logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Sokongan Klinikal
  • Unit Penyeliaan Hospital

Unit Penyeliaan Hospital

penyeliaan

Pengenalan

Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan Hospital merupakan salah satu komponen dibawah Pengurusan Hospital Sungai Buloh. Unit ini terletak di aras 2, blok D dibahagian pentadbiran hospital. Unit ini berperanan dalam pengurusan sumber manusia, penyeliaan klinikal dan latihan dalam memastikan mutu perkhidmatan yang cemerlang, cekap, prihatin dan selamat diberikan kepada pesakit - pesakit oleh anggota dibawah seliaan iaitu Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.

Visi

Menjana pasukan sokongan perubatan yang efisyen dan berdedikasi dengan sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit secara berterusan.

Misi

Menyediakan sistem penyeliaan klinikal (Clinical Supervision) yang cekap dan mantap secara berterusan kepada anggota dibawah seliaan supaya setiap aktiviti perkhidmatan diberi mengikut akta, peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.

Objektif

  • Memastikan perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dilaksanakan secara professional, cekap dan berkualiti sepanjang masa mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
  • Mengurus sumber manusia dibawah kawalan dengan cekap dan mengoptimakan bilangan anggota di sesebuah unit atau jabatan mengikut kepentingan perkhidmatan.
  • Menyediakan program latihan secara berterusan dan berkesan kepada anggota di bawah seliaan.

Skop perkhidmatan

1. Audit Klinikal (Clinical Supervision) bagi semua anggota dibawah jagaan dijalankan secara berterusan:

  • Mematuhi ‟Standard Operating Procedure‟ dan akta Pembantu Perubatan.
  • Peraturan-peraturan yang ditetapkan di peringkat hospital diamalkan semasa menjalankan aktiviti dan tugasan harian.
  • Semua Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan mengaplikasikan senarai kerja yang telah diluluskan mengikut  bidang tugas masing-masing.
  • Mematuhi senarai semak dan fail meja yang ditetapkan mengikut jabatan masing-masing.

2. Pengurusan sumber manusia di bawah seliaan.

  • Urusan keperluan anggota Permohonan Perjawatan Baharu (ABM);
  • Orientasi anggota baru;
  • Urusan penempatan;
  • Urusan pengagihan anggota;
  • Menyelaras dan mengurus keperluan akta perubatan atau mana - mana yang termaktub / arahan daripada pihak Lembaga Pembantu Perubatan / Kementerian Kesihatan Malaysia. (Contoh Pembaharuan APC – ‟Annual Practising Certificate‟ bagi Penolong Pegawai Perubatan.
  • Memantau dan mengurus kawalan disiplin anggota di bawah seliaan.

3. Pengurusan Latihan bagi anggota di bawah seliaan.

  • Orientasi anggota baru;
  • Merancang latihan bagi anggota;
  • Menyelaras latihan yang dihadiri oleh anggota;
  • Menyediakan laporan latihan yang dihadiri oleh anggota;
  • Mengurus buku log latihan anggota;

Struktur Organisasi dan Pengurusan Unit

  1. Unit ini diketuai oleh Ketua Penyelia Penolong Pegawai Perubatan Hospital (KPPPPH) (Penolong Pegawai Perubatan Gred U41/U42/U44) dan dibantu oleh Pembantu Perawatan Kesihatan U16 serta U11.
  2. KPPPPH bertanggungjawab memastikan aktiviti klinikal dan bukan klinikal dijalankan di unit / jabatan oleh anggota dibawah seliaan yang terdiri dari Penolong Pegawai Perubatan U41/U36/U32/U29 dan Pembantu Perawatan Kesihatan U16/U14/U11 adalah pada tahap yang optima dan berkualiti.
  3. Penolong Pegawai Perubatan gred U36 bertindak sebagai penyelia zon klinikal bagi jabatan-jabatan yang telah ditentukan.
  4. Penolong Pegawai Perubatan U36 dan U32 perlu bertugas atas panggilan selepas waktu pejabat bagi memantau aktiviti klinikal yang dilakukan oleh Penolong Pegawai Perubatan U29 dan Pembantu Perawatan Kesihatan di unit dan jabatan yang terlibat. Waktu bertugas adalah dari jam 5 petang hingga 11 malam. Lokasi penempatan di Jabatan Kecemasan & Trauma (Zon Hijau). Untuk Hari Kelepasan Am, Penolong Pegawai perubatan atas panggilan akan melakukan 2 syif iaitu pagi (9pagi – 4 petang) manakala petang (4 petang – 11 malam). Laporan lawatan klinikal akan dihantar setiap hari kepada KPPPPH. KPPPPH akan melapor kepada Pengarah dan Ketua Penyelia Penolong Pegawai Perubatan Negeri berkaitan dengan bidang perkhidmatan dibawah jagaannya.
  5. KPPPPH akan mengadakan “Monday Briefing” setiap hari Isnin kepada semua staff Unit Penyeliaan PPP bagi tujuan penyampaian maklumat, motivasi dan tindakan susulan atas tugasan yang diberikan.
  6. KPPPPH akan mengadakan mesyuarat Unit Penyeliaan Hospital 2 kali setahun dengan semua anggota bagi membincangkan segala keperluan dan penambahbaikkan terhadap perkhidmatan yang diberikan.

