logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Sokongan
  • Jabatan Rekod Perubatan

Jabatan Rekod Perubatan

jabatan_rekod_perubatan

Pengenalan

Jabatan Rekod Perubatan adalah salah satu perkhidmatan sokongan klinikal  yang dipertanggungjawabkan dalam pengurusan rekod perubatan fizikal dan elektronik, permohonan laporan perubatan, pengurusan perangkaan HMIS hospital dan semua aspek yang berkaitan dengan fungsi Jabatan Rekod Perubatan sebagai pengurus maklumat pesakit di hospital.

Ditubuhkan sejajar dengan penubuhan Hospital Sungai Buloh, Jabatan Rekod Perubatan memainkan peranan penting dalam memberikan maklumat dan data-data yang komprehensif untuk menunjukkan perkembangan taraf perubatan dan perkhidmatan hospital.

Jabatan ini terletak di aras 3 bersebelahan Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU) dan Jabatan Teknologi Maklumat. Ia mula beroperasi sepenuhnya mulai 15 September 2006.

Piagam Pelanggan

  • Tempoh menunggu bagi penyediaan Laporan Perubatan oleh Pegawai Perubatan bagi permohonan yang lengkap adalah 28 hari bekerja dan 56 hari bekerja bagi permohonan Laporan Bedah Siasata tidak termasuk Cuti Umum.
  • Tempoh menunggu bagi proses pencarian rekod perubatan aktif bagi permohonan yang lengkap adalah dianggarkan dalam tempoh masa 15-30 minit.
  • Statistik perangkaan Health Management Information System (HMIS) akan dihantar ke Jabatan Kesihatan Negeri Selangor sebelum atau pada 15 haribulan bulan berikutnya pada setiap bulan.

Misi

Untuk menyediakan perkhidmatan maklumat kesihatan yang berkualiti, cekap dan efisyen kepada pelanggan.

Visi

Berfungsi sebagai pusat sumber maklumat perawatan pesakit bagi memenuhi keperluan perancangan, pelaksanaan dan pengawasan program-program Kementerian Kesihatan Malaysia serta memenuhi keperluan pelanggan.

Objektif

  • Mewujudkan sistem penyimpanan rekod perubatan fizikal dan elektronik sentiasa di dalam keadaan selamat serta meningkatkan taraf pengawalan kerahsiaan maklumat pesakit
  • Menyelaras dan menyediakan data maklumat kesihatan dan statistik perubatan yang diperlukan oleh pihak Hospital dan Kementerian
  • Mengurus permohonan laporan perubatan dengan cekap dan efisyen serta memastikan laporan perubatan disediakan dalam masa yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Perkhidmatan Yang Disediakan

Terbahagi kepada 4 skop perkhidmatan utama :

  • Pengurusan Rekod Perubatan
    • Penerimaan Rekod
    • Pinjaman Rekod
    • Pemulangan Rekod
    • Penyimpanan Rekod
    • Audit Kandungan Rekod
    • Pelupusan Rekod Apabila Tamat Tempoh
  • Pengurusan Statistik Klasifikasi Penyakit dan Perangkaan
    • Data Statistik Pesakit Dalam
    • Data Statistik Pesakit Luar (Klinik Pakar & Jabatan Kecemasan)
    • Data Statistik Sokongan Klinikal
    • Klasifikasi Diagnosa Penyakit Berpandukan ICD10
  • Pengurusan Laporan Perubatan dan Perundangan Perubatan
    • Permohonan Laporan Perubatan & Laporan Bedah Siasat
    • Persidangan Lembaga Perubatan
    • Persidangan Jemaah Doktor PERKESO
    • Persidangan Jemaah Doktor KWSP
    • Penubuhan Lembaga Penyiasatan Bebas
  • Pentadbiran Am Jabatan

Pencapaian Piagam Pelanggan

 rekod

Waktu Operasi

Kaunter Permohonan Laporan Perubatan

HariMasa
Isnin – Khamis
  • 8.00 pagi – 1.00 tengahari
  • 2.00 petang - 5.00 petang
Jumaat
  • 8.00 pagi - 12.15 tengahari
  • 2.45 petang - 5.00 petang
Sabtu / Ahad / Cuti Umum Tutup

Direktori

Talian Utama: 03-61454360
Fax: 03-61454222

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan laporan perubatan sila hubungi 03-61454360 atau sila layari Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) http://jknselangor.moh.gov.my/index.php >> Perkhidmatan Online >> Sistem eLaporan (eLPv2) >> Masukkan No. Kad Pengenalan Pesakit

 

no. samb : 4320​
NoNamaJawatanEmail / Samb.
1 Puan Siti Zamnah Binti Mohammed Zaki Ketua Jabatan Rekod Perubatan Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
no. samb : 4371
2 Dr. Norsuzana Maslinda Binti Sukardi Pegawai Perubatan (Audit Dokumentasi Klinikal ICD10) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
no. samb : 4373
3 Puan Norazura Binti Md Nor Pen. Pegawai Rekod Perubatan (Pengurusan Rekod Perubatan) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
no. samb : 4369
4 Puan Hartini Abul Hadi Pen. Pegawai Rekod Perubatan (Klasifikasi Penyakit dan Perangkaan) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
no. samb : 4369
5 Kosong Pen. Pegawai Rekod Perubatan (Laporan Perubatan) no. samb : 4320
6 Encik Ahmad Jazmi Bin Othman Ketua Pembantu Tadbir Tertinggi (Laporan Perubatan) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
no. samb : 436
2
7 Puan Rohani Binti Isahak Ketua Pembantu Tadbir (Pengurusan Rekod Perubatan) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
no. samb : 4367
8 Cik Mastura Binti Mohd Yunus Ketua Pembantu Tadbir (Pentadbiran) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
no. samb : 4366
9 Puan Hjh Masnah Marhawi Pembantu Tadbir (Pengurusan Rekod Perubatan) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
no. samb : 436
3
10 Puan Roselizai Binti Daud Pembantu Tadbir (Pengurusan Rekod Perubatan) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.7
11 Puan Nur Haizaa Binti Mahadi Pembantu Tadbir (Pengurusan Rekod Perubatan) no. samb : 4364
12 Encik Mohd Hafis Bin Ahmad Sabri Pembantu Tadbir (Pengurusan Rekod Perubatan) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
no. samb : 4370
13 Puan Haslinda Binti Mohd Hassan Pembantu Tadbir (Klasifikasi Penyakit dan Perangkaan) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
no. samb : 4365
14 Puan Norhasliza Binti Kamarumeyujam Pembantu Tadbir (Klasifikasi Penyakit dan Perangkaan) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
no. samb : 4365
15 Puan Noorzawati Binti Adnan Pembantu Tadbir (Laporan Perubatan) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
no. samb : 4363
16 Puan Sumiyati Binti Abdul Kahar Pembantu Tadbir (Laporan Perubatan) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
no. samb : 436
3
17 Puan Zainah Binti Besar Pembantu Tadbir (Laporan Perubatan) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
no. samb : 436
3
18 Encik Mohd Asyraf Al Akharee Bin Haji Israr Pembantu Operasi no. samb : 4377
19 Puan Nur Diyana Amalina Binti Jamain Pembantu Operasi no. samb : 4377
20 Kaunter   no. samb : 4360

 

Cetak Emel