grace Jinang

      Peg. Sains Forensik

      10 Noor Asyikin bt Suaidi Peg. Sains Forensik
      11 Idris bin Ramli Pen. Pegawai Perubatan This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      12 Mohd Hassan Ashaari bin Mat Jusoh Pen. Pegawai Perubatan
      13  Kamaluddin bin Kamis Pen. Pegawai Perubatan
      11 Mohd Farhan Bin Ali

      Pen. Pegawai Perubatan

      11 Fairish Reza Bin Basri

      Pen. Pegawai Perubatan

      Print

      Jabatan Pembedahan Neuro

      jabatan_neuro

      Visi

      Menyediakan pasukan yang cemerlang,bekerjasama serta mempunyai nilai jati diri dan aspektasi yang tinggi dalam setiap perkhidmatan yang diberikan dan bagi mencapai kearah visi tersebut :

      • Kerjasama antara Jabatan serta unit perkhidmatan sokongan lain 
      • Polisi dan protokol 
      • Latihan untuk semua kakitangan 
      • Peruntukan kewangan yang menampung keperluan semasa

      Misi

      Memberikan perkhidmatan Neurosurgeri yang terbaik dan dihormati serta menjadikan salah satu pusat peneraju utama di Asia Tenggara selaras dengan moto Jabatan :

      `Pesakit Diutamakan`

      Objektif

      • Menjadikan sebuah institusi pusat rujukan utama negara dalam kajian saraf yang disegani dari segi mutu perkhidmatan dan membantu dalam perkembangan akademik selaras dengan keperluan negara 
      • Memberi perkhidmatan profesional runding cara,rawatan dan pembedahan otak dan saraf yang berkualiti kepada pesakit 
      • Mempastikan pesakit yang mengidap penyakit yang Berkaitan dengan system otak dan saraf yang boleh dirawat melalu kaedah pembedahan dapat dirawat secepat yang mungkin 
      • Memberi latihan kepada calon pasca siswazah dan lepasan Sarjana dalam kepakaran bedah otak dan saraf serta melahirkan kakitangan sokongan yang terlatih dalam perawatan untuk pesanan neurosurgeri

      Direktori

      Talian Utama : 03-61454333

      Faks : 03-61454222

      NoNamaJawatanSambEmail
      1 Dr. Azmin Kass Rosman Ketua Jabatan Neurosurgeri 2233 -
      Print

      Unit Pendidikan Kesihatan

      Pengenalan

      Unit Pendidikan Kesihatan Hospital Sungai Buloh mula dibuka pada 1 September 2006. Sejak beroperasi, jabatan ini telah berjaya melaksanakan tugasnya sebagai pusat rujukan pendidikan pesakit dan orang awam terutama yang tinggal berhampiran Sungai Buloh. Selain itu, jabatan ini turut menjadi pilihan kakitangan hospital, pesakit,  pelajar kolej dan komuniti berhampiran untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan kesihatan.

      Visi

      Memberi perkhidmatan yang berfokus ke arah perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif.

      Misi

      Komited untuk memberi perkhidmatan pendidikan pesakit yang berkesan dan berkualiti kepada pesakit.

      Objektif

      • Untuk memberikan perkhidmatan pendidikan pesakit dalam aspek pemulihan dan perawatan. 
      • Untuk menggalakkan perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif dalam penjagaan pesakit. 
      • Untuk memberi kemudahan informasi kesihatan kepada pesakit dan keluarga, anggota hospital dan orang awam. 
      • Untuk memberikan perkhidmatan promosi kesihatan melalui kempen-kempen kesihatan dan kawalan penyakit.  

      Piagam Pelanggan

      • Sentiasa memberi perkhidmatan yang cepat, cekap dan tepat serta mesra kepada pelanggan.
      • Memastikan setiap permohonan pelanggan yang diterima dipenuhi mengikut kehendak pelanggan dalam tempoh 3-5 hari bekerja.
      • Memberi maklumbalas pelanggan dalam tempoh 24 jam selepas permohonan diterima
      • Memastikan semua kelas pendidikan pesakit dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pendidikan Pesakit
      • Menerbit, mencetak dan mengedarkan bahan-bahan pendidikan kesihatan mengikut keperluan pelanggan dari masa ke semasa.
      • Memberi informasi kesihatan yang cepat,tepat dan terkini.
      • Memberi kemahiran yang relevan berdasarkan penyakit yang tertentu ke arah perubatan tingkahlaku kesihatan yang positif.

      Perkhidmatan Yang Disediakan

      Aktiviti-aktiviti Pendidikan Pesakit 

      • Mengendalikan kelas pendidikan pesakit seperti :
        • Kelas Pendidikan Pesakit Diabetes
          • Setiap Khamis
          • 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi
          • Bilik Seminar, Klinik Pakar Perubatan 2, PPKN
      • Pendidikan Pesakit di Wad
      • Mengendalikan Klinik Berhenti Merokok
        • Menerima perokok yang dirujuk/walk-in
        • Mengendalikan sesi klinik
      • Menyediakan/menghasilkan bahan-bahan pendidikan kesihatan/pesakit dan promosi kesihatan
      • Melaksanakan aktiviti-aktiviti Kempen Cara Hidup Sihat
      • Mengadakan sambutan Hari-hari Khas Kesihatan
      • Memberi khidmat rundingan berhubung penerbitan bahan-bahan pendidikan kesihatan/pesakit
      • Mengadakan kempen pendermaan organ
      • Mengadakan aktiviti pameran di Hospital Sungai Buloh
      • Menganjurkan latihan/bengkel pendidikan kesihatan

      Waktu Operasi

      HariMasa
      Isnin sehingga Khamis
      • 8.00 pagi hingga 5.00 petang
      • 1.00 tengahari hingga 2.00 petang (Rehat)
      Jumaat
      • 8.00 pagi hingga 5.00 petang
      • 12.15 tengahari hingga 2.45 petang (Rehat)

      Aktiviti Terkini Jabatan

       Tarikh                AktivitiMasaTempat
      Setiap Khamis
      Kelas Pendidikan Pesakit Diabetes 9.00 pagi – 11.00 pagi
      • Bilik Seminar Klinik Pakar Perubatan 2 PKKN
      Setiap Rabu
      Klinik Berhenti Merokok 9.00 pagi – 4.00 petang
      • Klinik Berhenti Merokok, Unit Pendidikan Kesihatan

      Direktori

      Talian Utama : 03-61454333

      Faks : 03-61454222

      NoNamaJawatanSambEmail
      1 Puan Wan Ermiyati Binti Wan Mohamad Ketua Unit 5251 This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      2 Puan Nurul Izzati Zawanah Zakran Peg. Pendidikan Kesihatan 5260 This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      3 Norazida Binti Abdul Aziz Pembantu Tadbir 5252 This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      Print

      Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental

      jabatan_psikiatri_kesihatanmental_

      Pengenalan

      Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Sungai Buloh (HSB) telah mula beroperasi sejak 15 Mac 2007 sebagai salah satu kompenan perkhidmatan kesihatan Hospital Sungai Buloh. Pada mulanya jabatan ini hanya dianggotai oleh seorang Pakar Psikiatri,seorang Pegawai Perubatan dan 2 orang Jururawat Masyarakat.

      Rasional penubuhannya ialah untuk menekankan bahawa Psikiatri ialah suatu penyakit biologikal dan sewajarnya diterima sebagai salah satu displin perubatan. Dengan demikian, semua pesakit didalam “Catchment Area” boleh menerima rawatan dengan mudah dan cepat. Stigma penyakit dapat dikurangkan dan “Quality Of Life”mereka dapat ditingkatkan ini adalah sejajar dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mendefinisikan kesihatan sebagai “ Physical, Mental and Social well Being”.

      Misi

      Membekalkan perkhidmatan kesihatan mental dan psikiatri serta pemulihan yang berkualiti untuk mereka yang mengalami masalah kesihatan mental akut dan kronik agar dapat menikmati kehidupan yang bermutu dan menyediakan keperluan yang mencukupi serta bagi penjagaan pelanggan yang memerlukan. 

      Visi

      Melahirkan satu masyarakat warga kota yang seimbang dan sihat dari segi psikologi, dan memberi penekanan terhadap promosi kesihatan mental dan pencegahan masalah-masalah psikososial.

      Objektif

      • Memberi khidmat Psikiatri kepada rakyat Malaysia dari segi rawatan dan terapi sokongan
      • Memberi sokongan kepada jabatan lain dan organisasi – organisasi tertentu untuk memberi rawatan dan rehabilitasi psikososial dengan lebih berkesan
      • Memberi psychoeducation kepada pesakit dan keluarga pesakit tentang jenis penyakit dan rawatan yang diberi kepada pesakit
      • Mengajar pelajar perubatan UiTM yang ditempatkan di Jabatan Psikiatri, Hospital Sungai Buloh
      • Menjadikan Jabatan Psikaitri sebagai pusat penyelidikan

      Perkhidmatan Yang Disediakan

      • Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar
      • Perkhidmatan Pesakit Dalam
      • Perkhidmatan Community Psychiatry
      • Perkhidmatan Liason Psychiatry
      • Perkhidmatan Drug Substitution Therapy
      • Perkhidmatan Psikiatri Kanak – Kanak & Remaja
      • Perkhidmatan Psikiatri Warga Emas

      Waktu Operasi

      Isnin hingga KhamisJumaatSabtu dan Ahad
      • 8.00 a.m - 1.00 p.m
      • 1.00 p.m - 2.00 p.m (rehat)
      • 2.00 p.m - 5.00 p.m
      • 8.00 a.m - 12.15 p.m
      • 12.15 p.m - 2.45 p.m (rehat)
      • 2.45 p.m - 5.00 p.m
      • Cuti

      Aktiviti Terkini Jabatan

      • Membuka Klinik Methadone yang baru di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN)
      • Merancang perkhidmatan Terapi Elektrokonvulsive
      • Perkhidmatan Community Psychiatry
      • Mengajar pelajar perubatan Kolej Mahsa yang ditempatkan di Jabatan Psikiatri, Hospital Sungai Buloh

      Direktori

      Talian Utama : 03-61454333

      Fax : 03-61454222

      2En. Mohd Hermi Bin JanudiKetua Penyelia1219-
      NoNamaJawatanSambEmail
      1 Dr. Zulkifli Bin Ghaus Ketua Jabatan 2271/1218 This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      Print

      Jabatan Pergigian Pediatrik

      jabatan_paedeodontik

      Latarbelakang

      Jabatan Pergigian Pediatrik merupakan salah satu jabatan yang baru beroperasi di Hospital Sungai Buloh semenjak tahun 2008. Jabatan ini berkongsi fasiliti dengan Jabatan Pembedahan Mulut & Maksilofasial dan merupakan pusat rujukan bagi kes-kes trauma pergigian serta kes-kes lesi oro-fasial bagi kanak-kanak berumur 0 hingga 16 tahun. Perkhidmatan pakar pergigian pediatrik di hospital ini meliputi kawasan Lembah Klang, Daerah Gombak, Daerah Kuala Selangor dan Daerah Sungai Besar. Pakar Perunding Kanan juga turut memberikan khidmat konsultasi dan pembedahan oro-fasial kanak-kanak di Hospital Likas, Hospital Ampang dan Hospital Temerloh.

