logo ms

logo ms

offcanvas

Full Paying Patient (FPP) Jabatan Obstetrik & Ginekologi

PROSEDUR DAN RAWATAN PERKHIDMATAN

PESAKIT BAYAR PENUH (Full Paying Patient)

JABATAN OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI

(PEMERIKSAAN DAN RAWATAN SAKIT PUAN, MENGANDUNG DAN BERSALIN)

HOSPITAL SUNGAI BULOH.

Kelebihan Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh(FPP) ini hanyalah untuk mendapatkan rawatan secara terus dari Pakar Obstetrik dan Ginekologi pilihan pesakit sendiri serta mendapat kemudahan lain tetapi bergantung pada kekosongan dan kuota pelanggan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan pada sesuatu bulan itu.

 

“FPP BUKAN UNTUK TEMPAHAN BILIK”

 

ANTARA SYARAT-SYARAT YANG PERLU DI AMBIL TAHU DAN DIPATUHI ADALAH:-

  1. Perlu membuka buku mengandung seawal 12 minggu kehamilan di klinik kesihatan.
  2. Booking FPP adalah seawal 20 minggu kehamilan bergantung pada kekosongan yang ada.
  3. Pihak pengurusan FPP Klinik O&G berhak menolak tempahan pelanggan sekiranya sudah penuh kuota dalam satu bulan atau pelanggan tidak mematuhi syarat.
  4. Untuk bersalin di bawah skim FPP ini, pelanggan perlu mengikuti pemeriksaan mengandung FPP sehingga bersalin, sekurang-kurangnya 2 kali sebelum bersalin.
  5. Temujanji di Klinik FPP hanya akan bermula selepas 30 minggu mengandung.
  6. Tiada masalah kesihatan perubatan yang serius dan bukan mengandung kembar.
  7. Wajib dapatkan surat rujukan dari klinik untuk memastikan pelanggan tiada masalah perubatan sebelum memilih dan booking skim FPP ini.
  8. Temujanji di klinik kesihatan perlu diteruskan hingga bersalin.

 

OPERASI KLINIK OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI FPP (Aras 1):-

  1. Klinik Obstetrik dan Ginekologi FPP hanya beroperasi:
    • Setiap hari bekerja Isnin hingga Khamis sahaja,
    • 2.00 petang hingga 4.00 petang.
    • Segala pendaftaran klinik juga bermula pada 2.00 petang hingga 4.00 petang.
    • Mohon beri kerjasama untuk mematuhi masa temujanji yang telah ditetapkan.

 

  1. Sila dapatkan tarikh temujanji dari Jururawat yang menjaga Klinik O&G FPP sahaja untuk mengelakkan pertindihan dengan ramai pelanggan FPP O&G yang lain dalam satu-satu hari yang sama.

 

BILIK UNTUK O&G FPP BUAT MASA TERKINI ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

  1. 1 bilik untuk 1 orang/ 1 katil
    • Buat masa sekarang dalam satu-satu masa, bilik ini hanya ada 8 bilik sahaja.
  1. 1 bilik untuk 4 orang/ 4 katil
    • Buat masa sekarang dalam satu-satu masa, bilik ini hanya ada 4 bilik sahaja.

             *KEDUA-DUA JENIS BILIK INI SAMA SEKALI TIDAK BOLEH DI TEMPAH AWAL.

  1. Bilik hanya bergantung pada kekosongan masa datang nak masuk wad.
  1. Konsep “FIRST COME, FIRST SERVE” , dan ada senarai menunggu FPP untuk dapatkan bilik.
  1. Permohonan untuk mendapatkan 1 bilik untuk 1 orang adalah bergantung kepada kekosongan di dalam wad yang telah ditetentukan sahaja
  1. Jika tiada kekosongan, pelanggan akan diletakkan dahulu di bilik untuk 4 orang.
  1. Setelah ada kekosongan bilik untuk 1 orang, barulah pelanggan akan dipindahkan mengikut “first come first serve”.
  1. Penempatan bilik ini juga bergantung pada keadaan semasa pelanggan datang untuk masuk ke wad iaitu seperti berikut:
    • Sekiranya pelanggan tiada komplikasi semasa mengandung atau komplikasi selepas bersalin, maka akan diletakkan di bilik 1 katil atau bilik 4 katil.
    • Sebaliknya jika pelanggan ada komplikasi, maka keperluan pemantauan rapi akan diutamakan terlebih dahulu untuk kepentingan nyawa dimana pelanggan akan diletakkan di bilik yang untuk 6 orang dimana ia berhadapan dengan kaunter pemantauan jururawat.

