Unit Pemulihan Anggota

Pengenalan

Unit Fisioterapi terletak di Aras 1 merupakan sebahagian dari Jabatan Rehabilitasi  dan mula beroperasi pada September 2006. Unit  ini mempunyai staf seramai 12 orang pegawai Fisioterapi,  4 orang Pembantu Perawatan Kesihatan ( PPK )  dan diketuai oleh Pegawai Pemulihan ( Anggota ) U41. Unit Fisioterapi terdapat 7 bahagian utama untuk rawatan pesakit luar iaitu gymnasium, elekteroterapi , hideroterapi , bilik rawatan pediatrik, penjagaan kesihatan lelaki dan wanita , terapi tangan dan terapi ‘balance’. Unit ini juga dilengkapi dengan peralatan terkini dan moden.

Visi

Menyediakan  perkhidmatan Fisioterapi yang tepat, efektif dan berkualiti yang mudah diperolehi oleh setiap lapisan masyarakat serta ianya menepati keperluan dan ekspektasi pelanggan yang secara langsung akan menjana kearah kesejahteraan dan peningkatan kualiti hidup rakyat.

Misi

Menyediakan perkhidmatan Fisioterapi yang cekap dan penyayang, selamat dan cemerlang berdasarkan nilai-nilai etika dan professionalisma.

Objektif

Objektif utama Unit Fisioterapi adalah untuk menyediakan perkhidmatan pemulihan yang berkualiti bertepatan dengan ekspektasi pelanggan selaras dengan dasar KKM mengenai promosi dan penjagaan kesihatan rakyat. 

Waktu Operasi

HariMasa
Isnin - Khamis
  • 8.00am - 1.00pm
  • 2.00pm - 5.00pm
Jumaat
  • 8.00am - 12.15pm
  • 2.45pm - 5.00pm

Direktori

Talian Utama : 03-61454333

Faks : 03-61454222

NoNamaJawatanSambEmail
1 Mdm. Foo Kok Wee Ketua Unit - -
-

Unit Psikologi Kaunseling

unit_psikologi_kaunseling

Pengenalan

Unit Psikologi Kaunseling ditubuhkan di Hospital Sungai Buloh ini berada di bawah Pengurusan. Ini bermakna unit ini adalah di bawah naungan Pengarah Hospital dan dipantau oleh Timbalan Pengarah Pengurusan. Pada Disember 2002, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melantik beberapa pegawai kaunselor S41 dan seorang pegawai kaunselor S41 di tempatkan di Hospital Sungai Buloh, Selangor (ditempatkan di Pusat Kawalan Kusta Negara, Sg. Buloh) untuk memberi perkhimatan kaunseling kepada pesakit. Pada tahun 2005, melalui ABM 2004 jawatan pegawai kaunselor S44 diwujudkan untuk Hospital Sungai Buloh. Kedua-dua pegawai kaunselor S44 dan S41(2008) diletakkan dalam satu unit bagi melancarkan perancangan dan perlaksanaan perkhidmatan kaunseling. Sekarang dikenali sebagai Pegawai Psikologi.

Unit ini dinamakan Unit Psikologi Kaunseling kerana dalam melaksanakan perkhidmatan kaunseling, kaunselor menggunakan ilmu-ilmu dan prinsip-prinsip psikologi bagi membantu klien menangani masalah dan isu-isu berkaitan. Gabungan dua disiplin ini iaitu psikologi dan kaunseling perlu bagi menghasilkan perkhidmatan kaunseling yang efektif dan profesional.

Misi

  • Melengkapkan sistem perkhidmatan kesihatan dengan memberi penekanan terhadap kesihatan emosi dan perkembangan psikologi yang baik kepada pelbagai lapisan masyarakat.
  • Melaksanakan program penyelidikan dan perkembangan ilmu bagi tujuan memantapkan perkhidmatan dan profesion Pegawai Kaunselor di Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Meletakkan perkhidmatan Pegawai Kaunselor sebagai salah satu disiplin penting dalam penjagaan kesihatan di negara-negara maju.
  • Meningkatkan dan memperkembangkan tahap pengetahuan dan kemahiran serta keterampilan profesion Pegawai Kaunselor sejajar dengan perkembangan perubatan terkini.

Visi

Mewujudkan perkhidmatan kaunseling yang profesional, efektif, berkualiti, cekap dan client focused dalam perawatan pesakit di samping membantu meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan emosi dan perkembangan psikologi setiap individu.

Objektif

  • Melengkapkan sistem perkhidmatan kesihatan dengan memberi penekanan terhadap kesihatan emosi dan perkembangan psikologi yang baik untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.
  • Memberi kesedaran kepada warga HSB akan kepentingan perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling dalam menguruskan kehidupan seharian.
  • Meningkatkan dan kembangkan tahap pengetahuan dan keterampilan profesion Pegawai Psikologi sejajar dengan perkembangan perubatan terkini.
  • Melaksanakan program penyelidikan dan perkembangan ilmu bagi tujuan memantapkan perkhidmatan dan profesion Pegawai Psikologi di Kementerian Kesihatan Malaysia

Piagam Pelanggan

  • Memberi maklumbalas awal terhadap kes rujukan baru dalam masa 5 hari bekerja.
  • Sesi kaunseling intervensi psikologi dan individu dijalankan sekurang-kurangnya 30 minit (1 sesi)
  • Merahsiakan maklumat yang diberikan oleh klien selagi maklumat tersebut tidak membahayakan diri klien dan individu lain.