      Misi

      Untuk mempertingkatkan kesihatan mulut bayi, kanak-kanak dan remaja sehingga umur 16 tahun melalui langkah-langkah pencegahan, pendidikan dan perkhidmatan rawatan kepakaran pergigian pediatrik secara holistik

      Visi

      Menjadi pusat kecemerlangan dalam pengendalian kes trauma pergigian dan rawatan pergigian kanak-kanak berpenyakit berjangkit

      Objektif

      • Menyediakan dan memberi perkhidmatan kepakaran Pergigian Pediatrik secara menyeluruh kepada semua kes rujukan kanak-kanak berasaskan kepada kaedah pencegahan, konservatif dan kuratif dengan penekanan kepada konsep ‘orally-fit’.
      • Melaksanakan aktiviti- aktiviti pencegahan terhadap masalah utama kesihatan pergigian terutamanya di kalangan kanak-kanak berkeperluan khas melalui khidmat nasihat dan kaedah pencegahan klinikal.
      • Menyampaikan perkhidmatan kepakaran Pergigian Pediatrik dengan memberi tumpuan ke atas pesakit dan mengutamakan kepuasan pelanggan melalui penglibatan aktif semua anggota yang berpengetahuan luas.
      • Memberi latihan dan pembelajaran berterusan kepada anggota professional dan paramedik dalam bidang pergigian pediatrik
      • Menjalankan program kajiselidik dan audit
      • Memberi perkhidmatan yan berkualiti mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kepakaran Pergigian Pediatrik

      Perkhidmatan Yang Disediakan

      • Rawatan kecemasan seperti infeksi akut oro-fasial dan trauma pergigian.
      • Rawatan pesakit dalam – menerima rujukan daripada disiplin-disiplin lain di Hospital Sungai Buloh bagi kes-kes trauma oro-fasial dan perubatan serta patologi mulut.
      • Rawatan pesakit luar seperti konsultasi, rawatan kepakaran pergigian di bawah sedasi oral atau anesthesia setempat serta rawatan bius umum bagi kes-kes ‘severe early childhood caries’ dan patologi mulut.
      • Rawatan / konsultasi serta perbincangan multi-disiplin bidang kepakaran pergigian yang terdiri daripada orthodontik, restoratif, bedah mulut, periodontik dan pergigian pediatrik yang diadakan pada hari Jumaat minggu terakhir setiap bulan.

      Waktu Operasi

      HARI8.00 – 1.002.00 – 5.00
      ISNIN KLINIK RAWATAN KLINIK KES SUSULAN
      SELASA KLINIK RAWATAN PAKAR KLINIK KES SUSULAN PAKAR
      RABU KLINIK PERUNDINGAN PAKAR RAWATAN KES TRAUMA
      KHAMIS KLINIK PERUNDINGAN PAKAR RAWATAN KANAK-KANAK MEDICALLY COMPROMISED
      JUMAAT KLINIK PEMBEDAHAN MULUT PEDIATRIK MINOR CME/CDE/AUDIT JOURNAL CLUB

      Direktori

      Talian Utama : 03-61454333

      Faks : 03-61454222

      NoNamaJawatanSambEmail
      1 Dr Kalaiarasu. M. Peariasamy Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan - This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      Print

      Jabatan Perubatan Rehabilitasi

      jabatan_perubatan_rehabilitasi

      Pengenalan Jabatan

      Perubatan Rehabilitasi adalah suatu bidang kepakaran perubatan yang menguruskan keadaan ketidakupayaan pesakit akibat komplikasi kesihatan dimana pengurusan pesakit adalah secara menyeluruh serta menggunakan pendekatan secara kepelbagaian kepakaran atau “interdisciplinary model of care”. Klinik Pakar Rehabilitasi telah berpindah ke Pusat Kawalan Kusta Negara bermula Januari 2009 manakala rawatan pesakit dalam yang memerlukan program rehabilitasi khusus di lakukan di Wad Cempaka 30/31, Pusat Kawalan Kusta Negara dengan kapasiti sebanyak 12 katil, sejak April 2009.

      Misi

      Menyediakan perkhidmatan rehabilitasi berdasarkan kaedah interdisiplinari yang menyeluruh dan bersasaran bagi pesakit kelainan upaya kearah pencapaian tahap berdikari yang optimum.

      Visi

      Kearah meningkatkan kualiti kehidupan pesakit kelainan upaya melalui pencapaian potensi fizikal, kefungsian,  psikologikal, vokasional dan avokasional yang optimum.

      Objektif Jabatan

      Untuk menyediakan perkhidmatan perubatan rehabilitasi bagi pesakit kelainan upaya melalui perkhidmatanpesakit dalam dan pesakit luar yang berkualiti dan cekap bagi membolehkan mereka mencapai tahap kualiti kehidupan dan kefungsian yang optimum.

      Slogan Jabatan

      " JOM KITA BEKERJASAMA"

      T - Together

      E - Everybody

      A - Achieves

      M - More

      Perkhidmatan Yang Disediakan:

      1. Menyediakan perkhidmatan pesakit dalam dan pesakit luar meliputi program rehabilitasi khusus yang berikut:
        • Perkhidmatan rehabilitasi pesakit berkecederaan saraf tunjang/ ”Spinal Cord Injury Rehabilitation”.
        • Perkhidmatan rehabilitasi pesakit kehilangan anggota/ ”Amputee Rehabilitation”.
        • Perkhidmatan rehabilitasi pesakit strok/ “Stroke Rehabilitation”
        • Perkhidmatan rehabilitasi pesakit berkecederaan otak/ “Traumatic Brain Injury Rehabilitation”
        • Perkhidmatan rehabilitasi pediatrik/ “Paediatric Rehabilitation”
        • Perkhidmatan rawatan “spasticity” termasuk rawatan “Botulinum Toxin Type A injections”.
        • Perkhidmatan preskripsi serta perolehan peralatan-peralatan bantuan seperti ” specialized wheelchair range-detachable arm rest and footrest, recliner, motorized type”, ”commode chair” , ”hoist” dan lain-lain mengikut keadaan ketidakupayaan pesakit.
        • Perkhidmatan ”wheelchair seating assessment” bagi preskripsi serta perolehan ”adaptive seating system”, ”pressure relief cushion”.
        • Perkhidmatan ”prosthetic” bagi semua tahap kehilangan anggota termasuk ”upper limb amputees” dan ”lower limb amputees”.
        • Perkhidmatan ”customized orthotic services” termasuk preskripsi serta perolehan seperti ”Boston orthosis, hip/knee/ankle foot orthosis” .
        • Perkhidmatan program kembali bekerja/ “return to work” bagi pesakit kurang upaya bersesuaian dengan tahap ketidakupayaan mereka termasuk liason dengan pihak PERKESO.
        • Perkhidmatan pengesahan kurang upaya kekal pesakit bagi tujuan pendataran orang kurang upaya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
        • Perkhidmatan pengesahan memandu bagi pesakit kurang upaya.
      2. Rundingan dan komunikasi antara disiplin diadakan secara berkala iaitu pada setiap minggu bagi menilai perkembangan pesakit serta menetapkan sasaran rawatan yang seterusnya (Interdisciplinary Meetings-IDR)
      3. Skala keberkesanan iaitu “Outcome Measures” digunakan bagi menilai perkembangan pesakit secara berkala. Skala yang digunakan adalah:
        • Modified Barthel Index (MBI)
        • Spinal Cord Injury Independent Measures (SCIM)
        • Functional Mobility Scale (FMS)
        • Disability Rating Scale (DRS)
      4. Program pengajaran pesakit/ “patient education program” adalah diintegrasikan didalam program rehabilitasi yang berkenaan.
      5. Rundingan bersama pesakit dan penjaga/ “family conferences” adalah juga diintegrasi didalam program rehabilitasi yang berkenaan.
      6. Jadual mingguan perkhidmatan perubatan rehabilitasi adalah seperti berikut:

         IsninSelasaRabuKhamisJumaat
        Pagi
          Diabetic Foot Clinic
        • Klinik Amputee (Minggu ke- 1,2 dan 4)
        • Klinik Wheelchair Seating (Minggu ke-3)
        • Klinik spine (Minggu ke- 1,2 dan 4)
        • Klinik Return To Work (Minggu ke-3)
          Klinik Neuro
          Grand-Ward Round
        Petang
          Inter- Diciplinary Round

          Ward Roundklinik Procedure (Cystometry, Btx A Injection)
        • Patient Education Programme
        • Klinik Paeds Combine (Minggu ke-4)
        • Ward round
        • Department CME (Monthly)

        Referral Meeting

      Abbreviations:

      • IDR : Interdisciplinary Round / Meetings
      • Rehab : Rehabilitation Medicine
      • P&O : Prosthetic/Orthotic Clinic
      • CME: Continuous Medical Education
      • WR: Ward round
      • GWR: Grand Ward Round
      • TBI: Traumatic Brain Injury
      • Btx A: Botulinum Toxin Type A Injection

      Direktori

      Talian Utama : 03-61454333

      Fax : 03-61454222

      NoNamaJawatanSambEmail
      1 Dr. Akmal Hafizah Pakar Perubatan Rehabilitasi ( U54 )  2005 This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      Print

      Jabatan Kerja Sosial Perubatan

      jabatan_kerja_social_perubatan

      Pengenalan

      Jabatan Kerja Sosial Perubatan merupakan jabatan yang merealisasikan perkhidmatan sokongan kepada perkhidmatan perubatan utama di Hospital Sungai Buloh. Lokasi jabatan adalah di Aras 2, Blok B bersebelahan dengan Bahagian Pengurusan Hospital Sungai Buloh. 

      Jabatan Kerja Sosial Perubatan beroperasi sepenuhmya dengan diketuai oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan (S48), 1 orang Pegawai Kerja Sosial Perubatan (S44) bersama 3 orang Pegawai Kerja Sosial Perubatan (S41), 1 orang Pembantu Pembangunan Masyarakat, 1 orang Pembantu Tadbir serta 1 orang Pembantu Perawatan Kesihatan.

      Jabatan Kerja Sosial Perubatan berfungsi untuk memberikan perkhidmatan sosial seperti berikut :

      • Terapi Sokongan / Sokongan Emosi
      • Bantuan Praktik / Material

      Sasaran jabatan adalah pesakit-pesakit yang mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh dan dikategorikan sebagai pesakit yang tidak berkemampuan atau yang memerlukan sokongan emosi.

      Pencapaian Piagam Pelanggan

      • Kes yang dirujuk diambil tindakbalas dalam tempoh dua hari bekerja (90%)
      • Laporan permohonan sosioekonomi lengkap dihantar ke agensi pemberi bantuan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima (80%)

      Misi

      Memberi perkhidmatan sosial yang berkualiti dan profesional kepada pesakit-pesakit yang mempunyai masalah psikososial pada setiap kes yang dirujuk.

      Visi

      Ke arah peningkatan kesejahteraan sosial masyarakat.

      Objektif

      • Untuk memberi perkhidmatan biopsikososial yang berasaskan prinsip kerahsiaan, prihatin dan berkesan bagi mengatasi masalah sosial pesakit-pesakit seiring dengan konsep rawatan komprehensif.
      • Untuk membantu memulihkan semula pesakit dengan meningkatkan kefungsian sosial mereka agar menjadi anggota masyarakat yang produktif serta berdikari sesuai dengan batas keupayaan yang akibat penyakit yang dihidapi.

