logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Sokongan
  • Unit Pengurusan Kualiti

Unit Pengurusan Kualiti

unit_pengurusan_kualiti

Pengenalan

Unit Pengurusan Kualiti Hospital Sungai Buloh mula dibuka pada 24 Januari 2007 dan mula beroperasi pada 3 Mac 2007. Ini adalah berikutan dengan saranan Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pekeliling Bil (35)  dalam KKM bertarikh 30 Januari 2002 yang menyatakan setiap hospital utama dikehendaki menubuhkan Unit Sokongan Sekreteriat  Kualiti. Ia bertujuan bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan. Moto Unit Pengurusan Kualiti adalah "KUALITI MENJANA KECEMERLANGAN".

Unit ini dipengerusikan oleh Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr. Haji Kamaruddin bin Alias dan dianggotai oleh 6 orang kakitangan iaitu seorang Pegawai Perubatan  selaku Ketua Unit, 3 orang Pegawai Perubatan, 2 orang Jururawat U29, 2 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U12 dan seorang Pembantu Tadbir ( sementara )

Visi

Kami akan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan bertumpukan pesakit melalui kecemerlangan dalam penyelidikan klinikal, latihan, pendidikan, inovasi dan teknologi bersesuaian dengan kakitangan yang prihatin, penyayang, komited dan professional.

Misi

Kami komited untuk:

  • Menyampaikan perkhidmatan penjagaan pesakit yang holistic dengan menyediakan kemudahan psarana terbaik serta menjalinkan hubungan seramai dengan agensi berkaitan.
  • Menjadi pusat kecemerlangan dalam pengurusan perawatan penyakit berjangkit, trauma, bedah neuro serta penjagaan perubatan menyeluruh dengan penekanan kepada perkhidmatan rawatan harian.
  • Bekerja sebagai satu pasukan dalam perkongsian dengan komuniti untuk mengalakkan kesejahteraan kesihatan bersama.
  • Mewujudkan budaya kerja di mana semua pelanggan dihargai dan dihormati
  • Menyediakan satu suasana persekitaran yang selesa di semua peringkat untuk pembangunan professional dan penyelidikan yang berterusan.
  • Menggunakan teknologi maklumat dalam semua penyampaian sistem perkhidmatan kesihatan, melalui promosi, sokongan dan memudahkan inisiatif peningkatan kualiti.

Objektif

  • Untuk memastikan semua aktiviti kualiti yang merangkumi aktiviti peningkatan kualiti KKM dijalankan dan dipantau dengan sempurna di Hospital Sungai Buloh.
  • Melatih kakitangan dalam aktiviti inisiatif kualiti.
  • Menyimpan, mengumpul data yang berkaitan dengan Inisiatif Kualiti Kementerian Kesihatan yang mesti dilaksanakan seperti ‘Incident Reporting’, ‘National Indicator Approach (NIA)’ dan lain-lain.

Skop perkhidmatan

  • Menyelaras perlaksanaan semua aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti hospital serta mengambil bahagian dalam program-program yang dianjurkan oleh hospital yang berasaskan kepada kualiti, safety, pendidikan dan penyelidikan.
  • Menjadi sumber rujukan dalam memberi maklumat mengenai aktiviti peningkatan kualiti dalam hospital.
  • Menyelaras, menyimpan data-data KPI Allied Health/Pengarah Kesihatan negeri
  • Menyelaras aktiviti-aktiviti National Indicator Approach (NIA) dan HPIA.
  • Menyelia perjalanan aktiviti-aktiviti dan persediaan hospital ke arah Persiijilan Akreditasi, MS ISO, Pain Free Hospital, Baby Friendly dan Hospital Mesra Ibadah.
  • Menerima, menyelaras dan menganalisa “Incident Reporting’ di Hospital Sungai Buloh.
  • Menguruskan, menyelaras data dan memastikan proses perjalanan Credentialing dan Privileging.
  • Menyelaraskan sistem dokumentasi bagi semua aktiviti peningkatan kualiti.
  • Menyelaraskan dan mengendalikan kursus, seminar dan workshop pendidikan lanjutan seperti CME dan CNE untuk warga Hospital Sungai Buloh.
  • Mengurus dan mentadbir Auditorium dan Bilik Seminar 1 Dan 2.
  • Mengendalikan tempahan kegunaan Auditorium dan Bilik Seminar.

Lain-lain aktiviti

  • Menyelaras Mortality & Morbidity review di peringkat hospital
  • Menyelaras dan mengendalikan kes-kes yang berpotensi medicolegal, siasatan dalaman serta mesyuarat jawatankuasa –penyiasatan bebas (JKPB)
  • Menjadi secretariat kepada Risk Management Komiti
  • Menyelaras, memantau dan meluaskan inisiatif Lean healthcare di Hospital Sungai Buloh.
  • Menganjurkan dan mempromosi penyertaan staf-staf hospital dalam Program Inovasi dan ‘Quality Improvement Program’ seperti QA dan KIK.

Waktu operasi :

8.00 pagi- 5 petang

Direktori

Talian Utama: 03-61454333
Fax: 03-61454222

 

NoNamaJawatanSambEmail
1 Dr Izreen Binti Ramli Ketua Unit Kualiti 5223 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2 Dr Rusdianna Binti Alip Pegawai Perubatan UD48 5222 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
3 Dr Nurul Ain Binti Hasan Pegawai Perubatan UD44 5221 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
4 Dr Nur Amalina Binti Abdul Mokhtar Pegawai Perubatan UD41 5222 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
5 Pn Robita Binti Sulaiman Sh'ari Jururawat U29 5221 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
6 Pn Shartine Binti Wan Chek Jururawat U29 5222 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cetak Emel