Perkhidmatan Yang Disediakan

Jenis Perkhidmatan Kaunseling yang disediakan :

  • Kaunseling Kanak-kanak
  • Kaunseling Remaja
  • Kaunseling Individu
  • Kaunseling Keluarga
  • Kaunseling Kelompok
  • Kaunseling HIV/AIDS
  • Intervensi Krisis
  • Kaunseling Perkahwinan
  • Kaunseling Motivasi
  • Ujian Psikologi / Psikometrik

Jadual Waktu Perkhidmatan Klinik

Anggaran MasaTugasan
8.00 a.m - 9.00 a.m Briefing dan pengurusan pejabat
9.00 a.m - 10.00 a.m Sesi kaunseling pesakit dalam/luar
10.15 a.m - 11.15 a.m Sesi kaunseling pesakit dalam/luar
11.30 a.m - 12.30 p.m Sesi kaunseling pesakit dalam/luar
12.30 a.m - 1.00 p.m Pengurusan pejabat
2.00 p.m - 3.00 p.m Sesi kaunseling pesakit dalam/luar
3.15 p.m - 4.15 p.m Sesi kaunseling pesakit dalam/luar
4.30 p.m - 5.00 p.m Sesi kaunseling pesakit dalam/pengurusan pejabat sahaja

Direktori

Talian Utama : 03-61454333

Faks : 03-61454222

NoNamaJawatanSambEmail
1 Puan Ainul Izzah Bt Abdul Manan Pegawai Psikologi S44 4290
2 Cik Nazihah BT Mohamad Nawi

Pegawai Psikologi S41

4290 -

Unit Kejururawatan

Pengenalan

Unit kejururawatan yang diterajui oleh Ketua Penyelia Jururawat merupakan  sebuah Unit yang bertanggung jawab dalam melaksanakan segala pengurusan dan pentadbiran kejururawatan bagi semua kategori  anggota kejururawatan di Hospital Sungai Buloh. Perkhidmatan unit ini meliputi jururawat gred U11 sehingga gred U42 berjumlah 830 orang.

Unit Kejururawatan dianggotai seramai 16 orang iaitu diketuai oleh seorang Ketua Penyelia Jururawat, dibantu dengan 13 orang Penyelia Jururawat, 2 orang Jururawat Bersepadu, dan seorang Pembantu Tadbir.

Visi

Menyediakan perkhidmatan holistik yang berkualiti , selamat melalui kerja berpasukan dan perkhidmatan penyayang diberi oleh anggota yang profesional dengan kemudahan teknologi maklumat

Misi

  • Bekerjasama dengan pengamal perubatan, pesakit, keluarga dan komuniti dalam memberi perkhidmatan yang berkualiti.
  • Memberi perkhidmatan penyayang, selesa, selamat dan menyediakan persekitaran yang kondusif kepada pelanggan. 
  • Komited, berdisipin dan kompiten dalam menjalankan tugas.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Unit Kejururawatan bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan secara holisitik, kerja berpasukan, penyayang dan profesionalisma.   Unit ini juga berkerjasama dengan jabatan-jabatan lain untuk memastikan perkhidmatan berterusan mengikut keperluan individu.
  • Perkhidmatan kejururawatan memberi perkhidmatan 24 jam mengikut jadual kerja tiga shif , waktu pejabat dan atas panggilan.
  • Penempatan jururawat yang memberi perkhidmatan di semua disiplin merangkumi penjagaan perawatan perubatan, pembedahan, wanita dan kanak kanak dan gerontologi.
  • Pada 27 December 2007 penggunaan system HIS sepenuhnya di mulakan dalam perawatan kejururawatan di Hospital ini.

Direktori

Talian Utama : 03-61454333

Faks : 03-61454222

NoNamaJawatanSambEmail
1 Pn Hjh Mek binti Jusoh Ketua Penyelia Jururawat U44 4235
2 Pn Rosionjon Mushal Khan Penyelia Jururawat U42 4230 -
3 Pn Rosida Jelani Penyelia Jururawat U36 2962
4 Pn Norsiati Habuan Hanifah Penyelia Jururawat U36 2957 -
5 Pn Harnake Kaur a/p Mehar Singh Penyelia Jururawat U36 2960
6 Pn Siti Zubaidah Dolah Kamari Penyelia Jururawat U36 2959
7 Pn Foziah Larai Penyelia Jururawat U36 2960 -
8 Pn Jalilah Mohamed Penyelia Jururawat U36 2958 -
9 Pn Kamariah Omar Penyelia Jururawat U36 2958 -
10 Pn Nadzirah Fadzil Penyelia Jururawat U36 4230 -
11 Pn Inthrani a/p Ranggasamy Penyelia Jururawat U36 4230
12 Pn Chin Wee Chin Penyelia Jururawat U36 4230
13 Pn Ruslina Abu Hasan Penyelia Jururawat U36 4230
14 Pn Wan Rahimah Wan Penyelia Jururawat U36 2320 -

Jabatan Farmasi

Pengenalan

Jabatan Farmasi menyediakan penjagaan farmaseutikal (pharmaceutical care) secara individu kepada pelanggan/pesakit di hospital dengan memfokuskan kepada praktis farmasi klinikal. Jabatan ini mengawal penggunaan ubat secara rasional di dalam hospital dan membantu dalam proses perolehan, penyimpanan dan pembekalan ubat-ubatan serta persediaan farmaseutikal kepada wad-wad dan unit-unit di hospital.