      Perkhidmatan Yang Disediakan

      Terdapat dua jenis perkhidmatan yang disediakan di Jabatan Kerja Sosial Perubatan iaitu :

      • Terapi Sokongan
        • Sokongan emosi / motivasi/ khidmat nasihat dan rundingan.
        • Kaunseling individu, kelompok dan keluarga
        • Masalah Rumahtangga
        • Kes Keganasan rumahtangga
        • Kes Ibu Tanpa Nikah
        • Kes Perkosaan
        • Kes Penderaan
        • Penerangan pendaftaran orang kurang upaya
        • Memberi penerangan tentang tatacara mendaftar kelahiran anak
      • Bantuan Praktik dan Material
        • Membuat siasatan dan menyediakan laporan penilaian sosio-ekonomi pesakit.
        • Perancangan keluar dari wad.
        • Mengesan waris pesakit.
        • Menjadi perantara (Lioson Officer) untuk permohonan penempatan pesakit terdampar di Jabatan Kebajikan Masyarakat.
        • Membantu pesakit membuat permohonan bantuan peralatan perubatan / implan dan prostesis.
        • Membantu pesakit merujuk permohonan bantuan am ke agensi luar.
        • Menguruskan permohonan mendiami Balai Pelawat.
        • Mengurus pendaftaran sebagai Sukarelawan Hospital Sungai Buloh.

      Carta Organisasi

      Klik Di sini 

      Waktu Operasi

      HariMasa
      Isnin sehingga Jumaat

      8.00 pagi hingga 5.00 petang

      Direktori

      Talian Utama : 03-61454333

      Faks : 03-61454222

      NoNamaJawatanSambEmail
      1 Puan Rosalina Binti Sabirin  Ketua Jabatan 4286 This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      Print

      Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN)

      pusat_kawalan_kasta_negara

      Pengenalan

      Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) merangkumi keluasan 562 ekar, telah diisytiharkan oleh kerajaan pada tahun 1926 sebagai tempat pengasingan koloni kusta. Di bawah Enakmen Kusta 1926, pesakit kusta dikehendaki untuk diasingkan. Dianggarkan lebih 3000 pesakit kusta dari seluruh negara yang ditempatkan di kem pengasingan lain seperti Setapak, pulau Jerjak, Pulau Pangkor, Tumpat dan Tampoi dipusatkan di mukim Gombak iaitu di Lembah Sungai Buloh “Leprosarium” (Lembah Harapan). Mereka ini diasingkan di sini kerana pada masa itu masih belum terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit kusta. “Leprosarium Sungai Buloh” dibuka secara rasmi oleh Dr. Gordon Alexander Ryrie, Penguatkuasa Perubatan pertama pada 16 Ogos 1930. Penemuan ubat ‘Dapsone’ pada tahun 1940 membolehkan pesakit-pesakit kusta di Lembah Harapan Sungai Buloh mendapatkan rawatan yang diperlukan sepanjang hayat.

      Pada tahun 1969, Program Kawalan Kusta Negara dilancarkan di mana pesakit kusta boleh mendapatkan rawatan di mana-mana pusat kesihatan berhampiran tempat tinggal mereka dan tidak perlu ditempatkan di Sg. Buloh lagi. Penyakit kusta tidak lagi dianggap sebagai masalah kesihatan masyarakat.

      Pada tahun 1983, “Pilot Project” Rawatan ‘Multiple Drug Therapy (MDT)’ diadakan. Atas kejayaan itu, pada tahun 1985, MDT mula digunakan di Malaysia. Rawatan MDT hanya memakan masa selama 1 hingga 3 tahun sahaja, dengan itu KUSTA BOLEH DISEMBUHKAN.

      Pada tahun 1994, Negara telah mencapai matlamat WHO, iaitu kadar kejadian kes baru kusta kurang dari (1:100 000) penduduk yang sepatutnya disasarkan pada tahun 2000. Pada tahun 1995, Program Kawalan Kusta Negara telah diintegrasikan ke dalam Perkhidmatan Perubatan & Kesihatan asas. Pada tahun 1996, tiada lagi kes-kes baru yang diterima masuk ke pusat ini.

      Pada tahun 1971 hingga Ogos 2006, pusat ini juga berfungsi sebagai sebuah hospital daerah bagi penduduk di daerah Gombak, petaling dan Kuala Selangor. Pada September 2006, Hospital Sungai Buloh yang baru mula beroperasi dan PKKN telah diserap dibawah pengurusan Hospital Sungai Buloh. Hari ini kira-kira 188 orang bekas pesakit kusta masih mendiami pusat ini sama ada di chalet atau di wad-wad bekas pesakit kusta yang puratanya berumur lebih 50 tahun dan ke atas.

      Misi

      • Sentiasa memelihara nama baik jabatan serta mematuhi dan melaksanakan dasar serta peraturannya sepanjang masa.
      • Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti,tepat lagi berbudi bahasa dengan penuh prihatin.
      • Menyediakan persekitaran tempat kerja yang positif yang meningkatkan kemajuan kerjaya.

      Visi

      Kami di Pusat Kawalan Kusta Negara, Sungai Buluh akan memberikan kepada pelanggan kami perkhidmatan yang mengembirakan dengan memastikan Perkhidmatan Perubatan yang responsif, berbudi bahasa dan dengan penuh keprihatinan.

      Objektif

      • Penjagaan berterusan yang berkualiti kepada bekas pesakit kusta yang yang dibawah pengawasan pusat ini.
      • Mempertingkatkan amalan rawatan pesakit yang berkualiti melalui perkhidmatan diagnostik, rawatan dan pemulihan awal yang cekap dan berkesan.

      Perkhidmatan yang disediakan 

      • Pentadbiran 
      • Penyeliaan PKKN
      • Klinik Pesakit Luar bekas pesakit kusta (Klinik Sentral)
      • Perkhidmatan Bekas Pesakit Kusta di Chalet
      • Perkhidmatan Bekas Pesakit Kusta Dalaman - Wad bekas pesakit kusta lelaki dan perempuan (Communal Home)
      • Memberi latihan, penerangan dan pendedahan kepada pelajar perubatan, paramedik dan lain-lain tentang penyakit kusta
      • Menguruskan penyta pembayaran elaun bekas pesakit kusta
      • Memberi maklumat penyelidikan berkaitan pesakit dan penyakit kusta
      • Menerima lawatan-lawatan untuk bekas pesakit kusta

      Waktu Operasi

      Klinik Sentral (Untuk bekas Pesakit Kusta) 

      HariMasa
      Setiap Selasa dan Khamis
      • 8.00 pagi – 10.30 pagi (waktu rawatan)
      Isnin Hingga Jumaat
      • 8.00 pagi - 5.00 petang (dressing)

      Senarai Wad

      Wad bekas pesakit kusta lelaki : Wad 82,84,86,88,90 (Wad Berpenghuni)

                                                     Wad 83,85,87,89,91 (Sedang dibaikpulih)

      Wad Bekas pesakit kusta Perempuan (Communal Home) :CH1, CH2, CH3, CH4

      Chalet : 94 buah

      Direktori

      Talian Utama : 03-61574177

      Faks : 03-61562470

      NoNamaJawatanSambEmail
      1 Dr. Sa'iah Binti Abdullah Ketua Penolong Pengarah Kanan(PKKN)
      Print

      Jabatan Ortopedik & Traumatologi

      jabatan_ortopedik_traumatologi

      Pengenalan

      Jabatan Orthopedic dan Traumatologi mula beroperasi di Trauma Clinic di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) Sungai Buloh pada Julai 2006 manakala Klinik Pakar mula beroperasi pada 17 Ogos 2006. Jabatan ini mengorak langkah ke hadapan dengan bermulanya In Patient Services pada 11 September 2006 dengan pembukaaan wad Surgical Ward 4B. Sejak itu, beban pesakit di dalam jabatan ini meningkat dengan drastik dan menjadi jabatan yang sibuk dengan beban kerja yang tinggi. Untuk terus memberi khidmat rawatan yang berkualiti, keputusan dibuat untuk membuka wad orthopedik lelaki pada 23 January 2007. Beban kerja yang sudah pun tinggi dimangkinkan dengan pembukaan Operation Theatre Services pada 13th November 2006.

      Jabatan ini bermula dengan satu klinik pesakit luar, 2 buah wad dengan 28 katil, 2 dewan bedah kecemasan, 2 dewan bedah am, dan satu dewan bedah harian. Terdapat dua dewan bedah kecemasan di Emergency Department yang boleh digunakan untuk merawat kes kecemasan trauma.

      Kini Hospital Sungai Buloh merupakan sebuah hospital yang bertauliah yang turut mengadakan program latihan bagi bakal pakar–pakar bedah spinal di Malaysian dan melatih Pegawai Perubatan Latihan Siswazah Di Hospital Sungai Buloh juga menjadi pusat rujukan bagi kebanyakan kes–kes spinal yang rumit di rantau ini. Di samping itu jabatan ini juga mempunyai pakar-pakar bedah yang bertauliah di bidang Arthroplasty, Arthroscopy dan juga Sports, termasuklah perkhidmatan Sports Medicine.

      Visi

      Kami akan memberi perkhidmatan bertaraf dunia, dan bekerja berpasukan yang berkongsi visi yang inovatif berasakan pada ‘patient-centered care’, melalui penyelidikan dan proses akademik, dengan bantuan teknologi maklumat di Jabatan Orthopedik & Traumatologi.

      Misi

      • Berupaya mengecapi ‘holistic patient care’ melalui teknologi terkini dan bekerja berganding bahu dengan agensi yang berkaitan .Berupaya mencapai status ‘Centre of Excellence’ dalam rawatan trauma dan ‘spine’ sub-specialty disamping memberi khidmat rawatan yang berkualiti dan komprehensif.
      • Berupaya bekerja berpasukan dan berganding bahu dengan masyarakat umumnya dalam mempromosikan penjagaan yang optimum.
      • Berupaya memperkenalkan budaya di mana setiap warga kerja dihargai dan dihormati.
      • Berupaya mewujudkan suasana kondusif untuk proses penyelidikan dan ilmiah dalam semua peringkat dalam bidang perubatan.
      • Berupaya mengaplikasikan teknologi maklumat untuk merawat pesakit dengan effisien dan mencapai kepuasan pelanggan dalam penjagaan kesihatan .
      • Berupaya menggerakkan setiap individu untuk menghidupkan budaya masyarakat sihat bagi mencapai keunggulan hidup yang kekal dan abadi.

      Objektif

      Untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti, effisien, jimat-kos, dan inovatif, dengan mengaplikasikan teknologi yang bersesuaian sebagai:

      • Pusat rujukan negara bagi bagi ‘complex spinal cord problems’.
      • Pusat rujukan negara bagi ‘minimally invasive spine surgery’.
      • Pusat rujukan negara bagi Rawatan dan Rehabilitasi Tulang Belakang.
      • Pusat latihan negara untuk latihan subkepakaran pembedahan tulang belakang “ spine surgery”
      • Pusat latihan negara dalam post-basic spine surgery bagi Penolong Pegawai Perubatan dan jururawat.
      • Pusat rujukan negara bagi “Research in Spinal Cord Injuries & Nerve Stem Cell Regeneration”.
      • International Centre bagi spine surgery twinning fellowship dengan accredited foreign spine centres.
      • Perkhidmatan ‘Extended Spinal Care’ di Hospital Tengku Ampuan Bahiyah Alor Setar Kedah.
      • Pusat rujukan negara bagi “General Trauma” and “Complex Fractures”.
      • Pusat latihan dan perkhidmatan dalam bidang “Primary Joint Replacement” dan “ Sports and Arthroscopic surgery”. 

