logo ms

logo ms

offcanvas

Taman Muzium Kusta Negara

PKKN KE ARAH TAMAN MUZIUM KUSTA NEGARA

Pusat Kawalan Kusta Negara telah melalui pelbagai fasa sejak diisytiharkan oleh kerajaan menjadi tempat pengasingan koloni kusta pada 1926. Berbagai cerita mengenai kusta samada penyakit, pesakit, bekas pesakit, ubat-ubatan, pendidikan dan juga pentadbiran telah mula dikumpul dijadikan bahan sejarah dan rujukan untuk panduan dan kenangan pada masa akan datang.

Ada beberapa struktur bangunan, penempatan yang masih wujud hingga kini dan telah dipulihara untuk menempatkan bahan-bahan sejarah serta bekas pesakit-pesakit kusta yang masih hidup dan terdapat juga bangunan yang sudah rosak dan musnah.

 GALERI-GALERI DAN BANGUNAN SEJARAH DI PKKN

 pkkn1

 Galeri satu – Dahulu digunakan sebagai pejabat pentadbiran dan tempat membersihkan diri bagi kakitangan yang bebas penyakit kusta.

  pkkn2

Galeri Tiga – Satu masa dahulu adalah sebagai pejabat penghuni Lembah Harapan dan juga tempat simpanan barangan harian.

  pkkn3

Central Market – dahulu digunakan sebagai pusat pengagihan makan harian kepada penghuni Lembah Harapan.

  pkkn4

Masjid yang dibina pada 1935 untuk kemudahan pesakit beragama islam dan mempunyai imam yang terdiri dari kalangan penghuni Lembah Harapan dan masih lagi digunakan.

  pkkn5

Pejabat MALRA (Malaysia Leprosy Relief Association) – Satu masa dahulu bangunan ini adalah sekolah untuk kanak-kanak kusta seluruh Malaysia yang dipanggil Sekolah Travers.

  pkkn6

Salah satu Chalet / rumah penghuni yang sentiasa dihiasi dengan tanaman bunga dan kebun di kawasan sekeliling.

  pkkn7

Chalet –chalet penghuni Lembah Harapan yang akan dijadikan sebagai Tapak Warisan Dunia.

  pkkn8

Rumah Ibadat untuk Penganut Buddha di kawasan Lembah Harapan, PKKN dan kawasan sekitar.

 

 

 

 

Print Email