logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Penyelidik
  • Pusat Penyelidikan Klinikal
  • Apa itu CRC?

Apa itu CRC?

apa_crc

Apa Itu CRC?

Rangkaian Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) merupakan satu daripada enam institut penyelidikan di bawah Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang ditubuhkan pada tahun 2000. Sehingga kini, rangkaian CRC yang beribu pejabat di Hospital Kuala Lumpur, telah berkembang kepada 27 cawangan yang terletak di hospital-hospital utama di Malaysia.

Pusat Penyelidikan Klinikal Hospital Sungai Buloh (HCRC) telah ditubuhkan pada tahun 2010 dalam usaha KKM untuk mewujudkan budaya penyelidikan disamping menyediakan kemudahan bagi menyokong aktivit penyelidikan di fasiliti Kementerian Kesihatan.

Piagam Pelanggan

Piagam ini ditujukan khas kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan CRC.

1. Kemudahan Untuk Pelanggan

  • Setiap pelanggan boleh mendapat perkhidmatan yang sewajarnya daripada Kementerian ini tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosial-ekonomi.
  • Setiap pelanggan yang ditakrifkan sebagai dalam keadaan kecemasan akan diberi perkhidmatan dengan segera.

2. Taraf Perkhidmatan

  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  • Setiap pelanggan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional.
  • Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.

3. Maklumat Perkhidmatan

  • Setiap pelanggan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan yang diberikan kepadanya.
  • Setiap pelanggan boleh mendapat laporan mengenai perkhidmatan yang diterimanya secepat mungkin setelah membuat permohonan mengikut peraturan yang ditetapkan.

4. Pendidikan Kesihatan

  • Setiap pelanggan akan diberikan maklumat mengenai aspek-aspek penting dari segi rawatan kesihatan dan pencegahan penyakit.

5. Kewajipan Pelanggan

Untuk membolehkan Kementerian Kesihatan melaksanakan Piagam ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk:

  • Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan 
  • Menjaga kesihatan dirinya dan masyarakat dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dan
  • Menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.

Visi

Menjadi peneraju institusi penyelidikan klinikal di Malaysia

Misi

Meningkatkan mutu kesihatan pesakit melalui penyelidikan klinikal yang beretika dan berkualiti

Objektif

  • Menjadi pengantara dalam meningkatkan keupayaan penyelidikan di Hospital Sungai Buloh dan seterusnya membantu dalam mencapai Key Performance Indicator Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Menjadikan CRC Hospital Sungai Buloh sebagai pusat rujukan untuk penyelidikan klinikal di Malaysia.
  • Menjadi pusat kecemerlangan di dalam pengurusan penyakit berjangkit, trauma, neurosurgeri serta penjagaan kesihatan yang menyeluruh dengan penekanan terhadap perkhidmatan rawatan harian.

Fungsi CRC Hospital adalah seperti berikut:

1. Penyelidikan:

    1. Menjalankan Penyelidikan IIR & ISR.
    2. Menyokong ISR bersama CRM.
    3. Menyokong Penyelidikan yang dijalankan di Fasiliti KKM .
    4. Memantau Penyelidikan yang dijalankan di Fasiliti KKM.
    5. Menyemak protokol Penyelidikan & permohonan keluluasan untuk menjalankan penyelidikan.
    6. Membantu dalam Penyebaran atau Penerbitan hasil penyelidikan.

2. Konsultasi:

    1.  Memberi Khidmat Konsultasi penyelidikan.
    2.  Membimbing penyelidik dalam proses permohonan geran penyelidikan.

3. Latihan:

    1. Menganjurkan latihan berkaitan penyelidikan untuk staff KKM.
    2. Menganjurkan latihan dalaman untuk staff CRC

4. Pentadbiran:

    1. Menyediakan laporan-laporan berkaitan dengan penyelidikan
    2. Menguruskan peruntukan kewangan, sumber manusia dan fasiliti CRC.

 

Perkhidmatan yang disediakan:

1. Penyelidikan

  • Membantu dalampenyelidikan berbentuk Penyelidikan Inisiatif Penyelidik (IIR) dan Penyelidikan Tajaan Industri (ISR)
  • Membantu dan memastikan perlaksaan kajian klinikal menepati kehendak standard GCP Malaysia

2. Semakan

  • Menjadi secretariat HRRC dan memastikan kajian protocol serta menyemak mengikuti format MREC
  • Mengemaskini database rekod HRRC

3. Pentadbiran

  • Menjalankan kerja-kerja pentadbiran yang berkaitan dengan penyelidikan

4. Konsultasi Penyelidikan

  • Memberi khidmat nasihat mengenai penyelidikan klinikal;

- Protokol Development

- Biostatik

- Dan Lain-lain 

  • Membantu pendaftaran NMRR secara Atas Talian (Online)

5. Latihan dan penganjuran bengkel

  • Menganjurkan kursus latihan;

- Introduction to Clinical Research

- Good Clinical Practice (GCP)

- Basic Statistic

- Medical Writing

- Dan Lain - lain

Aktiviti Jabatan:

1.   Introduction to Clinical Research (GPCR-Allied Health)

2.   CME HSgB - Guidance on Publication of Research ( Prof Su May )

3.   Introduction to Clinical Research (GPCR-Professional)

4.   Good Clinical Practice Workshop

5.   Case Series/ Case Study : Effective Oral & Poster Presentation

6.   Protocol Development Workshop

7.   CME HSgB - Methodology and Study Design (Prof Karuthan Chinna )

8.   Good Clinical Practice Workshop – Dental

 

Aktiviti Kolaborasi Jabatan:

  1. 2nd Case Report in Paediatric Dentistry Conference (CRiPD) 2018
  2. Good Clinical Practice (GCP) Workshop
  3. Emergency Medicine Research Network Meeting
  4. 12th National Conference for Clinical Research (NCCR)
  5. 7th Selangor Research Week

Waktu Operasi:

Isnin Hingga Jumaat ( 8.00 pagi - 5.00 petang)

 

Direktori

Talian Utama: 03-61454333 (sam: 5231)
Fax: 03-61454222

Anggota CRC Sungai Buloh:

NoNamaJawatanE-mail
1 Dr. Kalaiarasu M. Paeriasamy Head Of CRC Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2 Dr. Liew Boon Seng Deputy Of CRC Department Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
3 Dr. Mohd Aizuddin Bin Abdul Rahman Manager Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
4 Dr Kuan Pei Xuan Medical Officer Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
5 Dr Swarna Lata Krishnabahawan Medical Officer Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
6 Dr Amira Azhar Medical Officer Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
7 Dr Mohan Dass Pathmanathan Medical Officer Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
8 Dr Arvinder Singh HS Medical Officer Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
9 Rozila Harun Jururawat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
10 Citra A/P Palanisamy Study Coordinator Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
11 Nur Ain Zahidah Binti Zainudin Study Coordinator Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
12 Nurul Suhada Binti Kamaruddin Study Coordinator Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
13 Mas Linda Binti Mohmad Study Coordinator Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
14 Wifa Shazelin Binti Rosli Pembantu Tadbir (PSH) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cetak Emel