      Lokasi

      Jabatan Orthopedic dan Traumatologi terletak di Hospital Sungai Buloh dan terdiri daripada:

      • Orthopaedic Clinic di Level 1
      • Orthopaedic Ward di Level 5 dengan 56 katil
      • Orthopaedic Operating Theatre di Level 3 yang terdiri daripada OT11, OT12 dan Day Care OT di Operating Theatre Complex
      • Trauma OT di Jabatan Kecemasan

      Perkhidmatan

      Jabatan Orthopedic dan Traumatologi berupaya memberi perkhidmatan seperti berikut:

      Konsultasi

      1. Klinik - Post Op. / Trauma / Sports Injury / Spinal / Satellite Trauma E.D.
        • Memberi rawatan bertaraf dunia untuk semua kes rujukan dari klinik kerajaan dan swasta, kes-kes susulan dan rujukan dari luar
        • Memberi temujanji untuk kes elektif harian (daycare) dan kes pembedahan kecil (minor surgical cases)
      2. In Patient Ward services & ‘Step-Down Care’(Extended Care)
        • Memberi rawatan dan input medical dan pembedahan bagi pesakit orthopaedic di wad dan juga rujukan dari jabatan luar
        • Membuat rondaan wad dua kali sehari
        • Passover Meeting setiap pagi sebelum rondaan wad
        • Melaksanakan Program Rehabilitation bagi pesakit trauma, spinal injury, tetraplegic dan pesakit paraplegic secara berganding bahu dengan pasukan rehabilitation

      Khidmat Pembedahan

      1. Trauma Surgery
        • Melaksanakan semua pembedahan major dan minor bagi semua kes trauma yang melibatkan sistem musculoskeletal, joint dan nervous systems
        • Memberi khidmat pembedahan 24 jam di Trauma Operation Theatre bagi semua kes kecemasan
      2. General Orthopaedic Surgery
        • Melaksanakan pembedahan orthopedic am, Knee Replacement, Hip Replacement, Ganglion dan lain-lain lagi
      3. Sports Injuries Surgery
        • Melaksanakan pembedahan seperti ACL, PCL , Meniscus Autologous Chondrcytes Replacement dan semua pembedahan diagnostic dan therapeutic secara elektive atau emergency.
      4. Spinal Surgery
        • Minimally Invasive Spinal Operation
        • Scoliosis
        • Degenerative Spine Disease
        • Trauma and Spinal Injuries
        • Spinal Infection
      5. Day Care Surgery
        • Arthroscopy
        • Intraarticular Injections
        • Facet joint block
        • Epidural Spine Injections
      6. Wound Care Management
        • Wound Care Clinic
        • Wound Care Day Procedure
        • Diabetic Foot Clinic
        • Mobile Wound Care
        • Wound Care Counselling

      Continuous Medical Educations Sessions

      1. CME Jabatan
        • ‘Mortality Review’ mingguan
        • CME bulanan untuk Pegawai Perubatan Siswazah dan Pegawai Perubatan
        • Sesi CME untuk Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat
        • Teaching Round / Grand Ward Round yang melibatkan semua peringkat warga kerja
        • Research Meeting dan Journal Reading Session
      2. CME oleh Medical Industries
        • Dijalankan untuk menambahkan ilmu pengetahuan semua warga kerja dari aspek instruments, ubat, procedure, teknik bedah dan lain-lain
      3. Workshops
        • Hands On and Training di atas ‘Saw Bone’ atau ‘Cadaver’ selepas sesi produk atau ubat di Bone Lab
        • CME – Orthopaedic Post Basic Lectures - Kolej Sains Kesihatan Bersekutu
      4. Ceramah diberi oleh Specialist, Medical Officer dan senior Paramedic yang berpengalaman untuk memastikan warga kerja boleh berfungsi dengan lebih cekap di masa hadapan.
      5. Patients Education untuk pesakit
        • Melaksanakan ‘patient education’ untuk pesakit luar wad dan dalam wad termasuk saringan untuk penyakit seperti scoliosis
      NoNamaJawatanSambEmail
      1 Dato' Dr. Zamyn Zuki Bin Mohd Zuki Ketua Jabatan Ortopedik & Traumarologi 1115 This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      Print

      Jabatan Pembedahan Plastik & Rekonstruktif

      jabatan_bedahplastik_rekonstruktif

      Pengenalan

      Jabatan Pembedahan Plastik & Rekonstruktif, Hospital Sungai Buloh menyediakan perkhidmatan rawatan pakar dalam semua aspek mengikut keperluan dan masalah yang dihadapi pesakit. Kami mengutamakan perawatan yang terbaik kepada pesakit untuk menjamin keselamatan dan keselesaan mereka. Pakar dan pegawai perubatan yang berpengalaman seiring dengan teknologi dan peralatan terkini akan memberikan perawatan pesakit di semua peringkat usia. Skop rawatan pembedahan plastik & Rekonstruktif adalah luas. Ini merangkumi pembedahan yang ringkas seperti tumbuhan pada kulit sehingga pembedahan kompleks seperti pembedahan kranio fasial.

      Perkhidmatan Dan Pembedahan Yang Disediakan

      • Pembedahan kulit dan tisu yang berkaitan
      • Pembedahan ‘cleft’
      • Pembedahan rekonstruktif payudara
      • Menerima kes-kes selepas pembedahan mastektomi dari Hospital Sungai Buloh, Hospital Selayang dan Hospital Putrajaya
      • ‘Breast reduction
      • Implan
      • Pembedahan tangan/ kaki
      • ‘Congenital’ deformities
      • kes-kes trauma dari Jabatan kecemasan dan Ortopedik
      • Pembedahan Kraniofasial
      • Bekerjasama dengan Pusat Kraniofasial cemerlang Hospital Pulau Pinang dalam perawatan kes-kes kranio fasial yang kompleks.
      • Bekerjasama degan Jabatan Neurosurgeri dalam pembedahan Kraniofasial trauma dan tumor.
      • Pembedahan ‘Flap’ dan mikrosurgeri
      • Perawatan Laser

      Pasukan perubatan dan paramedik di jabatan ini juga menyediakan perawatan untuk semua jenis luka kebakaran dan kelecuran.

      Objektif kami adalah menyediakan perawatan luka yang komprehensif dan memastikan pesakit sembuh dalam jangkamasa yang singkat supaya mereka dapat menjalani rehabilitasi secepat mungkin. Perkhidmatan dan rawatan yang disediakan adalah seperti berikut:

      • Rawatan kebakaran/kelecuran akut
      • Resusitasi
      • Sokongan ventilasi dan pernafasan
      • Perawatan luka
      • Rawatan lanjutan - Rehabilitasi (fisioterapi and jurupulih anggota)
      • Prosthesis
      • Pembedahan rekonstruktif

      Klinik Pakar

      Klinik Pakar Pembedahan Plastik terletak di aras 2. Klinik ini menyediakan kemudahan untuk konsultasi kes-kes baru dan susulan, perawatan luka serta prosedur minor/Laser.

      Perkhidmatan Pesakit Dalam

      • Pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan pesakit dalam ditempatkan di wad-wad integrasi pembedahan seperti wad 8C, 4B, 5B dan lain-lain wad yang berkaitan.
      • Pesakit-pesakit yang sedia ada yang dirujuk ke jabatan ini akan dirawat di wad yang asal.
      • Pesakit-pesakit yang dimasukkan ke wad adalah mereka yang akan menjalani pembedahan, memerlukan pemeriksaan khas sebelum rawatan selanjutnya atau memerlukan rawatan antibiotik intravena serta mereka yang telah menjalani pembedahan dan memerlukan perawatan selepas pembedahan seperti perawatan luka, ‘skin graft care’ dan ‘flap monitoring’.

      Misi

      • Menyediakan perawatan pembedahan plastik dan rekonstruktif yang berkualiti dengan kemudahan yang disediakan serta interaksi dengan kepakaran yang berkaitan. 
      • Menjadikan Jabatan Pembedahan plastik dan Rekonstruktif sebagai sebuah pusat kecemerlangan di Hospital Sungai Buloh. 
      • Mengamalkan budaya kerja yang menghargai dan menghormati setiap individu.  
      • Menyediakan sekitaran yang kondusif untuk pembelajaran professional berterusan serta kajian pada semua peringkat. 
      • Menggunakan teknologi maklumat terkini dalam meningkatkan mutu perkhidmatan yang mesra pelanggan.

      Visi

      Kami akan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terdiri dari kumpulan professional yang berdedikasi, yang mempunyai visi yang inovatif dalam perawatan pesakit, kajian serta program pendidikan, berpandukan teknologi maklumat yang bersesuaian.

      Objektif

      • Menyediakan perkhidmatan kepakaran yang memberi keutamaan rawatan kepada pesakit-pesakit yang mengalami kelainan ‘congenital’ atau kecacatan akibat trauma dan tumor. 
      • Memastikan semua anggota mempunyai pengetahuan serta kemahiran dalam perkhidmatan yang disediakan. 
      • Memastikan semua anggota bersikap professional dalam menyampaikan perkhidmatan yang mesra pelanggan dengan semangat bekerja berpasukan. 
      • Memastikan perkhidmatan yang disampaikan adalah cepat, cekap dan selamat. 
      • Menggalakkan kajiselidik serta audit untuk membantu meningkatkan mutu perkhidmatan.

      Perkhidmatan Yang Disediakan

      Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:

      • Klinik Pakar 
      • Rawatan pesakit dalam 
      • Pembedahan minor 
      • Pembedahan major 
      • Rawatan kes-kes kecemasan 
      • Latihan dan pembelajaran professional yang berterusan

      Lokasi Jabatan/Unit

      • Klinik Pakar Bedah Plastik : Aras 2
      • Wad Kebakaran (3A) : Aras 3

      Waktu Operasi

      HariMasa
      Isnin sehingga Khamis
      • 8.00 a.m hingga 1.00 p.m
      • 2.00 p.m hingga 5.00 p.m
      Jumaat
      • 8.00 a.m hingga 12.15 p.m
      • 2.45 p.m hingga 5.00 p.m

      Aktiviti Terkini Jabatan

      Aktiviti
      Hari Keluarga 2011
      HSB Run 2011
      Pertandingan Bowling dengan Jabatan Neurosurgery 2011
      Sambutan Nurses Day 2011
      Cergas Dan Anggun 2011

      Direktori

      Talian Utama : 03-61454333

      Faks : 03-61454222

      NoNamaJawatanSambEmail
      1 Dr. Salina Ibrahim Ketua Jabatan 1212/4225
      2 Mr Shah Jumaat B. Mohd. Yusof Pakar Pembedahan Plastik 1212
      3 Dr. Tan Teck Leong Pegawai Perubatan 1212
      4 Dr. Sarahanna a/p Selvarajah Pegawai Perubatan 1213
      5 MA Hafez B Mohd Poad PPP U32 1220
      6 MA Mezehar B. Rasem PPP U29 1210
      7 SN Zalilah Bt. Jusoh JT U29 1210
      8 SN Siti Azalina Bt Md Saad JT U29 1210
      9 JM Sarasvaty Devi a/p Sukumar JM U19 1210
      10 JM Aminah Bt Alias JM U19 1210
      11 PPK Latifah Anom Bt Nordan PPK U3 1210
      Print

      Unit Psikologi Kaunseling

      unit_psikologi_kaunseling

      Pengenalan

      Unit Psikologi Kaunseling ditubuhkan di Hospital Sungai Buloh ini berada di bawah Pengurusan. Ini bermakna unit ini adalah di bawah naungan Pengarah Hospital dan dipantau oleh Timbalan Pengarah Pengurusan. Pada Disember 2002, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melantik beberapa pegawai kaunselor S41 dan seorang pegawai kaunselor S41 di tempatkan di Hospital Sungai Buloh, Selangor (ditempatkan di Pusat Kawalan Kusta Negara, Sg. Buloh) untuk memberi perkhimatan kaunseling kepada pesakit. Pada tahun 2005, melalui ABM 2004 jawatan pegawai kaunselor S44 diwujudkan untuk Hospital Sungai Buloh. Kedua-dua pegawai kaunselor S44 dan S41(2008) diletakkan dalam satu unit bagi melancarkan perancangan dan perlaksanaan perkhidmatan kaunseling. Sekarang dikenali sebagai Pegawai Psikologi.

