Hari Kudis Buta Sedunia
Apa Itu Kudis Buta?
Kudis buta ialah keadaan kegatalan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan kutu yang bernama Sarcoptes Scabiei.
Apakah Tanda-tanda Dan Gejala Kudis Buta?
Kudis buta biasanya berkait dengan :
- Kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya lebih teruk diwaktu malam dan selepas mandi air panas.
- tanda-tanda calar kesan daripada menggaru.
- Bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki.
- Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu).
Dapatkan Rawatan Doktor Segera Sekiranya Terdapat Tanda-tanda Kudis Buta