Jabatan Farmasi juga menyediakan perkhidmatan di dalam hospital dan klinik-klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran dalam semua perkara yang berkaitan dengan ubat-ubatan atau rawatan dan menyediakan Formulari Ubat – Ubatan Hospital yang dikemaskini serta diluluskan oleh Jawatankuasa Ubat - Ubatan Hospital.

Lokasi Jabatan Farmasi merangkumi Tingkat 1 yang menempatkan Unit Farmasi Klinik Pakar, Unit Farmasi Pesakit Dalam dan Unit Perolehan dan Pembekalan. Farmasi Jabatan Kecemasan pula ditempatkan di Tingkat 2 dan Unit Farmasi Satelit ditempatkan di Tingkat 3 dan Tingkat 7 dan merangkumi Unit Farmasi di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN)

Pengurusan keseluruhan jabatan ini adalah dibawah tanggungjawab Ketua Pegawai Farmasi (Pegawai Farmasi U54).

Misi

Menyediakan perkhidmatan farmasi yang bermutu lagi dinamik sejajar dengan kehendak pelanggan agar lebih profesionalisma, penyayang serta berdisplin tinggi.

Visi

Memberikan perkhidmatan farmasi yang terbaik, berkualiti dan cekap demi meningkatkan taraf kesihatan dan kesejahteraan pesakit.

Objektif Jabatan

  • Membantu pesakit mencapai dan mengekalkan taraf kesihatan yang optima bagi membolehkannya menjalankan kegiatan ekonomi dan sosial yang produktif melalui perkhidmatan yang berkualiti.
  • Untuk menggalakkan perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif dalam penjagaan pesakit. 
  • Menyediakan perkhidmatan farmasi secara professional dan terkini mengikut keperluan pesakit.
  • Meningkatkan perkhidmatan perolehan dan bekalan ubat-ubatan secara berterusan demi keperluan pesakit Hospital Sungai Buloh.

Objektif Bahagian/Unit

Farmasi Klinik Pakar :

  • Untuk memberikan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang optima dengan membekalkan ubat-ubatan secara tepat dan cepat

Farmasi Pesakit Dalam :

  • Untuk mewujudkan sistem pendispensan ubat yang berkesan kepada setiap wad dan unit secara cepat dan tepat, mengurangkan kos perbelanjaan ubat dan mengurangkan pembaziran ubat melalui sistem pemantaun penggunaan ubat.

Farmasi Pengeluaran - Aseptik dan Bukan Aseptik :

  • Untuk menghasilkan produk ubat-ubatan (aseptik dan bukan aseptik) yang selamat, efektif and berkualiti.

Farmasi Stor Ubat :

  • Untuk memastikan pembekalan ubat-ubatan adalah kos efektif, mencukupi dan berterusan dalam kuantiti yang betul dan pada masa yang berpatutan.

Perkhidmatan

  • Stor Perubatan
  • Farmasi Klinik Pakar
    • Value-added service (VAS)
      • After-Office-Hour (AOH)
      • Emel dan Ambil
      • Letak dan Ambil
      • Sistem Pembekalan Ubat Bersepadu (SPUB)
      • Telefon dan Ambil
      • Ubat Malaysia Post (UMP 1 Malaysia)
  • Farmasi Unit Kecemasan (ED)
  • Farmasi Bekalan Wad
  • Farmasi Satelit ( Satelit 3 dan 7)
  • Farmasi Klinikal (Farmasi Wad,TDM , TPN, IV Admiksture, Sediaan Titis Mata dan “Acute Pain Service’ )
  • Farmasi Pengeluaran dan Pra-bungkus
  • Perkhidmatan Maklumat Ubat & Racun
  • MTAC(Medical Therapy Adherence Clinic) – HIV, Diabetes, Warfarin
  • Farmasi Pusat Kawalan Kusta Negara (Klinik Pakar Perubatan & Rehabilitasi dan Farmasi Bekalan Wad)
  • Farmasi Methadone (Terapi gantian methadone)

Waktu Perkhidmatan

FarmasiWaktu PerkhidmatanPerkhidmatan Farmasi Tambahan

Farmasi Klinik Pakar

(Hospital Sungai Buloh)

  • Isnin – Jumaat : 7.30 pg – 5.30 ptg
  • Sabtu, Ahad, cuti umum : tutup
  • Sistem Pembekalan Ubat Bersepadu (SPUB)
  • Ubat Melalui Pos (UMP)
  • After Office Hour (AOH)
  • SMS & Go
Farmasi Unit Kecemasan:
  • Buka 24 jam

    Farmasi Klinik Pakar

    (Pusat Kawalan Kusta Negara)