      Unit ini dinamakan Unit Psikologi Kaunseling kerana dalam melaksanakan perkhidmatan kaunseling, kaunselor menggunakan ilmu-ilmu dan prinsip-prinsip psikologi bagi membantu klien menangani masalah dan isu-isu berkaitan. Gabungan dua disiplin ini iaitu psikologi dan kaunseling perlu bagi menghasilkan perkhidmatan kaunseling yang efektif dan profesional.

      Misi

      • Melengkapkan sistem perkhidmatan kesihatan dengan memberi penekanan terhadap kesihatan emosi dan perkembangan psikologi yang baik kepada pelbagai lapisan masyarakat.
      • Melaksanakan program penyelidikan dan perkembangan ilmu bagi tujuan memantapkan perkhidmatan dan profesion Pegawai Kaunselor di Kementerian Kesihatan Malaysia.
      • Meletakkan perkhidmatan Pegawai Kaunselor sebagai salah satu disiplin penting dalam penjagaan kesihatan di negara-negara maju.
      • Meningkatkan dan memperkembangkan tahap pengetahuan dan kemahiran serta keterampilan profesion Pegawai Kaunselor sejajar dengan perkembangan perubatan terkini.

      Visi

      Mewujudkan perkhidmatan kaunseling yang profesional, efektif, berkualiti, cekap dan client focused dalam perawatan pesakit di samping membantu meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan emosi dan perkembangan psikologi setiap individu.

      Objektif

      • Melengkapkan sistem perkhidmatan kesihatan dengan memberi penekanan terhadap kesihatan emosi dan perkembangan psikologi yang baik untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.
      • Memberi kesedaran kepada warga HSB akan kepentingan perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling dalam menguruskan kehidupan seharian.
      • Meningkatkan dan kembangkan tahap pengetahuan dan keterampilan profesion Pegawai Psikologi sejajar dengan perkembangan perubatan terkini.
      • Melaksanakan program penyelidikan dan perkembangan ilmu bagi tujuan memantapkan perkhidmatan dan profesion Pegawai Psikologi di Kementerian Kesihatan Malaysia

      Piagam Pelanggan

      • Memberi maklumbalas awal terhadap kes rujukan baru dalam masa 5 hari bekerja.
      • Sesi kaunseling intervensi psikologi dan individu dijalankan sekurang-kurangnya 30 minit (1 sesi)
      • Merahsiakan maklumat yang diberikan oleh klien selagi maklumat tersebut tidak membahayakan diri klien dan individu lain.

      Perkhidmatan Yang Disediakan

      Jenis Perkhidmatan Kaunseling yang disediakan :

      • Kaunseling Kanak-kanak
      • Kaunseling Remaja
      • Kaunseling Individu
      • Kaunseling Keluarga
      • Kaunseling Kelompok
      • Kaunseling HIV/AIDS
      • Intervensi Krisis
      • Kaunseling Perkahwinan
      • Kaunseling Motivasi
      • Ujian Psikologi / Psikometrik

      Jadual Waktu Perkhidmatan Klinik

      Anggaran MasaTugasan
      8.00 a.m - 9.00 a.m Briefing dan pengurusan pejabat
      9.00 a.m - 10.00 a.m Sesi kaunseling pesakit dalam/luar
      10.15 a.m - 11.15 a.m Sesi kaunseling pesakit dalam/luar
      11.30 a.m - 12.30 p.m Sesi kaunseling pesakit dalam/luar
      12.30 a.m - 1.00 p.m Pengurusan pejabat
      2.00 p.m - 3.00 p.m Sesi kaunseling pesakit dalam/luar
      3.15 p.m - 4.15 p.m Sesi kaunseling pesakit dalam/luar
      4.30 p.m - 5.00 p.m Sesi kaunseling pesakit dalam/pengurusan pejabat sahaja

      Direktori

      Talian Utama : 03-61454333

      Faks : 03-61454222

      NoNamaJawatanSambEmail
      1 Puan Ainul Izzah Bt Abdul Manan Pegawai Psikologi S44 4290 This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      2 Cik Nazihah BT Mohamad Nawi

      Pegawai Psikologi S41

      4290 -
      Print

      Jabatan Oftalmologi

      jabatan_oftamologi

      Pengenalan

      Semenjak di buka pada 16 Ogos, Jabatan Oftalmologi telah berkembang dengan pesatnya pada tahun 2007. Di samping penambahbaikan dan peningkatan perkhidmatan yang di wujudkan semenjak pembukaan klinik mata, perkhidmatan baru iaitu perkhidmatan `Cornea` telah di mulakan pada tahun 2007. Ini kerana Hospital Sungai Buloh telah dikenalpasti oleh Kementerian Kesihatan Malaysai sebagai `Centre of excellence` untuk `Cornea`.

      Pakar` Cornea` yang dahulunya bertugas di Hospital Kuala Lumpur telah di pindahkan ke Hospital ini. Jabatan ini telah mencipta sejarah tersendirinya pada 14 Febuari 2007 apabila `Cornea Transplant` yang pertama telah dijalankan di Hospital ini. Tahun 2009, juga telah menyaksikan peningkatan jumlah kedatangan pesakit yang begitu ketara sekali.Prosedur yang dijalankan pun bertambah.

      Visi

      Mewujudkan sebuah pusat kecermalangan dalam perawatan mata untuk menjamin kualiti pemeliharaan mata yang optima kepada seluruh lapisan masyarakat.

      Misi

      Menyediakan perkhidmatan perawatan,pembedahan dan pemulihan yang professional dengan mengamalkan teknologi terkini dan selamat serta kakitangan yang terlatih dan mesra pelanggan.

      Objektif

      • Memberi perkhidmatan pencegahan, pengesanan, Perawatan awal, pembedahan dan pemulihan yang cekap serta berkesan agar kes-kes kacacatan penglihatan dapat dikurangkan.
      • Mempertingkatkan kualiti hidup pesakit dengan memberi Perkhidmatan penjagaan mata yang optima.
      • Mengekalkan serta mempertingkatkan tahap keberkesanan perkhidmatan oftalmologi agar menjadi pusat rujukan terunggul dan utama.
      • Memberi kesedaran di kalangan masyarakat tentang Penyakit –penyakit mata dan komplikasinya serta cara Pencegahannya.
      • Menjadi pusat latihan dan penyelidikan bagi petugas Dan kakitangan perkhidmatan mata.
      • Menjalinkan sikap mesra pelanggan dan memupuk Perasaan muhibbah di antara akum serta berkhidmat demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

      Fungsi-fungsi Utama

      • Menyediakan perkhidmatan dan perawatan mata untuk pesakit luar dan dalaman. 
      • Memeriksa dan merawat kes-kes rujukan yang Mempunyai masalah berkaitan dengan mata. 
      • Menyediakan perkhidmatan pembedahan mata keatas Kes-kes yang memerlukan. 
      • Menyediakan perkhidmatan klinik – klinik khas iaitu Rop, glaucoma dan diabetic retinopatyh. 
      • Menyediakan perkhidmatan ujian penglihatan, refraksi Penglihatan terhad, ortoptik dan kanta sentuh. 
      • Menyediakan perkhidmatan keunseling, konsultasi dan Pebdidikan kesihatan amata. 
      • Menyediakan pendidikan dan pembelajaran berterusan Melaluai cme, dan cne untuk kakaitangan klinik.

      Perkhidmatan Jabatan

      Antara perkhidmatan yang disediakan jabatan Oftalmologi.

      • Perkhidmatan Pesakit Luar 
      • Perkhidmatan Pesakit dalam 
      • Perkhidmatan Pembedahan. 
      • Perkhidmatan `Cornea`. 
      • Perkhidmatan Optometri. 
      • Perkhidmatan Laser.

      1. Perkhidmatan Pesakit Luar

      Jabatan ini berfungsi sebagai klinik pakar yang hanya menerima pesakit yang dirujuk oleh Doktor dari jabatan lain.Setiap kes baru perlu terlebih dahulu mendapatkan surat rujukan dari mana-mana Pakar atau Pegawai Perubatan samaada dari Hospital Kerajaan, Swasta, klinik Kerajaan mahupun klinik Swasta.

      Pesakit yang mempunyai surat rujukan akan diberi tarikh temujanji samaada dengan dating sendiri atau mendapatkannya melalaui tetefon. Kes-kes Kecemasan akan di beri keutamaan dimana kes-kes sebegini dirawat pada hari yang sama. Jumlah pesakit luar pada setiap sesi klinik dihadkan bilangannya bergantung pada tenaga Doktor yang sedia ada. Ini adalah bertujuan supaya setiap pesakit menerima rawatan yang optima dan sebaik mungkin.

      Walaubagaimanapun, jabatan ini juga bersikap perihatin terhadap warga emas dan kanak-kanak dengan memberi keutamaan giliran mendapat rawatan dari Pegawai Perubatan. Dengan ini masa menunggu untuk mendapatkan rawatan mereka dapat dipercepatkan. Kebanyakan kes yang dirawat di Klinik Pesakit luar adalah terdiri daripada kes-kes susulan, kes pembedahan,

      2. Perkhidamatan pesakit Dalaman

      Kes-kes yang memerlukan rawatan lanjut atau memerlukan pembedahan mata akan dimasukkan kedalam wad. Antara wad yang disediakan iaitu wad 4B ( lelaki ), 5B ( wanita ) dan 8C ( kanak-kanak ).

      3. Perkhidmatan Pembedahan

      Pembedahan mata dijalankan di Dewan Bedah Harian dan Dewan Bedah Mata Minor. Hari pembedahan di jalankan pada setiap hari untuk kes-kes Elektif. Kes-kes kecemasan boleh dilakukan pada bila-bila masa samaada waktu pejabat atau lepas waktu pejabat dan hari-hari kelepasan am.

      Kes-kes yang menjalani pembedahan bius setempat ( L.A ) dijalankan di Dewan Bedah Harian, pada hari isnin, selasa rabu dan khamis manakala kes –kes yang menjalani pembedahan bius an ( G.A ), Dijalankan pada hari rabu dan jumaat.

      Pembedahan yang dijalankan secara `Day Care Surgery`( hanya untuk pembedahan bius setempat ) dimana pesakit menjalani pembedahan mata tanpa perlu masuk wad.

      4.Perkhidmatan `Cornea`

      Perkhidmatan `Cornea` merupakan matlamat utama jabatan ini, dimana jabatan ini menerima kes-kes `cornea` dari seluruh negeri termasuk Sabah dan Serawak, antara perkhidmatan yang diberi 1. `Cornea Topography` 2,. `Eyesis Cornea Analysis System` 3. Specular Microscope`.

      5. Perkhidmatan Optometri

      Perkhidmatan yang terdapat diunit ini ialah frfraksi, ujian `Visual Field` dan `Keratometry`. Alat –alat yang terdapat di sini seperti `A-Scan,AB Scan,, Hess Chart, Nidek Autorefractometer, Nidek Lensmeter,Nidek Auto Chart Projector, Humphrey Visual Field Anaiyzer dan Bjerrum Cahrt`. Pesakit diperlukan mendapatkan terikh temujanji sebelum menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut.

      6.Perkhidmatan Laser

      Jabatan Oftalmologi Hospital Sungai Buloh memberi perkhidmatan rawatan `Leser1 jenis `Diode`/ Argon dan `laser` jenis `YAG`

      7. Perkhidmatan ROP

      Jabatan Oftalmologi juga menjalani kerjasama erat bersama Jabatan `Paedeatrik` dan NICU dalam pengesanan dan pencegahan awal `Retinopathy of Premature` (ROP) dengan melakukan `Lesar` sekiranya perlu.

