logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Sokongan
  • Jabatan Kesihatan Awam

Jabatan Kesihatan Awam

 Jabatan Kesihatan Awam

Pengenalan

Jabatan Kesihatan Awam (Public Health Department) adalah perkhidmatan yang mula diperkenalkan di Hospital Sungai Buloh pada Ogos 2007. Ia bermula dengan 2 unit iaitu Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan/UKKP (Occupational Safety & Health/OSH) dan Unit Kesihatan Persekitaran (Environmental Health/EH). Mulai tahun 2019, Jabatan Kesihatan Awam adalah terdiri daripada 3 unit iaitu

  • Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan/UKKP (Occupational Safety & Health/OSH)
  • Unit Kesihatan Awam/UKA (Public Health/PH)
  • Unit Kesihatan Keluarga & Sejahtera/UKKS (Family Health & Wellness/FHW).

Jabatan ini terdiri daripada pakar perubatan kesihatan awam, pegawai perubatan, jururawat terlatih, jururawat masyarakat, penolong pegawai perubatan, pegawai kesihatan persekitaran penolong pegawai kesihatan persekitaran, penolong pembantu kesihatan, pembantu perawatan kesihatan dan pembantu tadbir sambilan.

Misi

  • Menyediakan perkhidmatan perubatan yang cekap, mesra dan berkualiti berdasarkan nilai-nilai etika dan profesional untuk warga kerja dan pesakit. 
  • Memastikan tempat kerja dan persekitaran adalah bersih, selamat dan sihat.

Visi

Ke arah warga kerja yang sihat dari segi fizikal, mental dan sosial serta mempromosi tempat kerja dan persekitaraan yang bersih, selamat dan sihat.

Objektif

Objektif adalah terbahagi kepada tiga (3) fungsi jabatan iaitu fungsi Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Unit Kesihatan Awam dan Unit Kesihatan Keluarga & Sejahtera.

Objektif Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan:

  • Memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kakitangan serta pelanggan hospital sentiasa berada di tahap optima.
  • Mencegah masalah kesihatan di kalangan kakitangan hospital dan pelanggan akibat daripada pendedahan kepada persekitaran kerja, proses kerja dan amalan pekerjaan yang berisiko. 
  • Mencegah dan mengawal kejadian jangkitan penyakit-penyakit berjangkit termasuk penyakit nosokomial di hospital.
  • Memastikan aktiviti survelan, penyelidikan epidemiologi dan latihan dilaksanakan dengan berkesan dan secara berterusan.
  • Meningkatkan pengetahuan kakitangan dan pelanggan berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta menerapkan budaya kerja yang sihat lagi selamat.
  • Meningkatkan serta mengawal pangkalan data epidemiologi yang lengkap terutama berkaitan penyakit pekerjaan/keracunan dan kemalangan/kecederaan.

Objektif Unit Kesihatan Awam:

  • Merancang dan melaksanakan langkah pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit supaya tidak berjangkit dan menular daripada pesakit ke pesakit, dari pesakit ke anggota dan dari pesakit kepada orang awam semasa berada di dalam hospital.
  • Merancang, mengatur dan menyelaras kerja-kerja pencegahan dan kawalan penyakit bawaan vektor di kawasan hospital.
  • Merancang, mengatur dan menyelaras aktiviti-aktiviti Keselamatan dan Kualiti Makanan di kawasan hospital. 
  • Merancang, mengurus, menyelaras dan menilai aktiviti yang berkaitan dengan penguatkuasaaan   Akta-Akta Kesihatan di kawasan hospital.
  • Merancang melaksana dan memantau program Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan di hospital.
  • Menyimpan dan mengemaskinikan segala data-data dan menyediakan laporan berkala berkaitan dengan aktiviti yang telah dijalankan.

Objektif Unit Kesihatan Keluarga & Sejahtera:

  • Untuk menyediakan kualiti dan perkhidmatan rawatan yang optimum untuk kakitangan dan ahli keluarga mereka
  • Untuk menyediakan perkhidmatan pemeriksaan bagi pengesanan awal penyakit kronik di kalangan kakitangan dan keluarga mereka
  • Untuk menyediakan rawatan dan penjagaan berterusan untuk penyakit-penyakit kronik
  • Untuk memastikan kualiti kesihatan yang bagus dikekal dengan meningkatkan produktiviti melalui gaya hidup yang sihat, kesihatan fizikal dan mental yang baik serta pendidikan kesihatan secara berterusan

Perkhidmatan Yang Disediakan

Fungsi Jabatan Kesihatan Awam adalah dibahagikan mengikut tiga (3) unit seperti yang tertera di bawah.

Fungsi Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan.

  • Memberi konsultasi dan rawatan di Klinik Kesihatan Pekerjaan (KKP) bagi kes-kes baru dan susulan yang berkaitan penyakit dan kecederaan pekerjaan.
  • Pemeriksaan kesihatan bagi warga hospital melalui Program KOSPEN PLUS.
  • Pemeriksaan anggota yang terdedah kepada Sinaran X –ray.
  • Saringan Kesihatan untuk Pulmonary Tuberkulosis di kalangan kakitangan hospital yang berisiko tinggi.
  • Pemeriksaan dan rawatan untuk kakitangan hospital yang menghidapi Latent Tuberculosis Infection (LTBI).
  • Program Imunisasi Hepatitis B Kebangsaan.
  • Program survelan kecederaan tersusuk jarum/benda tajam.
  • Siasatan kes kecederaan tertusuk jarum.
  • Pengurusan aktiviti - aktiviti dan  mesyuarat yang melibatkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (JKK) Hospital Sungai Buloh.
  • Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tempat- tempat kerja.
  • Penilaian Risiko Di Tempat Kerja (HIRARC)

       (HIRARC - Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control)

  • Notifikasi kes kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan (NADOPOD)
  • Penyiasatan Kes Kemalangan dan Kecederaan di Tempat Kerja.
  • Penyiasatan Penyakit Pekerjaan di Kalangan Kakitangan Hospital.

