logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Pembedahan
  • Jabatan Oftalmologi

Jabatan Oftalmologi

oftalmologi banner

Pengenalan

Semenjak di buka pada 16 Ogos 2006, Jabatan Oftalmologi telah berkembang dengan pesatnya. Klinik Oftalmologi Hospital Sungai Buloh menyediakan perkhidmatan Oftalmologi Am dan perkhidmatan Subkepakaran Kornea. Perkhidmatan Kornea telah di mulakan pada tahun 2007 dan Hospital Sungai Buloh adalah pusat rujukan untuk kes-kes  penyakit kornea.

Visi

Menyediakan perkhidmatan perawatan, pembedahan dan pemulihan yang professional dengan mengamalkan teknologi terkini danselamat serta kakitangan yang terlatih dan mesra pelanggan.

Misi

Mewujudkan sebuah pusat kecemerlangan dalam perawatan mata untuk menjamin kualiti pemeliharaan mata yang optima kepada seluruh lapisan masyarakat.

Objektif Jabatan

  • Memberi perkhidmatan pencegahan, pengesanan, perawatan awal, pembedahan dan pemulihan yang cekap serta berkesan agar kes-kes kacacatan penglihatan dapat dikurangkan.
  • Mempertingkatkan kualiti hidup pesakit dengan memberi perkhidmatan penjagaan mata yang optima.
  • Mengekalkan serta mempertingkatkan tahap keberkesanan perkhidmatan oftalmologi agar menjadi pusat rujukan terunggul dan utama.
  • Memberi kesedaran di kalangan masyarakat tentang penyakit –penyakit mata dan komplikasinya serta cara pencegahannya.
  • Menjadi pusat latihan dan penyelidikan bagi petugas dan kakitangan perkhidmatan mata.
  • Menjalinkan sikap mesra pelanggan dan memupuk perasaan muhibbah di antara kaum serta berkhidmat demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Fungsi-Fungsi Utama

  • Menyediakan perkhidmatan dan perawatan mata untuk pesakit luar dan dalaman. 
  • Memeriksa dan merawat kes-kes rujukan yang mempunyai masalah berkaitan dengan mata. 
  • Menyediakan perkhidmatan pembedahan mata ke atas kes-kes yang memerlukan. 
  • Menyediakan perkhidmatan klinik – klinik khas iaitu retinopathy of prematurity, glaucoma dan diabetic retinopathy. 
  • Menyediakan perkhidmatan klinik refraksi, klinik penglihatan terhad, klinik penglihatan binokular dan klinik kanta lekap.
  • Menyediakan perkhidmatan kaunseling, konsultasi dan  pendidikankesihatan mata.  
  • Menyediakan pendidikan dan pembelajaran berterusan melalui CME dan CNEuntuk kakitangan klinik.

Perkhidmatan Jabatan

1.Perkhidmatan Pesakit Luar

Jabatan ini berfungsi sebagai klinik pakar rujukan. Setiap kes baru perlu terlebih dahulu mendapatkan surat rujukan dari mana-mana pakar atau pegawai perubatan samaada dari hospital kerajaan, hospital swasta, klinik kerajaan mahupun klinik swasta.Pesakit yang mempunyai surat rujukan akan diberi tarikh temujanji. Kes-kes Kecemasan akan di beri keutamaan dimana kes-kes sebegini dirawat pada hari yang sama. Klinik Oftalmologi menetapkan temujanji mengunakan waktu anjal berperingkat. Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti:

  • Klinik subkepakaran Kornea

Perkhidmatan subkepakaran kornea merupakan matlamat utama jabatan ini dimana jabatan ini menerima kes-kes kornea dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak 

  • Klinik Oftalmologi Am
  • Klinik Kecemasan Oftalmologi
  • Klinik Retinopathy of Prematurity

2.Perkhidmatan Optometri

Perkhidmatan yang disediakan termasuk: 

  • Refraksi
  • Kanta Lekap
  • Saringan Diabetik Retinopati
  • Ujian dan rawatan anomali penglihatan binokular
  • Ujian penglihatan terhad
  • Ujian Medan Penglihatan ( HVF & Bjerrum)
  • Ujian Hess
  • Keratometri
  • A-scan
  • Ujian Pentacam
  • Penilaian Optometri Paediatrik

 

3.Perkhidmatan Laser

Jabatan Oftalmologi Hospital Sungai Buloh memberi perkhidmatan rawatan laser Argon, Yag dan Diode.

4.Perkhidmatan Pesakit Dalaman

Kes-kes yang memerlukan rawatan lanjut di wad atau memerlukan pembedahan mata akan dimasukkan ke dalam wad. Perkhidmatan Pesakit Dalam disediakan di Wad 4B (Dewasa) dan 8C ( Kanak-kanak ).

5.Perkhidmatan Pembedahan

Pembedahan mata dijalankan secara buis setempat atau buis am. Rawatan pembedahan disediakan secara rawatan harian (Daycare) atau dimasukan ke wad mengikut keperluan dan sesuaian sesorang pesakit. Diantara perkhidmatan yang disediakan adalah:

  • Pembedahan Transplantasi Kornea
  • Pembedahan Kanser Permukaan Mata
  • Pembedahan Katarak
  • Pembedahan Transplantasi Membran Amniotik
  • Pembedahan Kecemasan – Rupture Globe/ Eyelid and Eyeball Laceration

Direktori

Talian Utama: 03-61454333
Fax: 03-61454222

 

NoJabatan OftalmologiSamb
1Kaunter Klinik Oftalmologi1160
2

Kaunter Temujanji

(Untuk pertukaran temujanji, sila telefon selepas pukul 2.30 petang)

1160
3Penyelia Klinik Oftalmologi1173
4Wad Mata 4B - Kaunter Jururawat4410
5Klinik Optometri1167

 

NoNamaJawatanSamb
1 Dr. Shamala Retnasabapathy Ketua Jabatan dan Pakar Perunding 1161
2 Puan Narjis Binti Satar

Ketua Optometri

Pegawai Optometri U52

1167
3 PPP Mohd Zailani Setapa

Penyelia Klinik

Penolong Pegawai Perubatan U32

1173

Cetak Emel