logo ms

logo ms

offcanvas

Jabatan Pergigian Pediatrik

Hospital Sungai Buloh telah disenaraikan sebagai "admitting hospital" bagi kes-kes COVID-19 di negeri Selangor. Oleh itu, Jabatan Pergigian Pediatrik Hospital Sungai Buloh telah membuat perubahan kepada Operasi Harian seperti berikut :
 
1) Semua temujanji rawatan dan kes bukan kecemasan dari 18/3/2020 - 31/3/2020 akan ditangguhkan sehingga satu tarikh baru yang akan diumumkan nanti.
 
2) Kes kecemasan yang kritikal akan dirawat seperti biasa dan seterusnya pesakit akan dirujuk ke hospital kerajaan yang berdekatan setelah pesakit berada dalam keadaan yang stabil.
 
Talian kami dibuka seperti biasa, Isnin - Jumaat dari 0800 - 1700.
Sila hubungi kami di 03 - 6145 4333 sambungan 1206 untuk pertukaran temujanji, konsultasi dan sebarang pertanyaan lain.

 

Latar Belakang

Jabatan Pergigian Pediatrik merupakan salah satu jabatan yang baru beroperasi di Hospital Sungai Buloh semenjak tahun 2008. Jabatan ini berkongsi fasiliti dengan Jabatan Pembedahan Mulut & Maksilofasial dan merupakan pusat rujukan bagi kes-kes trauma pergigian serta kes-kes lesi oro-fasial bagi kanak-kanak berumur 0 hingga 16 tahun. Perkhidmatan pakar pergigian pediatrik di hospital ini meliputi kawasan Lembah Klang, Daerah Gombak, Daerah Kuala Selangor dan Daerah Sungai Besar. Pakar Perunding Kanan juga turut memberikan khidmat konsultasi dan pembedahan oro-fasial kanak-kanak di Hospital Likas, Hospital Ampang dan Hospital Temerloh.

Misi

Untuk mempertingkatkan kesihatan mulut bayi, kanak-kanak dan remaja sehingga umur 16 tahun melalui langkah-langkah pencegahan, pendidikan dan perkhidmatan rawatan kepakaran pergigian pediatrik secara holistik

Visi

Menjadi pusat kecemerlangan dalam pengendalian kes trauma pergigian dan rawatan pergigian kanak-kanak berpenyakit berjangkit

Objektif

  • Menyediakan dan memberi perkhidmatan kepakaran Pergigian Pediatrik secara menyeluruh kepada semua kes rujukan kanak-kanak berasaskan kepada kaedah pencegahan, konservatif dan kuratif dengan penekanan kepada konsep ‘orally-fit’.
  • Melaksanakan aktiviti- aktiviti pencegahan terhadap masalah utama kesihatan pergigian terutamanya di kalangan kanak-kanak berkeperluan khas melalui khidmat nasihat dan kaedah pencegahan klinikal.
  • Menyampaikan perkhidmatan kepakaran Pergigian Pediatrik dengan memberi tumpuan ke atas pesakit dan mengutamakan kepuasan pelanggan melalui penglibatan aktif semua anggota yang berpengetahuan luas.
  • Memberi latihan dan pembelajaran berterusan kepada anggota professional dan paramedik dalam bidang pergigian pediatrik
  • Menjalankan program kajiselidik dan audit
  • Memberi perkhidmatan yan berkualiti mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kepakaran Pergigian Pediatrik

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Rawatan kecemasan seperti infeksi akut oro-fasial dan trauma pergigian.
  • Rawatan pesakit dalam – menerima rujukan daripada disiplin-disiplin lain di Hospital Sungai Buloh bagi kes-kes trauma oro-fasial dan perubatan serta patologi mulut.
  • Rawatan pesakit luar seperti konsultasi, rawatan kepakaran pergigian di bawah sedasi oral atau anesthesia setempat serta rawatan bius umum bagi kes-kes ‘severe early childhood caries’ dan patologi mulut.
  • Rawatan / konsultasi serta perbincangan multi-disiplin bidang kepakaran pergigian yang terdiri daripada orthodontik, restoratif, bedah mulut, periodontik dan pergigian pediatrik yang diadakan pada hari Jumaat minggu terakhir setiap bulan.

Waktu Operasi

HARI8.00 – 1.002.00 – 5.00
ISNIN KLINIK RAWATAN KLINIK KES SUSULAN
SELASA KLINIK RAWATAN PAKAR KLINIK KES SUSULAN PAKAR
RABU KLINIK PERUNDINGAN PAKAR RAWATAN KES TRAUMA
KHAMIS KLINIK PERUNDINGAN PAKAR RAWATAN KANAK-KANAK MEDICALLY COMPROMISED
JUMAAT KLINIK PEMBEDAHAN MULUT PEDIATRIK MINOR CME/CDE/AUDIT JOURNAL CLUB

Direktori

Talian Utama: 03-61454333
Fax: 03-61454222


NoNamaJawatanSambE-mail
1 Dr Kalaiarasu. M. Peariasamy Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cetak Emel