logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Sokongan
  • Jabatan Rekod Perubatan

Jabatan Rekod Perubatan

jabatan_rekod_perubatan

Pengenalan

Jabatan Rekod Perubatan merupakan perkhidmatan sokongan hospital yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus rekod perubatan fizikal dan elektronik, permohonan laporan perubatan dan bedah siasat, persidangan lembaga perubatan, pengurusan perangkaan Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan (HMIS) dan klasifikasi penyakit berpandukan piawaian International Classification of Diseases and Related Health Problems (ICD 10)

Jabatan Rekod Perubatan memainkan peranan penting dalam menguruskan maklumat dan data-data yang komprehensif untuk menunjukkan perkembangan taraf perubatan dan perkhidmatan hospital.

Jabatan ini terletak di aras 3 bersebelahan Unit Rawatan Rapi Jantung (CCU) dan Jabatan Teknologi Maklumat.

Waktu Operasi Kaunter Jabatan Rekod Perubatan

HariMasa
Isnin – Khamis
  • 8.00 pagi – 1.00 tengahari
    Rehat
  • 2.00 petang - 5.00 petang
Jumaat
  • 8.00 pagi - 12.15 tengahari
    Rehat
  • 2.45 petang - 5.00 petang
Sabtu / Ahad / Cuti Umum Tutup

 

Unit Pengurusan Rekod Perubatan

Hospital Sungai Buloh menggunakan rekod perubatan elektronik (EMR) di mana aplikasi HIS telah digunakan untuk proses pendaftaran dan perawatan pesakit secara menyeluruh. Pengurusan maklumat klinikal di dalam EMR dikawal selia oleh Jabatan Rekod Perubatan dengan kerjasama Jabatan Teknologi Maklumat bagi aspek teknikal. Terdapat juga dokumen rekod perubatan yang tidak menggunakan EMR disebabkan faktor limitasi sistem dan tujuan kes Medico-Legal. Pengurusan rekod fizikal ini melibatkan proses penerimaan, penjilidan, penyimpanan dan pinjaman serta pelupusan rekod dan difailkan menggunakan Sistem Terminal Digit dan kod warna.

Aktiviti pengurusan rekod perubatan melibatkan:

  • Menerima, menyemak dan mendaftar pergerakan rekod perubatan fizikal di dalam EMR
  • Memfail rekod perubatan mengikut Garis Panduan Pengurusan Rekod Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Memproses pinjaman rekod perubatan bagi tujuan sapina mahkamah, penyelidikan, audit hospital kerajaan/klinik kesihatan, siasatan dalaman dan luaran hospital
  • Melaksanakan proses pelupusan rekod perubatan apabila tamat tempoh simpanan mengikut Jadual Pelupusan Rekod Perubatan

Aktiviti perkhidmatan pengesahan maklumat kesihatan pesakit turut melibatkan;

  • Permohonan pengesahan rekod kelahiran dan kematian bagi kes pendaftaran lewat
  • Permohonan semakan kesahihan sijil cuti sakit
  • Permohonan pengesahan kedatangan/kemasukan ke wad

Prosedur permohonan pengesahan rekod kelahiran dan kematian bagi kes pendaftaran lewat:

  1. Permohonan boleh dibuat melalui kaunter Jabatan Rekod Perubatan atau melalui pos di alamat Jabatan Rekod Perubatan Hospital Sungai Buloh.
  2. Permohonan bertulis (nyatakan tarikh kelahiran / kematian) / atau dengan cara mengisi borang permohonan di kaunter dan melampirkan dokumen sokongan. (Sila rujuk senarai dokumen pengesahan kelahiran dan kematian).
  3. Borang JPN LM 01 / 02 akan dimajukan kepada Dewan Bersalin / Jabatan Forensik untuk semakan buku pendaftaran kelahiran / kematian bagi rekod yang tiada dalam simpanan Jabatan Rekod Perubatan.
  4. Tempoh siap bagi proses pengesahan rekod kelahiran dan kematian bagi kes pendaftaran lewat yang lengkap adalah 14 hari bekerja.

