logo ms

logo ms

offcanvas

Kelas Antenatal (Kelas Ibu Mengandung) Hospital Sungai Buloh

KELAS ANTENATAL

( KELAS IBU MENGANDUNG )

HOSPITAL SUNGAI BULOH.

 

Kelas Antenatal Bulanan di adakan di Klinik Pakar Obstetrik & Ginekologi pada hari Selasa minggu ke empat setiap bulan. Menjemput ibu bapa untuk mengalami sesi informasi dan praktikal yang menarik dengan pasukan pakar kami di Hospital Sungai Buloh ini.  Program ini akan memberi anda asas yang kukuh untuk pendidikan pranatal anda bersama suami dan memberi keyakinan yang lebih tinggi ketika mengandung, penjagaan semasa mengandung, melalui proses bersalin dan persediaan untuk menjaga bayi anda termasuklah penyusuan susu ibu. Kelas Antenatal ini terbuka kepada semua ibu yang sudah 28 minggu mengandung di galakkan untuk turut serta bersama suami. Kelas yang diadakan selama 6 jam dalam sehari ini adalah PERCUMA dan makanan ringan yang berkhasiat turut disediakan oleh pihak penganjur. Bahan bacaan dan cenderahati juga disediakan.

 

Ilmu-ilmu yang akan dikongsikan semasa kelas diadakan adalah seperti berikut:

  • Senaman yang sesuai semasa mengandung, semasa proses bersalin dan selepas bersalin oleh Pakar Fisioterapis
  • Pemakanan sihat semasa mengandung dan selepas bersalin oleh Pakar Pemakanan
  • Kepentingan Saringan Pendengaran untuk bayi baru lahir oleh Pakar Audiologis
  • Pengetahuan kebaikan suntikan imunisasi untuk bayi oleh Pakar Pediatrik
  • Ilmu keibubapaan oleh Penceramah Awam Jemputan
  • Pengetahuan dan perkongsian Proses Bersalin oleh Pakar Obstetrik
  • Pengetahuan dan tunjuk ajar Ke Arah Penyusuan Susu Ibu yang berjaya oleh Pakar Obstetrik
  • Pengetahuan dan perkongsian informasi Hospital Mesra Ibadah oleh Pegawai Agama ( ia di sesi akhir, oleh itu untuk yang bukan Muslim boleh pulang dahulu )

 

KELAS ANTENATAL PERCUMA:

Tarikh        : Selasa, Minggu ke – 4 setiap bulan

Masa          : 8 .00 pagi - 2.00 petang

Pakaian     : Pakaian sukan yang bersesuaian

Tempat      : Bilik Seminar Klinik Pakar O&G, Aras 1.

Makanan dan minuman ringan berkhasiat disediakan.

 

Untuk informasi lanjut dan tempahan:

Sila hubungi : Klinik Pakar O&G,

                     03-61454333 (operator hospital), sambungan 1186 / 1180

Sila buat tempahan awal kerana tempat adalah terhad.

  

 

Di sediakan oleh:

Wan Noor Azlin Bt Mohd Azmi

Ketua Jururawat KUP U32

Klinik O&G

21hb April 2019

Cetak Emel