Unit Kualiti

Pengenalan

Unit Kualiti dibuka pada 24 Januari 2007 dan mula beroperasi pada 3 Mac 2007.Moto Unit Pengurusan Kualiti adalah “KUALITI MENJANA KECEMERLANGAN”. Skop utama Unit Pengurusan Kualiti adalah menyelaras pelaksanaan semua aktiviti peningkatan kualiti hospital mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Unit Pengurusan Kualiti dipengerusikan oleh Pengarah dan dibantu oleh Timbalan Pengarah (Perubatan). Bermula tahun 2020 Unit Pengurusan Kualiti dan Lean Healthcare berada di bawah Direktorat Perubatan.

Visi

Kami akan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan bertumpukan pesakit melalui kecemerlangan dalam penyelidikan klinikal, latihan, pendidikan, inovasi dan teknologi bersesuaian dengan kakitangan yang prihatin, penyayang, komited dan professional.

Misi

Misi Unit Pengurusan Kualiti ialah mewujudkan penglibatan dan penyertaan anggota Hospital Sungai Buloh dalam mengambil langkah-langkah positif bagi meningkatkan lagi dan mengekalkan kualiti dalam perkhidmatan.

Objektif

  • Untuk memastikan semua aktiviti kualiti yang merangkumi aktiviti peningkatan kualiti KKM dijalankan dan dipantau dengan sempurna di Hospital Sungai Buloh.
  • Melatih kakitangan dalam aktiviti inisiatif kualiti.
  • Menyimpan, mengumpul data yang berkaitan dengan Inisiatif Kualiti Kementerian Kesihatan yang mesti dilaksanakan seperti ‘Incident Reporting’, ‘National Indicator Approach (NIA)’ dan lain-lain.

Skop perkhidmatan

  1. Menyelaras pelaksanaan semua aktiviti-aktiviti peningkatan kualiti hospital serta mengambil bahagian dalam program-program yang dianjurkan oleh hospital yang berasaskan kepada pendidikan dan penyelidikan.
  2. Menyelaraskan sistem dokumentasi bagi semua aktiviti peningkatan kualiti.
  3. Mengurus dan mentadbir Auditorium dan Bilik Seminar 1 & 2.
  4. Mengendalikan tempahan kegunaan Auditorium dan Bilik Seminar.
  5. Menyimpan,mengumpul salinan minit dan stastistik berkaitan dengan Initiatif Kualiti Kementerian Kesihatan yang mesti dilaksanakan seperti ’Incident Reporting’,’National Indicator Approach(NIA)’ dan lain-lain.
  6. Menyelaras dan mengendalikan kursus, seminar dan bengkelyang berkaitan dengan aktiviti peningkatan kualiti untuk warga Hospital Sungai Buloh.
  7. Menyelaras dan mengendalikan program persijilan seperti Akreditasi, Program Bebas Kesakitan dan lain-lain di peringkat hospital.
  8. Menyelaras program Lean Healthcare di peringkat hospital.
  9. Menyelaras program Kluster Zon Selangor Utara bersama Non-Lead Hospital Sabak Bernam dan Hospital Tanjung Karang.
  10. Menjadi Seketrariat dan membantu penubuhan jawatankuasa yang berkaitan dengan aktiviti peningkatan kualiti.

 

Portfolio di bawah Unit Kualiti Hospital Sungai Buloh

 
Item No Committee Secretariat
1. NIA/KPI Committee
2. Malaysian Patient Safety Committee
3. Accreditation Steering Committee
4. Pain Free Committee
5. Lean Healthcare Initiatives
6. Northern Selangor Region Cluster Hospital
7. Credentialing Privileging Committee
8. Risk Management Committee
9. Incident Reporting
10. Clinical Audit Committee
11. QAP/KIK Projects Committee
12. Resuscitation Programme Committee
13. Patient and Family Rights Committee
14. Pain Free Hospital
15. Mortality and Morbidity Committee

 

 

Waktu operasi :

8.00 pagi- 5 petang

Direktori

Talian Utama: 03-61454333
Fax: 03-61454222

 

NoNamaJawatanSambEmail
1 Dr Rusdianna Binti Alip Ketua Unit Kualiti 5223 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2 Dr Charmaine Gan Sze Hui Pegawai Perubatan UD48 5224 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
3 Dr Poh Ka Jin Pegawai Perubatan UD48 5221 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
4 Dr Pranshantini Sadison Pegawai Perubatan UD52 5224 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
5 Dr Aarvinder Kaur Pegawai Perubatan UD48 5225 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
6 Dr Nur Adelina binti Juhari Pegawai Perubatan UD52 5222 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
7 Dr Wong Pik Yuet Pegawai Perubatan UD48 5225 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
8 Dr Jonathan Chua Zhi Ern Pegawai Perubatan UD41 5221 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
9 Dr Zainooriha Binti Othman Pegawai Perubatan UD52 5222 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
10 Dr Izzah Munirah Binti Hamidin Pegawai Perubatan UD44 5224 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
11 Pn Robita Binti Sulaiman Sh'ari Jururawat TBK U32 5229 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
12 Pn Shartine Binti Wan Chek Jururawat TBK U32 5222 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cetak