Senarai dokumen yang diperlukan untuk tujuan pengesahan rekod kelahiran dan kematian:

Jenis Permohonan Dokumen diperlukan 
Pengesahan rekod kelahiran daftar lewat  
  1. Permohonan bertulis / Isi borang permohonan di kaunter. Borang boleh dimuat turun di 
    https://hsgbuloh.moh.gov.my/images/pdf/MRD/Borang_Permohonan_Pengesahan_Rekod_Kelahiran.pdf
  2. Salinan Kad Pengenalan / dokumen pengenalan diri ibubapa kandung / penjaga yang sah / pemohon / akuan bersumpah jika berkaitan
  3. Buku pemeriksaan ibu mengandung (warna merah-jika ada)
  4. Borang Pengesahan Kelahiran (jika ada)
  5. Borang JPN LM 01
  6. Laporan Polis sekiranya dokumen berkaitan didapati hilang
Pengesahan rekod kematian daftar lewat  
  1. Permohonan bertulis / Isi borang permohonan di kaunter
  2. Salinan Kad Pengenalan / dokumen pengenalan diri simati / waris yang sah / pemohon / akuan bersumpah jika berkaitan
  3. Salinan Permit Menguburkan
  4. Borang JPN LM 02
  5. Laporan Polis sekiranya dokumen berkaitan didapati hilang

Permohonan semakan kesahihan sijil cuti sakit

Permohonan secara bertulis kepada Pengarah Hospital Sungai Buloh menggunakan letterhead rasmi jabatan bersama salinan sijil cuti sakit yang berkaitan. Tindakan pengesahan akan mengambil masa dalam tempoh 14 hari bekerja.

Permohonan pengesahan kedatangan / kemasukan ke wad

Pemohon perlu hadir ke Jabatan Rekod Perubatan, Hospital Sungai Buloh. Tindakan pengesahan akan mengambil masa dalam tempoh 1-2 jam.

Jika memohon secara bertulis kemukakan surat permohonan bersama dokumen; (i) salinan pengenalan diri (ii) kad temujanji Klinik Pakar / tarikh rawatan (iii) surat keizinan pesakit jika melibatkan pihak ketiga. Tindakan pengesahan akan mengambil masa dalam tempoh 7 hari bekerja.

 

Unit Pengurusan Laporan Perubatan / Bedah Siasat dan Lembaga Perubatan

Unit Pengurusan Laporan Perubatan / Bedah Siasat menyediakan perkhidmatan bagi permohonan semua jenis laporan perubatan (termasuk borang insuran, KWSP, PERKESO, Buruh 90, Hemodialisis, BAT117, OKU, Zakat, JKM dan lain-lain laporan). Unit ini juga menyelaras persidangan Lembaga Perubatan yang dipohon kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, PERKESO dan KWSP.

Permohonan laporan perubatan / bedah siasat boleh dibuat dengan hadir ke kaunter Jabatan Rekod Perubatan Aras 3 atau melalui pos ke alamat Jabatan Rekod Perubatan, Hospital Sungai Buloh.

Salinan filem X-Ray / CT Scan / Keputusan Ujian Makmal Patologi tidak boleh diberikan kepada pihak ketiga kecuali dengan tujuan rujukan rawatan susulan ke fasiliti lain / second opinion perawatan tertakluk kepada kelulusan Pengarah Hospital. Mengikut Garispanduan Penyediaan Laporan Perubatan Pesakit KKM Bil 16/2010, pesakit boleh mendapatkan keputusan X-Ray / CT Scan / MRI / Ujian Makmal dengan memohon laporan daripada Jabatan Radiologi / Patologi.

Senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan laporan perubatan / bedah siasat

1) Surat permohonan bertulis / borang permohonan laporan perubatan / surat keizinan asaloriginal  consent letter 

Borang boleh dimuaturun di Laman Web Rasmi Hospital Sungai Buloh
https://hsgbuloh.moh.gov.my/index.php/borang-muat-turun/borang    

Sekiranya melibatkan permohonan daripada pihak ketiga, kebenaran bertulis (ASAL) hendaklah diberi oleh pesakit / waris simati / penjaga. Dokumen perlu menunjukkan pertalian keluarga       

2) Salinan kad pengenalan pesakit / pertalian waris terdekat ( kes mati / kanak-kanak )

3) Nota discaj wad / salinan kad rawatan temujanji klinik pakar / tarikh kedatangan Jabatan Kecemasan

4) Resit bayaran laporan perubatan dari Unit Hasil.