Fungsi Unit Kesihatan Awam

  • Aktiviti Pencegahan & Kawalan Penyakit Berjangkit di dalam kawasan hospital serta fasilitinya
  • Aktiviti Pencegahan & Kawalan Penyakit Bawaan Vektor dalam kawasan hospital serta fasilitinya.
  • Aktiviti Keselamatan dan Kualiti Makanan melibatkan premis makanan, perkhidmatan jualan, sajian  dan penyediaan makanan dalam kawasan hospital.
  • Penguatkuasaan & Perundangan Kesihatan Awam
    • Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (Memastikan hospital sebagai kawasan Bebas Asap Rokok)
    • Akta Permusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Hospital sebagai kawasan Bebas Denggi)
    • Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (kompoun untuk kes ulangan lewat notifikasi penyakit berjangkit)
    • Akta Makanan 1983 (penutupan premis tidak suci, pendakwaan mahkamah, sita & rampasan makanan), Peraturan-peraturan Makanan 1985 & Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 (pengeluaran kompoun)
  • Aktiviti Kesihatan Persekitaran (Penilaian Risiko Kesihatan Persekitaran, Persampelan Air ‘Cooling Towers’, kajian-kajian berkaitan).

Fungsi Unit Kesihatan Keluarga & Sejahtera:

  • Penjagaan dan penyembuhan penyakit acute (Acute & Curative Care) yang bukan kecemasan (non-emergency cases)
  • Penjagaan Penyakit yang Tidak Berjangkit (Non-Communicable Diseases)
  • Penjagaan Penyakit Berjangkit (Communicable Diseases)
  • Kesihatan dan Kesejahteraan Pesakit (Heath & Well Being)
  • Pemeriksaan Kesihatan (Medical Screening/Surveillance)
  • Klinik Kulit
  • Prosedur–prosedur yang dilakukan di Klinik Kesihatan Keluarga & Sejahtera
  • Kesihatan Wanita (Women’s Health)
  • Perkhidmatan Komuniti

Jadual Waktu Perkhidmatan Klinik

Jadual Waktu Perkhidmatan Klinik Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 
Masa/Hari Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat
8.00 pagi - 1.00 petang OSH Clinic
Field Word & Training
- Medical Surveillance Medical Surveillance Medical Surveillance -
2.00 petang - 5.00 petang Data Entry, Returns, Report Writing, and Managerial Tasks
Field Word & Training
OSH Clinic (Follow Up) Medical Surveillance Medical Surveillance OSH Clinic (Follow Up) Department CME

Nota: *Waktu Pendaftaran

- Sesi Pagi - 8.00am - 12.00pm (Isnin - Khamis)

                   - 8.00am - 11.45am (Jumaat)

- Sesi Petang - 2.00pm - 4.00pm (Isnin - Khamis)

*Mantoux test hanya dilakukan Isnin, Selasa & Jumaat sahaja.

 

Jadual Waktu Perkhidmatan Klinik Keluarga & Sejahtera
Hari Sesi Pagi Sesi Petang
Isnin

8.00am - 1.00pm

Klinik Ulangan & Kes Baru

2.00pm - 5.00pm

Klinik Ulangan & Kes Baru

Selasa

8.00am - 1.00pm

Klinik Ulangan & Kes Baru

2.00pm - 5.00pm

  • Dermatologi (Skin Clinic)
  • Kes Baru
Rabu

8.00am - 1.00pm

Klinik Ulangan & Kes Baru

2.00pm - 5.00pm

  • Klinik Ulangan & Kes Baru
  • Penyakit Tidak Berjangkit (Non-Communicable Disease)
Khamis

8.00am - 2.00pm

Klinik Ulangan & Kes Baru

2.00pm - 5.00pm

  • OSH Combined Clinic
  • Pemeriksaan Kesihatan (Medical Check up)
  • Kesihatan Wanita (Women's Health Clinic)
  • Kesihatan Mental & Kaunseling (Mental Health Clinic)
Jumaat

8.00am - 12.15pm

Klinik Ulangan & Kes Baru

2.45pm - 5.00pm

  • CME Mingguan
  • Mesyuarat Unit

Nota: *Waktu Pendaftaran

- Sesi Pagi - 8.00am - 12.00pm (Isnin - Khamis)

                   - 8.00am - 11.45am (Jumaat)

- Sesi Petang - 2.00pm - 4.00pm (Klinik Kes Baru & Ulangan sahaja)

Direktori

Talian Utama: 03-61454333
Fax: 03-61454222


NoNamaJawatanSamb
1 Dr. Dang Siew Bing  Ketua Jabatan Kesihatan Awam 4288/4880
2 Dr. Noor Shamimi Bin Sahidan Ketua Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 4868
3 Dr.  Pranshantini A/P Sadison Ketua Kesihatan Keluarga & Sejahtera 4873
4 En.  Mohd Sabri Bin Redzuan Ketua Unit Kesihatan Awam 2202
5 Kaunter Klinik   4860

Cetak Emel