Hubungan dengan Jabatan / Unit Lain

Hubungan Dalaman

Unit ini akan berhubung terus dengan semua jabatan / unit mengenai perkara - perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan. 

Hubungan Luaran

Terdiri daripada pesakit / waris / keluarga / agensi kerajaan dan swasta serta lain-lain badan yang berkepentingan dengan pengurusan hospital serta perkhidmatan Unit Penyeliaan PPP.

  • Syarikat Konsesi – sebagai Pegawai Liason (FEMS,CWMS)
  • Syarikat Keselamatan – Penyelarasan aktiviti keselamatan Hospital.
  • Pihak Bomba & Penyelamat – Aktiviti Pencegahan Kebakaran.
  • St.John, Red Cresent, JPAM dan lain-lain – Perkhidmatan Ambulan.
  • Kedutaan Asing - Pengurusan mayat warga asing.
  • Pihak Polis – Urusan PATI, Kes Medico legal, Kes Abscond dan lain-lain.

Piagam Pelanggan Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan

1.  Kemudahan Untuk Pelanggan

Pelanggan akan menerima perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan secara professional, cekap dan berkualiti sepanjang masa.

2. Taraf Perkhidmatan
  • Perkhidmatan yang diberi akan dilaksanakan secara professional, cekap dan berkualiti.
  • Penyeliaan klinikal (Clinical Supervision) akan dilaksanakan bagi setiap jabatan / unit.
  • Mengadakan CME, CNE, kursus, seminar atau bengkel bagi Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan secara berkala dan berterusan.
  • Mengadakan CME, memastikan semua Penolong Pegawai Perubatan memiliki Sijil Amalan Tahunan (ARC) bagi tahun semasa.
  • Mewujudkan kerjasama dengan jabatan/unit yang lain secara profesional dengan meletakkan kepentingan pelanggan sebagai agenda utama.
3.  Maklumat Perkhidmatan

Pelanggan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan yang diberikan kepadanya.

4.  Pendidikan Kesihatan

Pelanggan boleh mendapatkan pendidikan kesihatan yang berkaitan dengannya.

5.  Maklumbalas / Cadangan

Semua maklumbalas dan cadangan boleh dibuat melalui:

  • Peti cadangan;
  • Laman Sesawang Hospital Sungai Buloh;
  • SisPAA KKM (Sistem Pengurusan Aduan Awam);
  • Perjumpaan / hubungi pegawai Y/M Di talian 03-6145 4333 samb. 4229.

 
HariWaktu

ISNIN hingga KHAMIS

  • 8.00 am - 1.00 pm
  • 1.00 pm - 2.00 pm (REHAT)
  • 2.00 pm - 5.00 pm
JUMAAT
  • 8.00 am - 12.15 pm
  • 12.15 pm - 2.45 pm (REHAT)
  • 2.45 pm - 5.00 pm
SABTU, AHAD & HARI KELEPASAN AM CUTI

Direktori

Talian Utama: 03-61454333
Fax: 03-61454222


NoNamaJawatanSambEmail
1 Mazlan Bin Zakariya Ketua Penyelia Pen. Pegawai Perubatan 4229  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2 Mohd Halim Bin Ali Din Timb. Ketua Penyelia Pen. Pegawai Perubatan 2944 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
3 John Dexter Anak Apaw Pen. Pegawai Perubatan U29 2941 -
4 Mohamad Shahriman Bin Mohamad Pen. Pegawai Perubatan U29 2943 -
5 Mohamad Azizi Bin Mat Sani Pen. Pegawai Perubatan U29 2943 -
6 Huzairi Bin Mohd Johari Pemb. Perawatan Kesihatan U14 2944 -
7 Nor Haliza Bt Lokman Pemb. Perawatan Kesihatan U11 2942 -

Cetak Emel