logo ms

logo ms

offcanvas

Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP)

fpp  SKIM PERKHIDMATAN PESAKIT BAYAR PENUH (FPP)

 

LATAR BELAKANG

Skim FPP ini telah dimulakan di Hospital ini pada penghujung tahun 2015 sebagai perluasan fasa pertama Skim FPP yang telah dimulakan oleh Hospital Rintis Putrajaya dan Selayang sejajar dengan garis panduan dan Akta Fi FPP 2007.

Sehubungan dengan itu satu unit pengurusan FPP telah ditubuhkan pada pertengahan tahun 2018 dengan fungsi untuk menyelaras dan memantau perjalanan skim FPP. Bermula dengan hanya 8 orang pesakit FPP pada tahun 2015 telah meningkat kepada 483 orang pesakit FPP pada tahun 2016 dan lebih seribu orang pada tahun 2017, seterusnya kepada 1358 orang pesakit baru pada tahun 2018.

Seramai 49 orang Pakar dari pelbagai bidang terlibat dalam melaksanakan Skim FPP ini pada masa kini dengan penglibatan dari 15 Jabatan.

 

KELEBIHAN MEMILIH SKIM FPP

  • Pesakit boleh memilih Pegawai Perubatan Pakar untuk merawatnya;
  • Kemudahan giliran untuk mendapat rawatan.
  • Pesakit Dalam boleh menikmati beberapa kemudahan di wad kelas satu atau yang setaraf; dan
  • Semua kemudahan yang akan diberi adalah bergantung kepada sumber, bidang kepakaran dan fasiliti sedia ada.

 

CARA MENDAPATKAN RAWATAN

  • Pesakit boleh mendapatkan rujukan dari mana-mana pegawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan swasta, atau
  • Hadir sendiri untuk mendapatkan rawatan di bawah Skim PPBP.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Perkhidmatan Pesakit Luar
  • Perkhidmatan Pesakit Harian
  • Perkhidmatan Pesakit Dalam

 

KEPAKARAN YANG DITAWARKAN

  • Ortopedik dan Traumatologi
  • Obstetrik dan Ginekologi
  • Oftalmologi
  • Oromaksilofasial/Dental
  • Otorinolaringologi (ENT)
  • Pergigian Kanak-kanak
  • Perubatan
  • Perubatan Rehabilitasi
  • Pembedahan Am
  • Radiologi Intervensi

 

KEPAKARAN SOKONGAN

  • Anestesiologi dan Rawatan Rapi
  • Perubatan Pediatrik
  • Radiologi
  • Patologi

 

CAJ-CAJ YANG DIKENAKAN

  • Caj Pendaftaran
  • Caj Perundingan
  • Caj Hospitaliti
  • Caj Penyiasatan
  • Caj Tatacara
  • Caj Rawatan
  • Caj Laporan Perubatan
  • Caj Ubatan
  • Caj Barang Pakai Buang
  • Caj Sewa Dewan Bedah/Bilik Bersalin.

 

 1.  CAJ PENDAFTARAN

Pesakit Baru

RM10.00

Pesakit Ulangan

TIADA

*Pesakit akan dikenakan caj pendaftaran semula bagi setiap perkhidmatan (pesakit luar/pesakit harian/pesakit dalam.

 

 2.  CAJ PERUNDINGAN

  • Pesakit Luar

Pesakit Baru

RM100.00

Pesakit Ulangan

RM60.00

  • Pesakit Dalam (Caj Lawatan)

Jenis Caj

Waktu Pejabat

8.00 pagi - 5.00 petang

Selepas Waktu Pejabat / Cuti Umum

Perundingan

RM60.00

RM120.00

Perundingan Jagaan Intensif RM90.00 RM180.00

 

3.  CAJ HOSPITALITI

  • Fi Katil Pesakit Dalam

Jenis Bilik/Katil

Fi (Setiap Hari)

Bilik Kelas Pertama (Satu Katil) RM160.00
Bilik Kelas Pertama (Dua Katil) RM130.00
Bilik Kelas Pertama (Empat Katil) RM80.00