      Direktori

      Talian Utama : 03-61454333

      Faks : 03-61454222

      NoNamaJawatanSambEmail
      1 Dr. Shamala R Pegawai Perubatan (Pakar) Oftlamologi 4223
      Print

      Unit Pemulihan Anggota

      Pengenalan

      Unit Fisioterapi terletak di Aras 1 merupakan sebahagian dari Jabatan Rehabilitasi  dan mula beroperasi pada September 2006. Unit  ini mempunyai staf seramai 12 orang pegawai Fisioterapi,  4 orang Pembantu Perawatan Kesihatan ( PPK )  dan diketuai oleh Pegawai Pemulihan ( Anggota ) U41. Unit Fisioterapi terdapat 7 bahagian utama untuk rawatan pesakit luar iaitu gymnasium, elekteroterapi , hideroterapi , bilik rawatan pediatrik, penjagaan kesihatan lelaki dan wanita , terapi tangan dan terapi ‘balance’. Unit ini juga dilengkapi dengan peralatan terkini dan moden.

      Visi

      Menyediakan  perkhidmatan Fisioterapi yang tepat, efektif dan berkualiti yang mudah diperolehi oleh setiap lapisan masyarakat serta ianya menepati keperluan dan ekspektasi pelanggan yang secara langsung akan menjana kearah kesejahteraan dan peningkatan kualiti hidup rakyat.

      Misi

      Menyediakan perkhidmatan Fisioterapi yang cekap dan penyayang, selamat dan cemerlang berdasarkan nilai-nilai etika dan professionalisma.

      Objektif

      Objektif utama Unit Fisioterapi adalah untuk menyediakan perkhidmatan pemulihan yang berkualiti bertepatan dengan ekspektasi pelanggan selaras dengan dasar KKM mengenai promosi dan penjagaan kesihatan rakyat. 

      Waktu Operasi

      HariMasa
      Isnin - Khamis
      • 8.00am - 1.00pm
      • 2.00pm - 5.00pm
      Jumaat
      • 8.00am - 12.15pm
      • 2.45pm - 5.00pm

      Direktori

      Talian Utama : 03-61454333

      Faks : 03-61454222

      NoNamaJawatanSambEmail
      1 Mdm. Foo Kok Wee Ketua Unit - -
      -
      Print

      Unit Pemulihan Carakerja

      Pengenalan

      Unit Pemulihan Carakerja terletak dalam Jabatan Rehabilitasi di Blok E Aras 1 berhampiran dengan Klinik Pakar dan Kafeteria serta Balai Pelawat, Hospital Sungai Buloh.Unit mula beroperasi pada tahun 2006.

      Unit  ini mempunyai staf terdiri daripada 2 orang Pegawai Pemulihan Carakerja,10 orang Jurupulih Carakerja dan 4 orang Pembantu Perawatan Kesihatan ( PPK ).

      Objektif Utama

      Pemulihan Carakerja adalah untuk mempromosi dan menggalakkan proses pemulihan individu dari aspek fizikal dan psikologikal agar pesakit dapat menjalani kehidupan seharian di tahap optima dengan mengadaptasi persekitarannya.

      Misi 

      Memberikan Rawatan Pemulihan Carakerja yang berkualiti dan berterusan kepada pesakit dalam dan luar. Pesakit akan dirawat dalam pesekitaran yang selamat menggunakan teknik-teknik rawatan dan teknologi sediada. Keperluan dan kerahsiaan pesakit sentiasa diutamakan oleh Anggota Pemulihan Carakerja yang profesional, penyayang dan bekerjasama dalam satu kumpulan.

      Visi

      Perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang berkualiti dan berterusan akan dijalankan oleh anggota yang profesional dan bekerja dalam satu pasukan.

      Objektif

      • Untuk mengalakkan/meningkatkan kebolehan dan kefungsian individu dengan kecacatan/masalah fizikal dan psikologikal agar dapat berdikari dalam kehidupan seharian secara optima.
      • Mengekalkan dan meningkatkan kefungsian individu dengan masalah fizikal atau psikologikal mengunakan aktiviti rawatan terpilih dan bersesuaian yang akan di nilai secara berterusan
      • Memberikan rawatan Pemulihan Carakerja yang tepat, cekap, berkesan dan penyayang kepada pesakit.
      • Memastikan peralatan yang digunakan selamat dalam persekitaran yang bersih dan selesa sepanjang masa

      • Mengalakkan semua anggota kerja meningkatkan kecekapan dan kemajuan kerjaya melalui program CME dan CPD

      Perkhidmatan Yang Disediakan

      Perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang kami sediakan merangkumi pesakit dalam (pesakit didalam wad) dan pesakit luar.

      Perkhidmatan yang disediakan adalah:-

      • Pemulihan fizikal

        • Orthopedik
        • Medikal
        • Surgikal dan luka terbakar
        • kecederaan saraf spinal
        • Traumatic Brain Injury
        • Program intervensi awal bagi kanak-kanak contohnya down syndrome, cerebral palsi, autisma, ADHD, slow learner dan sebagainya
      • Pemulihan Pediatrik:
        • Program intervensi awal bagi kanak-kanak contohnya down syndrome, cerebral palsi, autisma, ADHD, slow learner dan sebagainya

      • Pemulihan Psikiatrik

      Selain daripada itu kami juga memberikan perkhidmatan di dalam ( specialize area) iaitu:

      • Return To Work

      -     iaitu focus kepada pesakit dewasa yang kehilangan kerja akibat dari kemalangan, disini Jurupulih Carakerja membantu dalam melatih kembali ‘retraining’dari segi aspek kehidupan seharian, kekuatan otot, kefungsian kognitif dan psikologikal.

      -     Ia adalah persediaan kepada pesakit untuk memulakan pekerjaan kembali

      Antara aktiviti yang dijalankan bersama pesakit bagi tahun 2013

      1) Art And Creative Therafy With Paediatric Patient

      2) Group Therapy With TBI Patient

      3) Ootdoor Games With TBI Patient

      4) Domestics Activity With Stroke Patient

      Waktu Operasi

      Beroperasi pada waktu pejabat iaitu dari 8 pagi hingga 5 petang, dari hari Isnin hingga hari Jumaat dan ditutup pada cuti am.

      Pada setiap jumaat minggu kedua dan keempat setiap bulan akan diadakan CME unit dijalankan di bilik seminar Unit Pemulihan Carakerja kepada semua staff mengikut giliran masing-masing.

      Direktori

      Talian Utama : 03-61454333 samb 5119

      Faks : 03-61454222

      NoNamaJawatanSambEmail
      1 Kosong Ketua Unit 5121 -
      2 Pn Zuriati Samsuddin Pegawai Pemulihan Carakerja 5122 This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      Print

      Jabatan Maxilo Fasial

      jabatan_maxilo_fasial

      Pengenalan

      Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial terletak di Aras 2, Klinik Pakar Hospital Sungai Buloh. Jabatan ini mula dibuka pada bulan Ogos 2006 dan mula menerima pesakit pada awal bulan September 2006. Penduduk di sekitar Sungai Buloh terdiri daripada golongan bersosio -ekonomi sederhana jika dibandingkan dengan penduduk yang berpendapatan lebih tinggi seperti di Lembah Klang. Oleh itu prasarana dan peningkatan dalam khidmat pergigian perlu diberi perhatian sesuai dengan objektif Kementerian Kesihatan Malaysia khasnya Jabatan Pergigian.

      Misi

      Memberi Perkhidmatan berkualiti dan efisien ke arah menjadi pusat pilihan untuk kes-kes pembedahan mulut & maksilofasial.

      Visi

      Menjadi pusat cemerlang dengan pemberian perkhidmatan yang prihatin dan profesional yang bertumpukan pelanggan selaras dengan visi kesihatan.

      Objektif

      Objektif Am

      • Memberikan rawatan pembedahan mulut & maksilofasial yang sesuai, komprehensif dan tepat pada masanya kepada pesakit luar dan pesakit dalam yang dirujuk ke jabatan ini.

      Objektif Khusus

      • Memberi perundingan dan mengendalikan pesakit yang dirujuk mengenai masalah berkaitan pembedahan mulut
      • Menyediakan perkhidmatan pergigian yang menyeluruh kepada golongan tertentu seperti pesakit yang mengalami masalah perubatan
      • Memberikan latihan dan aktiviti penyelidikan khususnya dalam bidang pembedahan mulut & maksilofasial.

      Perkhidmatan

      • Klinikal(seperti yang disenaraikan di bawah) 
      • Bukan Klinikal 
        • Pentadbiran & Pengurusan dalam bidang kesihatan mulut 
        • Latihan dan penyelidikan

      Perkhidmatan Klinikal

      Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial memberikan perkhidmatan klinikal/pembedahan seperti di bawah:

      • Kecederaan Oral & Maksilfoasial 
        • Kecederaan tisu lembut 
        • Kepatahan tulang muka 
        • Kecederaan gigi 
      • Kecederaan Oral & Maksilofasial 
        • Pesakit sumbing bibir dan lelangit 
        • Pesakit yang memerlukan pembedahan ‘orthognatic’ 
      • Perubatan dan patologi 
        • Kesakitan bahagian muka 
        • Penyakit bahagian mulut 
        • Kanser mulut 
        • Lain-lain ketumbuhan di bahagian mulut 
        • Perubahan yang bahaya di bahagian mulut & muka disebabkan penyakit/ ketumbuhan 
        • Terdapat sista tulang dan tisu lembut di bahagian mulut dan muka 
        • Kelenjar air liur yang dijangkiti kuman 
        • Saluran darah mengalami mengalami perubahan yang bahaya di bahagian mulut & muka 
      • Pesakit yang mempunyai masalah oral& maksilofasial 
        • Pembentukan semula kecacatan pada rahang atas/bawah dan tisu muka 
        • Pembentukan ‘pre-prosthesis’ 
        • Pembedahan tulang sokongan gigi 
        • Masalah-masalah ‘Temporomandibular Joint’ / sendi rahang 
      • Pesakit yang mempunyai masalah perubatan yang memerlukan rawatan pergigian asas 
        • Cabutan dan pembedahan membuang gigi gerahan bongsu 
        • Tampalan 
        • Penskaleran 
        • Gigi palsu 
        • Rawatan endodontik mudah 
      • Pergigian forensik 
        • Khidmat gabungan kepakaran Jabatan Forensik dan Odontologi Hospital Kuala Lumpur 
      • Rawatan Implantologi 
      • Lain-lain rawatan 
        • Rawatan pergigian am untuk staff HSB sahaja tidak termasuk keluarga 
        • Klinik perundingan kombinasi (Combined Clinic) bersama Pakar-pakar Pergigian Negeri Selangor 
        • Klinik perundingan dan rawatan pembedahan mulut ke Tanjung Karang

      Waktu Operasi Jabatan

      HARI8.00PAGI HINGGA 1.00 PETANG2.00 HINGGA 5.00 PETANG
      ISNIN KLINIK UMUM / RUJUKAN BARU KES TEMUJANJI / ’PROSEDUR LA’
      SELASA KLINIK UMUM / RUJUKAN BARU KES TEMUJANJI / ’PROSEDUR LA’
      RABU RAWATAN PEMBEDAHAN
      KHAMIS KLINIK UMUM / KES ULANGAN RAWATAN PERGIGIAN AM UNTUK KAKITANGAN HSB
      JUMAAT KLINIK UMUM / KES TEMUJANJI CME/CDE JABATAN ATAU HOSPITAL

      Direktori

      Talian Utama : 03-61454333

      Faks : 03-61454222

      NoNamaJawatanSambEmail
      1 Dr. Kasmah Mohamed Ketua Jabatan & Pakar Perunding Kanan - This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      Print

      Unit Kejururawatan

      Pengenalan

      Unit kejururawatan yang diterajui oleh Ketua Penyelia Jururawat merupakan  sebuah Unit yang bertanggung jawab dalam melaksanakan segala pengurusan dan pentadbiran kejururawatan bagi semua kategori  anggota kejururawatan di Hospital Sungai Buloh. Perkhidmatan unit ini meliputi jururawat gred U11 sehingga gred U42 berjumlah 830 orang.