    • Isnin - Jumaat : 8.00 pg – 5.00 ptg
    • Sabtu, Ahad, Cuti Umum : Tutup
    • Sistem Pembekalan Ubat Bersepadu (SPUB)
    • Ubat Melalui Pos (UMP)

    Farmasi Pesakit Dalam

    • 8.00 pg - 10.00 malam

    Farmasi terapi Gantian Methadone (Pusat Kawalan Kusta Negara)
    • Isnin – Khamis :8.00 pg - 1.00 ptg
    • Jumaat : 8.00 pg - 12.15 tgh
    • Sabtu, Ahad, Cuti Umum : 8.00 pg - 11.00 pg

      Direktori

      Talian Utama : 03-61454333

      Faks : 03-61454222

      NoNamaJawatanSambEmail
      1 Dr.Roshayati Mohamad Sani Ketua Jabatan 4112
      2 Siti Suhaila Bt. Mohamed Pegawai Farmasi Pesakit Luar 4108
      3 Syahidah Bt. Noor Azman Pegawai Farmasi Pesakit Luar 4102
      4 Salehhudin Muhamad Ali Pegawai Farmasi Stor 4161
      5 Shafinaz Bt. Mohd Yusof Pegawai Farmasi Pesakit Dalam 4116
      6 Suganthi A/P Jeyabalan Pegawai Farmasi Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) 61561321 (ext 2230)
      7 Nik Zaheran Binti Mat Yasin Pegawai Farmasi Informasi Ubat (DIS) 4126

      Soalan Lazim

      Unit Penyeliaan Hospital

      Pengenalan

      Unit Penyeliaan Hospital merupakan salah satu komponen dibawah pengurusan Hospital Sungai Buloh. Unit ini terletak di aras 2, blok D, di bahagian pejabat pakar hospital. Pengurusan unit ini dibawah jagaan Ketua Penyelia Hospital (Penolong Pegawai Perubatan U42) dan dibantu oleh 4 orang kakitangan terdiri daripada Penolong Pegawai Perubatan U36, Pembantu Perawatan Kesihatan U14 dan 2 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U3. Moto unit ini adalah “Iltizam Menjana Kecemerlangan”. Justeru itu, unit ini sentiasa berusaha menuju kearah kecemerlangan dalam segala aspek perkhidmatan yang diberi. Dalam usaha untuk lebih memantapkan mutu perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan, Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan Hospital Sungai Buloh telah memperkenalkan Konsep 3D (Discipline, Documentation, Development) untuk diguna pakai oleh semua warga kerja Penolong Pegawai Perubatan di hospital ini bermula tahun 2013.

      Visi

      Menjana sebuah pasukan sokongan di bawah jagaan yang cekap dan berdedikasi dengan sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit secara berterusan.

      Misi

      Menyediakan perkhidmatan penyeliaan klinikal (clinical supervision) yang cekap dan mantap kepada anggota dibawah jagaan supaya setiap aktiviti perkhidmatan diberi secara profesional dan efektif memenuhi keperluan komuniti.

      Objektif

      • Memastikan perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Pesihatan dilaksanakan secara profesional,cekap dan berkualiti sepanjang masa mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
      • Mengurus sumber manusia dibawah kawalan dengan cekap dan mengoptimakan bilangan anggota di sesuatu unit atau jabatan mengikut kepentingan perkhidmatan.
      • Menyediakan program latihan secara berterusan dan berkesan kepada anggota dibawah jagaan

      Skop perkhidmatan

      Pemantuan klinikal(clinical supervision) bagi semua anggota dibawah jagaan dijalankan secara berkala:

      • ’Standard operating procedure’ dan akta-akta bagi Penolong Pegawai Perubatan dipatuhi.
      • Peraturan-peraturan yang ditetapkan di peringkat hospital diamalkan semasa menjalankan aktiviti kerja harian.
      • Semua Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan mengikuti senarai kerja yang telah diluluskan mengikut bidang kerja masing-masing.
      • Mematuhi senarai semak yang ditetapkan mengikut jabatan masing-masing.

      Menyediakan perkhidmatan berkhatan kepada penduduk setempat dan melatih Penolong Pegawai Perubatan di Negeri Selangor dalam teknik berkhatan di Pusat Latihan Berkhatan.

      Pengurusan sumber manusia dibawah jagaan.

      • Urusan keperluan anggota/permohonan perjawatan baru (abm)
      • Urusan pengagihan perjawatan
      • Urusan penempatan
      • Orientasi anggota baru
      • Menyelaras dan mengurus keperluan kata perubatan atau mana-mana yang termaktub/arahan daripada pihak lembaga/kementerian kesihatan. (contoh pembaharuan apc – ‘annual practising certificate’ bagi Penolong Pegawai Perubatan .
      • Memantau dan mengurus kawalan disiplin anggota dibawah jagaan.

      Pengurusan latihan dibawah jagaan.

