logo ms

logo ms

offcanvas

LAPORAN PERUBATAN SIAP

 

Laporan perubatan berikut telah siap dan boleh diambil di Kaunter 5 Unit Hasil, Aras 2 Hospital Sungai Buloh. 

Nyatakan no. rujukan apabila berurusan di kaunter

Klik di sini untuk paparan telefon pintar

 

Sila bawa kad pengenalan dan surat keizinan perwakilan asal dari pesakit / pihak ketiga / waris terdekat (kes mati dan kanak-kanak) bagi nama wakil yang tidak dinyatakan di dalam borang permohonan. 

Format surat keizinan boleh dimuaturun di  SURAT KEIZINAN MENGELUARKAN LAPORAN PERUBATAN.pdf

 

Waktu Operasi Kaunter

Isnin - Khamis

 8.00 pagi  -  1.00 petang

( Rehat ) 

2.00 petang - 5.00 petang

    Perkhidmatan : 

  • Pendaftaran Permohonan Laporan Perubatan 
  • Pengambilan Laporan Perubatan Siap 
  • Permohonan Pengesahan Kelahiran / Kematian Daftar Lewat JPN 
Jumaat

8.00 pagi  -  12.15 petang

( Rehat ) 

2.45 petang - 5.00 petang

 Tutup Sabtu, Ahad dan Cuti Umum

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

NOMBOR GILIRAN TERAKHIR BAGI URUSAN LAPORAN PERUBATAN AKAN DIBERI 15 MINIT SEBELUM  WAKTU OPERASI  KAUNTER TAMAT. ANGGOTA PERLU MENDAFTARKAN PERMOHONAN DI DALAM SISTEM E - LAPORAN PERUBATAN JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR

HANYA 10 ORANG DIBENARKAN BERADA DI DALAM KAUNTER PADA SATU-SATU MASA BAGI MEMASTIKAN PENJARAKKAN SOSIAL DIPATUHI

 

NOTA PENTING  :

Tempoh siap permohonan lengkap adalah seperti berikut ;

a) Laporan perubatan biasa : 28 hari bekerja ( tidak termasuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum )

b) Laporan bedah siasat : 90 hari bekerja ( Keputusan ujian toksikologi dari Jabatan Kimia Malaysia )

 

Permohonan lengkap dengan dokumen berikut sahaja didaftar dan diserah kepada Pegawai Perubatan di Jabatan Klinikal ;

i) Borang permohonan laporan perubatan / surat keizinan asal / original  consent letter 

Muaturun borang di Laman Web Rasmi Hospital Sungai Buloh https://hsgbuloh.moh.gov.my/index.php/borang-muat-turun/borang            

ii) Salinan kad pengenalan pesakit / pertalian waris terdekat ( kes mati / kanak-kanak )

iii) Nota discaj wad / salinan kad rawatan temujanji klinik pakar / tarikh kedatangan Jabatan Kecemasan

iv) Resit bayaran laporan perubatan dari Unit Hasil

v) Borang laporan perubatan seperti borang Insurans / KWSP / PERKESO / Buruh 90 / Zakat / Jabatan Kebajikan Masyarakat & lain-lain borang untuk pengisian oleh Pegawai Perubatan. Jika tiada borang tertentu dilampirkan, laporan perubatan format Kementerian Kesihatan Malaysia akan disediakan oleh Pegawai Perubatan

 

PERHATIAN :

HOSPITAL SUNGAI BULOH TELAH DIWARTAKAN SEBAGAI HOSPITAL RUJUKAN SEMUA KES WABAK VIRUS COVID-19 NEGERI SELANGOR

KELEWATAN PENYEDIAAN LAPORAN PERUBATAN OLEH PEGAWAI PERUBATAN ADALAH DIJANGKA MELEBIHI TEMPOH MASA YANG TELAH DITETAPKAN

 

SILA EMAIL Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. / samb. 2914 

  

 Senarai ini dikemaskini setiap hari jam 4.00 pm

Cetak Emel