 

  • Fi Katil Jagaan Harian / Intensif

Jenis Bilik/Katil

Fi (Setiap Hari)

Jagaan Harian RM70.00
Jagaan Intensif/Kritikal RM400.00 (Maksimum 14 hari)
Jagaan Koronari RM400.00 (Maksimum 14 hari)
Jagaan Intensif Neonatal RM200.00 (Maksimum 14 hari)
Berkepentingan Tinggi RM160.00 (Maksimum 14 hari)

 

  • Fi Dewan Bedah / Bilik Bersalin / Angio Suite

Jenis Kemudahan

Fi

Bilik Pembedahan/Angio Suite RM250.00 setiap jam/ sebahagian daripadanya
Bilik Bersalin RM250.00 setiap kelahiran

 

WAKTU OPERASI PERKHIDMATAN

1. PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR:

  • Hari Bekerja -2:00-5:00 petang
  • Hari Sabtu/Cuti Umum – tiada perkhidmatan

2. PERKHIDMATAN PESAKIT JAGAAN HARIAN

  • Hari Bekerja – setelah selesai merawat pesakit awam dan perkhidmatan berakhir sebelum jam 7:00 petang.
  • Hari Sabtu/Cuti Umum – tiada perkhidmatan

3. PERKHIDMATAN PESAKIT DALAM

  • Perundingan dilakukan setelah selesai merawat pesakit awam.
  • Tatacara Pembedahan dan Perubatan yang memerlukan kemudahan Bilik Bedah hanya boleh dilakukan selepas waktu pejabat kecuali kes-kes kecemasan dan kes-kes tertentu selepas dipertimbangkan dan mendapat kebenaran Pengarah Hospital.

 

DEPOSIT

Pesakit akan dikenakan deposit mengikut kadar yang ditetapkan.

  • Bagi pesakit dalaman, minima RM3,000.00 atau 50% daripada anggaran keseluruhan caj rawatan yang mana lebih tinggi.
  • Bagi pesakit luar/harian bayaran perlu dijelaskan sebelum perawatan/tatacara/penyiasatan/ubatan dsb dilakukan.

Bagi pesakit yang membawa surat jaminan [GL] dari syarikat swasta yang berdaftar dengan KKM tiada deposit dikenakan.

 

TAMBAHAN DEPOSIT

Deposit akan disemak setiap hari untuk memastikan bakinya tidak kurang daripada RM 1,000.00. Apabila berbaki RM1,000.00 Surat Peringatan untuk penambahan deposit akan dikeluarkan kepada pesakit atau waris dari masa ke semasa. Tambahan perlu dibuat dalam masa 24 jam dari tarikh pesakit menerima Surat Peringatan tersebut.

Pesakit boleh menarik diri dari meneruskan Skim PPBP ini dengan menandatangani borang yang sedia ada bagi tujuan tersebut dan menjelaskan bayaran tertunggak.

 

PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dilakukan melalui kaedah ini :

  • Tunai
  • GL dari Syarikat/Syarikat Insurans yang berdaftar dengan KKM

 

WAD FPP

Wad FPP terletak di Wad 9D dan buat masa ini beroperasi dengan 6 katil (bilik 1 katil). Pesakit Obstetrik dan Ginekologi ditempatkan di wad-wad O&G di mana kepakaran perbidanan diperlukan.

 

DIREKTORI UNIT FPP

Talian Utama: 03-61454333

No Nama Jawatan Samb e-mail
1 Dr Mohd Noor Azman Pengurus 1302 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2 Dr Hafizuddin Pen Pengurus 1301 -

 

JAWATANKUASA FPP

Pengerusi : 

  • Dato’ Dr Azmin Kass bin Rosman

AJK : 

  • Dr Shamala Retnasabapathy
  • Dr Benedict Sim Lim Heng
  • Dr Ray Joshua Ryan
  • Dr Thuraikumar Kanniah

 

GAMBAR-GAMBAR WAD FPP

 Bilik 1 katil

 fpp1

fpp2

 

 

Cetak Emel