      • Orientasi anggota baru
      • Merancang latihan bagi anggota
      • Menyelaras latihan yang di hadiri oleh anggota     

      Waktu operasi

      HariMasa
      Isnin - Khamis
      • 8.00am - 1.00pm
      • 2.00pm - 5.00pm
      Jumaat
      • 8.00am - 12.15pm
      • 2.45pm - 5.00pm

      Aktiviti 

      Direktori

      Talian Utama : 03-61454333

      Faks : 03-61454222

      NoNamaJawatanSambEmail
      1 En Zulhelmi bin Abdullah Ketua Penyelia Hospital 4229 @ 4153

      Jabatan Kerja Sosial Perubatan

      jabatan_kerja_social_perubatan

      Pengenalan

      Jabatan Kerja Sosial Perubatan merupakan jabatan yang merealisasikan perkhidmatan sokongan kepada perkhidmatan perubatan utama di Hospital Sungai Buloh. Lokasi jabatan adalah di Aras 2, Blok B bersebelahan dengan Bahagian Pengurusan Hospital Sungai Buloh. 

      Jabatan Kerja Sosial Perubatan beroperasi sepenuhmya dengan diketuai oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan (S48), 1 orang Pegawai Kerja Sosial Perubatan (S44) bersama 3 orang Pegawai Kerja Sosial Perubatan (S41), 1 orang Pembantu Pembangunan Masyarakat, 1 orang Pembantu Tadbir serta 1 orang Pembantu Perawatan Kesihatan.

      Jabatan Kerja Sosial Perubatan berfungsi untuk memberikan perkhidmatan sosial seperti berikut :

      • Terapi Sokongan / Sokongan Emosi
      • Bantuan Praktik / Material

      Sasaran jabatan adalah pesakit-pesakit yang mendapat rawatan di Hospital Sungai Buloh dan dikategorikan sebagai pesakit yang tidak berkemampuan atau yang memerlukan sokongan emosi.

      Pencapaian Piagam Pelanggan

      • Kes yang dirujuk diambil tindakbalas dalam tempoh dua hari bekerja (90%)
      • Laporan permohonan sosioekonomi lengkap dihantar ke agensi pemberi bantuan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima (80%)

      Misi

      Memberi perkhidmatan sosial yang berkualiti dan profesional kepada pesakit-pesakit yang mempunyai masalah psikososial pada setiap kes yang dirujuk.

      Visi

      Ke arah peningkatan kesejahteraan sosial masyarakat.

      Objektif

      • Untuk memberi perkhidmatan biopsikososial yang berasaskan prinsip kerahsiaan, prihatin dan berkesan bagi mengatasi masalah sosial pesakit-pesakit seiring dengan konsep rawatan komprehensif.
      • Untuk membantu memulihkan semula pesakit dengan meningkatkan kefungsian sosial mereka agar menjadi anggota masyarakat yang produktif serta berdikari sesuai dengan batas keupayaan yang akibat penyakit yang dihidapi.

      Perkhidmatan Yang Disediakan

      Terdapat dua jenis perkhidmatan yang disediakan di Jabatan Kerja Sosial Perubatan iaitu :

      • Terapi Sokongan
        • Sokongan emosi / motivasi/ khidmat nasihat dan rundingan.
        • Kaunseling individu, kelompok dan keluarga
        • Masalah Rumahtangga
        • Kes Keganasan rumahtangga
        • Kes Ibu Tanpa Nikah
        • Kes Perkosaan
        • Kes Penderaan
        • Penerangan pendaftaran orang kurang upaya
        • Memberi penerangan tentang tatacara mendaftar kelahiran anak
      • Bantuan Praktik dan Material
        • Membuat siasatan dan menyediakan laporan penilaian sosio-ekonomi pesakit.
        • Perancangan keluar dari wad.
        • Mengesan waris pesakit.
        • Menjadi perantara (Lioson Officer) untuk permohonan penempatan pesakit terdampar di Jabatan Kebajikan Masyarakat.
        • Membantu pesakit membuat permohonan bantuan peralatan perubatan / implan dan prostesis.
        • Membantu pesakit merujuk permohonan bantuan am ke agensi luar.
        • Menguruskan permohonan mendiami Balai Pelawat.
        • Mengurus pendaftaran sebagai Sukarelawan Hospital Sungai Buloh.

      Carta Organisasi

      Klik Di sini 

      Waktu Operasi

      HariMasa
      Isnin sehingga Jumaat

      8.00 pagi hingga 5.00 petang

      Direktori

      Talian Utama : 03-61454333

      Faks : 03-61454222

      NoNamaJawatanSambEmail
      1 Puan Rosalina Binti Sabirin  Ketua Jabatan 4286

      Unit Pendidikan Kesihatan

      Pengenalan

      Unit Pendidikan Kesihatan Hospital Sungai Buloh mula dibuka pada 1 September 2006. Sejak beroperasi, jabatan ini telah berjaya melaksanakan tugasnya sebagai pusat rujukan pendidikan pesakit dan orang awam terutama yang tinggal berhampiran Sungai Buloh. Selain itu, jabatan ini turut menjadi pilihan kakitangan hospital, pesakit,  pelajar kolej dan komuniti berhampiran untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan kesihatan.

      Visi

      Memberi perkhidmatan yang berfokus ke arah perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif.

      Misi

      Komited untuk memberi perkhidmatan pendidikan pesakit yang berkesan dan berkualiti kepada pesakit.