      Unit Kejururawatan dianggotai seramai 16 orang iaitu diketuai oleh seorang Ketua Penyelia Jururawat, dibantu dengan 13 orang Penyelia Jururawat, 2 orang Jururawat Bersepadu, dan seorang Pembantu Tadbir.

      Visi

      Menyediakan perkhidmatan holistik yang berkualiti , selamat melalui kerja berpasukan dan perkhidmatan penyayang diberi oleh anggota yang profesional dengan kemudahan teknologi maklumat

      Misi

      • Bekerjasama dengan pengamal perubatan, pesakit, keluarga dan komuniti dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti.
      • Memberi perkhidmatan penyayang, selesa, selamat dan menyediakan persekitaran yang kondusif kepada pelanggan. 
      • Komited, berdisipin dan kompiten dalam menjalankan tugas.

      Perkhidmatan Yang Disediakan

      • Unit Kejururawatan bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan secara holisitik, kerja berpasukan, penyayang dan profesionalisma.   Unit ini juga berkerjasama dengan jabatan-jabatan lain untuk memastikan perkhidmatan berterusan mengikut keperluan individu.
      • Perkhidmatan kejururawatan memberi perkhidmatan 24 jam mengikut jadual kerja tiga shif , waktu pejabat dan atas panggilan.
      • Penempatan jururawat yang memberi perkhidmatan di semua disiplin merangkumi penjagaan perawatan perubatan, pembedahan, wanita dan kanak kanak dan gerontologi.
      • Pada 27 December 2007 penggunaan system HIS sepenuhnya di mulakan dalam perawatan kejururawatan di Hospital ini.

      Direktori

      Talian Utama : 03-61454333

      Faks : 03-61454222

      NoNamaJawatanSambEmail
      1 Pn Hjh Mek binti Jusoh Ketua Penyelia Jururawat U44 4235 This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      2 Pn Rosionjon Mushal Khan Penyelia Jururawat U42 4230 -
      3 Pn Rosida Jelani Penyelia Jururawat U36 2962 This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      4 Pn Norsiati Habuan Hanifah Penyelia Jururawat U36 2957 -
      5 Pn Harnake Kaur a/p Mehar Singh Penyelia Jururawat U36 2960 This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      6 Pn Siti Zubaidah Dolah Kamari Penyelia Jururawat U36 2959 This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      7 Pn Foziah Larai Penyelia Jururawat U36 2960 -
      8 Pn Jalilah Mohamed Penyelia Jururawat U36 2958 -
      9 Pn Kamariah Omar Penyelia Jururawat U36 2958 -
      10 Pn Nadzirah Fadzil Penyelia Jururawat U36 4230 -
      11 Pn Inthrani a/p Ranggasamy Penyelia Jururawat U36 4230 This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      12 Pn Chin Wee Chin Penyelia Jururawat U36 4230 This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      13 Pn Ruslina Abu Hasan Penyelia Jururawat U36 4230 This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      14 Pn Wan Rahimah Wan Penyelia Jururawat U36 2320 -
      Print

      Jabatan Kecemasan & Trauma

      jabatan_kecemasan_trauma

      Pengenalan

      Jabatan Kecemasan & Trauma Hospital Sungai Buloh memberi perkhidmatan kecemasan 24 jam kepada populasi sekitar Sungai Buloh dan beberapa kawasan yang berdekatan serta bertanggungjawab dalam melakukan penilaian awalan, perawatan, stabilisasi, dan penempatan pembedahan dan perubatan kecemasan. Jabatan Kecemasan dan Trauma ini juga menyediakan suasana persekitaran yang selamat dan perawatan kecemasan yang efisyen disamping pengurusan klinikal audit dan penyelidikan.

      Perkhidmatan yang diberikan adalah berdasarkan plan yang komprehensif termasuklah pengendalian Pra Hospital, resusitasi, stabilisasi dan pengurusan perawatan ’definitive’, Khidmat Pusat Bersepadu ( OSCC ), dan pengendalian pasukan perubatan.

      Perawatan pesakit adalah berdasarkan ketenatan dan keadaan klinikal pesakit.

      Plan pengurusan pesakit memerlukan pendekatan yang meluas termasuklah fokus kepada pelanggan, perawatan yang berkualiti, tahap kesihatan yang baik dan menjaga maruah pesakit. Selain itu, beberapa pendekatan lain bagi pesakit seperti aktiviti pendidikan kesihatan. Ia menjadi aktiviti perkhidmatran di Jabatan Kecemasan & Trauma khususnya.

      Oleh kerana Hospital Sungai Buloh termasuk di dalam rangkaian kawasan Lembah Klang, Jabatan Kecemasan & Trauma berfungsi sebagai pusat bantuan apabila berlaku bencana.

      Visi

      Jabatan Kecemasan & Trauma menyediakan perawatan yang efisyen, selamat dan persekitaran yang mesra dengan meninggikan tahap kualiti, menghormati maruah pesakit, bertanggungjawab dan berbudi bahasa.

      Misi

      Kami komited kepada :

      • Menyediakan pengurusan masa yang tepat, sesuai dan fokus terhadap pesakit dan keluarga serta menjadikan Jabatan Kecemasan sebuah tempat yang selamat dalam memberi perawatan kepada pesakit.
      • Menyediakan perancangan yang tepat untuk pesakit dengan mendapatkan nasihat dari unit atau disiplin yang lain dan ini akan menjanjikan perawatan efektif, menjimatkan masa dan kos.
      • Berkerjasama dengan komuniti tempatan dan kebangsaan, sektor bukan kerajaan ( swasta ) dan bantuan penyelamat yang lain bagi mewujudkan kesedaran tentang perkhidmatan perawatan kecemasan khususnya.
      • Menyediakan perkhidmatan klinikal, perkhidmatan sosial dan perkhidmatan pembelajaran yang berterusan berpandukan ”Clinical Practice Guidelines” ( CPG ) dan sesi paktikal yang menyeluruh.

      Objektif

      Objektif Jabatan Kecemasan & Trauma adalah menyediakan perawatan kecemasan yang komprehensif di dalam Piagam Pelanggan.

      • Memberi perkhidmatan kecemasan yang berkualiti, kepakaran untuk pesakit atau pelanggan melalui kerja berpasukan dan mengaplikasikan teknologi yang sesuai.
      • Memastikan dan melengkapkan semua anggota Jabatan Kecemasan dengan pengetahuan dan kemahiran agar perkhidmatan yang diberi adalah cekap, tepat dan selamat.
      • Menggalakkan penyelidikan dan audit untuk memelihara dan meningkatkan mutu perkhidmatan.
      • Mewujudkan suasana berpasukan antara anggota Jabatan Kecemasan dan pelanggan dengan mengamalkan sikap penyayang dan profesional

      Perkhidmatan Yang Disediakan

      • Perkhidmatan Perawatan Pra Hospital dan Perkhidmatan panggilan ambulan. Skop kawasan perkhidmatan Sungai Buloh adalah di dalam lingkungan 25 kilometer radius. Jabatan Kecemasan mengkoordinasi hospital atau agensi lain untuk respon kes sekiranya skop kawasan melebihi 25 kilometer dari Hospital Sungai Buloh. Perkhidmatan ini termasuklah resusitasi, stabilisasi di tempat kejadian dan pengangkutan pesakit ke Hospital atau ke Hospital yang berkaitan. 
      • Perkhidmatan Perawatan Kecemasan. Semua pesakit akan disaring oleh Penolong Pegawai Perubatan sebelum dilihat oleh Pegawai Perubatan. Pesakit akan disaring mengikut 3 kategori berdasarkan “Malaysian Triage Category” iaitu Zon Merah, Zon Kuning dan Zon Hijau. Pesakit akan terus ke zon yang telah ditetapkan untuk mendapatkan rawatan , nasihat yang tepat dan betul. Jabatan Kecemasan & Trauma menyediakan perawatan yang komprehensif termasuklah :
        • Resussitasi dan stabilisasi pesakit,
        • Diagnosis dan prosedur intervensi.
        • Perawatan definitif.
        • Perawatan asthma.
        • Wad Pemerhatian
        • Pembedahan kecemasan ( Dewan Bedah Trauma )
      • Pusat Khidmat Bersepadu (One Stop Crisis Centre) (OSCC) Pusat Khidmat Bersepadu (OSCC) mengkoordinasi dengan jabatan atau agensi yang lain bagi pengurusan kes rogol , penderaan kanak-kanak serta pergaduhan rumahtangga. 
      • Pengurusan bencana Jabatan Kecemasan & Trauma mengkoordinasi pengurusan bencana samada di dalam ataupun di luar kawasan. 
      • Pemeriksaan Medicolegal Menjalankan pemeriksaan Medicolegal bersama-sama unit yang lain dan menyediakan laporan perubatan. vi. Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan ( Call Centre ) Bertindak sebagai Pusat Koordinasi Perubatan untuk rujukan luar. Ia juga bertindak sebagai koordinasi perkhidmatan ambulan kecemasan disekitar kawasan Sungai Buloh. 
      • Zon-zon yang disediakan.
      1. Zon Hijau ( Zon tidak kritikal ) 
        • Kes-kes yang stabil dan dilihat oleh anggota kecemasan dalam masa 30 minit semasa pendaftaran dilakukan dan akan dilihat oleh Pegawai Perubatan dalam masa 90 minit. 
        • Kes yang akan dirujuk dari Zon Hijau kepada unit lain akan dilihat dalam masa 1 jam. 
        • Bagi kes yang perlu masuk ke wad tetapi perlukan nasihat sebelum masuk ke wad, Unit tersebut perlu respon kurang dari 20 minit selepas rujukan dibuat. 
      2. Zon Kuning ( Zon Separa Kritikal ) 
        • Anggota Kecemasan perlu memberi perawatan kecemasan kepada pesakit di Zon Kuning kurang dari 10 minit. 
        • Semua kes yang telah dirujuk kepada unit lain untuk pandangan mahupun masuk wad, unit tersebut harus melihat pesakit dalam masa 30 minit. 
      3. Zon Merah ( Zon Kritikal ) 
        • Anggota Kecemasan perlu memberi perawatan kecemasan kepada pesakit di Zon Merah ( Respon dalam masa 0 minit ) 
        • Masa respon untuk Pegawai Perubatan dari unit lain datang melihat pesakit adalah 15 minit selepas rujukan dibuat. 
        • Semua kes yang telah dirujuk dari Zon Merah perlu diperiksa oleh Pegawai Perubatan yang berpengalaman dari unit tersebut. Pegawai Perubatan Pelatih mahupun Pegawai Perubatan yang baru tidak dibenarkan melihat pesakit di Zon Merah melainkan ada Pakar Perubatan atau Pegawai Perubatan yang senior dalam unit yang sama. 
        • Penglibatan awal pakar dalam pengendalian perawatan kecemasan di Zon Merah adalah yang terbaik.