Bayaran boleh dibuat secara tunai di Kaunter Unit Hasil Hospital / kiriman cek atau wang pos atas nama Pengarah Hospital Sungai Buloh untuk semakan tunggakan bil hospital. Pemohon perlu menjelaskan tunggakan bil hospital terlebih dahulu sebelum bayaran laporan perubatan boleh diproses.

Bayaran Laporan Perubatan (tertakluk bawah Akta Fi, Perintah Fi (Perubatan) (Kos perkhidmatan) 2014 dan Pindaan Perintah Fi (Perubatan) 2003 P.U (A) 359

Jenis Laporan (RM)

Warganegara

Bukan Warganegara

Laporan Perubatan Biasa

40

120

Laporan Perubatan Ringkas Pakar

80

240

Laporan Perubatan Pakar Terperinci*

200-1000

400-2000

*Bergantung kepada kerumitan menyediakan Laporan Perubatan Pakar Terperinci tersebut.

5) Borang laporan perubatan berkaitan seperti borang insuran, KWSP, PERKESO, Buruh 90, Hemodialisis, BAT117, OKU, Zakat, JKM dan lain-lain laporan untuk pengisian oleh Pegawai Perubatan

Nota ** Hanya permohonan dengan dokumen lengkap sahaja akan didaftar dan diserahkan kepada Pegawai Perubatan di Jabatan Klinikal

 

Tempoh siap permohonan lengkap laporan perubatan dan bedah siasat dikira daripada tarikh permohonan lengkap diterima ;

  1. Laporan perubatan biasa : 28 hari bekerja ( tidak termasuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum )
  2. Laporan bedah siasat : 90 hari bekerja ( tidak termasuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum ) Keputusan ujian toksikologi diperolehi dari Jabatan Kimia Malaysia

Semakan laporan perubatan siap adalah dengan melayari Laman Web Rasmi Hospital Sungai Buloh / Utama / Pengumuman https://hsgbuloh.moh.gov.my/index.php/ms/semua-pengumuman/1072-laporan-perubatan-yang-telah-siap-untuk-diambil

Hanya pesakit atau wakil yang membawa surat keizinan yang asal sahaja dibenarkan mengambil laporan perubatan. Surat keizinan bagi wakil boleh dimuat turun di  SURAT KEIZINAN MENGELUARKAN LAPORAN PERUBATAN.pdf

Sekiranya laporan perubatan tidak diambil dalam tempoh 2 bulan, laporan tersebut akan dihantar secara pos ke alamat pemohon. Pihak hospital tidak bertanggungjawab di atas kehilangan laporan yang telah dihantar menerusi pos.

 

Unit Perangkaan HMIS dan Klasifikasi Penyakit ICD 10

Unit ini mengurus dan menyediakan perangkaan Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan (HMIS) secara harian dan bulanan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan menyelaraskan permohonan maklumat perangkaan dari agensi kerajaan dan para penyelidik.

Pengkelasan penyakit bagi kes pesakit dalam adalah berpandukan piawaian International Classification of Diseases and Related Health Problems (ICD 10)

Permohonan dari agensi kerajaan/berkanun untuk memohon maklumat perangkaan perlu dipohon melalui Pengarah Hospital / Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Bagi tujuan penyelidikan, pemohon perlu memohon melalui Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) atau layari laman web www.nmrr.gov.my bagi maklumat lanjut.

Direktori

Sebarang pertanyaan sila hubungi;
Kaunter : 03-6145 4360 / email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Laporan Perubatan : samb. 4360/4362/4363 / email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Pengurusan Rekod Perubatan : samb. 4364/4367/4370
Pengurusan Perangkaan HMIS : 4365/4366

 

Cetak Emel