logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Perubatan
  • Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental

Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental

psikiatri

Pengenalan

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Sungai Buloh telah mula beroperasi sejak 15 Mac 2007 sebagai salah satu komponen perkhidmatan kesihatan di Hospital Sungai Buloh. Pada mulanya jabatan ini hanya dianggotai oleh seorang Pakar Psikiatri, seorang Pegawai Perubatan dan 2 orang Jururawat Masyarakat. Sehingga kini, terdapat seramai 60 orang staf pelbagai kategori yang menggerakkan perkhidmatan di jabatan ini.

Aspek penekanan kami ialah bidang Psikiatri sebagai salah satu bidang dalam disiplin perubatan. Sewajarnya semua pesakit di dalam catchment area boleh menerima rawatan dengan mudah dan cepat, mengurangkan stigma terhadap penyakit mental dan kualiti hidup mereka dapat ditingkatkan. Ini sejajar dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Seduni (WHO) yang mendifinisikan kesihatan sebagai Physical, Mental and Social Well Being.

 

Misi

Menyediakan perkhidmatan kesihatan mental dan psikiatri serta pemulihan yang berkualiti untuk mereka yang mengalami masalah kesihatan mental akut dan kronik agar dapat menikmati kehidupan yang bermutu serta menyediakan keperluan yang mencukupi bagi penjagaan pelanggan yang memerlukan.

Visi

Melahirkan satu masyarakat warga kota yang seimbang dan sihat dari segi psikologi, dan memberi penekanan terhadap promosi kesihatan mental dan pencegahan masalah-masalah psikososial.

Objektif Jabatan

  • Memberi khidmat psikiatri kepada masyarakat setempat dari segi diagnosa, rawatan dan terapi sokongan.
  • Memberi sokongan kepada jabatan lain dan organisasi-organisasi tertentu bagi memberi rawatan dan rehabilitasi psikososial yang berkesan.
  • Memberi psychoeducation kepada pesakit dan keluarga pesakit tentang jenis penyakit dan rawatan yang diberi kepada pesakit.
  • Mengajar pelajar perubatan yang ditempatkan di Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, Hospital Sungai Buloh.
  • Menjadikan Jabatan Psikaitri & Kesihatan Mental sebagai pusat penyelidikan.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  1. Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar
  2. Perkhidmatan Pesakit Dalam
  3. Perkhidmatan Psikiatri Komuniti
  4. Perkhidmatan Liaison Psychiatry
  5. Perkhidmatan Klinik Metadone
  6. Perkhidmatan Psikiatri Kanak – Kanak & Remaja
  7. Perkhidmatan Psikiatri Warga Emas dan Klinik Memori
  8. Perkhidmatan Terapi Elektrokonvulsif
  9. Rumah Jagaan Kejururawatan Psikiatri Kerajaan
  10. Pusat Kesihatan Mental Komuniti (MENTARI Sungai Buloh) dan Sokongan Pekerjaan
  11. Perkhidmatan Klinik Psikiatri Pelawat di Hospital Tanjung Karang dan Penjara Sungai Buloh
  12. Perkhidmatan Psikoterapi
  13. Program Family Link

Waktu Operasi

HARI8 am - 9 am9 am - 1 pm2 pm - 5 pm
ISNIN Rondaan Wad

Klinik Psikiatri Dewasa (Susulan)

Klinik Warga Emas

SELASA Rondaan Wad Klinik Psikiatri Dewasa (Baru)

Klinik Warga Emas

*Klinik Psikiatri Pelawat (Penjara Sungai Buloh)

 
RABU Rondaan Wad

Klinik Psikiatri Dewasa (Susulan)

*Klinik Psikiatri Pelawat (Hospital Tg Karang)  
KHAMIS Rondaan Wad Klinik Psikiatri Kanak-Kanak (baru & susulan)

CME jabatan

Rondaan wad (Grand Ward Round)
JUMAAT 8 am - 9 am 9 am - 12.15 pm 2.45 pm - 5 pm
Rondaan Wad Klinik Psikiatri Dewasa (Susulan) Mesyuarat Jabatan

*Setiap 2 minggu

 

Waktu Rehat Tengahari

Isnin - Khamis : 1 pm - 2 pm

Jumaat : 12.15 pm - 2.45 pm

Aktiviti Terkini Jabatan

  1. Suicide Prevention Roadsjow
  2. Seminar Common Psychiatry Disorder
  3. Perasmian Rumah Jagaan Kejururawatan Psikiatri Kerajaan

 

Direktori

Talian Utama : 03-61454333
Fax : 03-61454222

NoNamaJawatanSambE-mail
1 Dr. Muhammad Najib bin Abdullah Ketua Jabatan 2271/4132 -
2 En. Mohd Nasrul bin Che Husin Ketua Penyelia 1219  -
 
Senarai Wad / Unit

NoUnitLokasiSamb
1 Klinik Psikiatri & Kesihatan Mental Kaunter 1214
2 Wad Lelaki Wad 32 03-61561321 Ext: 2258
3 Wad Perempuan Wad 33 03-61561321 Ext: 2273
4 Klinik Methadone PKKN 03-61561321 Ext: 2287
5 Rumah Jagaan Kejururawatan Psikiatri Wad 88 03-61561321 Ext: 2341
6 MENTARI Blok A-01-11 Kompleks Kuarters Integrasi HSB 03-61402364
7 Komuniti Psikiatri (CPU) Blok A-01-12 Kompleks Kuarters Integrasi HSB  

Cetak Emel