      Direktori

      Talian Utama : 03-61454333

      Faks : 03-61454222

      NoNamaJawatanSambEmail
      1 DR SABARIAH FAIZAH BINTI JAMALUDDIN Ketua Jabatan 3261
      2 PUAN NORHASLIZA BT KAMARUMEYUJAM (P.A.) 3260
      Print

      Unit Penyeliaan Hospital

      Pengenalan

      Unit Penyeliaan Hospital merupakan salah satu komponen dibawah pengurusan Hospital Sungai Buloh. Unit ini terletak di aras 2, blok D, di bahagian pejabat pakar hospital. Pengurusan unit ini dibawah jagaan Ketua Penyelia Hospital (Penolong Pegawai Perubatan U42) dan dibantu oleh 4 orang kakitangan terdiri daripada Penolong Pegawai Perubatan U36, Pembantu Perawatan Kesihatan U14 dan 2 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U3. Moto unit ini adalah “Iltizam Menjana Kecemerlangan”. Justeru itu, unit ini sentiasa berusaha menuju kearah kecemerlangan dalam segala aspek perkhidmatan yang diberi. Dalam usaha untuk lebih memantapkan mutu perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan, Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan Hospital Sungai Buloh telah memperkenalkan Konsep 3D (Discipline, Documentation, Development) untuk diguna pakai oleh semua warga kerja Penolong Pegawai Perubatan di hospital ini bermula tahun 2013.

      Visi

      Menjana sebuah pasukan sokongan di bawah jagaan yang cekap dan berdedikasi dengan sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit secara berterusan.

      Misi

      Menyediakan perkhidmatan penyeliaan klinikal (clinical supervision) yang cekap dan mantap kepada anggota dibawah jagaan supaya setiap aktiviti perkhidmatan diberi secara profesional dan efektif memenuhi keperluan komuniti.

      Objektif

      • Memastikan perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Pesihatan dilaksanakan secara profesional,cekap dan berkualiti sepanjang masa mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
      • Mengurus sumber manusia dibawah kawalan dengan cekap dan mengoptimakan bilangan anggota di sesuatu unit atau jabatan mengikut kepentingan perkhidmatan.
      • Menyediakan program latihan secara berterusan dan berkesan kepada anggota dibawah jagaan

      Skop perkhidmatan

      Pemantuan klinikal(clinical supervision) bagi semua anggota dibawah jagaan dijalankan secara berkala:

      • ’Standard operating procedure’ dan akta-akta bagi Penolong Pegawai Perubatan dipatuhi.
      • Peraturan-peraturan yang ditetapkan di peringkat hospital diamalkan semasa menjalankan aktiviti kerja harian.
      • Semua Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan mengikuti senarai kerja yang telah diluluskan mengikut bidang kerja masing-masing.
      • Mematuhi senarai semak yang ditetapkan mengikut jabatan masing-masing.

      Menyediakan perkhidmatan berkhatan kepada penduduk setempat dan melatih Penolong Pegawai Perubatan di Negeri Selangor dalam teknik berkhatan di Pusat Latihan Berkhatan.

      Pengurusan sumber manusia dibawah jagaan.

      • Urusan keperluan anggota/permohonan perjawatan baru (abm)
      • Urusan pengagihan perjawatan
      • Urusan penempatan
      • Orientasi anggota baru
      • Menyelaras dan mengurus keperluan kata perubatan atau mana-mana yang termaktub/arahan daripada pihak lembaga/kementerian kesihatan. (contoh pembaharuan apc – ‘annual practising certificate’ bagi Penolong Pegawai Perubatan .
      • Memantau dan mengurus kawalan disiplin anggota dibawah jagaan.

      Pengurusan latihan dibawah jagaan.

      • Orientasi anggota baru
      • Merancang latihan bagi anggota
      • Menyelaras latihan yang di hadiri oleh anggota     

      Waktu operasi

      HariMasa
      Isnin - Khamis
      • 8.00am - 1.00pm
      • 2.00pm - 5.00pm
      Jumaat
      • 8.00am - 12.15pm
      • 2.45pm - 5.00pm

      Aktiviti 

      Direktori

      Talian Utama : 03-61454333

      Faks : 03-61454222

      NoNamaJawatanSambEmail
      1 En Zulhelmi bin Abdullah Ketua Penyelia Hospital 4229 @ 4153 This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
      Print

      Jabatan Otorinolaringologi

      1. ORL

      Pengenalan

      Jabatan  Otorinolaringologi  (ORL), Hospital Sungai Buloh telah memulakan perkhidmatan pada 15 Ogos 2006,  kepada pesakit yang mempunyai masalah telinga, hidung, tekak, kepala dan leher. Jabatan ini mempunyai 2 sub-unit iaitu Unit Audiologi dan Unit Terapi Pertuturan. Jabatan Otorinolaringologi UiTM juga dibawah seliaan Jabatan ini.

      Pada akhir tahun 2008 Jabatan ini telah dipilih sebagai  pusat  implan koklea kebangsaan (National Cochlear Implantation) untuk zon Tengah. Pesakit-pesakit dari wilayah persekutuan dan selangor yang mempunyai masalah pendengaran dan sesuai untuk implan koklea akan dirujuk ke jabatan ini untuk rawatan selanjutnya.

      Dari segi pembelajaran, Jabatan ORL  Hospital Sungai Buloh merupakan salah satu pusat latihan bagi

      • Sub Kepakaran
      • Pasca Siswazah Otorinolaringologi
      • Pelajar perubatan
        • Universiti Teknologi Mara (UITM)
        • Management Science University (MSU)
        • Taylor's University
      • Pelatih Kejururawatan Kerajaan dan Swasta dan paramedik yang menjalani pengkhususan perawatan     Otorinolaringologi
      • Pelajar Sarjana Muda bagi bidang Audiologi dan bidang Terapi Pertuturan dari Universiti Kebangsaan Malaysia untuk melakukan 'attachment'

      Jabatan ini  memperluaskan perkhidmatan dengan mengadakan lawatan klinik pakar di Hospital Tanjung Karang dengan kekerapan sebulan sekali.

      Semenjak ianya dibuka, Jabatan ini telah berjaya dalam meningkatkan dan memperluaskan skop perkhidmatan ORL.

      Misi

      • Memberi perkhidmatan kepada masyarakat dengan kos yang efektif, efisyen dan berkualiti dengan menggunakan teknologi terkini. 
      • memberi perkhidmatan penyelidikan dan kemudahan berkursus (pembelajaran) kepada Pegawai Perubatan Pelatih dan Paramedik  yang mengikuti bidang ini.

      Visi

      Jabatan Otorinolaringologi , Hospital Sungai Buloh memberikan perkhidmatan rawatan yang efektif dan berkualiti kepada pesakit yang yang mengalami masalah /penyakit yang berkaitan dengan telinga, hidung dan tekak dengan kakitangan yang terlatih untuk memberikan kepuasan kepada pelanggan.

      Objektif

      Jabatan Otorinolaringologi memberikan perkhidmatan kepada pelanggan luaran dan dalaman sebagai :-

      • Perkhidmatan Rawatan Pesakit secara klinikal 
      • Kursus dan Pembelajaran

      Perkhidmatan yang diberikan dipanggil Perkhidmatan Rawatan klinikal , dimana kakitangan yang memberikan rawatan dipanggil “ Clinical Care Providers” dan pelanggan dipanggil Pesakit.

      Perkhidmatan Yang Disediakan

      • Klinik Pakar ORL bagi pesakit luar yang dirujuk yang mengalami masalah ORL.
      • Melakukan pembedahan kepada pesakit yang mempunyai masalah ORL samada secara bius setempat (LA) atau bius umum (GA). 
      • Klinik Ujian Alergi (Allergic Skin Prick test) –  Di mana ujian dilakukan pada bahagian lengan untuk mengenalpasti jenis alergi yang dihadapi oleh pesakit yang mempunyai Allergic Rhinitis.
      • Klinik Fine Needle Aspiration Cytology (FNAC) – Ini adalah non invasive procedure di mana tisu diambil dengan menggunakan cara teknik aspirasi sel.  Diagnosis bagi kebengkakan atau ketumbuhan pada kepala dan leher dapat dikenalpasti dengan menggunakan kaedah ini. Prosedur ini dijalankan dengan  kerjasama daripada Jabatan Patologi.
      • Klinik Obstructive Sleep Apnea (OSA). – Pesakit yang mempunyai masalah Sleep Apnea akan disaring, diikuti dengan sleep study test dan seterusnya memberi rawatan samada perubatan atau pembedahan.
      • Klinik Head & Neck Cancer - Pesakit yang disahkan menghidap barah di bahagian hidung, tekak, telinga atau leher akan diberi rawatan di klinik khas ini. Klinik khas ini meluangkan lebih masa untuk kaunseling kepada pesakit dan keluarganya.
      • Pekhidmatan Swallowing Assessment / FESS – Prosedur ini adalah pemeriksaan yang dijalankan oelh kedua-dua Pakar ORL dan Pegawai Pemulihan Perubatan (Terapi Pertuturan) dalam memberi rawatan kepada pesakit yang mempunyai masalah penelanan.
      • Perkhidmatan Audiologi. - Dikendalikan oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) atau pun dikenali sebagai Audiologist.

      Antara perkhidmatan yang diberikan adalah:

            • Ujian pendengaran kanak-kanak dan dewasa
            • Perkhidmatan alat bantu pendengaran
            • Program Rehabilatasi Implan Koklea
            • Ujian saringan pendengaran bayi di NICU
      • Perkhidmatan Terapi Pertuturan – Ianya dikendali oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Terapi Pertuturan) ataupun dikenali sebagai Speech Therapist

      Perkhidmatan yang diberi adalah

            • Membuat diagnosa dan memberi rawatan bagi masalah pertuturan dan bahasa seperti Speech language delay, Hearing impairment, Articulation, Feeding, Voice disorder, resonance problem, Fluency disorder dan Alternative Augmentative Communication
            • Menjalani Klinik Swallowing
            • Rehabilitasi Implan Koklear
      • Perkhidmatan Program Implan Koklear.

      Mengenalpasti dan saringan pesakit  yang sesuai, melakukan pembedahan dan rehabilatasi selepas pembedahan. Ini melibatkan Pakar ORL (Otologist),  Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) dan  Pegawai Pemulihan Perubatan (Terapi Pertuturan)

      • Lawatan Pakar ke Klinik Pakar ORL, Hospital Tanjung Karang hari Isnin minggu keempat setiap bulan. Lawatan ini akan dilakukan oleh Pakar ORL secara giliran.  

      JADUAL AKTIVITI JABATAN ORL

             HARI

       8am - 9am   

           9am - 1pm

            2pm - 5pm

           

              ISNIN

       

          Rondaan              wad

       Hari Pembedahan (Setempat)
      Hari Pembedahan (GA)
      Kes kecemasan
      Klinik Alergi
      Kes Kecemasan

       

            SELASA

           Rondaan
             wad
      Klinik ORL
      (Baru dan Ulangan)
      Klink FNAC
      Clerking for admission
      Kes Kecemasan

       

            RABU

             Rondaan
              wad
       Klinik ORL
      (Baru dan Ulangan)
      Klinik Obstructive Sleep Apnea
      Klinik Head & Neck Cancer
      Kes Kecemasan
       

           KHAMIS

            Rondaan
              wad
       Hari Pembedahan (GA)
       Kes Kecemasan
       Post operative round
       Kes Kecemasan

      HARI

        8am - 9am

         9am - 12.15pm

             2.45pm - 5pm

       JUMAAT

          Rondaan
              wad
        Klinik ORL
        (Baru dan Ulangan)

         Kes kecemasan

      Direktori

      Talian Utama : 03-61454333

      Faks : 03-61454222

      NoNamaJawatanSambEmail
      1 Dr. Sobani Bin Din Ketua Jabatan ORL 1150
      Bookmark and Share