      Objektif

      • Untuk memberikan perkhidmatan pendidikan pesakit dalam aspek pemulihan dan perawatan. 
      • Untuk menggalakkan perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif dalam penjagaan pesakit. 
      • Untuk memberi kemudahan informasi kesihatan kepada pesakit dan keluarga, anggota hospital dan orang awam. 
      • Untuk memberikan perkhidmatan promosi kesihatan melalui kempen-kempen kesihatan dan kawalan penyakit.  

      Piagam Pelanggan

      • Sentiasa memberi perkhidmatan yang cepat, cekap dan tepat serta mesra kepada pelanggan.
      • Memastikan setiap permohonan pelanggan yang diterima dipenuhi mengikut kehendak pelanggan dalam tempoh 3-5 hari bekerja.
      • Memberi maklumbalas pelanggan dalam tempoh 24 jam selepas permohonan diterima
      • Memastikan semua kelas pendidikan pesakit dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pendidikan Pesakit
      • Menerbit, mencetak dan mengedarkan bahan-bahan pendidikan kesihatan mengikut keperluan pelanggan dari masa ke semasa.
      • Memberi informasi kesihatan yang cepat,tepat dan terkini.
      • Memberi kemahiran yang relevan berdasarkan penyakit yang tertentu ke arah perubatan tingkahlaku kesihatan yang positif.

      Perkhidmatan Yang Disediakan

      Aktiviti-aktiviti Pendidikan Pesakit 

      • Mengendalikan kelas pendidikan pesakit seperti :
        • Kelas Pendidikan Pesakit Diabetes
          • Setiap Khamis
          • 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi
          • Bilik Seminar, Klinik Pakar Perubatan 2, PPKN
      • Pendidikan Pesakit di Wad
      • Mengendalikan Klinik Berhenti Merokok
        • Menerima perokok yang dirujuk/walk-in
        • Mengendalikan sesi klinik
      • Menyediakan/menghasilkan bahan-bahan pendidikan kesihatan/pesakit dan promosi kesihatan
      • Melaksanakan aktiviti-aktiviti Kempen Cara Hidup Sihat
      • Mengadakan sambutan Hari-hari Khas Kesihatan
      • Memberi khidmat rundingan berhubung penerbitan bahan-bahan pendidikan kesihatan/pesakit
      • Mengadakan kempen pendermaan organ
      • Mengadakan aktiviti pameran di Hospital Sungai Buloh
      • Menganjurkan latihan/bengkel pendidikan kesihatan

      Waktu Operasi

      HariMasa
      Isnin sehingga Khamis
      • 8.00 pagi hingga 5.00 petang
      • 1.00 tengahari hingga 2.00 petang (Rehat)
      Jumaat
      • 8.00 pagi hingga 5.00 petang
      • 12.15 tengahari hingga 2.45 petang (Rehat)

      Aktiviti Terkini Jabatan

       Tarikh                AktivitiMasaTempat
      Setiap Khamis
      Kelas Pendidikan Pesakit Diabetes 9.00 pagi – 11.00 pagi
      • Bilik Seminar Klinik Pakar Perubatan 2 PKKN
      Setiap Rabu
      Klinik Berhenti Merokok 9.00 pagi – 4.00 petang
      • Klinik Berhenti Merokok, Unit Pendidikan Kesihatan

      Direktori

      Talian Utama : 03-61454333

      Faks : 03-61454222

      NoNamaJawatanSambEmail
      1 Puan Wan Ermiyati Binti Wan Mohamad Ketua Unit 5251
      2 Puan Nurul Izzati Zawanah Zakran Peg. Pendidikan Kesihatan 5260
      3 Norazida Binti Abdul Aziz Pembantu Tadbir 5252

      Unit Pemulihan Carakerja

      Pengenalan

      Unit Pemulihan Carakerja terletak dalam Jabatan Rehabilitasi di Blok E Aras 1 berhampiran dengan Klinik Pakar dan Kafeteria serta Balai Pelawat, Hospital Sungai Buloh.Unit mula beroperasi pada tahun 2006.

      Unit  ini mempunyai staf terdiri daripada 2 orang Pegawai Pemulihan Carakerja,10 orang Jurupulih Carakerja dan 4 orang Pembantu Perawatan Kesihatan ( PPK ).

      Objektif Utama

      Pemulihan Carakerja adalah untuk mempromosi dan menggalakkan proses pemulihan individu dari aspek fizikal dan psikologikal agar pesakit dapat menjalani kehidupan seharian di tahap optima dengan mengadaptasi persekitarannya.

      Misi 

      Memberikan Rawatan Pemulihan Carakerja yang berkualiti dan berterusan kepada pesakit dalam dan luar. Pesakit akan dirawat dalam pesekitaran yang selamat menggunakan teknik-teknik rawatan dan teknologi sediada. Keperluan dan kerahsiaan pesakit sentiasa diutamakan oleh Anggota Pemulihan Carakerja yang profesional, penyayang dan bekerjasama dalam satu kumpulan.

      Visi

      Perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang berkualiti dan berterusan akan dijalankan oleh anggota yang profesional dan bekerja dalam satu pasukan.