 

CAJ BAYARAN PERKHIDMATAN FPP O&G:-

  1. Bayaran deposit untuk pemeriksaan di Klinik O&G FPP:-
    • Temujanji kali pertama adalah RM 185.00

( pendaftaran RM 10.00, konsultasi pertama kali RM 100.00, scan RM 75.00 )

    • Temujanji kali kedua dan seterusnya adalah RM 135.00

( konsultasi RM 60.00, scan RM 75.00 )

    • Bayaran tersebut tidak termasuk caj-caj ubatan, pengambilan darah atau specimen penyiasatan lain, bahan pakai buang, bahan guna habis dan prosedur lain (contoh ECG, CTG dll)
  1. Bayaran deposit sebelum masuk wad termasuk untuk bersalin normal, breech atau caesarian adalah RM 3000.00.
  1. Caj bilik:-
    • 1 bilik untuk 1 orang/ 1 katil = RM 160.00 sehari
    • 1 bilik untuk 4 orang/ 4 katil = RM 80.00 sehari
  1. Caj Lawatan Doktor:-
    • P1 Perundingan waktu pejabat ( jagaan wad ) = RM 60.00 per lawatan (visit)
    • P2 Perundingan waktu pejabat ( jagaan intensif ) = RM 90.00 per lawatan (visit)
    • P3 Perundingan selepas waktu pejabat ( jagaan wad ) =RM 120.00 per lawatan (visit)
    • P4 Perundingan selepas waktu pejabat ( jagan intensif ) RM 180.00 per lawatan (visit)
  1. Caj pembedahan:-
    • Bergantung pada jenis penyakit atau pembedahan
  1. Caj BTL – RM 751.00
  1. Caj Anaestesia ( bius ):-
    • Adalah 1/3 daripada bayaran kos pembedahan
    • Caj epidural RM 250.00

Prosedur epidural hanya di beri hanya waktu pejabat sahaja dan bergantung pada ada nya doktor pakar epidural dan staf yang ada bertugas di waktu bekerja hari tersebut.

  1. Caj bilik pembedahan : -
    • RM 250 per jam
  1. Caj bilik bersalin:-
    • RM 250 untuk setiap 1 kelahiran.
  1. Caj Transfusi darah jika perlu:-
    • RM 170 per pint ( packed cell atau whole blood )
  1. Caj ubatan bergantung pada ubatan yang perlu.
  1. Caj specimen atau penyiasatan bergantung pada jenis seperti ujian darah atau xray.
  1. Anggaran keseluruhan caj bersalin:-
    • Bersalin Normal = RM 3000.00 ke RM 4000.00
    • Bersalin BREECH = RM 3000.00 ke RM 4000.00
    • Bersalin CAESARIAN = RM 4000.00 ke RM 6000.00
  1. Caj bayaran boleh dijelaskan secara tunai, kad kredit dan kad debit.
  1. Manakala penggunaan insurans, atau surat jaminan dari syarikat swasta, pelanggan perlu telefon atau datang dapatkan pengesahan dari Unit Pembayaran Hospital ( UNIT HASIL ) terlebih dahulu untuk pastikan ia berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan diterima di Hospital Sungai Buloh.

( Unit Hasil terletak di aras 2, bersebelahan Kopitiam Enzo di Lobi utama hospital )

  1. Surat jaminan kakitangan kerajaan tidak di terima. Ini adalah skim berbayar penuh.
  1. Tiada pengecualian bayaran dikenakan dibawah perkhidmatan FPP ini.

SENARAI SEMAK PERATURAN YANG PERLU DI PATUHI OLEH PELANGGAN FPP O&G:-

  1. Pelanggan dikehendaki mengisi borang terima skim perkhidmatan FPP dan borang akuan faham dan setuju terhadap syarat-syarat FPP sebelum membuat bayaran dan pendaftaran.
  2. Pelanggan haruslah mematuhi waktu temujanji yang telah ditetapkan oleh Pakar.
  3. Pelanggan mesti berurusan dengan jururawat yang menjaga Klinik O&G FPP untuk sebarang pertukaran temujanji untuk elakkan ramai pelanggan datang temujanji hari yang sama menyebabkan masa menunggu terlalu lama untuk pemeriksaan doktor.
  4. Pelanggan wajib mematuhi POLISI PERATURAN HOSPITAL SEDIA ADA termasuklah:-

 

a.  Waktu melawat iaitu :-

HARIMASA
 ISNIN - JUMAAT 12.30 tengah hari - 2.00 petang
4.30 petang - 7.30 petang
SABTU / AHAD / CUTI UMUM 12.30 tengah hari - 2.00 petang
4.30 petang - 7.30 petang


