LAPORAN PERUBATAN SIAP
Tempoh siap permohonan lengkap laporan perubatan dan bedah siasat seperti berikut ;
a) Laporan perubatan biasa : 28 hari bekerja (tidak termasuk laporan Pakar Perubatan)
b) Laporan bedah siasat : 90 hari bekerja (bergantung kepada keputusan Ujian Makmal Toksikologi Jabatan Kimia Malaysia)
Hanya permohonan yang melampirkan dokumen berikut sahaja akan diproses ;
i) Borang permohonan laporan perubatan / surat keizinan pesakit / consent letter
ii) Salinan kad pengenalan pesakit / pertalian waris (kes mati / kanak-kanak) dan kad rawatan temujanji / nota discaj wad
iii) Resit bayaran laporan perubatan
iv) Borang laporan perubatan format Insurans / KWSP / PERKESO / Buruh 90
Senarai di jadual berikut boleh menuntut laporan perubatan siap di Kaunter Jabatan Rekod Perubatan Aras 3. Sila nyatakan No. Rujukan.
SILA KLIK UNTUK PAPARAN TELEFON PINTAR
Nota tuntutan laporan perubatan : Wakil pesakit yang ingin mengambil laporan perubatan siap bagi pihak pesakit perlu membawa surat kuasa/keizinan asal dari pesakit atau waris kes mati/kanak-kanak sekiranya nama wakil tidak dinyatakan di dalam borang permohonan
Senarai ini dikemaskini setiap hari jam 11.00 am
Waktu Perkhidmatan Kaunter |
|
Isnin - Khamis |
: 8.00 pagi - 1.00 petang 2.00 petang - 5.00 petang |
Jumaat |
: 8.00 pagi - 12.15 petang 2.45 petang - 5.00 petang |
Tutup |
: Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am |
Peringatan : Terhad 3 nombor diberikan pada 15 minit sebelum waktu perkhidmatan kaunter tamat bagi memberi laluan urusan pendaftaran permohonan laporan perubatan di dalam Sistem E - Laporan Perubatan JKNS. Hanya 1 (satu) kaunter dibuka.