      Objektif

      • Untuk mengalakkan/meningkatkan kebolehan dan kefungsian individu dengan kecacatan/masalah fizikal dan psikologikal agar dapat berdikari dalam kehidupan seharian secara optima.
      • Mengekalkan dan meningkatkan kefungsian individu dengan masalah fizikal atau psikologikal mengunakan aktiviti rawatan terpilih dan bersesuaian yang akan di nilai secara berterusan
      • Memberikan rawatan Pemulihan Carakerja yang tepat, cekap, berkesan dan penyayang kepada pesakit.
      • Memastikan peralatan yang digunakan selamat dalam persekitaran yang bersih dan selesa sepanjang masa

      • Mengalakkan semua anggota kerja meningkatkan kecekapan dan kemajuan kerjaya melalui program CME dan CPD

      Perkhidmatan Yang Disediakan

      Perkhidmatan Pemulihan Carakerja yang kami sediakan merangkumi pesakit dalam (pesakit didalam wad) dan pesakit luar.

      Perkhidmatan yang disediakan adalah:-

      • Pemulihan fizikal

        • Orthopedik
        • Medikal
        • Surgikal dan luka terbakar
        • kecederaan saraf spinal
        • Traumatic Brain Injury
        • Program intervensi awal bagi kanak-kanak contohnya down syndrome, cerebral palsi, autisma, ADHD, slow learner dan sebagainya
      • Pemulihan Pediatrik:
        • Program intervensi awal bagi kanak-kanak contohnya down syndrome, cerebral palsi, autisma, ADHD, slow learner dan sebagainya

      • Pemulihan Psikiatrik

      Selain daripada itu kami juga memberikan perkhidmatan di dalam ( specialize area) iaitu:

      • Return To Work

      -     iaitu focus kepada pesakit dewasa yang kehilangan kerja akibat dari kemalangan, disini Jurupulih Carakerja membantu dalam melatih kembali ‘retraining’dari segi aspek kehidupan seharian, kekuatan otot, kefungsian kognitif dan psikologikal.

      -     Ia adalah persediaan kepada pesakit untuk memulakan pekerjaan kembali

      Antara aktiviti yang dijalankan bersama pesakit bagi tahun 2013

      1) Art And Creative Therafy With Paediatric Patient

      2) Group Therapy With TBI Patient

      3) Ootdoor Games With TBI Patient

      4) Domestics Activity With Stroke Patient

      Waktu Operasi

      Beroperasi pada waktu pejabat iaitu dari 8 pagi hingga 5 petang, dari hari Isnin hingga hari Jumaat dan ditutup pada cuti am.

      Pada setiap jumaat minggu kedua dan keempat setiap bulan akan diadakan CME unit dijalankan di bilik seminar Unit Pemulihan Carakerja kepada semua staff mengikut giliran masing-masing.

      Direktori

      Talian Utama : 03-61454333 samb 5119

      Faks : 03-61454222

      NoNamaJawatanSambEmail
      1 Kosong Ketua Unit 5121 -
      2 Pn Zuriati Samsuddin Pegawai Pemulihan Carakerja 5122

      Jabatan Dietetik & Sajian

      jabatan_dietetik_sajian

      Pengenalan

      Jabatan Dietetik dan Sajian adalah merupakan salah satu daripada perkhidmatan sokongan klinikal yang terdapat di Hospital Sungai Buloh. Perkhidmatan jabatan ini juga meliputi Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN).

      Lokasinya di Blok F behampiran dengan Pejabat Radicare dan satu lagi unit terletak di Pusat Kawalan Kusta Negara.

      Jabatan ini menyediakan perkhidmatan dietetik sebagai sokongan klinikal dalam pemberian terapi pemakanan perubatan (Medical Nutrition Therapy) kepada pesakit dan perkhidmatan sajian yang disediakan dalam 2 kaedah, iaitu Penswastaan (out-sourcing) kepada syarikat luar untuk pesakit di blok utama Hospital Sungai Buloh dan In-house untuk pesakit di Pusat Kawalan Kusta Negara.

      Misi

      Perkhidmatan Dietetik

      • Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan berdasarkan amalan evidence-based di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.
      • Menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik.

      Perkhidmatan Sajian

      • Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.
      • Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-polisi, pekeliling-pekeliling dan arahan yang ditetapkan.

      Visi

      Ke arah perkembangan perkhidmatan makanan, dietetik klinikal dan juga promosi kesihatan untuk membantu rawatan pesakit di samping sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.

      Objektif

      Objektif Umum :

      Untuk memberikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal secara profesional, berkualiti dan mengutamakan pelanggan.

      Objektif Khusus :

      • Untuk memastikan diet normal dan diet teraputik dibekalkan mengikut pesanan di wad, termasuk pesakit di pusat rawatan harian dan hemodialisis.
      • Untuk memastikan diet kelas satu dibekalkan untuk doktor bertugas atas panggilan, mengikut kelayakan.
      • Untuk memastikan catuan makan malam dibekalkan untuk anggota bertugas malam, mengikut kelayakan.
      • Untuk memastikan khidmat medical nutriton therapy bagi oral diet serta nutrition support diberi kepada pesakit yang dirujuk oleh doktor.
      • Untuk memberikan latihan praktikal katering dan dietetik kepada pelatih dari Institusi Pendidikan Tinggi.
      • Untuk menggalakkan penglibatan di dalam kajian serta penyelidikan katering dan dietetik klinikal/ komuniti mengikut keperluan demi peningkatan mutu perkhidmatan.