Kanak-kanak dibawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke wad untuk elak jangkitan silang penyakit berjangkit

b.  HANYA SUAMI ATAU IBU KANDUNG ATAU IBU MERTUA SAHAJA BOLEH MENJAGA ATAU MENEMANI PELANGGAN DALAM 24 JAM – di bilik bersalin dan di bilik yang 1 katil.

 c.  HANYA IBU KANDUNG ATAU IBU MERTUA ATAU SAUDARA PEREMPUAN SAHAJA BOLEH MENJAGA ATAU MENEMANI PELANGGAN DALAM 24 JAM – untuk 1 bilik yang 4 katil

                    ( suami boleh masuk on off tertakluk pada kebenaran Pakar FPP yang menjaga )

d.  Ahli keluarga, saudara mara atau kenalan hanya boleh melawat mengikut MASA MELAWAT SAHAJA dan mereka tertakluk pada peraturan Hospital.

e.  Semua pelanggan / ibu mesti mematuhi POLISI KEBANGSAAN PENYUSUSAN SUSU IBU mengatakan semua ibu digalakkan menyusu anaknya dengan susu ibu sahaja selama 6 bulan yang pertama dan meneruskannya sehingga anak berumur 2 tahun. Pelanggan mesti mematuhinya kerana hospital ini adalah pemilik anugerah sijil Baby Friendly Hospital.

  1. Tiada caj FPP untuk bayi kecuali atas permintaan pelanggan. Untuk FPP bayi, boleh rujuk kepada Pakar FPP O&G anda.

FPP O&G tidak tertakluk untuk khidmat nursery menjaga bayi sepenuh masa atau khidmat jururawat personal untuk menjaga ibu dan bayi sepenuh masa di wad. Justeru itu, bayi diletakkan dalam jagaan ibu mengikut Polisi Hospital Baby Friendly sekiranya tiada komplikasi ibu dan bayi. Jururawat di wad akan memantau dan membantu ibu dan bayi seperti pesakit-pesakit biasa yang lain.

  1. Anggaran tinggal di wad adalah seperti berikut:-
    • Untuk bersalin secara normal, jika ibu dan bayi tiada komplikasi atau masalah lain adalah lebih kurang 24 jam.
    • Untuk bersalin secara caesarean, jika ibu dan bayi tiada komplikasi atau masalah lain adalah lebih kurang 2 hari 1 malam.
  1. Doktor Pakar Obstetrik dan Ginekologi FPP adalah seperti berikut sahaja :-

 fpp ong

 

  1. Tempahan untuk memilih pakar-pakar tersebut adalah tertakluk kepada kekosongan dan kuota pelanggan yang telah ditetapkan oleh Pihak Pengurusan untuk sesuatu bulan sahaja untuk elakkan masalah masa menunggu yang lama dan jumlah pelanggan yang berlebihan semasa pemeriksaan di Klinik FPP dan ketiadaan bilik yang mencukupi.

(sila dapatkan maklumat yang benar dan sahih daripada jururawat yang menguruskan KLINIK FPP O&G sahaja)

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh dibuat dengan menghubungi Klinik O&G FPP seperti berikut dalam waktu pejabat sebelah petang sahaja bermula 2.00 petang – 5.00 petang ; 03-61454333 ext: 1186 / 1180 (sila ambil maklum, harap bersabar talian klinik sentiasa sibuk)

Sila ambil perhatian, fahamkan dahulu semua syarat-syarat sebelum buat panggilan untuk tempahan.

Pertanyaan pelanggan akan dijawab paling cepat dalam seminggu dan paling lewat 2 minggu untuk menetapkan atau memberitahu tarikh temujanji pertama kali, berikutan pihak O&G FPP menerima panggilan dan mesej dari lebih 20 orang dalam satu hari dan pihak O&G FPP juga tertakluk pada prosedur dan kerja-kerja hakiki di klinik yang sibuk setiap hari. Oleh itu, terdapat senarai menunggu. 

  1. PIHAK PENGURUSAN O&G FPP DAN DOKTOR PAKAR O&G FPP BERHAK MENOLAK TEMPAHAN JIKA SLOT TEMPAHAN PENUH DAN MEMBATALKAN TEMPAHAN DARI PELANGGAN SEKIRANYA TIDAK MENGIKUT KRITERIA ATAU TERDAPAT PELANGGARAN PERATURAN SYARAT-SYARAT O&G FPP.
  1. Sebarang pertikaian atau aduan mengenai perkhidmatan dan bayaran perlulah dibuat laporan secara bertulis kepada Urusetia FPP untuk penambahbaikan sistem skim.


Cetak Emel