      Perkhidmatan Yang Disediakan

      Perkhidmatan Dietetik Klinikal

      Perkhidmatan Dietetik Klinikal terbahagi kepada perkhidmatan dietetik pesakit dalam dan pesakit luar. Pegawai Dietetik memberi khidmat medical nutrition therapy dengan menggunakan nutrition care process yang merangkumi nutrition assessment, nutrition diagnosis, nutrition intervention dan nutrition monitoring dan evaluation termasuk dokumentasi untuk pesakit dalam & pesakit luar.

      Perkhidmatan Dietetik Klinikal pesakit dalam merangkumi semua disiplin klinikal berdasarkan rujukan daripada Pegawai Perubatan.. Terdapat juga klinik & kelas pendidikan pemakanan yang dijalankan bagi pesakit dalam dan luar. Berikut adalah jadual waktu operasi Perkhidmatan Dietetik Klinikal:

      PerkhidmatanHariWaktu OperasiTempat
      Pesakit Dalam Isnin - Jumaat 8am – 5pm Wad
      Klinik Pesakit Luar Isnin - Khamis 9am – 12.30pm Klinik Kaunseling Pemakanan
      Klinik Obesiti (Combine Clinic) Selasa 8am – 5pm Klinik Kaunseling Pemakanan
      Klinik ‘Slimmer Me’ Khamis 2pm – 5pm Klinik Pembedahan
      Kelas Pendiddikan Pemakanan GDM Jumaat (2 kali sebulan) 9am – 10am Bilik Seminar, Klinik O&G

      Perkhidmatan lain yang disediakan adalah seperti berikut:

      • Memberi ceramah, latihan, pendidikan berterusan dan khidmat pakar rujuk akan dikendalikan mengikut keperluan.
      • Memberi latihan internship dietetik kepada pelatih-pelatih dietetik dari Institusi Pendidikan Tinggi mengikut keperluan.
      • Melibatkan dalam kajian serta pendidikan sejajar dengan keperluan klinikal atau perkhidmatan.

      Perkhidmatan Sajian

      • Membekalkan diet berdasarkan pesanan yang diterima dari wad mengikut kelas satu, dua, tiga atau kanak-kanak. Pegawai Dietetik atau Doktor akan menentukan jenis diet sama ada diet normal atau diet terapeutik.
      • Membekalkan diet kelas tiga kepada ibu yang menemani anak di wad kanak-kanak, iaitu MAC (mother accompanying child). Rujukan: Bil (55)dlm. KKM 203/18 Jld.3, bertarikh 12hb Disember 2001, Pengecualian caj bagi kes-kes ibu/penjaga menemani anak di wad atau mother accompanying child (MAC).
      • Membekalkan susu formula bayi kepada bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai HIV positif bagi tempoh dari lahir hingga umur 6 bulan untuk mereka yang kurang mampu. Rujukan: Bil (45)dlm. KKM-87(P20/205/1) Bhg. 7, bertarikh 23hb Ogos 2001, Bekalan susu formula untuk bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu HIV positif.
      • Membekalkan diet kelas satu kepada Doktor yang bertugas atas panggilan di hospital. Rujukan: Bil (39)dlm.KKM-58/054/4, bertarikh 12hb Januari 1983, Minuman dan makanan bagi pegawai-pegawai perubatan dan doktor siswazah.
      • Membekalkan catuan makan malam mengikut kadar yang telah ditetapkan kepada anggota bertugas malam yang layak. Rujukan: Bil.JPA(S)1/7/16-1Sk(75),bertarikh 21hb Disember 1993, Kadar bekalan catuan makan malam kakitangan hospital yang bertugas malam.
      • Memberi latihan praktikal katering kepada pelatih katering dan pelatih dietetik dari Institusi Pendidikan Tinggi mengikut keperluan dan kelulusan.
      • Melibatkan dalam kajian serta penyelidikan demi perkembangan teknologi katering dan peningkatan mutu perkhidmatan makanan.
      • Melaksanakan pemantauan ke atas Syarikat yang ditawarkan kontrak, bagi hospital yang perkhidmatan sajiannya diswastakan oleh pegawai-pegawai Jabatan Sajian & Dietetik hospital bagi pihak Pengarah Hospital. Rujukan: Perjanjian kontrak penswastaan perkhidmatan makanan hospital, Kementerian Kesihatan Malaysia.
      • Menjalankan program ‘food tasting’ yang melibatkan wakil syarikat, wakil JDS & wakil hospital untuk memantau mutu & kualiti makanan dari masa ke semasa.

      Direktori

      Talian Utama : 03-61454333

      Faks : 03-61454222

      8MASTURA BINTI MOHTARAMPen. Pegawai Penyediaan Makanan,
      NoNamaJawatanSambEmail
      1 EN SYAMHAIRIL BIN MOHAMED Ketua Jabatan 7105 -
      2 PUAN SITI LIANA BINTI ISMAIL Pegawai Dietetik, U44 7104 -
      3 PUAN AKMAWATI BINTI ABD. RAZAK @ DAUD  Pegawai Penyediaan Makanan C41 7102 -
      Bookmark and Share
      Today 1357
      Yesterday2140
      This week 8081
      Last week 4
      This month 8094
      Last month 50